Wednesday, July 07, 2010

Pengalaman Melahirkan Cahaya Mata

THIS is it! Kedatangan yang dinanti telahpun tiba...dalam bentuk a bundle of joy, dengan wajah campuran separuh mama dan ayahnya, anak pertama aku dan suami. Ingin aku kongsikan detik-detik kelahiran cinta kami di sini. Manalah tahu kot-kot ada yang boleh dijadikan panduan bagi expecting mum di luar sana :)

4 Julai 2010 - 5.20 AM:
Aku terkebil-kebil memandang siling bilik tidur. Entah kenapa aku rasa pagi itu sangat pelik berbanding biasa. Perut aku kerap memulas. Mengiring salah, menelentang salah. Dalam hati terlintas: "Aku dah nak beranak ke?". Dan tiba-tiba aku naik kecut. Takut amat sangat. Rasa hati macam nak ke toilet melihat kalau-kalau ada tanda, tapi aku teragak-agak (mungkin sebab kurang bersedia menerima kenyataan yang aku dah nak bersalin). Dalam 5.44 AM, aku akhirnya bangun dari katil dan ke toilet. OK, DARAH DAH TURUN. Sah aku dah nak beranak! Aku pun terus membangunkan suami, dan kami bersiap-siap untuk bertolak ke Hospital Ampang dalam keadaan seperti berada di awang-awangan...

4 Julai 2010 - 6.30 AM:
Sejam telah berlalu. Setakat waktu ini, aku telah mendaftar masuk di Jabatan O&G di tingkat empat (4) dan sedang diperiksa oleh Dr. Zulaikha (kalau tak silap namanya). Aku diminta bertukar pakaian untuk diperiksa, dan menurut Dr. Zulaikha bukaan aku baru sahaja 2.5sm dan aku ada pilihan sama ada ingin terus menunggu di hospital sehingga bukaan menjadi 4.0sm (di mana aku akan dibenarkan masuk ke Wad Bersalin) atau pulang dahulu ke rumah. Aku memilih untuk terus saja menunggu kerana pada aku, pulang ke rumah adalah seperti berpaling dari realiti yang sedang menunggu aku dihadapan, huhu :/ Dan dari saat itulah contraction nightmares aku bermula...

4 Julai 2010 - 12.30 PM:
Memandangkan ini ialah anak pertama, jadi tak salah kalau aku kata yang aku agak jahil tentang sakit dan tempoh masa berkaitan contraction ni. Dari bukaan 2.5sm nak ke 4.0sm bunyi macam dekat right? I mean, bezanya cuma 1.5sm sahaja. Apalah sangat 1.5sm tu, lubang hidung aku pun lebih luas dari tu, haha...But man, aku dah silap besar! Dan sehingga ke pukul 12.30 PM ni, sakit contractions tu apalah sangat...Aku pernah kena gastrik, dan gastrik jauhhhhh lagi sakit. Sekali lagi, aku dah silap besar!

Beberapa minit selepas 12.30 PM, aku merasakan gelombang contractions yang tak pernah aku rasakan sebelum ni. Tiba-tiba aku sedar, apalah sangat gastrik tu bila dibandingkan dengan sakit yang aku rasakan sekarang! Suami yang memegang tangan aku dari tadi tak putus-putus membacakan doa Nabi Yunus sambil mengusap-ngusap kepala aku yang berpeluh. Aku tekan butang emergency yang berada disebelah katil wad menunggu dan meminta nurse untuk melihat bukaan terbaru aku. Pada 12.40 PM, bukaan aku baru sahaja 3.0sm! Aku diminta menunggu sehingga 4.00 PM untuk pemeriksaan bukaan seterusnya. 4.00 PM!! Macam nak pengsan aku mendengarnya! Aku dipapah suami keluar dari bilik pemeriksaan ke katil semula. Contractions berlaku selang tiga (3) minit. Aku ketap gigi menahan sakit dan senyum ke arah suami untuk mengurangkan gundah di hatinya...

