Tuesday, November 30, 2010

Kerjaya dan Rumahtangga

Beberapa hari ni terasa letih sangat-sangat. Dengan kerja dan commitment yang bertambah di pejabat dan juga di rumah. Aku bukan nak merungut, cuma ingin meluah rasa sebab kadang-kadang aku rasa macam dah habis daya nak bawa tanggungan ni. Terlalu banyak perkara perlu disiapkan this month, membuatkan aku rasa cukup lelah. Tak dinafikan dengan kemunculan cahaya mata, masa terasa cukup singkat. Tak sempat nak buat apa-apa.

Kadang-kadang mudah sangat orang lain nak judge, dan beritahu aku to quickly sort things out supaya aku dapat re-align balik my life. Tapi come on-lah...maybe ini sounds cliche to you, tapi aku ni masih orang PEREMPUAN. Walau seberapa penting pun aku di pejabat, di rumah aku masih nombor satu untuk menjaganya. Itu tanggungjawab aku yang paling utama, iaitu menjadi isteri dan juga ibu kepada anak aku. Bukan kerana aku perempuan aku menggunakan alasan ini, tapi kerana ini BENAR. Tanyalah mana-mana perempuan pun.

Dalam situasi aku dan suami, kami tak mampu cari bibik, atau cari pengasuh untuk ditugaskan hal-hal isirumah. Tapi kalau kami mampu pun, kami tak mahu orang lain mengasuh anak kami. Anak-anak bawah jagaan ibu-bapa adalah anak-anak yang dibesarkan dengan cukup kasih-sayang insyaAllah. Bukan nak kata anak-anak yang dijaga oleh pengasuh tak cukup kasih sayang pula ya? Do not twist my words. Biarlah tangan kami yang membesarkan anak-anak kami. Sekarang ni, kami juga tak mampu nak cari rumah sewa di kawasan apartment dengan kemudahan lif. Jadi setiap hari terpaksa turun-naik tangga lima (5) tingkat. Lima (5) tingkat tu. Kalau nak keluar jalan-jalan dengan nak kena bawa stroller anak, atau bawa bagasi banyak-banyak sebab nak balik kampung, Allah saja yang tahu penatnya.

Waktu pejabat, kalau aku terpaksa balik tengah hari sebab Cik Luna mengamuk dengan tak mahu minumnya dengan tak mahu tidurnya sepanjang aku ke pejabat, tak dapat nak cerita kelam-kabutnya jadual dan keringnya tenaga aku turun-naik tangga jahanam tu. Tiap-tiap working days, aku bangun tersangat pagi, persiapkan diri, mandikan anak, susukan anak, siap-siap tidurkan anak, bergerak ke pejabat and ends up still late disebabkan tersekat dalam kesesakan jalan raya. Aku benci jalanraya KL! Di pejabat, baru je duduk sekejap di bangku, dah kena perah susu untuk stok (ambil masa 20 minit ni). Dan tengok-tengok dah tengah hari, berkejar pulang rumah dengan bawa balik bungkusan makanan dan stok perahan susu. Sampai-sampai rumah menetekkan anak dulu, kemudian tidurkan anak, barulah dapat makan. Tengok jam dah pukul 2.00 petang. Makan laju-laju, tak dapat rasa lansung apa aku makan. Pernah sekali aku cakap pada suami: "Saya rasa dah macam binatang". Ayat ni buat suami aku sedih. Tapi honestly, memang aku rasa macam binatang. To be exact, macam KERBAU. Keluar pagi-pagi, bajak sawah, balik kandang makan rumput. Itulah yang aku rasa bila aku makan laju-laju sebab nak mengejar masa. Tak ada rasa, macam makan rumput.

Kalau kau seorang lelaki, dan kau tak pernah angkat sejari pun nak buat kerja rumah, dan kau tak pernah berpeluh menjaga anak, lagi-lagilah kalau rumah kau ada bibik, tak perlu lah kau beritahu aku to sort things out. Kau tak tahu pun apa yang aku dan suami aku lalui. It's easy for you to say. Dan aku tahu, bukan kami yang paling susah, ada orang lain yang lagi susah dari kami, jadi aku pun tak mahu mudah-mudah judge macam mana orang lain run their life. Di pejabat tu pun, cuma aku seorang sahaja perempuan yang dah berumahtangga dan ada anak kecil yang masih stay up dan stay back lewat-lewat demi tugasan kot. Jadi tolonglah, aku tak minta banyak, cuma please show some support and understanding. Itu saja.

Friday, October 08, 2010

Luna Seri Purnama

Bila difikir-fikir balik, aku sesungguhnya rasa amat bersyukur atas kesemua perkara yang pernah terjadi dalam hidup aku. Baik yang buruk ataupun yang baik. Kerana kesemua perkara yang lepas telah membawa aku ke sisi suami aku sekarang. Dan seterusnya membawa aku ke sebuah alam yang aku tak sangka akan aku jejaki. Dan alam ini adalah sebuah fasa yang paling indah dalam hidup aku, iaitu bergelar sebagai seorang IBU.

Aku rasa macam waktu berjalan pantas sangat bermula selepas melalui pengalaman melahirkan yang cukup mendebarkan (dan masih segar di ingatan), dan seterusnya menjalani sesi berpantang yang sangat-sangat meletihkan (dengan mandi air panas, dengan tak boleh makan ikut suka, dengan terjaga setiap satu (1) jam pada waktu malam sebab Luna menangis, dengan sakit luka koyak lambat baik, etcetera, etcetera), dan kemudiannya kembali bekerja di pejabat sehingga ke hari ini. Dan diam tak diam, Luna Seri Purnama sudahpun berusia tiga (3) bulan pada 04hb Oktober 2010 lalu.

