Thursday, September 20, 2007

Aku Tak Percaya

Panggil aku degil, paranoid, apa saja. Lantak kau orang. Aku terima. Tapi kalau kau orang mahu sumbatkan kepada aku berita bahawa gadis kecil yang dijumpai dalam beg itu ialah adik Nurin; mahu aku mengiyakan apa yang kau orang iyakan....Aku minta maaf. I WILL NOT accept that! Mungkin sampai bila-bila. Pendek kata, sampai Nurin dijumpai kembali.

Bagi seseorang yang semakin mempercayai kebesaran dan kekuasaan Allah melalui banyak penemuan sains, aku tidak menidakkan ketepatan ujian DNA. Tidak sama sekali. Ujian mungkin tepat, tapi kita harus ingat, laporan ujian mungkin TIDAK. Jangan salah faham. Aku bukan menuduh bahawa pakar-pakar ujian DNA dan bukan juga menghentam pihak berkuasa Malaysia menyeleweng. Ada kemungkinan besar it's human error. Tapi....itulah. Anything's possible! Untuk kes ini, terlalu banyak perkara yang menjadi tanda tanya pada aku. Terlalu banyak persoalannya...

Dalam hati aku berfikir, takkan lah mak ayah tak kenal anak sendiri? Selama 8 tahun mereka membesarkan Nurin, takkan lah dengan secara magisnya mereka terlupa muka Nurin sewaktu pengecaman mayat. That's bullshit! Aku bertanya kepada diri aku sendiri samaada mak dan ayah aku mungkinkah tidak dapat mengenali muka aku jika aku ditempat Nurin. Jawapannya: TIDAK MUNGKIN. Unless kalau muka aku telah dirosakkan secara semulajadi (pereputan) atau perbuatan (dibakar atau dibelah sebagai contohnya). Tapi dalam kes ini, TIADA, dan mayat tersebut mati hanya dalam masa lebih kurang 6jam.

Ada seorang teman berkata: "Kadang-kadang perkara macam ni boleh jadi bila mak ayah dia tak mahu terima hakikat. So secara tak lansung mereka kata itu bukan anak mereka". Ya, ada juga betulnya tu, tapi agak aneh bukan kalau kedua-duanya menipu diri sendiri dan pihak berkuasa pada masa yang sama? Pengecaman mayat dilakukan oleh mereka secara bersama. Sekiranya ayah nya yang buat pengecaman, kemudian giliran mak nya pula, ada kemungkinan kata-kata teman aku itu benar. Tapi dalam kes ini tidak mungkin. Dan mereka keluar dari bilik mayat dengan perasaan yang amat-amat bersyukur dan berdoa. Takkan itu lakonan juga? Fikirkan.

Tiada tanda BCG? Kenapa fakta ini diketepikan? Bolehkah mayat yang telah dibiarkan selama lebih 6jam tiba-tiba "hilang" tanda BCG nya? Is it possible? Very unlikely. Tapi kalau ada siapa-siapa yang arif tentang ini, silalah kongsi maklumat bersama-sama. Bagaimana pula dengan susunan gigi? Susunan gigi mayat tidak pula diuji, sedangkan kajian dental features adalah salah satu bahagian dalam sains forensik! Sungguh PELIK. Ayah Nurin sendiri berkata bahawa susunan gigi mayat secara jelas memang tidak menepati Nurin.

And then we got the DNA test, wham! bham!
Mari kita tutup kes cepat-cepat!! Maknanya, sekarang ni kita tutup kes pencarian Nurin dan cari pembunuh "Nurin" yang "dijumpai" tersebut? Begitu? Aku sangat-sangat tidak puas hati. Aku berharap ujian DNA dilakukan sekali lagi oleh pihak yang berlainan pula. Bukan membuat sebarang pertuduhan di sini. Jangan cepat melatah. Manusia tidak ada yang sempurna. Period.

Dengar berita hari ini, katanya pengesahan DNA dan siasatan suntikan BCG akan disiasat selanjutnya untuk mengesahkan lagi bahawa mayat itu mayat adik Nurin, tapi sementara belum benar-benar sah dan selesai ni, pihak-pihak akhbar dan penyiaran boleh lah mewar-warkan berita ini dengan penuh sensasi. Dan aku cukup-cukup sedih dengan keadaan mak ayah Nurin sekarang menerima berita-berita yang belum disahkan dan disiasat secara habis-habisan. Masing-masing mahu menyiarkan berita paling terkini, masing-masing mahu paling update. Ketepikan sahaja perasaan mak ayah Nurin!! Media massa, kadang-kadang kau orang memang BANGSAT.

