Thursday, July 31, 2008

Musim Demam & Batuk Kot?

Banyak perkara berlaku sepanjang aku tak menulis ni. Aku demam seminggu. Siap terlantar atas tilam dengan tengkuk berbalut kain basah. Batuk-batuk pula dah dua (2) minggu. Inipun ada lagi saki-baki batuk, tapi tak lah teruk macam mula-mula dulu. Aku batuk, batuk dan batuk sampai orang lain takut tengok aku batuk. Keluar-keluar air mata, tangan tekan dada. Siapa tengok tapi tak simpati tu memang tak ada perikemanusiaan lah jawabnya, hehe :D

Alhamdulillah, semua sekarang sudah OK. Walaupun didesak oleh boss aku untuk x-ray my lungs kot-kot ada infection, aku tak pergi. Sebab pertama, boss aku recommend doktor pakar dari Hospital Pakar Damansara (gila, pasti mahal!) dan sebab kedua, aku mungkin jadi begini sebab dulu aku perokok tegar. Kepada siapa-siapa yang masih merokok tu, slow-slow la berhenti ya? Sebab bila sakit-sakit begini, memang terasa betul pukulan setiap sedutan dulu *sobsob - kesat air hidung*

Suara aku serak-serak basah sekarang ni. Kalau nyanyi jazz kalah Ella Fitzgerald, Billie Holiday dan Nancy Wilson, haha. Aku suka suara aku begini. Sayangnya sebab suara ni temporary dan kalau dah baik batuk karang, tak serak-serak lagi dah, huhu. Lepas tu, kena nyanyi lagu Min Malik je lah di bilik mandi, kohkohkoh :P

Baru-baru ni tengok soccer match Chelsea versus Malaysia. Walaupun duduk tak lah dekat dengan padang, tapi seronoknya tak tahu lah nak gambarkan! Aku ni bukannya a soccer person pun, tapi once aku caught up with the game, aku punya menjerit...fuh, menggila!! Orang tanya aku sokong pasukan mana? Aku cakap, aku cuma sokong permainan yang bagus je! Hehe. So bila Chelsea serang, aku jerit. Malaysia naik, aku jerit. Boleh tak kau orang bayangkan continuity jeritan aku yang bukan calang-calang jerit tu? Aku jerit kalah orang-orang laki kat area seat aku tu tau. M-E-N-Y-E-T-A-N (equals to monyet setan).


Ini gambar aku dengan adik-adik Erik tengah buat "ombak". Ombak kami tak jahat mana pun ;P

Tapi surprisingly, makin baik pula batuk aku ni keesokkan harinya. Mungkin jerit-jerit tu sedikit sebanyak overhaul lorong pernafasan aku ni. Kasi clear macam enjin kereta baru lepas buang karbon, keke. OK lah, sudah lah dulu. Aku ni sebenarnya tak tahu nak menulis tentang apa. Tapi kalau dah start, mula la keluar semua cerita mak nenek bagai. Hujung minggu ni aku balik kampung. Mama aku cakap rambutan tengah masak. Huiiii, mahunya batuk balik aku ni karang!!

Friday, July 18, 2008

Syok Syok Syok!

Tajuk entri ini tiada kaitan dengan band "!!!" atau band "Yeah Yeah Yeahs" (just in case ada yang tertanya-tanya disebabkan repetition ayat "Syok" tu), keke :D Tapi cuma nak beritahu yang aku sekarang sedang dilanda penyakit G-I-L-A. Ya, aku jarang sekali menjadi gila sebegini. Seperti rasa ingin menggelejat, menggedik-gedik, menggeletis menari mengikut lagu-lagu dari album Seeing Sounds dari band N*E*R*D.

I'm not into Hip Hop (sangat), tapi ooohhh!! Album ini sungguh, sungguh best, percayalah! I LOVE N*E*R*D!!! Yeah!! *goyang-goyang bahu dan hips*

Mahu dengar? Silalah DOWNLOAD di sini. Hohoho :P

Friday, July 04, 2008

Aku Simpati Kamu Oh Ibu (Pertiwi)!