Tak tahu macam mana nak gambarkan seronoknya menjadi seorang ibu, dan amat-amat bersyukur kerana suami sabar menggalas jawatan bapa dan babysitter sekaligus :) Walaupun kami berdua sering keletihan, kerana si Luna ni jenis attention-demand tapi tak ada sehari pun dalam hidup kami yang tak ceria gara-gara si kecil tu. Setiap pagi, awal-awal lagi Luna akan kejutkan kami dengan gelak mengekek dia, tak payah pakai alarm dah sekarang. Setiap pagi, sebaik sahaja terjaga dari tidur, aku dan suami akan berkumpul keliling Luna dan melayan dia berbual-bual. Dan setiap pagi, senyuman Luna adalah seperti matahari yang menerangi bilik, hati dan jiwa kami... :)

Kedua-dua gambar di atas diambil semasa Luna berusia dua (2) hari..She was so small and fragile :*

Nama Luna Seri Purnama adalah nama yang aku cipta lima (5) tahun sudah, sewaktu aku masih memendam perasaan terhadap Erik, suamiku. Bercinta pun belum lagi, tapi nama anak dah cipta siap-siap. ANGAU. In fact, aku dah cipta lima (5) nama untuk bakal anak-anak kami nanti, haha. Aku hanya berani tunjukkan nama-nama tersebut pada Erik selepas kami mula bercinta. Dan nasib baik dia suka :)

Nama untuk anak aku ini aku berikan kerana aku memang suka dengan nama Luna (yang bermaksud "Bulan"). Aku juga teramat suka dengan lagu Bella Luna nyanyian Jason Mraz :) Kereta Gen2 yang aku pakai ni pun aku namakan "Luna" sebelum Luna dilahirkan. Sekarang nama Gen2 bukan Luna lagi, tapi tak dapat diberitahu di sini atas sebab-sebab yang tertentu (yang sebetulnya takut kena gelak, haha) :"> Walaupun aku lebih suka memanggil cahaya mata kami ini dengan nama Luna, suami pula dah memanggil Luna dengan nama timangannya iaitu Kak Seri. Comel je ♥ ♥ ♥

Melalui nama penuhnya, maka lengkaplah maksud dan harapan serta doa kami kepada Luna / Kak Seri yang nak disampaikan iaitu: "LUNA SERI PURNAMA - Umpama Bulan Penuh yang Berseri dan Menyinari Malam yang Gelap Tak Bercahaya". We love you very much LSP! Heee~ :D

Luna dalam gambar-gambar di atas dah berusia dua (2) bulan lebih :)

Luna / Kak Seri,

Mama & Ayah harap perjalanan kamu di dunia ini senantiasa dipermudahkan Allah. Semoga kamu menjadi anak yang solehah. Semoga kamu tahu bersikap hormat ke atas makhluk Allah yang layak dihormati, juga tahu menghormati alam sekitar dan bumi. Semoga kamu mencintai ilmu dunia yang baik dan juga mempelajari ilmu-ilmu akhirat. Semoga kamu berpegang pada perkara yang benar. Semoga kamu membesar dengan sihat, dan sentiasa beringat akan orang lain yang sakit. Semoga kamu pandai menjaga maruah, nama dan air muka kamu sebagaimana kamu menjaga rupa-paras kamu yang cantik itu, InsyaAllah.

Mama & Ayah cuma menginginkan yang terbaik untuk kamu. Walaupun perjalanan kamu masih panjang di hadapan, Mama & Ayah berjanji untuk membimbing kamu sebaik mungkin agar kamu menjadi orang yang berjasa pada agama, keluarga dan bangsa. Beratnya tanggungjawab kami, berat lagi tanggungjawab kamu untuk menunaikan harapan kami, Luna / Kak Seri. Oleh itu tegurlah juga kami dengan baik sekiranya ada kesilapan kami dalam membimbing kamu, kerana Mama & Ayah kamu juga manusia biasa.

Salam sayang dari Mama & Ayah beserta doa yang tak putus-putus buat kamu...


With so much love from,

Mama & Ayah

Wednesday, July 07, 2010

Pengalaman Melahirkan Cahaya Mata

THIS is it! Kedatangan yang dinanti telahpun tiba...dalam bentuk a bundle of joy, dengan wajah campuran separuh mama dan ayahnya, anak pertama aku dan suami. Ingin aku kongsikan detik-detik kelahiran cinta kami di sini. Manalah tahu kot-kot ada yang boleh dijadikan panduan bagi expecting mum di luar sana :)

4 Julai 2010 - 5.20 AM:
Aku terkebil-kebil memandang siling bilik tidur. Entah kenapa aku rasa pagi itu sangat pelik berbanding biasa. Perut aku kerap memulas. Mengiring salah, menelentang salah. Dalam hati terlintas: "Aku dah nak beranak ke?". Dan tiba-tiba aku naik kecut. Takut amat sangat. Rasa hati macam nak ke toilet melihat kalau-kalau ada tanda, tapi aku teragak-agak (mungkin sebab kurang bersedia menerima kenyataan yang aku dah nak bersalin). Dalam 5.44 AM, aku akhirnya bangun dari katil dan ke toilet. OK, DARAH DAH TURUN. Sah aku dah nak beranak! Aku pun terus membangunkan suami, dan kami bersiap-siap untuk bertolak ke Hospital Ampang dalam keadaan seperti berada di awang-awangan...

4 Julai 2010 - 6.30 AM:
Sejam telah berlalu. Setakat waktu ini, aku telah mendaftar masuk di Jabatan O&G di tingkat empat (4) dan sedang diperiksa oleh Dr. Zulaikha (kalau tak silap namanya). Aku diminta bertukar pakaian untuk diperiksa, dan menurut Dr. Zulaikha bukaan aku baru sahaja 2.5sm dan aku ada pilihan sama ada ingin terus menunggu di hospital sehingga bukaan menjadi 4.0sm (di mana aku akan dibenarkan masuk ke Wad Bersalin) atau pulang dahulu ke rumah. Aku memilih untuk terus saja menunggu kerana pada aku, pulang ke rumah adalah seperti berpaling dari realiti yang sedang menunggu aku dihadapan, huhu :/ Dan dari saat itulah contraction nightmares aku bermula...

4 Julai 2010 - 12.30 PM:
Memandangkan ini ialah anak pertama, jadi tak salah kalau aku kata yang aku agak jahil tentang sakit dan tempoh masa berkaitan contraction ni. Dari bukaan 2.5sm nak ke 4.0sm bunyi macam dekat right? I mean, bezanya cuma 1.5sm sahaja. Apalah sangat 1.5sm tu, lubang hidung aku pun lebih luas dari tu, haha...But man, aku dah silap besar! Dan sehingga ke pukul 12.30 PM ni, sakit contractions tu apalah sangat...Aku pernah kena gastrik, dan gastrik jauhhhhh lagi sakit. Sekali lagi, aku dah silap besar!