Thursday, September 06, 2007

Mencari Yang Tidak Dijumpai

Aku harap belum terlewat. Aku doa masih ada harapan. Aku terlihat poster kehilangan Nurin Jazlin Jazimin sewaktu membeli kueytiaw tomyam di Gerai Rambo Seksyen 2. Aku tenung poster lama-lama. Aku kesal. Kesal sebab kes kehilangan kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Kesal sebab manusia-manusia semakin jahat. Aku terbayang wajah adik-adik aku, adik-adik kepada sahabat-sahabat aku, anak-anak jiran aku. Aku takut! Minta dijauhkan dari sebarang kecelakaan ya Allah!

Pada mulanya aku percaya yang adik Nurin akan dijumpai dalam waktu terdekat. Kini dah masuk 16 hari. Aku susah hati, keluarga dia apatah lagi. Kesian ibubapa dia. Tak dapat aku bayangkan sengsara mereka menerima dugaan Allah. Kepada Encik Jazimin sekeluarga, diharap bersabar dan redha yang semuanya ini terjadi dan akan berakhir dengan izin Allah...Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik.

Walaupun ini bukan ruang blog pertama yang menguar-uarkan tentang kehilangan adik Nurin, tapi aku berharap sedikit sebanyak memberi exposure kepada kes tersebut. Banyak maklumat selanjutnya boleh didapati di sini. Kepada sesiapa yang berkemungkinan terlihat adik Nurin, bolehlah menghubungi: 019 - 366 7067 (JAZIMIN) / 013 – 248 6651 (YAN).


Doa Dikurniakan Rahmat & Petunjuk Allah:

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau gelincirkan hati-hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah bagi kami rahmat daripada-Mu, Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan!" Amin....

Wednesday, September 05, 2007

Moga Lekas Sembuh Tun Dr M!

Alhamdulillah...selepas pembedahan pintasan koronari di Institut Jantung Negara (IJN) yang berlansung selama 6 jam (dari pukul 8.45pagi: 04 September 2007), keadaan Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan stabil. Sebagai seorang yang dibesarkan dalam era Tun Dr M, aku merupakan salah seorang yang cukup-cukup mengkagumi jasa beliau membawa naik nama Malaysia di mata dunia. Seorang forward-thinker dan compassionate....inilah traits yang ada pada Tun Dr M yang tak ternilaikan dengan segunung emas sekalipun. He's a real gem, and to me he's a true HERO.

Tun Dr M telah "menyerahkan" nyawa beliau dengan mengandalkan kebolehan pakar-pakar tempatan untuk menjalankan pembedahan tersebut. Suatu hal yang menunjukkan betapa beliau percaya dengan keupayaan anak-anak jati Malaysia. Sekalung tahniah untuk hero-hero (senarai di bawah) di sebalik kejayaan pembedahan tersebut!

Pasukan Pembedahan Kardiotorasik:
  • Tan Sri Dr Yahya Awang (Ketua Pembedahan Kardiotorasik) yang dibantu oleh Profesor Dr Hartzell Schaff (Ketua Pembedahan Kardiotorasik Klinik Mayo, Amerika Syarikat).
  • Datuk Dr Rozali Wathooth
  • Datuk Dr Azhari Yakub
  • Datuk Dr Venugopal Balchand
  • Dr Mohamed Ezani Mohd Taib
Pasukan Pakar Bius:
  • Datuk Dr Mohd Hassan Mohd Ariff (Ketua Pakar Bius) yang dibantu Dr Sharifah Suraya Syed Tahir
  • Datuk Dr Syed Abdul Aziz Syed Zain
  • Dr Nor Azlina Abdul Jalil
Pasukan Pemerhatian Rapi:
  • Datuk Seri Dr Robaayah Zambahari (Pengarah Perubatan IJN) yang dibantu Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher (Perunding Neprologis)
  • Dr Ghazali Ahmad
  • Dr S Ganeshanathan (Perunding Gastroentrologis)
Moga lekas sembuh Tun Dr M!!





*setengah sumber dipetik dari Berita Harian