Di suatu tempat dan di suatu masa, pada suatu ketika, tersebut lah kisah seorang anak bernama Rawna yang sangat kasihkan ibunya Mak Lisaya. Dijaga elok ibunya, dicurah cinta sepenuhnya dek kasihnya Rawna yang tak terperi. Rawna telah awal-awal lagi bersumpah kepada ibunya dan kepada Tuhan bahawa selagi dia masih bernyawa, ibunyalah yang didahulukan dalam setiap perkara. Arakian semua mata yang memandang habislah memuji si Rawna. Walhal segala baik pekerti terhadap ibunya tidaklah cukup menukar Rawna kepada malaikat, kerana asalnya manusia, maka tetap manusialah dia.

Hendak dijadikan cerita, terdengarlah desas-desus Rawna telah terlanjur berdosa dengan seorang laki-laki. Rawna hanya seperti makhluk Tuhan yang lain, tidak akan tidak, pasti lalai dengan pegangannya. Walau apa jua kebenarannya, dosa antara Rawna itu hanya Tuhan sahaja ketahui kerana fikiran-fikiran dari mata yang memandang tidak mampu menentu dan mengadili akan perkara yang kabur! Kerana itu, ibu Rawna, Mak Lisaya percaya yang langkah terbaik ialah untuk Rawna sendiri membuktikan kesucian dirinya. Berbanding pula dengan orang ramai, atas telahan, ta'akulan berserta tilikan, masing-masing ada yang habis percaya akan kesucian Rawna, dan kebiasaannya, sudah tentu ada yang lansung tidak percaya. Maka dari mereka-mereka yang berbeza pendapat itu, wujudlah akhirnya dua puak.

Rawna tatkala mula dihimpit tohmahan serta kata-kata nista telah berfikir keras untuk meloloskan dirinya dari permasalahan itu. Lantas keputusan mendesak dirinya menjadi pelarian dan berselindung di sebuah gua milik sahabat terdekatnya, seorang kaum Kuncitur. Lansung lupalah dia akan ibunya Mak Lisaya. Lupalah juga dia akan ajaran agamanya untuk menghadapi musibah dengan berani atas kebenaran, kerana lari dari medan peperangan dalam diri itu juga suatu dosa besar terhadap Tuhan dan dirinya sendiri.

Pada sahabatnya itu, Rawna berkeluh-kesah, dan demi menegakkan dirinya Rawna lantas bercerita segala ketidakpuasan hatinya terhadap hidupnya selama ini. Tentang sikap ibunya. Tentang hal isirumahnya. Tentang hal berkaitan puaknya. Tentang bagaimana itu semua menjadi sebab-musabab dia akhirnya difitnah. Dan kata sahabat kaum Kuncitur ini: "Kalau begitu sahabatku, mengapa tidak sahaja kamu ceritakan yang benar kepada mereka?". Atas pertimbangan yang berkali-kali, Rawna akhirnya keluar dari gua dan menghadapi puaknya. Arakian setelah keluarnya Rawna dari gua, sahabatnya menyebar luas kisah Rawna kepada kaum Kuncitur. Habis segala hal isirumah Rawna kini juga sebuah hal isirumah Kuncitur. Ada yang simpati. Tak kurang yang ketawa.

Rawna setelah keluar dari gua itu dan berasa sangat sukacita atas kepercayaan sahabatnya, mula mendapat buah fikiran untuk meraih kepercayaan orang ramai dari segenap bilang bangsa. Dengan lebih ramai yang menyokong, kesucian diri Rawna pasti dapat dipertahankan. Walau terpaksa membuka aib, membuka kelemahan, membuka kecacatan ibu dan puaknya, Rawna rasa tiada salahnya demi menundukkan sebuah fitnah besar terhadapnya selama ini. Inilah sebuah medan perjuangan yang mana perlu untuk Rawna tunjukkan 'kemaluan' ibu dan puaknya. Sebuah perjuangan paling ikhlas oleh Rawna, malahan lagi ikhlas dari kasih sayangnya terhadap Mak Lisaya selama ini....




;(