Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Monday, March 10, 2008

Selepas Ini Apa?

Mengundi sudah. Tahu keputusan pun sudah. Ada menang tanpa bertanding, menang besar, menang kecil, kalah besar, kalah kecil...Apa-apa pun, tahniah kepada parti-parti yang menang. Bagi yang kalah, analisalah kesilapan, ambil ikhtibar, menangi hati rakyat kembali, tunjukkan bukti dan makna sebenar "bergerak bersama untuk rakyat". Ya, tunjukkan...Walaupun dikira sudah terhantuk baru terngadah, masih belum terlewat. Rakyat cuma manusia, dan manusia ada akal dan fikiran dalam pertimbangan. Bagi yang menang, yang bangkit dari jeritan suara-suara halus rakyat, yang telah membentuk manifesto dan janji-janji untuk rakyat, laksanakanlah kewajiban mandatori untuk menunaikan janji-janji tersebut kepada rakyat. WAJIB.

Pada aku politik hanya popularity contest. Rakyat tak akan undi kalau benci, kalau tak suka, kalau meluat. Dan bukan kerja mudah nak ambil hati orang yang dah benci. Tapi tiada yang mustahil, seperti keputusan PRU ke-12 ni, memang jelas sekali tiada apa yang mustahil bukan? Atas dasar tanggungjawab, sesebuah kekalahan haruslah ditanggung oleh puncanya. Dan atas dasar tanggungjawab juga, kita telah lihat beberapa Menteri meletakkan jawatan disebabkan kekalahan. Ini tindakan appropriate. Yang bakal memerintah atas pembentukkan kerajaan baru, lunaskanlah impian rakyat. Jangan mudah lupa, kerana seperti rakyat, pemimpin juga manusia. Pilihanraya itu adalah perjudian nasib rakyat, tiada apa yang pasti. Kini yang terjadi, sudah pun terjadi. Jadi, selepas ini apa? Kita tunggu. Kita lihat.

Aku tak mahu bercerita panjang tentang politik. Busuk. Ini hanya sebuah artikel ringkas tentang situasi politik selepas pilihanraya dalam sebuah blog yang objektif utamanya hanya untuk memperjuangkan "spread love" secara ringan. Jadi, apa bendera pun yang kau orang telah angkat berarak, apa slogan pun yang kau orang telah laungkan, apa simbol pun yang kau orang dah pangkah...apa yang penting ialah aku, kau, kau, dan kau harus muafakat, hentikan bersuara sumbang, mencaci-maki dan bertempelak sembrono, dan mula untuk lakukan sesuatu yang lebih berfaedah. Masing-masing dah dapat ubat bukan? Jadi hentikanlah semua ini. Kita harus ingat, yang kita cuma makhluk Tuhan yang kerdil, dan kita makhluk-makhluk Tuhan yang kerdil ni cuma penduduk sebuah negara yang sebesar biji beras sahaja saiznya dalam buku teks geografi SPM. I think from up there, God is very much amused with all our nonsense...