Wednesday, December 12, 2007

Alkisahnya Kompas Emas

Siapa dah tonton filem The Golden Compass (satu bahagian dari trilogi Philip Pullman: His Dark Materials) angkat tangan! Heheh. So apa pendapat kau orang tentang cerita tu? Menarik? Sangap? Slow? Seksi? :D Aku ni memang penggila filem-filem fantasi. Lagi-lagi kalau filem fantasi yang ada kisah perang-perang, ada unicorn, ada gergasi-gergasi, ada puteri-puteri, ada putera-putera, ada ahli sihir! Uuuuuu best nya! Kalau ada yang rasa-rasa terserempak aku di panggung wayang, di kerusi baris tiga atau empat dari hadapan (aku memang suka tengok dekat-dekat, baru rasa kesan khas filem), dengan muka penuh asyik, mata bulat melihat skrin, tangan memegang tengkuk/telinga/dada (tanda-tanda aku cemas)...SILA JANGAN GANGGU AKU ya? :D Walaupun begitu, MEMBACA kisah-kisah fantasi bukanlah kegemaran aku. Aku cepat bosan. Kalau bab membaca ni, aku lebih suka kisah bunuh-bunuh (whodunnit punya style), kisah hantu/seram/ganas, kisah pengembaraan....Memang taste kanak-kanak betullah aku ni, haha :">

[Lari Tajuk Sekejap...]
Main game pun begitu, aku kurang suka game sci-fi, fantasi...(actually aku pun bukan jenis main game sangat), tapi di bawah ni ada beberapa games yang meninggalkan nostalgia pada aku:

  • Hugo 1-3 (DOS game pertama aku)
  • The Neverhood (game animasi tanah liat, gila stylo)
  • Monkey Island Series (game ni best nak mampus OK!)
  • Full Throttle (game pengembaraan seorang biker yang cool)
  • The Day of The Tentacle (OK, yang ni agak kanak-kanak, tapi aku suka) :">
Boleh kata kebanyakkan game dari LucasArt. Kenapa lah game macam ni dah tak banyak sekarang.. *sigh* ;'(
[/Lari Tajuk Sekejap...]

Hehe (entah apa-apa) :P OK, berbalik kepada filem The Goldan Compass ni, aku bukannya nak review filem macam post aku sebelum-sebelum-sebelum ni. Cuma bagi yang dah menyaksikan filem tersebut, mesti kau orang sedar tentang kewujudan "Dæmon" yang merupakan representasi personaliti individu dalam bentuk haiwan/binatang. Soalan aku di sini cuma...kalau kau orang ada "Dæmon" ni, apakah "Dæmon" kau orang?

Aku rasa aku singa! Singa jantan! Sebab singa ni agak pemalas, suka tidur sampai tengahari, kuat makan, suka berfoya-foya, tapi berani! Haha :D macam nak sesuai je dengan aku kan? :P Kau orang pula apa...?

p/s: ini soalan main-main saja, jangan fikir aku dah lari aqidah. sekian, terima kasih.

Thursday, December 06, 2007

Malam Terpejam Mata Merajuk...

Malam tadi aku tak dapat tidur. Meggelisai serba tak kena. Yang betulnya aku kurang sehat. Kepala pening melayang-layang. Tekak pedih macam terluka. Aku dah tutup lampu. Aku terkebil-kebil pandang gelap. Dalam hitam pekat tu, aku nampak tuala yang tersidai tepi almari dah macam makhluk tinggi berjubah panjang. Entah kenapa aku asyik seram sejuk dua tiga minggu ni dengan bayang-bayang dalam bilik aku. Ingat nak tidur buka lampu, tapi pagi esok mesti aku sakit-sakit badan dan keletihan. Aku pejam mata rapat-rapat. Haih....Tak ada mood lansung nak lelap! Aku tengok keliling bilik lagi. Di luar angin bertiup agak kencang, bersiul kuat luar jendela. Bulu tengkok aku meremang tiba-tiba. AH SUDAH! Kenapa macam ni? Dulu-dulu aku lah paling berani. Pengalaman berjumpa makhluk halus bukan sekali dua. Kenapa ni? Kenapa aku takut?