4 Julai 2010 - 4.00 PM:
12.30 PM ke 4.00 PM adalah suatu tempoh masa yang panjang. Ditambah pula dengan sakit yang teramat sangat, aku rasakan seperti jam berhenti bergerak. Waktu melawat yang bermula dari 12.30 PM berakhir pada 2.00 PM. Suami cukup berat hati untuk meninggalkan aku yang kesakitan terlantar keseorangan di katil menunggu, sehingga dia banyak kali memujuk makcik guard untuk membenarkan dirinya menunggu di sisi aku sehingga 4.00 PM. Walaupun suami terpaksa keluar, banyak kali juga dia curi-curi masuk menjenguk aku, untuk memberikan aku semangat dan membacakan doa-doa agar aku lebih tenang (I love you Sayang!). Tepat pukul 4.00 PM yang juga merupakan waktu lawatan petang, suami masuk semula dan memapah aku ke bilik pemeriksaan untuk menyemak bukaan.

AKHIRNYA...Pada 4 Julai 2010, 4.00 PM, bukaan semasa aku ialah 4.0sm.

Inilah dia! Aku seram-sejuk dalam sakit. Aku dinaikkan ke atas kerusi roda dan ditolak masuk ke Wad Bersalin sambil suami mengekor cemas dari belakang...

4 Julai 2010 - 4.15 PM: WAD BERSALIN
Sejurus baring di katil bersalin, tekanan darah aku serta degup jantung bayi diambil untuk sepanjang tempoh bersalin. Suami aku diminta keluar semula kerana mentuban aku akan dipecahkan. Dua kali aku di prod and poke, barulah aku rasakan air mentuban hangat keluar. Doktor (tak ingat nama) berkata: "Nanti you akan rasa contractions yang lagi sakit dari tadi. Bila sakit, you sedut gas ni", sambil menghulurkan aku gas mask untuk disedut. Aku angguk kepala lemah (lagi sakit dari tadi???). Suami dipanggil semula masuk, dan dia lekas-lekas ke sebelah aku bila tiba-tiba aku mengelinjang kesakitan sambil menyedut gas dengan mata separa terpejam...

Sewaktu membuka mata dan melihat muka suami yang pucat memandang ke arahku, sambil tangannya tak lepas-lepas menggenggam jariku dan mulutnya tak henti-henti membacakan doa, aku sedih ya amat. Kemudian suami berkata: "Awak janji dengan saya ya? Awak mesti pulang ke rumah kita lepas semua ni selesai". Aku menangis semahu-mahunya bila aku faham ketakutan apakah yang tersirat di hati dia pada waktu itu. Aku juga tak bersedia untuk itu. Jadi dengan menguatkan semangat aku berkata: "Mestilah! Saya akan balik dengan anak kita". Doa suamiku diperkenankan Allah, kerana tak sampai beberapa minit selepas itu, aku terasa seperti baby menolak dirinya keluar. Suamiku cepat-cepat keluar memanggil doktor. Alhamdulillah...selepas meneran kali ketiga sahaja, baby selamat keluar dan seketika kemudian aku terdengar esak tangisnya. Dalam keadaan yang lemah dan masih mamai aku berulang-ulang kali berkata: "Terima kasih banyak. Terima kasih semua! Terima kasih.." :D

Selepas dibersihkan, baby diletakkan atas dada aku. Dia seorang baby girl yang comel yang berhenti menangis serta-merta tatkala mendengar suara ayahnya mengalunkan qamat. Aku tersenyum tak henti-henti, walaupun dengan kaki menggeletar menahan sakit ketika doktor menjahit luka koyak yang sampai ke buntut sebab baby push keluar sewaktu bukaan baru hanya 9.0sm dan bukan 10.0sm. Aku melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 2.85kg pada 5.20 PM, hanya sejam lebih sedikit dari saat aku dimasukkan ke Wad Bersalin. Alhamdulillah...