Beberapa minit selepas 12.30 PM, aku merasakan gelombang contractions yang tak pernah aku rasakan sebelum ni. Tiba-tiba aku sedar, apalah sangat gastrik tu bila dibandingkan dengan sakit yang aku rasakan sekarang! Suami yang memegang tangan aku dari tadi tak putus-putus membacakan doa Nabi Yunus sambil mengusap-ngusap kepala aku yang berpeluh. Aku tekan butang emergency yang berada disebelah katil wad menunggu dan meminta nurse untuk melihat bukaan terbaru aku. Pada 12.40 PM, bukaan aku baru sahaja 3.0sm! Aku diminta menunggu sehingga 4.00 PM untuk pemeriksaan bukaan seterusnya. 4.00 PM!! Macam nak pengsan aku mendengarnya! Aku dipapah suami keluar dari bilik pemeriksaan ke katil semula. Contractions berlaku selang tiga (3) minit. Aku ketap gigi menahan sakit dan senyum ke arah suami untuk mengurangkan gundah di hatinya...

4 Julai 2010 - 4.00 PM:
12.30 PM ke 4.00 PM adalah suatu tempoh masa yang panjang. Ditambah pula dengan sakit yang teramat sangat, aku rasakan seperti jam berhenti bergerak. Waktu melawat yang bermula dari 12.30 PM berakhir pada 2.00 PM. Suami cukup berat hati untuk meninggalkan aku yang kesakitan terlantar keseorangan di katil menunggu, sehingga dia banyak kali memujuk makcik guard untuk membenarkan dirinya menunggu di sisi aku sehingga 4.00 PM. Walaupun suami terpaksa keluar, banyak kali juga dia curi-curi masuk menjenguk aku, untuk memberikan aku semangat dan membacakan doa-doa agar aku lebih tenang (I love you Sayang!). Tepat pukul 4.00 PM yang juga merupakan waktu lawatan petang, suami masuk semula dan memapah aku ke bilik pemeriksaan untuk menyemak bukaan.

AKHIRNYA...Pada 4 Julai 2010, 4.00 PM, bukaan semasa aku ialah 4.0sm.

Inilah dia! Aku seram-sejuk dalam sakit. Aku dinaikkan ke atas kerusi roda dan ditolak masuk ke Wad Bersalin sambil suami mengekor cemas dari belakang...

4 Julai 2010 - 4.15 PM: WAD BERSALIN
Sejurus baring di katil bersalin, tekanan darah aku serta degup jantung bayi diambil untuk sepanjang tempoh bersalin. Suami aku diminta keluar semula kerana mentuban aku akan dipecahkan. Dua kali aku di prod and poke, barulah aku rasakan air mentuban hangat keluar. Doktor (tak ingat nama) berkata: "Nanti you akan rasa contractions yang lagi sakit dari tadi. Bila sakit, you sedut gas ni", sambil menghulurkan aku gas mask untuk disedut. Aku angguk kepala lemah (lagi sakit dari tadi???). Suami dipanggil semula masuk, dan dia lekas-lekas ke sebelah aku bila tiba-tiba aku mengelinjang kesakitan sambil menyedut gas dengan mata separa terpejam...

Sewaktu membuka mata dan melihat muka suami yang pucat memandang ke arahku, sambil tangannya tak lepas-lepas menggenggam jariku dan mulutnya tak henti-henti membacakan doa, aku sedih ya amat. Kemudian suami berkata: "Awak janji dengan saya ya? Awak mesti pulang ke rumah kita lepas semua ni selesai". Aku menangis semahu-mahunya bila aku faham ketakutan apakah yang tersirat di hati dia pada waktu itu. Aku juga tak bersedia untuk itu. Jadi dengan menguatkan semangat aku berkata: "Mestilah! Saya akan balik dengan anak kita". Doa suamiku diperkenankan Allah, kerana tak sampai beberapa minit selepas itu, aku terasa seperti baby menolak dirinya keluar. Suamiku cepat-cepat keluar memanggil doktor. Alhamdulillah...selepas meneran kali ketiga sahaja, baby selamat keluar dan seketika kemudian aku terdengar esak tangisnya. Dalam keadaan yang lemah dan masih mamai aku berulang-ulang kali berkata: "Terima kasih banyak. Terima kasih semua! Terima kasih.." :D

Selepas dibersihkan, baby diletakkan atas dada aku. Dia seorang baby girl yang comel yang berhenti menangis serta-merta tatkala mendengar suara ayahnya mengalunkan qamat. Aku tersenyum tak henti-henti, walaupun dengan kaki menggeletar menahan sakit ketika doktor menjahit luka koyak yang sampai ke buntut sebab baby push keluar sewaktu bukaan baru hanya 9.0sm dan bukan 10.0sm. Aku melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 2.85kg pada 5.20 PM, hanya sejam lebih sedikit dari saat aku dimasukkan ke Wad Bersalin. Alhamdulillah...

4 Julai 2010 - 6.15 PM: WAD 4C
Tepat 5.50 PM, luka aku selesai dijahit. Aku dibangunkan dan dipapah ke kerusi roda. Baby pula diletakkan atas pangkuanku dan kami disorong ke Wad 4C. Dan bermula dari situ, semuanya berjalan begitu cepat! ;D Sewaktu bersalin, rasa seperti cukuplah aku beranak seorang tu saja. JERAN sungguh bila mengingatkan sakitnya. Tapi sekarang aku tak kisah untuk tambah 2-3 orang lagi (dengan izin suami sebab katanya dia tak sanggup melihat aku sakit) kalau semua anak aku kiut-miut camni! Tak salahkan puji anak sendiri? ;P Hahah

Thursday, July 01, 2010

Ulangtahun Perkahwinan di Cherating

Hari Jumaat minggu lepas aku tak sihat, dengan badan dah mula sakit-sakit. Duduk tak boleh lama-lama, baring pun dah tak boleh lama-lama dalam keadaan satu posisi. Jadi aku ambil MC, dengan hati sedikit sedih sebab esoknya, iaitu hari Sabtu - 26 Jun 2009, GENAPLAH SETAHUN aku selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta. Hasrat di hati nak buat something special berdua, tapi aku pula dalam keadaan yang tak mengizinkan macam ni. Hampir waktu tengah hari, tiba-tiba suami meminta aku bersiap pack baju untuk tiga (3) hari. Selepas bersiap dan sebaik sesudah solat Jumaat, barulah aku tahu yang suami ingin membawa aku bercuti ke Cherating :)