Menghilangkan takut aku menyanyi-nyanyi kecil. Bodoh betul, bukannya nak baca-baca ayat time tu, heheh :"> Aku nyanyi lagu Carpenter. Aku nyanyi lagu Feist. Aku nyanyi lagu Knives Out - Radiohead. Kenapalah aku pilih Knives Out? Aku jadi makin seram sejuk. Kepala aku masih pusing. Tekak aku masih pedih. Aku rasa dah macam orang stone. Tiba-tiba rasa nak karang sajak, nanti nak SMS kepada Si Dia ;) Jadi akupun mengarang......

bila mata merajuk tak terpejam,
hati berkata jiwa bersuara,
rindu menggempur cinta menggoncang,
diaduk terpa amukan rasa.....

wahai sang malam permaidani langit!
hampar laluan ke sisi cinta,
tabur cempaka purnama seri,
mewangi gaul nikmat bersua,
menyisip episod di kalbu mimpi.....

pejamlah lekas terbang semangat,
suntuk mendekat jenguk di ceruk,
bantal dan tilam berkongsi tidak,
mabuk bercumbu di alam lena.....

...dan aku tidak lagi takut selesai aku SMS sajak tu, tidak lagi terkebil-kebil kerana mata aku sudah cukup-cukup berat, dan aku terlena selang beberapa minit... (-_-)ZzZzZz....


p/s: aku akan tomoi siapa-siapa yang kata aku jiwang :|

Wednesday, December 05, 2007

Bagai Tikus Membaiki Keju!

Apa jadi bila tikus membaiki labu? Labu jahanam. Apa pula jadi kalau tikus membaiki keju? Keju selamat. Selamat dalam perut (entah apa-apa, tak relevan lansung). Hehe :D Aku sebenarnya nak bercerita tentang salah satu perangai aku yang kadang-kadang tak ubah macam hobi sampingan. Aku suka membaiki barang. Memang dari aku budak-budak lagi. Terutamanya barang elektrik. Dulu-dulu kalau mama ayah aku tiada di rumah, tangan aku mulalah gatal nak buka-buka benda. Kadang-kadang habis aku togelkan radio poket. Aku buka bahagian pemain kaset. Aku jenguk-jenguk belakang TV. Aku memang suka menjahanamkan barang bak kata mama aku. Heee ;">

Ada sekali, mama ayah aku tiada di rumah. Aku pula sedang bercuti sekolah (masa tu darjah 6). Aku bosan. Nak keluar, aku bukan jenis suka keluar rumah. Memang macam tikus. Memerap je dalam bilik. Dara pingitan lah katakan (uwekkkkkkkkk!) :P Hehe. Tiba-tiba aku teringat. Hi-fi Panasonic ayah aku dah tak berbunyi. Hi-fi tu masa beli mahal wooo. Awal 80-an kalau beli hi-fi 2 ribu lebih kira memang sound paling mantap lah. Kalau tak silap aku PMPO dia 1500W je. Tapi time tu, kira paling bergema lah. Satu kampung boleh gegar, haha :D Siap dengan tuner, equalizer, pemain kaset dan turntable. Ya, turntable! Panasonic turntable memang terbaik lah! Olskul gila.

So, ceritanya, hi-fi ni terduduk lah dalam stor. Hidup tak hidup, mati tak mati. Nak hantar Panasonic Service Centre (di Ipoh) boleh dapat lagi seketul hi-fi baru kos pembaikannya. Dengan perjalanan dari Teluk Intan ke Ipoh yang di kira tersia-sia (sebab lastly tak jadi nak repair), maka di stor lah tempatnya hi-fi tu. Aku jenguk dalam stor. Aku seret kabinet hi-fi ke ruang tamu. Aku godeh-godeh, tak perasan dalam setengah jam kemudian mama ayah aku dah balik. Terus aku kena jerkah. "Apa lah suka sangat nak menjahanamkan barang ni?". "Tapi barang ni memang dah jahanam pun Ma!". "Kamu usik-usik tu lagilah jahanam! Kang nak hantar repair pun orang tak nak buat!".

