Friday, December 02, 2011

Hujung 2011

Dah tiba hujung tahun semua pakat nak habiskan cuti tahunan, termasuklah aku. Tapi rasanya cuti tahunan tahun ni akan dihabiskan untuk menyetel beberapa perkara yang berkaitan dengan keluarga dan masa depan yang lebih selesa dan cerah, chewah. Nanti bila semuanya selesai, aku ceritalah ya?

Hopefully semuanya berjalan lancar dan seperti yang di-plan..almaklumlah, kita hanya boleh merancang, Allah yang menentukan....


Permudahkanlah urusan-urusan kami nanti ya Allah! 
Amin..... 


Mood: GEMENTAR

Friday, April 29, 2011

Technology Is Killing Childhood

Artikel kali ni sebenarnya bukan berkisar sepenuhnya pada tajuk di atas, tapi tajuk di atas adalah rentetan dari perkara-perkara yang disebutkan di bawah. Isu kanak-kanak obes dan juga isu nasi lemak. To tell you the truth, aku bukan peminat nasi lemak kecualilah kalau Mama aku yang masak. Walaupun begitu, aku ingin mempertahankan nasi lemak dalam artikel kali ni (chewah yo, yo on je).

Sebelum aku bermula, aku senaraikan dulu 15 jenis makanan yang diharamkan dijual di kantin sekolah seperti di bawah (gila skema ayat macam dalam tender proposal):

1. Burger - Setuju
2. Hotdog - Setuju
3. Nuget - Setuju
4. Mi Segera - Setuju
5. Gula-gula / Coklat - Tak Setuju
6. Konfeksi Ais - Tak Setuju
7. Aiskrim - Tak Setuju
8. Makanan Berjeruk - Setuju
9. Makanan Ringan - Setuju
10. Minuman Berkarbonat - Setuju
11. Teh - Setuju
12. Kopi - Setuju
13. Makanan dengan Pewarna serta Perisa Tiruan - Setuju
14. Makanan dengan Hadiah Permainan - Setuju
15. Makanan dan Minuman yang Melepasi Tarikh Luput & yang Melanggar Akta Peraturan Makanan 1985 - Setuju

Dari nombor 1 hingga 4 tu aku setuju sebab kesemua tu adalah jenis makanan siap diproses. Daging burger lembu contohnya, bukan sekadar daging cincang, tapi juga terdiri daripada urat, lidah, ekor, kulit-kulit lebihan sembelihan...ok stop, meloya pula aku. In short, makanan siap diproses tak jauh bezanya dengan makanan ringan...Rasa sedap, zat-nya ZERO.

Aku tak setuju pula dengan 5 hingga 7. Sebab pada aku gula-gula dan coklat tu meningkatkan kepekaan. Kalau tak, kenapa kalau mengantuk kita kulum gula-gula kan? Nak sebut tentang gigi rosak toksah bohong lah. Gigi rosak bukan disebabkan gula-gula atau coklat, tapi sebab tabiat penjagaan gigi yang buruk (sila rujuk "Charlie and The Chocolate Factory"). Floss-Brush-Rinse, ingat tu :) Dan aku tak setuju konfeksi ais serta aiskrim dimasukkan dalam senarai ni. Kemon la,
konfeksi ais dan aiskrim merupakan sebahagian dari zaman kanak-kanak yang indah! Melarang konfeksi ais dan aiskrim pada kanak-kanak adalah umpama mengambil sebahagian dari zaman kanak-kanak mereka. Gila kejam! (Emo pula)

Kakak-kakak nasi lemak boleh menarik nafas lega sebab nasi lemak tiada dalam senarai. Masa isu nasi lemak dipersalahkan sebagai pemangkin kegemukkan, aku jadi tertanya-tanya...kenapa nasi lemak? Nasi lemak ni dari zaman tok, nenek, moyang kita dah lama wujud di sekolah-sekolah, tapi zaman tu tak ada pula masalah budak gemuk-gemuk sampai tak nampak leher. Nasi lemak dulu sama je dengan nasi lemak sekarang. Tak ada bezanya. Ada ke korang jumpa nasi lemak tabur cheese (for example) kat mana-mana?

Dan dengan pertanyaan itulah, kita berbalik semula ke tajuk artikel ni. Isu TEKNOLOGI. Senaman kanak-kanak zaman sekarang ialah kebanyakkannya mengangkat jari atau tangan untuk men-throttle sebuah kereta yang dicuri dalam Grand Theft Auto, atau memicit kekunci handphone dalam permainan Java games, atau menekan keyboard komputer sewaktu ber-Facebook, dan memicit remote control bertukar-tukar siaran di Astro (yang selalunya terhenti di MTV dengan paparan perempuan kulit hitam terkinja-kinja berjoget)...