Perjalanan mengambil masa tiga (3) jam setengah. Dan sejujurnya, ini PERTAMA kali aku menjejakkan kaki di Cherating. Aku sudah berpesan pada suami supaya jangan berharap sangat yang kami akan dapat menempah penginapan di sana di saat-saat akhir tanpa early booking, almaklumlah hujung minggu ramai yang keluar berlibur. Memang betul sangkaan aku, SEMUA hotel di Cherating penuh di tempah (termasuk Club Med, gila kan?). Yang tinggal cumalah chalet-chalet kecil sahaja. Of course, bagi tujuan menyambut anniversary, menempah chalet is a NO-NO. Tak romantik kata suami ;P

Aku ingat nak ajak berkelah-kelah sahaja dan selepas tu pulang ke KL, tapi kesian pula bila lihat muka suami mencuka sebab tak dapat hotel. Nak dijadikan cerita, tiba-tiba aku dapat panggilan dari Impiana Cherating, hotel pertama yang kami jejak sebaik tiba di Cherating. Rupanya ada suite kosong bagi tiga (3) hari dua (2) malam sebab telah di cancel booking. YEAY! Punyalah suka kami berdua! RM350 untuk satu malam macam terlari sasaran sikit dari budget asal kami tapi demi anniversary apa salahnya kan? Suite kami dipanggil Jelita Suite. Ada four-poster bed (sayangnya jenis twin, bukan queen), bilik air besar dengan bath-tub, dan ruang santai dengan meja menulis dan kabinet TV (TV kecik!), tapi kami tak kisah sangat sebab ke sana pun main redah je kan, dapat bilik pun dah kira syukur ;)


Walaupun cuma tiga (3) hari sahaja di Cherating, dan tak dapat nak lasak-lasak sangat sebab boyotness, aku tetap happy sangatttttt! Maybe salah satu sebabnya ialah nasib baik menyebelahi kami sebaik kami menjejakkan kaki di Cherating. Walaupun pergi ke sana tak berancang, tapi dapat juga bilik yang best! Walaupun tak tahu mana tempat makan seafood yang enak, dan main menonong je try restoran yang agak berkenan di mata, tapi our dinner was NEVER a letdown. In fact ada sebuah kedai tepi jalan ni masakannya...masyaAllah, sedaplah! ;D

Tapi yang buat aku tersangat happy dan satu perkara yang pasti, aku sedar yang aku mempunyai suami yang sangat menyayangi aku dan menghargai aku sebagai isteri dan bakal ibu kepada anak-anak dia. Kami dah pun merancang untuk bercuti setiap kali menyambut anniversary mulai tahun 2010 ini. Dengan memikirkan yang kami bakal menyambut kelahiran anak pertama dalam masa dua (2) minggu lagi, aku memang
rasa cukup bertuah dan tak pernah puas rasanya berkongsi hidup dengan Mohd Hezrik...

I LOVE U SAYANG! ;*

Friday, June 18, 2010

Semakin Dekat...

Wow....dah 36 minggu plus plus rupanya aku mengandung. Dah tak lama lagi dah! Perasaan aku ni excited ada, gerun ada, resah-gelisah ada, happy sampai rasa nak berjoget-joget pun ada. Bercampur-baur semuanya. Kalau dilihat pada ticker baby-gaga dan daisypath tu, penanda kedua-duanya sama je. Kat HUJUNG. Seelok sahaja aku dan suami menyambut Ulangtahun Perkahwinan kami yang pertama, dalam seminggu lepas tu, aku insyaAllah...BERANAK.

Pandai suami aku bajet ;P



Wednesday, June 02, 2010

Bunyi Dalam Sunyi

Aku sebenarnya sangat sibuk hari ni. Macam-macam nak kena buat. Tapi satu sikap aku, bila dah terlalu banyak kerja, aku tak nak hadap sangat...sebab nanti aku panik, atau mungkin juga aku jadi kurang minat nak buat. So, selalunya bila aku tengok kerja menimbun, benda pertama aku buat ialah aku berfoya-foya dulu di internet. Aku buka Lelong.Com.My lah, aku belek-belek Mudah.Com lah, aku update Facebook status lah, aku browse hartanah dekat iProperty.Com.My lah, dan sekarang ni, nah...aku tengah update blog pula. Hehehe...Ini dah memang tabiat aku dari dulu untuk de-stressing myself. Yang penting, aku tak pernah tak siapkan kerja aku.

Baby-Gaga ticker kat atas tu tunjuk yang aku dah dekat-dekat peringkat akhir mengandung.
Cepat betul masa berlalu...Rasa macam semalam je aku baru tahu yang aku ni mengandung. Ulangtahun perkahwinan yang pertama pun dah hampir, lagi dua (2) minggu je lagi. Biar BETUL! Bukan tiga (3) bulan lepas ke aku kahwin? Kekeke..Haih, nak jadi emak dah aku ni ;">

Orang kata, makin dekat dengan waktu bersalin, makin banyak perkara-perkara aneh yang berlaku pada Sang Ibu, contohnya mimpi pelik-pelik, minta benda pelik-pelik, cakap pelik-pelik...Setakat ni, mimpi pelik-pelik tu aku memang dah terbiasa, even time-time bujang dulu lagi. Kadang-kadang naik letih melayan mimpi ni. Minta benda pelik-pelik? Alhamdulillah...tak ada lah pulak, cuma semalam aku minta nak makan durian (AGAIN) pada Sang Suami (dan selepas tu kecewa sebab abang yang jual tu kata durian dia manis-manis, tapi turn out semuanya TAWARRRR - Ni lah last aku beli kat kau ya?). Cakap pelik-pelik pula bukan perangai aku. Aku tak suka cakap benda mengarut sebab aku percaya bahawa kata-kata itu DOA. Jadi memang aku mengelak lah dari bercakap hal-hal buruk sebab aku takut akan jadi realiti suatu hari nanti...

