Tajuk post kali ni berkaitan dengan salah satu band kesukaan aku, Sigur Rós. Dan ini bukanlah post pertama yang memperkatakan tentang mereka. Kalau nak lihat post pertama klik sini. Sigur Rós mula diperkenalkan kepada aku oleh si dia (thanks Sayang ;*). Aku yang pada waktu itu tidak mengenali dan tidak pernah mendengar alunan muzik post-rock, ambient dan Icelandic (walau pada aku muzik Sigur Rós tidak cocok diklasifikasikan dengan apa-apa genre tertentu), telah diangkat, dihumban, dilayangkan ke langit, terbang tinggi dan tinggi, lalu mendarat perlahan-lahan jatuh ke bumi oleh muzik mereka. Sebuah orgasme muzik yang seringkali didatangi perasaan hiba yang menekan sanubari aku dengan kuat. Aku kaget dan macam orang bodoh untuk beberapa jam...
Ya, Sigur Rós memberi definisi lain untuk cinta dalam bentuk muzik. Aku telah tergoda dengan Takk (2005). Aku rasa kesal sebab rasa macam terlewat mengenali mereka. Mulai dari situ aku mulai mendengar album-album mereka yang lain. Dari ulasan-ulasan yang aku baca, Sigur Rós mendapat tempat di hati pendengar hanya bermula album ke-2 mereka Ágætis Byrjun (1999) dan bukan pada album pertama iaitu Von (1997) yang khabarnya hanya terjual sebanyak 313 copy saja di Ireland. Tetapi, berbanding ramai orang, aku paling sukakan album Von. Album Von UNIK. Album Von INTENSE emosinya. Dan dari album tersebut, aku sukakan lagu "Sigur Rós" (Victory Rose) dan Dögun (Dawn) yang pada telinga dan imajinasi aku ini, menceritakan sebuah kisah yang telah digarap dalam dua buah lagu tersebut. Dan disini ingin aku larakan kisahnya......
(Alunan lagu "Sigur Rós" berkumandang...)
"Malam yang sejuk, dan sepi...penuh dengan sejuta misteri. Langit gelap dan bulan penuh tergantung di langit jadi saksi. Pohon-pohon hijau tinggi-tinggi seperti makhluk jahat menyeliputi bumi. Mereka seakan-akan memandang dia dari atas, bersedia untuk menggenggam dia dan mencerai-ceraikan anggota badannya. Dia gadis manis yang kusut waktu itu. Dia berlari di celah pohon-pohon tinggi tersebut. Berlari bagai nak mati. Kakinya berdarah, terluka, terkoyak, tersiat...dia tak peduli! Nafasnya tersekat, terhenti-henti, tersedu-sedu. Airmatanya mengalir menahan sakit dan tangis takut dalam hati. Baju panjang labuh ungunya tercarik dari paha ke kaki. "Dia hampir! Dia SEMAKIN hampir! Lekas kaki bawa aku jauh!! Bawa aku pergi!", sebuah teriakan yang menggila di dalam benaknya. Jalan cuma diterangi cahaya bulan, cahaya yang pudar seperti perasaannya yang berkocak. "Tak jauh di depan aku selamat, tak jauh lagi! CEPAT!" dia berkira-kira dalam hati. Dan celaka pula atas langkahnya yang khianat, dia jatuh tersembam mencium tanah. Kepalanya terhantuk sudur pepohon. Merah darah deras membasahi ubun-ubun. "Aku akan mati! Ya, MATI!" dia histeris dan sangat pasti. Dan saat diangkatkan kepalanya, dia lihat LELAKI ITU di situ. Lelaki yang kotor umpama pengemis, dengan senyuman jahat di bibirnya dan gigi yang kekuningan. Lelaki itu menerkamnya, menarik rambutnya, menampar pipinya tanpa henti sehingga dia pening dan hampir pengsan. Menumbuknya, mencekiknya, mengoyakkan kain bajunya dan memasukkan perca-perca kain ke dalam mulutnya. Lelaki itu merogolnya...merogolnya dan merogolnya sambil terus mencekiknya. Terus-terus mencekiknya....Gelap malam saksi itu semua. Pohon-pohon saksi itu semua. Seluruh isi belukar sepi seketika melihat perilaku manusia yang buas dari mereka. Dia sudah tak bermaya. Tidak melawan, habis tenaga. Luka di seluruh tubuhnya menyatu dalam satu rasa azab dan siksa yang teramat di "bawah sana". Dia dibunuh dari "bawah sana". Dia hanya mampu menjerit tanpa suara di dalam hatinya, mulutnya penuh perca. Perca yang mengusap tenggoroknya. Pedih, sakit, azab, siksa, lemas, dia dilepaskan semula...Dia yang sudah terkujur bagai patung mengikut lelaki itu dengan renungannya. Renungan yang penuh rasa BENCI, BENCI, BENCI. Dan lelaki itu mengambil sebuah batang pohon besar di tepinya lalu menghentak muka gadis itu dengannya, menghentak perutnya, menghempas berkecai batang pohon tersebut ke pundaknya dengan sekuat hati dan tenaga jantannya. Dan menamatkan renungan yang menghantuinya. Gadis manis kini seperti getah lembik tanpa rupa. Tubuhnya diheret ke tepi sungai kecil. Dibaringkan seperti orang yang sedang tidur, disilangkan tangan ke dadanya. Sebuah jasad tanpa nyawa......"
