Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Friday, November 02, 2007

Trend Bercinta Paling Hangat! (NOT)

Haha, tajuk post ni tak boleh blah betul lah! Tapi aku peduli apa! Aku rasa mesti ramai yang dah perasan tentang trend ni. Sungguh Hairan Bin Haron trend-nya...Bermula kisah membuka tentang trend ni berlaku dalam beberapa minggu akhir bulan puasa (aku tahu, macam dah terlambat nak bercerita, orang dah nak krismas pun, haha). BTW, ini kisahnya.....

(Di suatu petang di OU)

OU as usual pada hujung minggu memang ramai orang. Lagi-lagi time nak berbuka dalam 2 jam lagi. OU yang sebegitu besar pun kadang-kadang boleh sesak dengan manusia. Orang bandar memang suka ke gedung-gedung agaknya. Aku walaupun tak berapa gemar pergi ke tempat-tempat sesak, tapi kalau bersama kekasih ke mana pun AMAN bagi aku! Pasar ikan pun ON je! Haha! Ada berani? (Siku-siku lutut si dia) :D

Apa-apa pun, pada waktu itu, aku dan si dia sudah siap duduk di sebuah meja di Burger King. Lagi 20 minit nak berbuka. Kami berbual-bual pasal music mostly, sambil tu mata kami melilau-lilau melihat gelagat orang lalu-lalang di hadapan Burger King. Amoi-amoi kurus cantik berseluar legging ber-blouse ketat, anak-anak kecil bermain polis sentri di tengah-tengah kesesakan dengan ibu mereka terpekik-pekik "JANGAN LARI!" (aku rasa dalam permainan tu, kanak-kanak tersebut membayangkan ibu mereka sebagai polis dan mereka sebagai pencuri, haha), couples jalan bergandingan, abang-abang berbual dengan tangan dalam poket....Lari cerita sikit: Mengikut psikologi, orang yang menyeluk poketnya ketika berbual tidak boleh dipercayai kerana mereka bersifat perahsia. Tapi pernahkah kita terfikir, apakah yang actually mereka lakukan dengan tangan di dalam poket tersebut? :P

OK, masuk cerita balik. Alkisahnya, sewaktu sedang mencuci mata aku bertanya kepada si dia..

Aku: Sayang, tengok couple tu (sambil curi-curi tunjuk dekat sepasang couple)
Si Dia: Hah. Kenapa dengan dia orang?
Aku: Dari haritu lagi B perasan and I don't understand. Kenapa perempuan suruh bf dia bawakan handbag? Ingat elok ke? Bf dia nampak stupid and hedious dengan handbag tersangkut kat bahu camtu! The gf is so MEAN to do that to their bf you know?!
Si Dia: Ha'ah lah B. Kat Curve haritu lagi ramai. Trend kot? (tergelak-gelak)
Aku: Sampailah hati gf dia suruh bf dia bawakan handbag camtu...Dah jadi macam badut bf dia tu. Bukannya berat pun handbag tu. Yang gf tu pun bukannya takde tangan! Ngengader! Macam memperlekeh-lekehkan bf dia je! Bangga lah tu ada bf yang sanggup pegang handbag dia orang!
Si Dia: Entahlah B...Nasib baik B tak suruh pegangkan handbag! (buat muka cheeky)
Aku: Isk. Takkan lah! Kalau beg yang rugged sikit, kalau nak suruh Sayang pegangkan sekejap tak apa la. Ini handbag metalik, bling-bling dengan batu-batu bagai! Ada keychain comel-comel lagi! Haish...

(Pada waktu itu lalu lagi 2-3 pasang couples dengan bfs with handbags)

Aku geleng kepala.

Nasihat aku untuk wanita-wanita, gadis-gadis, ibu-ibu, kakak-kakak dan adik-adik di luar sana..Sila HORMATI pasangan kamu!
Jangan manja tak bertempat! Ngengader! Naik lemak! Jangan sampai handbag pun nak suruh dipegangkan. Men look very very stupid with handbags, ENOUGH SAID.




p/s: Aku tak pernah tengok ayah aku membawa handbag mama aku even dia orang still berjalan pegang tangan sampai sekarang.

26 comments:

Ares Bahar said...

Mungkin lelaki yang tangannya didalam poket itu penderita kurap.lol.

Atau masih tidak melepasi tahap phaliq seperti yang diteorikan oleh Freud kot.

Secara peribadi saya tak kisah sekiranya di minta pegangkan handbag. Tapi tolong pastikan ada duit yang berkeping-keping dalam handbag tu...Dan kalau ada duit yang hilang. Jangan marah.hehehe.

Aku A-Z-Z-U said...

atau mungkin tangan tu hanya cuba memanaskan apa yang sejuk :|

haha.

oh, jgn pandai-pandai copet duit dr perempuan. mereka pandai kira-kira! (kecuali saya) *malu*

Anonymous said...

nie mat rempit jer yg slalu buat camnie....