Tapi, ada satu benda paling pelik terjadi sewaktu aku mengandung ni. Benda ni terjadi di suatu malam, dalam pukul tiga (3) pagi, sewaktu aku dengan suami sedang nyenyak tidur. Aku ni jenis tidur macam balak hanyut, kalau dah tidur memang susah nak terjaga. Tapi entah kenapa, di malam itu, aku terjaga. Selepas terjaga aku terasa aneh dan bertanya-tanya kepada diri aku: "Eh...kenapa aku terjaga?" <-- Walhal aku baru je tertidur beberapa jam sebelum tu. Aku pegang perut boyot aku yang berlapikkan bantal. Baby pun tengah tidur. Maknanya bukan dia yang buat aku terjaga. Kenapa aku terjaga??????
.
.
.
.
.
Selang beberapa minit selepas itu, aku terdengar bunyi halus. Bunyi orang menangis. Lebih tepat lagi, bunyi BAYI menangis. BUKAN dari luar, tapi dari DALAM bilik aku. Betul-betul di cuping telinga aku.

Lekas-lekas aku tutup mata.
Lekas-lekas aku memaksa diri tidur semula.
Dan aku berharap siang lekas-lekas menjelma.

Wednesday, May 05, 2010

Setiap Malam

Aku dengan suami ada satu tabiat. Kami suka berborak, terutamanya waktu malam sebelum nak tidur. Dan kadangkala kami punyalah leka berborak sampai alih-alih tengok jam dah pukul 4 pagi. Tak tahu kenapa, tapi aku tak pernah bosan berborak dengan Hezrik. Setiap kali berborak, tak pernah ada benda yang serupa. Kalau repetition pun, cumalah tentang zaman-zaman persekolahan yang memang kami suka sangat berkongsi dan ulang-ulang cerita. Kebanyakkan cerita zaman persekolahan ni biasalah, kelakar. Kalau dikenang-kenang, macam malu pun ada, hehe

Malam semalam kami berborak lagi. Aku awal-awal dah sound supaya ingatkan aku agar jangan borak lama-lama sangat, kang susah nak jaga pagi. Maklumlah, I'm not a morning person :"> Suami mula buka cerita tentang juruwang toll. Dia cukup hairan kenapa masih ramai juruwang toll yang tak pakai sarung tangan. Dia menyoal: "Dorang tak geli ke bersentuhan tangan dengan orang asing?". Dia sambung lagi: "Entah-entah yang nak bayar tu baru lepas makan babi"..."Atau baru lepas korek hidung"..."Atau baru tutup mulut sebab terbersin"..."Atau ada penyakit ke?".

Dia kata lagi: "Kalau saya jadi pengurus toll, awal-awal saya dah suruh dorang pakai sarung tangan, sebab mungkin yang nak bayar duit toll tu pun geli bersentuhan dengan dorang". "Ada baiknya pakai je, untuk mengelakkan penyakit yang mungkin datang dari pembayar toll atau dari juruwang tu sendiri". Hehe :D inilah antara perbualan kami. Mungkin ada yang rasa hal-hal yang kami bincangkan remeh je, tapi semenjak dia bercerita macam ni memang aku tiba-tiba rasa geli-geleman bila tengok suami hulur duit toll pada juruwang yang tak bersarung tangan ;P

Bila tengok suami perasan tentang benda-benda sebegini, aku tiba-tiba rasa yang maybe aku ni jenis yang agak ambil mudah tentang hal-hal sekeliling aku. Bak kata mama aku: "Erik tu teliti orangnya", sebab ada sekali masa dia masuk dapur rumah mama aku di Teluk Intan, benda pertama dia cakap kat mama: "Mama, dapur mama ni seekor semut pun saya tak pernah nampak!". Kekeke..teliti kalah orang perempuan suami aku ni ;P Tapi apa-apa pun, setiap hari, waktu malamlah yang memang kami nanti-nantikan (jangan fikir jauh sangat bhai..) keke..Sebabnya, waktu tu lah kami akan share stories, hopes, thoughts, dreams, fears...LOVE....

*contented sigh*




p/s:
rasa cukup-cukup bertuah kerana mempunyai seorang suami yang suka berkomunikasi ;)

Monday, May 03, 2010

Anak Gadis Kami

Kalau lihat pada ticker baby-gaga kat atas tu, dok tak dok dah nak masuk 30 minggu aku pregnant. Sekejap je rasanya...pejam celik, pejam celik dah 30 minggu! Rasa macam semalam je tahu yang aku ni pregnant, hehe...Alhamdulillah, sepanjang tempoh mengandung ni, segalanya dipermudahkan. Aku tak ada morning sickness macam setengah-setengah mom-to-be, aku tak ada mengidam-mengidam apatah lagi nak minta benda-benda pelik (ada kes yang aku dengar siap mintak rantai emas pun ada!) dan aku juga tak ada mood swing (ini yang paling aku risau kalau ada). Bergembira je sepanjang tempoh mengandung ni. Suami kata semenjak mengandung ni aku suka melawak, suka buat tarian-tarian goofy dan suka buat aksi-aksi sengal, huhu ;P

Aku perasan, dalam tempoh satu hari, baby aku ni paling aktif pada waktu aku sedang bekerja (especially pagi) dan juga pada waktu malam (especially time aku dah nak tidur). Disebabkan aku ni jenis tidur mengiring, terpaksa la perut alas bantal, kalau tak meloyooootttt je rasanya (walhal aku memang suka tidur berbantal banyak - 'terpaksa' konon). Teringat aku waktu pergi scanning 3D & 4D haritu, dalam imej scanning tu mula-mula agak jelas wajah baby ni sebab dia berada dalam kedudukan sebenar. Lepas tu, mungkin sebab terganggu dengan ultrasound, dia berganjak kedudukan pula...kemain lagi dia bersandar kat tepi dinding uri tu, siap kaki angkat letak kat dinding uri (sebijik macam perangai ayah dia, suka tidur sandar kaki kat dinding bilik) haha ;D

Anak Gadis Kami ;D

Lastly, tahu juga kami yang baby ni baby GIRL. But you know, kadang-kadang mesin pun boleh buat silap, kan? Laki atau perempuan, tak kisahlah...Harapan aku dan suami agar baby ni selamat dilahirkan dan sihat tubuh-badan pun dah syukur banyak-banyak. Lepas-lepas dah agak yakin dengan jantina baby, kami pun ber-shopping sakan masa Pureen Warehouse Sales on the 25th April hari tu. Dalam iklan kata, jualan bermula pada pukul 10 pagi, tapi masa kami sampai 9.25 pagi, kami tengok orang dah berpusu-pusu membeli-belah dah kat situ. Haih, tak aci betul! Tapi memang seronok juga la, sebab to tell you the truth, aku tak pernah membeli-belah sewaktu warehouse atau stock clearance sales...Aku juga jenis yang jarang membeli-belah (sebab aku MEGA-kedekut), dan bila aku membeli, aku tak pula tawar-menawar (sebab aku tak pandai negotiate <-- aku cepat kesian peniaga, hehe ;P).

