Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, January 16, 2008

Bila Hujan Membakar dan Baju Dibuka

Pum pang, pum pang aku dengar cerita-cerita dan kontroversi-kontroversi panas sepanjang minggu ni. Sebenarnya aku tak berapa gemar melayan gosip-gosip suratkhabar. Tau sajalah gosip-gosip ni, kebanyakkannya auta, selebihnya jelik. Hehe. Tapi kali ini, aku terpanggil untuk bercerita atau bergosip? NO, aku tak mahu guna ayat tu. Let's just say aku "berbahas" sahajalah. Lebih manis ;D

Ada siapa-siapa yang dah tonton Konsert Ulangtahun 8TV ke-4 di Central Park Avenue, PJ baru-baru ni? Ahaaa...Kalau sudah, semestinya kau orang tahu betapa relevant-nya tajuk aku sekarang, kan? Bagi yang belum lagi menyaksikan konsert tersebut, silalah masuk ke situs 8TV untuk menontonnya secara "Live". Untuk ulangtahun 8TV yang ke-4, 8TV telah mengadakan sebuah konsert terbuka di Central Park Avenue, dengan persembahan artis-artis terkenal dan band-band aliran bebas tanahair di antaranya Jaclyn Victor, Faizal Tahir, Bittersweet, Meet Uncle Hussain, Hujan dan Pop Shuvit.

Umpama membuka jalan serta ruang kepada band-band aliran bebas di Malaysia, pujian berhak diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar atas usaha dan idea beliau dalam menonjolkan bakat dan kreativiti orang-orang kita, orang Malaysia dalam bidang muzik yang dah lama terpendam, tetapi sering dianak-tirikan di negara sendiri. Review yang hebat telah diberikan kepada persembahan-persembahan dari Meet Uncle Hussain, Bittersweet dan Hujan dalam akhbar-akhbar utama negara. Syabas buat kau orang! Bagi mereka yang mungkin pertama kali mendengar, atau melihat band-band tersebut bermain, mungkin di dalam hati tertanya-tanya: "Di manakah mereka sebelum ini?" atau yang mana lebih tepat, "Di manakah aku selama ini?" Hehe ;D

Aku ingat lagi, kali pertama aku melihat persembahan Hujan. Aku ke Little Havana untuk menyaksikan band Sore di gig "Ada Apa Dengan Pop?". Sebuah band dari Indonesia yang mungkin agak asing pada waktu itu di Malaysia, tetapi aku dan Si Dia telah siap hafal lirik-lirik dan bait-bait lagu mereka by heart. Seronok tak terkata waktu itu, tak sabar nak menjerit dan menyanyi kuat-kuat. Tapi sebelum Sore bermula, bermainlah sebuah band bernama Hujan. Aku pernah mendengar 2-3 buah lagu mereka sebelum itu, tapi belum pernah menyaksikan mereka perform live. Vokalis berkarisma Hujan, Noh, ada chemistry dengan penonton. Selamba dan berjenaka. Aku terhibur. Bila Noh mula menyanyi, aku tersengih. Suara dia kedengaran lebih malas dari rakaman yang aku dengar, dengan suara yang lepas dan lenggok yang seret. Ini pada aku cukup unik, tapi kekuatan Hujan sebenarnya terletak pada melodi lagu-lagunya. Dan inilah yang set Hujan apart from other bands. Hujan dengan melodi-melodi mereka yang berbau jazz. Aku SUKA.

Kalau Meet Uncle Hussain pula, band ini aku telah kenal lebih awal dari Hujan. Pertama kali mendengar lagu mereka, "Halusinasi", aku terfikir: "Macam rock kapak, tapi bukan rock kapak!". Band ini sungguh, sungguh, sungguh unik. Unik dari segi vokal, muzik dan melodi. Ini antara band aliran bebas yang terbaik pada pendapat aku! Secara jujur aku baru sahaja mendengar Bittersweet dalam pertengahan tahun lepas. Lagu-lagu mereka seperti "Capital E" dan "A Perfect Match" sungguh Brit-rock sekali! Dan sebagai seorang peminat muzik dengan British sounds, aku ringkaskan apa yang disampaikan oleh Bittersweet adalah agak HEBAT ;)