(...diikuti alunan Dögun...)
"Dia roh gadis yang terniaya, berdiri di situ menangisi dirinya. Melihat tubuhnya bermandi darah begitu memang cukup memilukan. Satu tubuh tanpa identiti yang mungkin tidak ingin diingati juga mungkin akan terus dilupai. Dia memandang dengan perasaan sedih dan hiba. "Siapa akan membela nasibku? Seorang wanita malang yang mati dihutan, dirogol, dibunuh tanpa belas kasihan oleh lelaki yang aku panggil bapa.....
Dan pada esok harinya hujan lebat, seakan menangisi pemergian gadis itu. Di tebing sungai penuh polis dan wartawan. Ketua Inspektor mengambil kenyataan. Di pekan kecil, kematian begini memang mengejutkan. Apatah lagi bila melihatkan dia di tepi sungai itu. Terbaring kaku, tangan ke dada, yang kelihatan seperti segumpalan objek merah, ungu dan biru saja...Hujan turun tanpa henti dari malam sehingga pagi. Hujan yang membasuhi gadis itu, umpama membasuhi segala kekotoran yang terjadi ke atas gadis itu. Mungkin kamu sahaja pembela dia wahai hujan!! Dan dari gerombolan manusia-manusia yang sibuk ingin tahu, lelaki itu ada berdiri di sana. Dia menyalakan api rokoknya dan terus berlalu...."
- Tamat Interpretasi -
Jadi sekarang aku rasa kau orang faham kan kenapa aku suka kedua-dua lagu tersebut? Lagu-lagu itu bercerita kepada aku. Dengan hanya memejamkan mata, aku nampak scenes di atas dan aku rasa dread with terror. Takut sehingga dada aku sakit. Hebat sungguh kesannya terhadap aku. Si dia sendiri hairan mengapa aku boleh menyukai album Von. Pada si dia, album Von bukanlah menampilkan Sigur Rós yang sebenar. Sambil melawak si dia berkata: "Hanya orang gila je boleh dengar Von"
Tepat sekali Sayang. Hehe ;*

11 comments:
diaorang mmg rocks!! walopun vocalist dia gay. hahaha. bground aku adalah wallpaper dari fan diaorg. aku suka depa ni. dulu aku suka bjork tapi dia dah jadi ikon minat and budak2 so-called indie punk etc. so aku buat tak endah sama bjork sekejap. tapi sekarang aku tetap setia sama radiohead, thom yorke face boleh bikin aku in tears. dan pink floyd adalah kegemaran hubbyku dan aku juga turut serta.
hah, btol tu! sigur ros besht ;) tapi kan, album hvarf/heim (2007) sigur ros xjauh beza dgn album takk style-nya. aku still prefer von. huhu.
lagi satu stuju dgn awak, orang yang setia pada radiohead, akan tetap setia dengan diorang sampai bile2. aku tak dapat find any fault dgn band radiohead, termasuk la thom yorke sbg artis solo. hehe. solo jonny greenwood blom plak aku layan lagi.
sayangnye saya xdpt masuk dgn muzik pink floyd. sedangkan radiohead tu pon musically influenced by them. huhu
thomas edward yorke tu pakcik sedara belah mak, bjork plak kakak sy punye kakak ipar, vox sigur ros yg gay tu roomate sy mase kat asrama sekolah teknik setapak dulu, mmg betui dier gay sbab dier slalu curi2 ciom mulut sy mase sy tgh tido! chet! hampeh....
ape musim tah layan von nie, skrg hvarfheim laaa....hehehehe
hahah :P
curi2 ciom molot? wuyekkk ok sayang?
hehe. are u sure dia setakat ciom molot je? *angkat2 kening*
ey, hvarf/heim xselazat von taw. hvarf/heim tu ok...cuma..er..."BIASA" ;D
thomas edward yorke tu pakcik sedara belah mak, bjork plak kakak sy punye kakak ipar, vox sigur ros yg gay tu roomate sy mase kat asrama sekolah teknik setapak dulu, mmg betui dier gay sbab dier slalu curi2 ciom mulut sy mase sy tgh tido!
aku rasa erik ni dia mengigau neh!!!.. tu laa.. tido tamau basuh mata..
REM jugak idola radiohead. aku suka lagu depa 'drive'. oh ya, jonni grinwud adalah lelaki idaman aku walaupun aku suka tgk mata sepet si abg thom.
isk, dah laaa..xmau la layan von tu lagi, sy risao la, hah ok2! xnak dgr hvarfheim pun xpe, gi la dgr hoppipolla tuuuu...issk..takot la...
to heartbeat:
egege, dia mmg rajin ngigau ;)
to erik:
iye la, baekkkk! hehe...
XOXO ;*
tinggi betul daya imaginasi...
to alvetto:
tinggi lagi KLCC ;P
woah.. i should check out their music...
to aziya:
you'd better! ;)
Post a Comment