Masa sales Pureen hari tu, macam terkedu juga lah tengok harga barang. Baju baby RM5, bib RM2, booties RM2, sarung tangan RM2, topi RM2...macam-macam lagi lah, hampir meroyan aku dibuatnya. Murah nak mamp OK? Keke...Jadi aku dengan Erik pun main angkat je. Angkat, masuk bakul! Angkat, masuk bakul! Angkat, masuk bakul! Memang berpesta angkat-mengangkat barang lah! Keke...Sekali, hah amek kau, last-last dekat 4 bakul penuh dengan barang. Konon nak berjimat, tapi TERbelanja lebih sikit dari setengah ribu, ngahaha..Adeh ;P Tapi bila dah sampai rumah, dah lipat-lipat, dah susun-susun barang baby, baru aku perasan, semuanya dah ada! LENGKAP! Yeay!...

Cuma maybe nak tambah cloth diapers, car seat, some maternity pads, besen mandi baby, set jamu lepas bersalin, ermmm... aaaaahhh... ermmmm... aaaahh...maybe some more of those cute Busha leggings, dan some rompers or onesies from Threadless and Urban Baby Runaway (The Ramones! *drooling) and.....



* tiba-tiba je senarai jadi panjang :/

Wednesday, April 21, 2010

Spaghetti alla Bolognese

Malam semalam aku memasak lagi, kali ni atas permintaan suami sebab tiba-tiba tekak dia teringin nak makan spaghetti :) Aku mula memasak dalam pukul 8 malam which is considered as agak lewat untuk memasak. Tapi masak spaghetti tak mengambil masa sangat, tak seperti nak memasak masakan-masakan Melayu kita, banyak sangat rencah dan preparation-nya. Hari tu ingat nak beli some meatballs, tapi harganya kemain mahal, jadi malam tadi buat Spaghetti alla Bolognese je la. Itu pun resepi tak berapa lengkap sebab keju Parmigiano tak beli, dan daun basil tak ada. Sebab Erik suka sos Bolognese yang agak pedas-pedas sikit, aku tambahkan sesudu kecil cili blended for umpphh! Jadi spaghetti aku dah kira ada pengaruh Melayu la sikit, kekeke ;D

Spaghetti alla Bolognese alla Melayu ;P

Dua (2) kali tambah Erik makan, berbunga-bunga hati aku dibuatnya, ihiks :"> Lepas makan spaghetti, kami have a few scoops of sundaes dan kemudiannya diikuti dengan sesi berkasih-sayang, kekeke ;P

Life is simply delicious
...

Tuesday, April 20, 2010

Main Masak-Masak

Aku kalau bab masak-masak dan makan-makan ni memang aku suka sangat. Pada aku aktiviti memasak dan aktiviti melahap ni seumpama terapi. Pada aku juga, orang yang suka makan, tak mungkin tak suka memasak (tapi nampaknya aku silap tang ni), sebab ada juga kawan-kawan yang suka makan tapi tak berapa gemar nak memasak. Macam mama aku pula, setiap kali lepas memasak, mesti dia dah tak berapa lalu nak makan lepas tu. Katanya sebab dok mengadap masakan tu dari tadi, selera dia hilang. Macam-macam la mama aku sorang tu, hehe ;D

Semenjak pindah ke Ukay Perdana ni, peti ais kami rosak. So, jaranglah aku memasak. Tapi semenjak dapat peti ais baru pembelian si Suami Tercinta baru-baru ni, aku pun kemain kemaruk nak memasak rasanya! Sabtu malam yang lepas aku masak Kueytiaw Kerang...Pagi Ahad aku buat Cucur Udang...Semalam, lepas-lepas balik kerja aku rasa nak memasak juga. Erik dah pesan, jangan masak kalau hari kerja, kang letih katanya. Tapi sebab berkobar-kobar nak memasak, aku teruskan juga. Aku ni bukan apa, kadang-kadang rasa kesian kat diri aku dan Erik ni, setiap petang je kami BUNTU nak makan apa untuk sebelah malam. Asyik-asyik makanan berbeli, sampai kami dah naik jemu dan muak! McD Delivery toksah cerita la, alih lapar je call, alih lapar je call. Isk isk isk...

Jadi semalam, dengan semangat suka memasak dan cintakan suami (eceh) aku pun masak lah dalam tiga (3) lauk untuk makan malam. Menunya: Sambal Telur Scrambled, Sup Sayur dan Ayam Masak Halia. Menu simple-mimple je, sebab aku ni kalau bab memasak cukup-cukup SLOW, kang kesian suami aku bertahan lapar nak makan malam, huhu. Sambal Telur tu memang dari dulu aku suka buat scrambled style walaupun selalunya orang masak guna telur siap rebus, sebab kalau buat telur pecah camtu rasa sambalnya masuk habis dalam telur tu. Sup Sayur aku buat campuran cendawan, saderi, kubis cina dan lobak. Bumbunya udang geragau (habis la Erik gatal-gatal hidung kang, huhu) ;P Ayam Masak Halia dengan kuchai paling cepat dimasak, paling afdal dengan halia yang banyak, sesudu sos tiram dan tambahan sedikit minyak bijan.

