Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, July 31, 2007

Kembali Ke Titik Mula

Ramai lagi rakan-rakan yang belum tahu, bahawa aku telah bertukar tempat kerja bermula 16 Julai lepas. Alhamdulillah....akhirnya semua dah selesai! Ini masa untuk aku merancang masa depan, dapat spend sikit, save sikit, cukup makan pakai sudah kira sempurnalah pada aku. Aku tak meminta banyak dalam life, cuma aku harap sepanjang aku hidup, sempatlah untuk aku membalas jasa dan budi baik mak ayah aku yang tak pernah sekalipun menyungut bila aku meminta duit belanja waktu belajar di USM dulu.

Persekitaran baru sungguh berbeza dengan ofis lama, kurang hectic, kurang heboh ;D Inilah yamg dinamakan kembali ke titik mula. Aku harus belajar perkara-perkara baru, urus hal-hal baru. Tapi untungnya di sini aku ada masa untuk merancang kerja, ada masa untuk menguruskan hal-hal peribadi aku, pendek kata ada masa untuk diri aku sendiri. Tak ada lagi long-hours di pejabat, allhamdulillah...aku dah tak larat itu semua!

Aku pergi kerja menaiki LRT kerana mudah. Dekat dengan rumah, dan dekat dengan ofis. Dekat tak dekat juga la, sebab ofis aku di Wisma Genting. Dari hentian KLCC aku menapak ke Kuala Lumpur Convention Centre, dan dari situ pula ke Wisma Cosway, kemudian baru la nampak Wisma Genting di belakang. Berpeluh juga la! Hehe ;)

Minggu pertama aku asyik kepenatan! Tapi minggu ni aku perasan yang badan aku dah slim and shapely sikit! (Ini memuji diri sendiri ke memuji diri sendiri?) Haha ;P Berat badan pun dah kurang! Aku pun semakin cergas! Yeay...Aku tak lagi mengeluh kepenatan untuk ke ofis, sebab waktu itu dah jadi waktu bersenam aku secara tak rasmi. Hehe, paham-paham sahaja la kalau kerja pejabat macam mana kan? Dari pagi sampai petang melekat depan PC, bina lemak hari-hari! Kadang-kadang aku rindu juga nak bawak Luna (ini nama khas Gen2 putih aku) pergi kerja, tapi lepas kena duit parking RM20.50 pada hari pertama aku serik!

So, itu lah yang berlaku these few weeks! Nak update blog pun tak sempat. Sibuk menguruskan beberapa perkara sebelum bertukar tempat kerja :) Owh yes, hari Sabtu BUKAN hari kerja di sini!! YEAH! Minggu ni kalau tiada aral melintang nak bersiar-siar ke pantai dengan Sayang, piknik hujung minggu! LOVE U Sayang
;* :">