Aku A-Z-Z-U said...

to alvetto:

saya tak rasa mat rempit cukup penyayang :D

Anonymous said...

gjie simply fwd me ur blog sb nk kenakan i..:( but to be frank kak zu, i didnt meant it like that. I just feel that when ur partner pegang ur handbag it shows how lovable they r,concern. Tak act mcm ego nk mati n berlagak macho dan tak patut lgsung pegng ladies beg..it's all about ego babe! u knw wat i mean?

Aku A-Z-Z-U said...

menunjukkan dia seorang yg lovable, concern dan tak ego bukan boleh diukur dengan kesanggupan dia setakat memegang a lady's handbag my dear..

if he stands by u, if he supports u, itu sudah cukup menyatakan how much he care. tak perlu uji dan test dia dengan menyuruh dia memegang handbag semata2 nak tahu dia sanggup ketepikan ego dia atau tak.

bagaimana pula contoh kalau dia yang test kita dengan menyuruh kita memegang helmet dia sewaktu berjalan2 di shopping complex sedangkan dia berlenggang? don't tell me "orang laki2 memang patut pegang helmet bukannya orang perempuan" sbb ayat tu sendiri menunjukkan perempuan juga kadang2..ego.

glownana said...

yes i selalu gak perasan bende nih. byk gilee kt mall. sometimes i pon wonder jugak. kalo malas nk pegang handbag then knp bawak?
i pernah jugak suroh kekaseh pegangkan handbag. tp ONLY bila i nk masok toilet or when i have to do something using both hands. kalo malas nk pegang..takyah bawak. senang je.

Aku A-Z-Z-U said...

hehe. right-o nana! ;)

Aziya said...

duih.... lelaki pegang handbag gf?... macam terkena jer dgn posting aku yg previous nie (in case kalu ko ikuti posting Bitch Next Door).

Aku jumpa couple yg aku kenal pun kat OU jugak.... Nasib baik aku tak serang diorang....

Aku A-Z-Z-U said...

posting Bitch Next Door kau menarik. ada news update la lagi ye? cuma aku keliru dengan watak2 yg kau sebut. aku kenal ke siapa ROCK tu?

jgn serang sapa2 aziya, u're much more civilised AND intelligent than those people, remember tht bile kau naek marah next time ;)

*hugs*

Anonymous said...

kemungkinan ianya adalah ujian dari pihak wanita ingin tahu sejauh mana kesanggupan lelaki.

dan kemungkinan lelaki tersebut yang berbesar hati utk membawa beg wanita tersebut sbb melihat wanita tersebut sakit bahu memikul beg tersebut

tapi lagu lelaki ini dari anuar zain sedap kan

Aku A-Z-Z-U said...

kalau begitu la cara menguji kesanggupan lelaki, that's just nasty..cuba la uji lelaki tu suruh dia buat pelan perancangan kawen ke. haha. itu baru dpt taw hati budi dier, tu baru betol2 test.. ;)

pada wanita2 sekalian, sekiranya bf kamu berbesar hati macam mana sekalipun utk membawa beg kamu, JANGAN BENARKAN. do u want ur bf to look butt-ugly? sekiranya tidak, DON'T. dan beg tangan xseberat mane pon, berat lagi beg sekolah adik bf kamu. entah2 penah ke tidak bf kamu bawak beg sekolah adek die entah?

owh..lagu anuar zin tu sedap juga.
masa part:
"lelaki ini yang selalu..mencintaimu"
macam nak sama dengan:
"tetaplah menjadi bintang...dilangit" (padi - kasih tak sampai)

Anonymous said...

bkn..
saya cuma nk ubah persepi think from - side to + side..

hehehe..

nobody perfect.
maybe kita salah
maybe kita betul

rite?

*leceh ah word verification kt bawah ni*

Aku A-Z-Z-U said...

iyah, betul ;)
mungkin 85% perempuan yang bace post ni kate saya salah, hehe

mungkin 75% lagi kate lelaki memang nampak segak dengan tas tangan LV (petaling street).

manusia ni mmg diversified. kalau tak, takkan saya ada idea nak tulis post ni, kan? hehe

btw, saya terpaksa la letak word verification tu. blogspot ni berlambak comment spam-nye. tak larat nak dilit taw, huhu

Anonymous said...

cuma yg aku benci couple ( yg belum kawen ) yg saja nk tunjuk loving gile2..siap gedik2 dlm LRT lagi..peluk2..kalao M'sia cam US..konfem dah bercium

hey,
org lain pn bercinta..
tapi tayah nk menunjuk

Anonymous said...

Entahlah. pada aku la, orang yang dah so much in love ni, kalau bercinta mmg dah tak nampak orang keliling. so bila dah tak nampak keliling, dah tak ade la isu nak menunjuk2. tp ini opinion aku je lah. aku tahu it sounds bad, tp kadang2 aku tak kisah sgt nampak couple2 berpeluk2an ni. pemandangan2 begini mengingatkan aku pada satu word: "love", dan pada zaman yg tgh kucar kacir dgn hate and greed ni, love is all we need, heheh

Aku A-Z-Z-U said...

to tell the truth, actually aku agak setuju dgn alvetto ni, dan aku pon tak berapa kisah pasal isu berpeluk, pegang tangan, berkepit..kalau bercinta mmg bahagia dan mmg begitu la lumrahnya, mau dekat je....haha ;">

cuma aku rasa, kalau da sampai comolot tgh2 orang ramai tu melampau la sgt :)

Anonymous said...

berpeluk tgh ramai?

panggil aku jumud pn x kisah
wakakaka

halal haram tolak tepi ye x?

