Wednesday, November 14, 2007

Semalam

Semalam ada senario menarik berlaku di sebuah kedai makan di Wisma Cosway. Aku selalu singgah di sana beli breakfast. Makanan sedap, harga pun murah! Jadi semalam seperti biasa aku singgah di kafe tersebut, aku cadang-cadang nak tapau kueytiaw goreng dengan sambal kering ikan bilis. Masa aku di kafe tu, aku ternampak 2 orang minah omputih ni. Seorang tinggi, seorang lagi gemuk ketot. Kedua-duanya dalam lingkungan umur lewat 30-an. Aku terdengar percakapan mereka...

Minah Omputih Tinggi: "Saya mahu kueytiaw ya? Makan sini!"

(Pergh...cakap melayu tu! Fluent lagi!)

Kakak Kafe di Rak Makanan: ..... (Terkebil-kebil sekejap)
Kakak Kafe di Rak Makanan: "Errr...kueytiaw ya? Banyak ni cukup?" (Sambil tunjuk pinggan)
Minah Omputih Tinggi: "Tambah lagi sikit!"
Kakak Kafe di Rak Makanan: "Ayam mahu tak?"
Minah Omputih Tinggi: "Mahu mahu, saya mahu ayam"
Kakak Kafe di Rak Makanan: "Telur?"
Minah Omputih Tinggi: "Telur pun mahu, kak!"

(Ecey..siap bahasakan 'kak' pula tu)

Kakak tu pun pergi ke dulang telur goreng mata. Sempat pula kakak tu berbisik pada aku yang berdiri di situ: "Pandai omputih ni cakap melayu, hik hik hik!" <-- Dengan muka excited. Aku sengih saja macam kerang.

Kakak Kafe di Rak Makanan: "Cili nak tak?"
Minah Omputih Tinggi: "Mahu cili juga, mahu"

(Suka benar minah omputih tu sebut "mahu" banyak-banyak kali, hehe)

Minah Omputih Tinggi Sambung Bercakap: "OK, cukup cukup"

Kemudian minah omputih ni bawa pinggan dia ke kaunter pembayaran. Yang si gemuk ketot ikut belakang dengan setianya. Di kaunter, makcik kaunter bertanya: "Nak minum apa?"

Minah Omputih Tinggi: "BEER?"

Dan aku bantai gelak tenguk air muka makcik kaunter yang priceless.

15 comments:

tumpanglalu said...

then apa jd? lps omputih tu nak beer makanya makcik tu tekejut dan azzu bantai gelak. sambung wei kesinambungan situasi tu! sambung.. :)

Azzu said...

hehe, makcik tu punye muke mmg lawak. die terkebil2 jap. kemdian dier bantai gelak jugak (mungkin sbb dier geli hati tgk aku gelak kot) ;P

kemdian makcik tu cakap:
"minta maaf nak! kedai makcik ni tak jual beer. makcik tak jual alkohol"

aku rase makcik tu sweet sgt sbb bahasakan omputih tu "nak". and makcik tu sebot "alkohol" dan bukan "arak" which shows tht makcik ni agak bijak orgnya dlm pemilihan kata2, hehe.

and omputih tu tersenyum2, trus ke peti ais minuman bertin dan memilih soya cincau :D

makcik tu berbisik pada aku: "kalau dier nak beer, kedai cina depan tu haa banyak jual. he he".

alvetto said...

klau beer sudah kehabisan, boleh kasi sy vodka makcik?

Azzu said...

haha ;P
ntah2 nanti makcik tu cakap:
"vodka suami makcik ade lebih sket kat rumah, tapi makcik tak bawak"

erik said...

mase pagi2 sy slalu minom air bakteria baek...

Azzu said...

alalalalala comelnye, hehe ;P
air vitagen mmg baek utk perut. kadang2 minom susu pagi2 pon saket perot taw.

tumpanglalu said...

fuf pengalaman yg indah kan! nway rasanya kalu omputih minta beer kt kedai melayu belah astaq nih xtau la cmna reaksi memasing kan :)

Azzu said...

to tumpanglalu:
saya rasa perkara tu boleh dimaafkan sbb yg meminta tu omputih. cube kalau melayu yg mintak. sure2 kene baling krusi. heheh

tongah said...

kelakar la baca entri yang ni. mahu tak mahu aku nak komen jugak. tak nak tolak kemahuan aku ni hehehe. makan dah kemelayuan, tiba² mintak beer pulak hehehe.

salam kenal. suka baca tulisan kamu

-pembaca baru-

Azzu said...

hi tongah! ;)
salam kenal...timekasey sbb suke penulisan aku. aku ni klau menulis, bab merapik je yang panjang, jgn percaye sgt,hehe :P

agaknye omputih tu penah makan nasik lemak berairkan beer seblom ni kot, lepastu dlm hati dier cakap: "this is fantastic! spicy vs. bitter (ye ke ntah?)! just like peria masak sambal!"

hehe :P

tongah said...

hehehe apa jadi la bile omputih tu rasa bila makan nasi lemak berairkan beer. mesti stoned dia lebih sikit hahaha.

Azzu said...

mungkin xcukop stone kot. bukannye liquor. setakat beer se-tin nak mabuk, hai..macam budak2 nakal skolah je :P

Ikmal Ibrahim said...

yang ni kelaka...ko pun klaka gak la...bukan aku sorang je...

Azzu said...

to ikmal:
aku mmg kelakar pon :| (muke serius)

maz said...

betol ke die mntak beer bi azzu?ke die maksudkan root beer..?ekekekk..