Aku merajuk kena marah. Aku pasang balik parts hi-fi satu-satu. Kemudian aku tolak kabinet hi-fi dekat plak soket. Aku ON (sengaja nak test sebab tak puas hati). Haha! Menyanyi pulak hi-fi ni! Miraculously hi-fi tersebut baik. Semua boleh pakai. Tuner OK. Equalizer OK. Pemain kaset OK. Turntable OK. Yeay!! Semenjak dari hari tu aku makin suka menggodeh-godeh benda ni. Tak kira lah apa pun. TV aku buka. Peti ais aku buka. Mesin basuh aku buka. Pam jamban pun aku dah expert tau! ;) Even sewaktu menunggu keputusan SPM, aku bekerja part-time di kedai elektrik. Di situ aku belajar banyak parkara pasal barang-barang elektrik. Aku belajar pasal fius, pasal motor/engine, pasal basic wiring. Sampaikan taukeh kedai (Mr Ong) tu ambil aku jadi anak angkat dia! Sayang betul dia kat aku. Dia cakap kat ayah aku: "U punya anak pelempuan talented (sambil tunjuk thumbs up). Suma boleh bikin. Talak macam olang pelempuan. Kasi I manyak ong!"

Dan sewaktu lepasan matrik, aku berhajat besar nak dapat course Electrical Engineering. Tapi sedih sungguh! Aku tak dapat! Keputusan ujian Matematik aku baik. Keputusan ujian Fizik aku cemerlang. Tapi impian aku tersekat semata-mata pada zaman aku di Uni, kuota Electrical Engineering untuk pelajar perempuan adalah TERHAD :( Alasan paling tak munasabah aku pernah dengar. Dan akhirnya aku dapat pilihan kedua iaitu Sains Komputer. Jadilah. Sains Komputer best juga :D..Semasa di Uni, kawan-kawan memang dah arif dengan perangai aku. Ada juga yang suruh aku baiki itu ini.

Pada hari ni dan dengan keajaiban Internet, aku makin suka mencari maklumat-maklumat tentang "membaiki" ni. Dari maklumat tentang enjin kereta, CPU, seterika, cerek, dapur gas, lampu kalimantang, kotak suis, sehinggalah kepada sekecil-kecil benda seperti paip air tersumbat, singki bocor, tandas tak mau pam, hehe :D Dan dalam minggu ni tiba-tiba mesin basuh di rumah rosak pula. Bila isi air, asyik keluar saja. Lansung tak bertakung! Ini mesti hal kecil. So aku cari-cari di Internet. Aku google: "air mesin basuh tak henti mengalir keluar".

Kau orang tau apa yang aku jumpa? Satu situs pun tiada bercerita tentang mesin basuh! Yang aku banyak jumpa: "hanya air mata yang semakin lebat mengalir", "dia citer sampai mengalir air mata", "mengalir air jernih laksana sungai kasih".....haih, blog berbahasa melayu memang banyak yang mengecewakan! Kalau aku google: "washer keeps draining" banyak betul maklumat yang aku dapat. Terjawab semua pertanyaan aku. Tapi ada juga aku terjumpa situs bahasa melayu yang AGAK berkaitan tapi tiada penerangan. Ini header nya:

"MEMBAIKI PERALATAN ELEKTRONIK TV, MONITOR, KOMPUTER DAN MESIN MASUH"

Mesin MASUH?
Hahahahaha :D Apa-apa lah Labu!!

Tuesday, December 04, 2007

Lima Perkara...

Bukan...bukan, aku bukan nak menulis tentang agama, tentang "ingat lima perkara, sebelum lima perkara..." tu (rujuk tajuk post). Hehe. Honestly, aku tak cukup arif untuk sentuh bab-bab agama ni. Yang sebetulnya, aku mahu menulis tentang "Lima Perkara Yang Menggembirakan Aku". Yup, aku telah di-teg lagi. Kali ini oleh Hazreen. Thanks banyak-banyak, sebab aku memang suka di-teg! ;D

OK lah, inilah senarai tentang "Lima Perkara Yang Menggembirakan Aku"!