4 Julai 2010 - 6.15 PM: WAD 4C
Tepat 5.50 PM, luka aku selesai dijahit. Aku dibangunkan dan dipapah ke kerusi roda. Baby pula diletakkan atas pangkuanku dan kami disorong ke Wad 4C. Dan bermula dari situ, semuanya berjalan begitu cepat! ;D Sewaktu bersalin, rasa seperti cukuplah aku beranak seorang tu saja. JERAN sungguh bila mengingatkan sakitnya. Tapi sekarang aku tak kisah untuk tambah 2-3 orang lagi (dengan izin suami sebab katanya dia tak sanggup melihat aku sakit) kalau semua anak aku kiut-miut camni! Tak salahkan puji anak sendiri? ;P Hahah

Thursday, July 01, 2010

Ulangtahun Perkahwinan di Cherating

Hari Jumaat minggu lepas aku tak sihat, dengan badan dah mula sakit-sakit. Duduk tak boleh lama-lama, baring pun dah tak boleh lama-lama dalam keadaan satu posisi. Jadi aku ambil MC, dengan hati sedikit sedih sebab esoknya, iaitu hari Sabtu - 26 Jun 2009, GENAPLAH SETAHUN aku selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta. Hasrat di hati nak buat something special berdua, tapi aku pula dalam keadaan yang tak mengizinkan macam ni. Hampir waktu tengah hari, tiba-tiba suami meminta aku bersiap pack baju untuk tiga (3) hari. Selepas bersiap dan sebaik sesudah solat Jumaat, barulah aku tahu yang suami ingin membawa aku bercuti ke Cherating :)

Perjalanan mengambil masa tiga (3) jam setengah. Dan sejujurnya, ini PERTAMA kali aku menjejakkan kaki di Cherating. Aku sudah berpesan pada suami supaya jangan berharap sangat yang kami akan dapat menempah penginapan di sana di saat-saat akhir tanpa early booking, almaklumlah hujung minggu ramai yang keluar berlibur. Memang betul sangkaan aku, SEMUA hotel di Cherating penuh di tempah (termasuk Club Med, gila kan?). Yang tinggal cumalah chalet-chalet kecil sahaja. Of course, bagi tujuan menyambut anniversary, menempah chalet is a NO-NO. Tak romantik kata suami ;P

Aku ingat nak ajak berkelah-kelah sahaja dan selepas tu pulang ke KL, tapi kesian pula bila lihat muka suami mencuka sebab tak dapat hotel. Nak dijadikan cerita, tiba-tiba aku dapat panggilan dari Impiana Cherating, hotel pertama yang kami jejak sebaik tiba di Cherating. Rupanya ada suite kosong bagi tiga (3) hari dua (2) malam sebab telah di cancel booking. YEAY! Punyalah suka kami berdua! RM350 untuk satu malam macam terlari sasaran sikit dari budget asal kami tapi demi anniversary apa salahnya kan? Suite kami dipanggil Jelita Suite. Ada four-poster bed (sayangnya jenis twin, bukan queen), bilik air besar dengan bath-tub, dan ruang santai dengan meja menulis dan kabinet TV (TV kecik!), tapi kami tak kisah sangat sebab ke sana pun main redah je kan, dapat bilik pun dah kira syukur ;)


Walaupun cuma tiga (3) hari sahaja di Cherating, dan tak dapat nak lasak-lasak sangat sebab boyotness, aku tetap happy sangatttttt! Maybe salah satu sebabnya ialah nasib baik menyebelahi kami sebaik kami menjejakkan kaki di Cherating. Walaupun pergi ke sana tak berancang, tapi dapat juga bilik yang best! Walaupun tak tahu mana tempat makan seafood yang enak, dan main menonong je try restoran yang agak berkenan di mata, tapi our dinner was NEVER a letdown. In fact ada sebuah kedai tepi jalan ni masakannya...masyaAllah, sedaplah! ;D

Tapi yang buat aku tersangat happy dan satu perkara yang pasti, aku sedar yang aku mempunyai suami yang sangat menyayangi aku dan menghargai aku sebagai isteri dan bakal ibu kepada anak-anak dia. Kami dah pun merancang untuk bercuti setiap kali menyambut anniversary mulai tahun 2010 ini. Dengan memikirkan yang kami bakal menyambut kelahiran anak pertama dalam masa dua (2) minggu lagi, aku memang
rasa cukup bertuah dan tak pernah puas rasanya berkongsi hidup dengan Mohd Hezrik...

I LOVE U SAYANG! ;*