Inilah masalah anak-anak zaman sekarang. Terperuk duduk di satu tempat, berjam-jam kat situ sampai naik leper bontot dek terpegunnya dengan teknologi zaman sekarang. Playstation, Wii, XBox, dan paling baru - iPad....Makin lama duduk, makin kurang gerak. Makannya sama banyak, tak lebih dari kanak-kanak lain, jadi tak hairanlah kalau kanak-kanak jenis ni yang mengalami obes dulu. No wonder kanak-kanak dari golongan miskin kurus-kurus, bukan sebab tak cukup makan, tapi sebab mak-ayahnya tak mampu beli Playstation...haih! Tak bestnya zaman kanak-kanak sekarang. So NOT adventurous!

Aku rindu zaman kanak-kanak aku dulu. Tangkap berudu dekat longkang, main kombet-kombet, main rounders, main teng-teng, main galah panjang, main turun bukit pakai kotak, main lompat getah, main hujan, main polis sentri, main batu seremban...Kalau bersembang dengan Erik pula memang tak habis cerita zaman kanak-kanak ni. Erik dengan kisah konda-kondi nya, main tangkap spider-nya, main sorok-sorok kat hutan belakang umah Tok Wan, main baling selipar, main bergusti bergumpal, main body slide atas padang rumput lepas hujan, naik basikal ramai-ramai curi-curi keluar sebab nak mandi sungai, hahaha...Seronok gila! Lansung tak ingat benda lain. Kalau boleh, tak mau melekat kat rumah, nak maiiiinnnn je sampai kulit muka terbakar bawah matahari. Budak-budak sekarang mana ada macam ni, semua pucat lesi macam Edward Pattinson sebab terlalu domestik. Lagi satu, Erik kata budak-budak sekarang kecil-kecil dah stress. Main video game, kalah - STRESS. Main internet, broadband lembab - STRESS. Haha, ada gak betulnya tu!

Separuh dari kebahagiaan menjadi kanak-kanak hilang begitu sahaja dengan kemunculan teknologi. Kesian budak-budak zaman sekarang...Aku dengan Erik dah berjanji yang kami akan cuba sebaik mungkin untuk tidak membiarkan anak / anak-anak kami hanyut dengan teknologi. Teknologi ni kita tak dapat nak tolak, sebab dah memang ada sekeliling kita, tapi at the same time, peranan ibubapa juga penting dalam membentuk keluarga yang sihat.

Sesekali pergi jogging bersama ke, berenang ke, berkelah ke, berbasikal ke, hiking ke...kan? Seronok sebenarnya kongsi aktiviti sekeluarga ni. Pada ibubapa, aku nasihatkan, mulalah dari sekarang. InsyaAllah anak sihat, kita sihat, ada masa berkualiti bersama-sama, ikatan kekeluargaan pun semakin rapat. Nak tunggu sekolah gubal ko-kurikulum baru atau tambah aktiviti berkaitan penjagaan kesihatan memang berjanggut la, jadi marilah kita mulakan bersama-sama! :) (Macam iklan pesanan khidmat Kerajaan je)


Nak letak gambar budak Malaysia, takut ada yang kecil hati. Jadi aku letak gambar budak ni. Nama Lu Hao, umur 3 tahun, berat 60kg :/ Berasal dari Dashan yang aku pasti tiada nasi lemak. Tapi mak ayah dia beri dia makan sehingga 4 mangkuk nasi atas alasan TAKUT kat budak ni bila dia mengamuk lapar.
BODOH ke BODOH?



SEKIAN.


Wednesday, January 26, 2011

Siri Bercakap Dengan Jin

.
.
.


*Tajuk tiada kaitan dengan isi post :P*


Kenapalah aku ni baloq liat sangat nak update blog ni? Ingat haritu nak post gambar-gambar waktu bercuti ke Avillion Admiral Cove. Nice room, but very boring place. Almost tak ada aktiviti untuk dibuat kat sana. Nasib baik makanan hotel tu sedap :D heee. Nak update blog kena ada gambar, tapi gambar plak lupa ambil dari PC sang suami, lastly hasrat terkubur begitu saja. HAIH! Nanti-nantilah!