Sambal Telur Scrambled

Sup Sayur

Ayam Masak Halia

Paling best memasak ni sebab Suami Tercinta suka sangat dengan masakan aku. Tengok dia berselera makan rasa berbaloi-baloi memasak dari tadi. Disebabkan itulah aku sekarang ni dari "memasak-sekadar-hobi" menjadi "memasak-kerana-cinta" hehe. Terima kasih Sayang! ;*

Monday, April 05, 2010

Perempuan? Oooh!

Minggu akhir bulan Mac haritu, aku ada pergi scan perut sekali lagi. Hopefully by that time, jantina bayi dah dapat diketahui. Kali ini aku bertukar tempat pula, aku tak mahu scan dah kat Klinik Alam Medic kat Wangsa Maju sebab doktor tu tekan roller scanner kuat sangat sampai terseliuh urat kaki aku dibuatnya. Aku pergi ke Klinik Kita pula. Masaalahnya....SAMA je! Punyalah kuat doktor tu tekan, pastu siap nak nasihat-nasihat aku cakap: "Jangan lawan, jangan keraskan perut!". Sakit tau tak? Apa kau ingat perut aku tepung roti canai ke? Isk, isk...Doktor kat Klinik Kerajaan haritu buat elok je, tak tekan lansung, cuma glide je atas perut tau!

Tapi yang paling buat aku jengkel, sambil doktor (Klinik Kita) tu scan, mulut dia tak henti-henti bercerita tentang betapa canggihnya mesin scan dorang yg baru dibeli tu. Aku tak berminatlah dengan teknologi mesin scan tu wahai doktor. Aku cuma nak tahu baby aku sihat tak? Apa jantinanya? Kedudukannya normal ke tak? Banyak jugalah aku potong cakap dia sementara dia bukan main ghairah lagi bercerita tentang mesin scan dia tu (agaknya tu sebab dia tekan perut aku kuat-kuat kot?) Adeh....

Doktor tu scan dari hujung kaki sampai hujung kepala baby. Tapi setiap kali dia scan ke area kemaluan je, dia kata: "Haa..yang tu kaki dia" atau "Haa..yang panjang tu betis dia" atau "Haaa..nampak tak yang bulat tu? Itu punggung dia". YA RABBI, doktor...kau nak main seprais-seprais pulak ke dengan aku? Sebab tak sabar punya pasal, terus je aku potong dan bertanya: "Laki ke perempuan?". Pastu doktor kata, kalau laki-laki sepatutnya sekali scan terus je nampak "anu"nya, tapi sebab tak nampak "anu"nya itu, terus disimpulkan yang baby aku tu baby PEREMPUAN. Mak aih, main kesimpulan-kesimpulan pulak ye? Kata mesin canggih! C-H-E-T!

Sebelum ni ramai sangat yang tegur perut aku kecik..anak LAKI-LAKI kata dorang. Nurse Klinik Kerajaan kata gitu, rakan-rakan sepejabat kata gitu, orang-orang yang lebih tua dan arif pun kata gitu...tapi mesin scan doktor yang baru, canggih-manggih dan masih berbau kedai tu kata baby PEREMPUAN. Haih...:/ Takpelah...sementara ni aku iyakan ajalah yang baby ni baby girl ye? Yang penting, dia sihat, berada dalam posisi normal, cukup sifat dan yang penting --> AKTIF!
.
.
*tendang*
.
.
.
*tendang*
*tendang*
*tendang*
*tendang*
*tendang*
.
.
*tumbok*
*tumbok*
.
.
.
.
*tumbok*
*tendang*
*tumbok*
*tendang*
*tumbok*
*tendang*
*tendang*
*tumbok*
*tendang*
.
.

Adui...janganlah tendang mama kuat sangat baby, huhu :/

Wednesday, March 10, 2010

Panggilan Pulau

Aku rasa lah kan, aku ni memang ada masalah dalam berjanji. Bukan berjanji dengan orang, tapi berjanji dengan diri sendiri. Sejak balik dari percutian sekeluarga ke Penang sewaktu Chinese New Year haritu, beria-ia lah aku nak meng-update blog (konon)...Last-last korang tengoklah date hari ni, dah berapa hari bulan? Dasar PEMALAS kan?

Aku bukannya tak suka menulis...SUKA. Suka sangat-sangat. Tapi ada masanya kadang-kadang aku ni terlampau ikut mood. Kalau mood tak best, lansung tak bukak internet satu hari pun ada. Kalau mood sedang "santai-habis" di hujung minggu, tak mau keluar rumah dibuatnya. Berkepittttttt je dengan Hezrik kat sofa sambil layan movie, haha...Kesian suami aku ;P Tapi yang sebenarnya, kesibukan aku dengan kerja sejak Februari lagi memang potong habis masa peribadi aku untuk berfoya-foya di internet, huhu...kerja, kerja, kerja...*sigh*

Tapi ni lah, nak cerita...sewaktu CNY haritu, kami sekeluarga bercuti ke Pulau Pinang. Nostalgik habis balik Penang ni wei, almaklumlah...aku dah menetap kat sana hampir lapan (8) tahun semenjak habis belajar uni dulu. Teringatlah dulu-dulu aku menghirup kuah laksa penuh khusyuk dekat sebuah gerai kaki lima ni, sambil "sempoi dok ada" bertenggek kat tepi longkang...Teringat jugak time meroyan mencari majalah Playboy edisi lama kat toko-toko buku terpakai kat atas Bazaar Chowrasta, huahuahua ;P...Tapi yang paling besar meninggalkan kesan di hati aku ialah MAKANAN-MAKANAN sedap di Penang ni...Huiihhh, meleleh ayaq lioq aku habaq hang!

BTW, adik laki aku si A.D. dah siap-siap sewa apartment untuk kami di Tanjung Tokong, betul-betul di belakang Island Plaza. Mula-mula sampai Penang, of course lah kena pekena nasi kandar dulu. Tapi sayang, sebab kami datang siang, Nasi Kandar Beratur tak buka lagi...jadilah merasa Kayu Nasi Kandar kat area Bukit Jambul tu je yang entah apa pasal tak cukup kick macam dulu-dulu *sigh*. Satu perkara yang obvious sangat tentang perubahan di Penang ialah..jalannya yang semakin JAM! Arghhh! Panas hati aku dibuatnya dengan jam kat Penang ni, lagi teruk dari KL, terkemut-kemut bergeraknya! Jadi disebabkan itu juga, kami jadi JERAN nak berjalan jauh dari lokasi penginapan, risau tersangkut dalam jam tak keluar-keluar..almaklumlah, CNY kat Penang memang happening habis.

