Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Thursday, June 26, 2008

Yeah!!

Haha!! Tak sampai satu hari berkuatkuasa! YES! Pandai betul PDAM "mengugut" Kerajaan, sebabnya yang paling ramai menggunakan kad kredit di stesen-stesen minyak tu, orang-orang Kerajaan jugak! ;D

Tarik nafas lega aku! At least untuk bulan depan, aku dapat organize perbelanjaan. Syukur alhamdulillah... :)

Wednesday, June 25, 2008

Pijak Kami Lumat-Lumat

Hati aku pedih. Hati aku sakit. Rasa nak menangis, siapa yang dengar? Tiada siapa yang dengar rintihan hati orang-orang seperti aku. Orang-orang biasa dari kalangan pelbagai rakyat majmuk Malaysia. Dah lama aku tak menulis dengan emosi apatah lagi emosi berkaitan isu-isu semasa, berkaitan politik. Adakah nasib rakyat Malaysia seperti aku dan engkau, engkau, engkau yang sedang membaca post ini akan doomed? Yang hidup sederhana menjadi susah, dan yang hidup susah semakin susah?

Mata aku berair membaca tentang keputusan PDAM (Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia) yang telah membatalkan semua urusan pembelian minyak melalui kad kredit. Kata mereka jualan minyak melalui transaksi kad kredit tak menguntungkan. Kata mereka bank mengenakan caj yang mahal terhadap pengusaha minyak. Kalau tak untung, kalau caj mahal, apakah makna memperkenalkan kad-kad kredit Shell dan Petronas baru-baru ini oleh sesetengah bank? Apakah makna disebalik anjuran peraduan-peraduan dengan kad kredit stesen minyak oleh sesetengah stesen minyak? Kalau tak untung, takkanlah hadiahnya sebiji kereta secara bulanan.

Jangan diberi alasan harga minyak baru memotong sebahagian besar keuntungan PDAM, kerana kalau sebahagian besar yang dipotong, masih ada sebahagian kecil lagi keuntungannya bukan? Untung tetap untung, cuma banyak atau sikit sahaja! Kalau tak untung lansung, dah lama stesen minyak B-U-N-G-K-U-S. Sementara kami, apa yang kami dapat? Yang paling teruk dibebani harga minyak baru ialah kami! Kami, orang-orang yang lansung tiada mendapat keuntungan dari harga minyak baru, kami, orang-orang yang selama ini sebenarnya MENYARA pembangunan PDAM itu sendiri, atau apa PDAM lupa?

Cukup-cukup lah memberi idea-idea bodoh PDAM. Dulu kata nak pendekkan waktu operasi stesen minyak, tak boleh berlanjutan sampai malam. Siap nak minta kesemua stesen minyak di lebuhraya berbuat perkara yang sama! Ceteknya pemikiran ahli-ahli PDAM ni. Cetek, cetek, cetek! Dan nah sekarang, menghentikan penggunaan kad kredit pula. Terlampau cetek! Bukan semua mampu bayar cash untuk setangki penuh. Setangki penuh kereta aku sekarang berkos RM100 dan hanya tahan untuk seminggu. Dan kesimpulannya RM400 sebulan... *sigh

Buat waktu ini, aku tiada wang, gaji belum masuk, dan kad kredit pula nampaknya tidak diterima di stesen minyak. Adakah patut aku bercuti dari bekerja? Kalau tak kerja potong gaji, kalau potong gaji, bulan depan aku akan bercuti dalam jumlah hari 2 kali ganda pula berbanding bulan ini, tak begitu? Ini semua pentaakulan logik berdasarkan kitaran bulanan dengan kadar eksponensyel yang menurun dan menurun. Senarionya di sini, sedang ekonomi negara menghampiri inflasi, bank mengenakan caj pada PDAM. Bila PDAM tertekan dengan keuntungan yang sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya, mereka menekan pengguna. Dan kita ini yang sendirinya merupakan jalan mati bagi pihak-pihak terlibat di atas (PDAM dan bank) hanya mampu diam bila ditekan lagi dan lagi sehingga mungkin suatu hari nanti kita akan break kerana tak mampu melentur lagi. Tiada lagi cara hidup kita yang dapat kita ubah. Kita hanya crushed maggots underneath their feet.

Kerajaan, do something! Kami tak mahu lagi bekerja bersama Kamu (Kerajaan) pada waktu ini. Slogan tu TAK BOLEH PAKAI. Sudah tiba masanya Kamu bekerja demi kami. Kami yang menggerakkan ekonomi Malaysia ini. Kami yang merupakan objektif Kamu sehingga Kamu berada di mana Kamu berada sekarang.

Thursday, June 19, 2008

Melaka Oh Melaka!

Gila lama tak update blog ni! Bukan sebab kemalasan yang menghalang, bukan juga kesempitan masa. In fact, aku di ofis cukup free untuk meng-update blog cuma masalahnya, banyak sangat mata-mata yang memandang. Aku tak sedap hati nak ber-blog dengan notebook aku terngadah mengadap orang-orang yang lalu-lalang di sebelah aku. Leceh betul la! Tapi disebabkan sekarang ni tengah waktu makan tengahari, dan orang pun semakin kurang, aku teruskan jugalah menulis, walaupun perut aku tengah gila lapar ni! ;(

Dua minggu lepas, aku pulang dari Melaka (cuti harijadi Yang Dipertuan Agong). Cuti-cuti bersama keluarga memang menyeronokkan. Sayang sekali sekejap sangat rasanya. Adik ipar aku, Puan Azury telahpun menulis tentang percutian kami di Melaka. Aku ingat nak tambah-tambah gambar sikit di sini :)

Sampai-sampai di Melaka, kami singgah makan di Indori (Indonesia Original). Gila sedap nasi padang kat sini!!! Ini kali ke-2 aku makan di Indori, sebelum tu pada tahun 2006 kalau tak silap aku. *adui..lapar tengok makanan*

Ini dish fave aku! Daging nipis berempah yang digoreng. Sedap dan krupkrapkrap macam keropok! ;P~~~

Maybe kau orang dah lihat condition rumah penginapan kami di page Azury. Memang seram dari luar! Hantu pun tak berani duduk! Keke. Tapi dalamannya agak OK *phew...*

Aku tak sangka Melaka cepat betul membangunnya. Last time tak ada Menara Taming Sari (lagi tinggi dari Eye Of Malaysia woo!) ni. Kesian mama aku tak dibenarkan naik menara tu oleh ayah. Ayah risau naik tinggi-tinggi, so, tak mau berenggang lansung dengan mama. Hoho ;P




Melaka sebelah malam penuh dengan warna. Jalanraya penuh sesak dengan manusia dan kenderaan. Tapi I really like the city, sebab everything is centralized. Nak makan senang, nak jalan-jalan senang, nak shopping senang! Hanya perlu santai berjalan kaki saja ;)

Sebelum kami menjejak bandar Melaka di sebelah malam tu, kami sekeluarga telah singgah makan seafood di persisiran Pantai Puteri. Enak-enak lauknya, dari jenahak masak stim, ikan bakar cecah asam, kailan ikan masin, tomyam campur dan telur dadar, kami makan menambah-nambah sampai aku terlupa nak tangkap gambar jenahak sikit punye besar ke tergolek dalam dulang stim tu, uhuhu.

OK, now aku sangat-sangat lapar!



p/s: teringin nak pergi Melaka lagi :)