1) Cinta Hati:
Hezrik! Itulah cinta hati aku. Dah banyak kali sangat sebelum ni aku bercinta tapi kesemuanya gagal. Mungkin sebab belum berjumpa soulmate aku lagi, sehinggalah sekarang. Sehinggalah aku bertemu Hezrik...Aku sebenarnya agak malu nak tulis perasaan aku tentang dia di sini, di mana beribu-ribu mata boleh membaca jiwa aku. Aku rasa sangat-sangat vulnerable ;"> Cukuplah kalau aku katakan, dia lah sahabat, dia lah teman, dia lah kekasih, dia lah penasihat...dia lah nyawa aku. Aku sangat-sangat bertuah memiliki dia, dan aku harap dia juga rasa bertuah memiliki aku. Love you Sayang ;*

2) Keluarga:
Mak, ayah dan adik-adik...Aku ada keluarga yang penuh dengan kasih sayang, saling memahami, bertolak-ansur dan fun! Mak ayah aku still very lovey-dovey. Adik-adik aku best sangat, dari yang dah kahwin ada anak sehinggalah yang bujang-bujang dan masih belajar tu, semuanya tak pernah berubah pun perangai diorang dari kecil. Kalau semua pakat balik kampung, riuh-rendah rumah kami, dengan perangai diorang yang gila-gila, campur dengan anak-anak saudara aku yang comel-comel tu...Ahhh, inilah kebahagian!

3) Makanan:
Tak kisah lah perut aku kosong, atau kenyang, aku mesti makan walaupun sedikit. Aku hanya tak makan bila tiada duit atau bila perut aku tak selesa. Aku gila makan! Pernah sekali aku dengan bekas rakan-rakan sekerja dibelanja makan oleh salah seorang Pengarah syarikat kami. Waktu tu, semua orang dah berhenti makan. Kecuali aku. Aku masih menyuap nasi, menyenduk lauk, sangat-sangat oblivious dengan orang lain yang tersenyum-senyum tengok aku melantak. Sehinggalah aku ditegur isteri Pengarah tu (yang agak berumur): "Makan nak, makan. Suka makcik tengok. Orang yang tak malu dengan rezeki, rezeki pun tak akan malu dengan dia!". Itulah kata-kata peransang paling bernas aku pernah dengar, and of course, aku teruskan menyuap :P

4) Muzik:
Ini makanan bagi halwa telinga aku. Aku tak dapat hidup dengan muzik. Aku akan berasa tenang, santai, cukup-cukup bahagia serta lupa dengan bau peluh seakan-akan bangkai dalam LRT yang penuh sesak, lupa dengan kaki aku yang sakit sebab berjalan ke/dari pejabat aku yang agak jauh dari/ke stesen LRT, lupa dengan bahu yang lenguh membawa bag laptop aku yang berat macam gerobok dapur, lupa dengan sakit pinggang akibat menstrual. Orang akan nampak aku yang tersenyum, aku yang sesekali pandang ke langit seolah-olah berkata: "Oh, such glorious day!". Melodramatik sungguh! Tapi memang itulah kesan muzik terhadap aku. Kecualilah kalau aku sedang mendengar muzik sakit (contoh: Gloomy Sunday - Billie Holiday, bukan Björk ), yang membuatkan aku kelihatan sad and sombre, tapi still amat-amat bahagia menikmatinya (faham?)

5) Main Air:
Aku suka main air. Haha :D Jangan fikir melencong plak! Aku ni sebenarnya kadang-kadang kalah budak-budak kalau jumpa laut, atau jeram, atau sungai, atau kolam renang, atau bilik air sekalipun! Berjam-jam aku berendam main air. Lantak la kulit terbakar ke, menggigil sejuk ke, kulit sampai wrinkled sebab berendam lama sangat ke, aku tak peduli lansung. Mak aku sampai fed-up mengajak aku yang tengah mandi laut suruh naik ke darat. Aku naik pun sebab nak makan je. Haha, wajib lah pun kan? Makanan tu kan point nombor 3? :P Kalau hari pertama menjejak kaki ke hotel, semua nak bantai tidur, tapi aku berendam dalam bathtub. Tertidur dalam bathtub pon pernah! Gila best, OK? Main air ialah sejenis terapi bagi aku. Rasa sungguh tenang dan bahagia bila bermain air... :)

Apa pula lima perkara yang membahagiakan kau orang? Aku teg kau, kau dan kau yang telah membaca post ni. Silakan!