Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, May 05, 2010

Setiap Malam

Aku dengan suami ada satu tabiat. Kami suka berborak, terutamanya waktu malam sebelum nak tidur. Dan kadangkala kami punyalah leka berborak sampai alih-alih tengok jam dah pukul 4 pagi. Tak tahu kenapa, tapi aku tak pernah bosan berborak dengan Hezrik. Setiap kali berborak, tak pernah ada benda yang serupa. Kalau repetition pun, cumalah tentang zaman-zaman persekolahan yang memang kami suka sangat berkongsi dan ulang-ulang cerita. Kebanyakkan cerita zaman persekolahan ni biasalah, kelakar. Kalau dikenang-kenang, macam malu pun ada, hehe

Malam semalam kami berborak lagi. Aku awal-awal dah sound supaya ingatkan aku agar jangan borak lama-lama sangat, kang susah nak jaga pagi. Maklumlah, I'm not a morning person :"> Suami mula buka cerita tentang juruwang toll. Dia cukup hairan kenapa masih ramai juruwang toll yang tak pakai sarung tangan. Dia menyoal: "Dorang tak geli ke bersentuhan tangan dengan orang asing?". Dia sambung lagi: "Entah-entah yang nak bayar tu baru lepas makan babi"..."Atau baru lepas korek hidung"..."Atau baru tutup mulut sebab terbersin"..."Atau ada penyakit ke?".

Dia kata lagi: "Kalau saya jadi pengurus toll, awal-awal saya dah suruh dorang pakai sarung tangan, sebab mungkin yang nak bayar duit toll tu pun geli bersentuhan dengan dorang". "Ada baiknya pakai je, untuk mengelakkan penyakit yang mungkin datang dari pembayar toll atau dari juruwang tu sendiri". Hehe :D inilah antara perbualan kami. Mungkin ada yang rasa hal-hal yang kami bincangkan remeh je, tapi semenjak dia bercerita macam ni memang aku tiba-tiba rasa geli-geleman bila tengok suami hulur duit toll pada juruwang yang tak bersarung tangan ;P

Bila tengok suami perasan tentang benda-benda sebegini, aku tiba-tiba rasa yang maybe aku ni jenis yang agak ambil mudah tentang hal-hal sekeliling aku. Bak kata mama aku: "Erik tu teliti orangnya", sebab ada sekali masa dia masuk dapur rumah mama aku di Teluk Intan, benda pertama dia cakap kat mama: "Mama, dapur mama ni seekor semut pun saya tak pernah nampak!". Kekeke..teliti kalah orang perempuan suami aku ni ;P Tapi apa-apa pun, setiap hari, waktu malamlah yang memang kami nanti-nantikan (jangan fikir jauh sangat bhai..) keke..Sebabnya, waktu tu lah kami akan share stories, hopes, thoughts, dreams, fears...LOVE....

*contented sigh*




p/s:
rasa cukup-cukup bertuah kerana mempunyai seorang suami yang suka berkomunikasi ;)

9 comments:

D.O.U.B.L.E...S said...

betuah badan capat suami cam gitu...

Wuhuu Mommy said...

Hehehe seronok², same here...Boleh berceloteh panjangggg, tah ape² kekadang borak...Sangat obvious-lah kalau bergaduh sebab boleh dengan bunyi cengkerik tetiba (nampak sgt kuat celoteh) *winks*

ofaghag said...

suwit. <3

Aku A-Z-Z-U said...

ct: ye lah siti, betuah badan CAPAT suami camni ;P

mommy d: hah tu la, kdg2 borak ngarut mcm org mabuk pun ade, haha. hezrik tu kat rumah kalau buat kelakar boleh tahan sengal (tp di luar dia pemalu) auwww ;D ekeke

ofa: <3 heee~

Aku A-Z-Z-U said...

nana: haha :D terbalik situasi kita ni. mcm aku ni, susah nak tidur, so dengar je la citer dia (sambil belai2 rambut dia <-- ini mmmg hobi aku, ghalit tau main rambut), pastu tiba2 aku dengar suara dia yg dr tadi bercakap jadi dengkuran halus, kekeke

the artist and i said...

berdasarkan komen hang hat kambing tu, aku simpulkan (atas dasar 'surface')

hang memang lawak lah weh! hahah

Aku A-Z-Z-U said...

ms weed: masalahnya aku mmg tertipu dgn artikel blog hang. aku mmg mati2 ingat hang cerita pasai kambing tu, hoho :P

Rani Rashid said...

wah...bagus suami awak :) :)
suka la blog awak ni. kalau rajin, singgahlah blog saya http://rani-rashid.blogspot.com

Farah Wahida Hany said...

Selalu rasa jeles bila baca entry kakzu.haih.im happy fir you kakak! I<3 you so much :)