Suri said...

woo.. panjang gle feedback tuk post neh.. huhu!

btw beh.. dlu ade gak Ono offer nak pegang beg ai, rase nye mmg da pegang pn at tht time.. dier grabbed dr ai then ai amek balek coz ai pn rase weird nak biar kn dier jinjing handbag ai tuh.. huhu! pelik kan kalo cmtu? :D

sama la kalo kua sopping or etc.. kalo tu barang ai, ai bawak sendiri.. rase awkward nak suh dier pegangkn, mebi sbb dlu ai da biase sesorg kan so bila kua.. ade tgn, ade kaki.. bawak la sendiri.. btul x? ;p except kalo tht someone offer nak tlg bwk kn barang2 kita..

barang2 tu leh consider lg, handbag ntah.. up to individual perception. pd ai.. ai dah biase bawak handbag sendiri.. hehe

Aku A-Z-Z-U said...

to anoni:
soal halal haram? kalau aku baik, aku pakai tudung, aku tak menyokong pasangan berkepit, aku semayang cukop 5 waktu sampai aku mati, aku tak akan kerja dgn kompeni kafir macam sekarang..tp aku xbuat sbb aku tak fikir sgt semua benda2 tu dan sbb aku pun tak berapa baik.

soal halal haram ni susah aku nak bahaskan sebab aku tgk kepincangan diri aku dulu sblm nak cakap tentang agama

Aku A-Z-Z-U said...

to surie:
hehehe, ono mmg baik. tapi jgn kasi dier pegang beh. he won't look good with ur handbag, lagi2 bag yg dier baru beli utk yu tu kan? haha ;)

takmau nanti kalau terserempak kawan2 die, kawan2 mengate blakang die. sian die beh. takpe, betul la yg yu buat tu. yu dah jage dignity dia, and dignity yu sekali taw. yeay! :D

Aziya said...

azzu.... mungkin kau tak kenal siapa rock and blue itu... tapi disebabkan aku pun dah naik menyampah dengan tingkah laku diorang.. aku pun guna bahasa sindiran.... dan luahkan dalam blog aku. Buat masa nie.. dua org gila tue tak tau aku cerita pasal mereka. Al-maklumlah dilamun cinta berahi.

aku akan cuba memperbaiki bahasa2 aku.. mahupun inggeris (sgt. teruk) dan bahasa melayu.. thanks for reading.. heheh

Bitch next door akan ada kesinambungannya nanti.. tapi sekarang.. rileks dulu.... aku mau cari material lain.. mungkin mau ambil few example from your blog.

Aziya said...

anyway.. i memang kenal rock and blue tue... rock tue mmg rapat dgn aku dulu. Blue kacau daun dgn "mengoda" rock. Hubungan aku ngan rock dah renggang. Dia "lupa" aku sebab minah gila tue.

Aku A-Z-Z-U said...

to aziya:
oooo..begitu al kisahnye..aku rase aku xsilap teka siape org tu. kau sabar2 la ye aziya, manusia ni mmg mudah lupe. nanti bile dier 'ingat' balik, maybe dah terlambat. selalunye cinta berahi ni won't last long, huhu..

kalau nak amek example dr blog aku silekanlah, no hal. aku pon ade gak material dtg dr idea yg aku tgk kat blog2 laen ;)

Anonymous said...

wei...aku nie kire ade tekene la gak dalam kes ko nie..aku gul...aku pon salu soh bf aku pggkn handbag...sbb...lenguh!!!...kdg2 kiter nk bg bahu rase stabil tue mintak die pegangkn...xknla xley bf tlg pegangkn handbag...jgnla slh anggap...xkn setiap kali kiter lenguh nk kene explain kat sume org yang kiter nmpk ckp kiter tgh lenguh...bahu tgh sakit2...juz think +ve...mgkin org len ade reason sniri...tp kalo setakat nk test bf nie xla aku smpi ke situ...mls aku nk buang mase...yang sakit pon xtelayan ha...

Aku A-Z-Z-U said...

to cik anonymous:
mmg tak salah kalau kita mintak bf pegangkan, jinjingkan bag kita, tapi SEKEJAP. itupon sbb ade alasan kukoh. yang sy maksudkan ni, yg kes smpi nampak bf nye plak yg macam perempuan kalau ditengok dr belakang. elok je dok kendong bag kat bahu. mmg buruk. sementara yg aweknye plak mcm mem besar jalan lenggang kangkung kat seblah. kalau rase bahu sakit, takyah pakai handbag. fashion is about practicality, bukan tujuan utk menyeksa tuan punya badan.. *hurm*