Inilah kad kahwin aku :"> Beria-ia Erik menyempurnakan impian aku untuk kad kahwin yang memorable. Aku terharu sangat-sangat...terima kasih Cinta! ;* Lokasi foto di kad ni ialah di Tasik Metropolitan, Kepong. Mungkin ramai yang tak tahu di mana, tapi kalau kau orang ikut MRR2 memang nampak dari tepi jalan tempat ni. Petang-petang mesti ramai orang main layang-layang kat sini. Sebuah tempat yang aman dan damai. Jogging di sini pun best tau! :)
Ini pula bahagian dalam kad kahwin. Peta lokasi tu nampak macam kompleks, tapi sebenarnya sangat straightforward dan mudah. Kalau kau orang biasa ikut konvoi pencarian harta karun, mesti pencarian lokasi ke rumah aku menjadi pengalaman yang menyeronokkan *ayat pancing* kekeke :P
Ini aku selitkan sekali peta asal yang aku buat pakai Visio (sebab aku tak pandai Illustrator) *malu* Peta ni bolehlah dirujuk sekiranya peta yang kau orang lihat dalam kad kahwin tu tak cukup besar untuk biji mata kau orang, hehe.
And oh ya! Lupa nak beritahu...rekabentuk kad oleh PetikDetik Photography *promote sikit* :)
And oh ya! Lupa nak beritahu...rekabentuk kad oleh PetikDetik Photography *promote sikit* :)