Kesimpulannya, dalam masa tiga (3) hari dua (2) malam di sana, kami tak sempat untuk merasai Penang yang sebenar-benarnya. Tak sempat merasa Pasemboq Padang Kota, Mee Udang Salwa, Nasi Kandar Beratur, Laksa Balik Pulau, ABC & Cucoq Udang Jalan Swatow...Tapi, nasib baik kami sempat ke Rope Walk, terubat juga lah hati bila tengok barang-barang mengarut kat sana, hehe...Selain dari tu, kami juga sempat berjalan-jalan di Street Market sepanjang jalan depan The Ship kat Batu Ferringhi. Mama siap belikan sundress yang cantik
sebagai hadiah, which is sangat sesuai dengan wanita mengandung yang hot seperti aku ni, tihihi ;P Kami juga sempat ber-BBQ tepi pantai; main masak-masak ayam, udang dan sotong ball. Si suami teringin sangat nak naik parachute yang ditarik bot tu, tapi caj-nya...mak aih RM120! CEKIK DARAH!! Kesian suami aku. Takpe ya Sayang, suatu hari nanti saya belikan awak parachute dengan bot-bot nya sekali ;*

Gambar SIL aku dengan anaknya Sofia yang tersangatlah comellll! :*

Thursday, January 14, 2010

Kedatangan Yang Dinanti

Pada Ahad 15 Nov tahun lepas, aku buat ujian kehamilan di rumah. Aku seperti sudah agak result-nya...YES! Aku mengandung! Aku tenung dua (2) garis melintang warna pink yang jelas bertanda sambil tersengih sorang-sorang. Sebelum kahwin dulu, aku selalunya cukup gabra kalau lambat datang bulan, sebab menstrual aku memang teratur dan terkawal. Bermakna, kalau lambat mesti ada penyakit nak datang sebab ada sekali dulu waktu bersekolah menengah, tiga (3) bulan aku clear, tapi masuk bulan ke-empat (ke-4) sakit ya amat masa datang bulan!

Sekarang ni, bak kata orang Utara..."dok tak dok" dah masuk lima belas (15) minggu aku pregnant. Dan alhamdulillah juga walaupun 1st Trimester haritu aku kena morning sickness, tapi sekali-sekala sahaja yang teruknya. Nasib baik, kalau tak kesian plak kat suami aku tu kang ;) Tiga (3) bulan pertama lepas, aku punya selera makan agak berkurangan, walaupun kehendak tu sama saja macam waktu tak mengandung tapi aku dah tak dapat makan banyak. Nasi separuh pun kadang-kadang tak habis. Nasib baik juga aku tak ada keinginan pelik-pelik, mintak dijauhkanlah, nanti risau menyusahkan suami nak mencarinya je, hehe... ;D....("Sayang, carikan saya sup ekor badak air") uyekk!

Setiap pagi bila bangun tidur, suami mesti bertanya: "Baby, baby...baby apa khabar?" Dan mula-mula dulu aku jawab: "Khabar baik Sayang"...buat malu je tau, rupa-rupanya suami tanya pada baby dalam perut ni. Jadi sekarang aku jawab: "Baby sehat. Dia kem salam" ekekeke...Masa kali pertama scan perut pula, kemain kecut aku dibuatnya. Tapi as usual aku berlakon cool lah depan suami aku tu. Dia banyak kali tanya: "Cuak tak? Gementar tak?", tapi aku asyik deny je. Aku kata apa pula nak cuak, bukannya nak kena injection pun *punya lah berlagak*. Sedangkan macam la suami aku tu tak kenal aku...Aku ni first time nak naik Komuter pun bukan main gementar lagi, kalah nak buat audition Malaysian Idol, huhu *entah apa-apa kan?*

Masa scan tu tak dapat nak digambarkan perasaan aku ni. Gembira ada, tak percaya ada, nak menangis ada...ya lah, bercampur-baur tak tahu nak kata bila tengok satu kelibat nyawa yang lain ada dalam perut ni. Muka suami pun takyah cakap lah, SEMACAM kelu-nya, ekeke ;D Sambil terpaku menatap monitor, sekejap-sekejap terdengar suara suami aku: "Doktor yg besar tu kepala dia ke?", "Sayang! Dia bergerak-geraklah!", "Tengok jari-jari dia tu Sayang!", "Sayang! Tu, tu, anak kita". Sambil berkata-kata semua ini dia tak lepas-lepas pegang kaki aku yang tengah berbaring tu *sigh* Bahagia sungguh rasanya melihat senario ni, ekeke :">


Baby,

Mama dan Ayah sedang menanti kedatangan kamu dengan penuh debaran. Kami tak sabar-sabar nak berjumpa kamu. Tiap-tiap hari pun mimpikan kamu :) Jaga diri baik-baik dalam perut Mama ni ya? Mama janji akan minum susu Materna perisa coklat yang tak sedap tu sampai habis demi kamu. Mama janji akan makan semua ubat pahit-pahit yang doktor bagi tu demi kesihatan kamu, walaupun kadang-kadang lepas telan Mama rasa macam nak luah balik! Pahit tau!

Mama dengan Ayah dah bersedia dengan nama-nama yang baik sebagai doa untuk diberikan kepada kamu bila kamu lahir nanti. Doa Mama dan Ayah, agar kamu jadi orang yang bijak-pandai, orang yang berguna, orang yang baik, orang yang sedap dipandang mata dan orang yang akan sentiasa dipelihara oleh-Nya! Ayah pun sekarang tengah sibuk bersiap-sedia mencipta lagu untuk kamu, almaklumlah Ayah kamu baru je sambar gitar akustik sebiji minggu lepas, sampai Mama lalu depan Ayah pakai baju sexy pun Ayah tak perasan dah, ekekeke ;) Begitulah khusyuknya Ayah kamu mencipta lagu untuk kamu Baby ;*

Mama dengan Ayah berjanji yang kami akan cuba menjadi ibubapa yang sebaik mungkin untuk kamu kelak! Kami menunggu kamu!!!


With So Much Love,
Mama & Ayah