BTW, Luna dah nak masuk tujuh (7) bulan! Weeheee~ Tapi gigi dia tak keluar-keluar lagi, cuma nampak bayang-bayang putih je dekat gusi. Cepat lah keluar gigi! Orang tua-tua kata, elok gigi tumbuh awal, sebab kalau lewat, gusi dah keras, dan proses tumbuh gigi menyakitkan bagi si baby. Sian anak aku kang.. Makin membesar makin panjang akal si Luna ni. Dulu-dulu kalau letak kat playgym, mahu gak dia main sorang-sorang, sekarang jangan haraplah. Baru pusing nak bersin pun dia dah "EKKKKKKK!!!" :|



Apalah yang Ayah dia agah sampai buat muka camni.
Tau-tau je aku dapat MMS time meeting.
Mengundang rindu betul, rasa nak balik rumah time tu gak!


Disebabkan Luna menetek kalau terjaga malam, so Luna terbiasa tidur mengiring sekarang. Jenuh aku tukar biar terlentang, nanti mesti dia mengiring balik. Bukan main lagi tidur macam budak besar, dengan letak kaki atas bantal guling, tangan plak peluk bantal guling tu. Kalau tengok TV plak, jangan haraplah dapat perhatian dia kalau Pocoyo/Spongebob/Jimmy Neutron tengah disiarkan. Dia buat dekkkk je kat aku. Akhirnya, aku pun ikut sama layan kartun sebab letih mengagah tak mendapat sambutan. Tengah-tengah cerita kartun boleh plak aku bantai gelak sebab kelakar. Lepas tu aku tengok muka Luna. MUKA SERIUS. Aku jadi malu gelak sorang-sorang :P



Budak perut bulat yang suka bersemayam dalam car-seat dia :*

Semenjak dah start solid food, Luna kurang minum susu badan. Maybe sebab dia kenyang lama. Tapi aku risau, tambahan pula si Luna ni semakin susah nak buang hajat semenjak makan solid food. Memang menurun sifat Mamanya. Susah sangat nak Barrack Obama :/ Nafsu makan pun ikut Mamanya, selagi suap, selagi tu lah nganga! Kadang-kadang paksa juga Luna menyusu, siap acu-acu nenen kat muka. Kena kunyah lagi ada la, padan muka aku.

Baru-baru ni Luna demam. Siap batuk-batuk lagi, bernafas pun siap ada vibrato sebab kahak. Kesian betul aku tengok. Kalau batuk sampai merah-merah padam muka dia, tapi pandai plak dia batuk sampai muntahkan kahak keluar. Jadi batuk dia taklah berpanjangan. Sekarang dah OK, alhamdulillah...Tapi elok-elok je baik dari demam, mesti ligat dia lain macam. Kalau letak atas tilam, dia punya golek-golek-golek-golek, choih dah betul-betul tepi katil tak sampai beberapa minit. Risau betul aku!
Dia punya terajang-menerajang, tampar-menampar plak dah macam terer lah sangat. Mentang-mentang dah kental.



Luna telah di"tok-lebai"kan oleh Ayahnya. Hmmph!


Luna sekarang
duduk pun tak pandai lagi ni. Aku perasan yang Luna ni agak penakut budaknya. Kalau dudukkan dia, tergoyang-goyang sikit, terus dia keraskan badan, kejung tak gerak-gerak. Takut sangat tergolek :P Tapi aku pun tak mahu paksa dia duduk, sebab baby ni, cepat atau lambat, sampai juga masanya. Aku tak nak kasi pressure kat tulang belakang dia, biarlah dia belajar duduk pelan-pelan. Jangan ikut perangai aku sudah...lansung tak pernah tahu duduk dan proper merangkak. Mengikut cerita mama aku, masa kecik-kecik dulu aku merangkak ala spider. Lutut tak cecah lantai. Buruk betul perangai tunjuk punkoq kat orang ramai *eh, rhyming plak* :/



Makan biskut Rusk comot-comot, selagi tak habis, tak mau lepas.


Sebelum aku bergelar ibu, aku tak sangka aku ada perasaan menyayangi seorang budak macam ni. Bukan apa, aku ni dulu garang. Aku tak pernah suka budak-budak. Nuisance! Sekarang ni, nak pukul anak sikit pun dah rasa terbuku hati, dah rasa pedih-pedih mata, dah rasa ketat kat kerongkong. Aku harap aku dapat jadi ibu yang baik, yang tak begitu memanjakan anak-anak. Biar anak hormat aku, and at the same time tak berani nak jahat-jahat sebab sayangkan aku. Susah rupanya jadi ibu ni :P Bila teringat yang aku ni punyalah nakal masa sekolah, rasa kesian plak kat mama aku, huhu..



Ahhhh..... :')