Seperti yang dikatakan oleh Si Dia, band-band Hujan, Meet Uncle Hussain dan Bittersweet adalah fenomena pada zaman ini, sebagaimana Search dan Wings merupakan fenomena pada zaman 80-an. Ya aku setuju. Bayangkan perasaan anak-anak muda pada zaman itu, yang mana menggilai rock dan heavy metal, sementara muzik di Malaysia masih kuat dimonopoli lagu-lagu pop puisi cinta dari Suhaimi Mior Hassan, Alleycats, Allahyarham Sudirman Haji Arshad (bukan nak kata mereka tak bagus). Tapi bayangkanlah perasaan anak-anak muda tersebut dengan kemunculan Search dan Wings. Seperti menghirup udara baru, itulah perasaannya. Dan ya, Search dan Wings memang fenomena, kerana bila kita sebut sahaja "Muzik 80-an", kita teringat mereka, teringat genre muzik yang dibawa mereka. Hebat...Dan aku harap begitulah juga kesannya nanti dari kemunculan band-band seperti Hujan, Meet Uncle Hussain dan Bittersweet bagi era millennium ni.

Aku tahu masih banyak lagi band-band bagus diluar sana. Jadi, kau orang semua lihatlah dari mereka. Apa faktor-faktor-X yang mereka bawa sehingga mereka berjaya? Usahakan yang terbaik pasti ada pulangannya. Melodi terbaik, lirik terbaik, arrangement terbaik, cara permainan muzik terbaik, kemampuan vokal terbaik, penyampaian maksud lagu terbaik dan skil komunikasi terbaik...buat band, kalau bukan setakat suka-suka, haruslah berusaha untuk yang terbaik. Kalau sekadar buat band suka-suka, seperti aku yang objektif sebenar hanya ingin menyanyi untuk Si Dia, dan Si Dia yang suka berkongsi idea dengan aku, kami juga cuba buat yang terbaik, tapi untuk memuaskan hati masing-masing sahaja ;)

Overall, konsert 8TV tersebut berlansung dengan jayanya kecuali adegan membuka baju oleh Faizal Tahir yang tersangatlah poyo dan kebudak-budakkan (siap ada lambang "Superman" cair kat dada). Perbuatan dia tu aku hanya anggap normal kalau nama dia bukan Encik Faizal Tahir tapi Mr Brandon Boyd atau Mr Will Smith yang berasal dari Amerika Syarikat. Lagipun tiada apa yang hebat pada badan Encik Faizal Tahir untuk dibandingkan dengan Mr Boyd and Mr Smith. Haha :D Pesanan untuk Encik Faizal Tahir: "Persembahan yang hebat tidak memerlukan anda membuka baju. Lihat saja Hujan, Meet Uncle Hussain dan Bittersweet. Mereka disorak dan dipuji. Tetapi anda pula di-BOO ketika menunjukkan dada dan perut bergumpal anda. Sila bersikap cool dan tak gelojoh di lain persembahan".

Ooh ya...bercakap tentang adegan membuka baju....Dah tengok gambar "Anak Pontianak" dengan "perhiasan" dirinya dipampang secara alfresco? GEBU. Haih...bidang hiburan di Malaysia ni cuma sekangkang kera, tapi kisah dalam bidang ni umpama berkangkang-kangkang kera. Dan kera-kera itu ialah antara mereka-mereka yang membuka baju yang tersebut di atas.

Sementara Itu...

Sudah beberapa minggu aku diam, lansung tak sempat nak update blog. Bebanan kerja, dan beberapa perkara yang aku harus selesaikan telah mencuri waktu aku untuk menulis (walaupun bukannya bercerita sesuatu yang penting) di sini. Perkara-perkara yang aku sedang usahakan ini, insyaAllah akan membuahkan hasil pada awal Februari ;) Nanti akan aku khabarkan, war-warkan, doakan semoga berjaya ya?

Sementara itu, dalam fasa hampir comatose ni aku hanya sempat selitkan ini untuk hiburan kau orang. Sila lah layan klip video dari one of my favourite band, Múm, dengan lagu mereka "Weeping Rock, Rock"...



Enjoy...