Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Thursday, November 01, 2007

Pizza Hut ke Piza Hak?

Pertama sekali, maaf jika post aku kali ni ada menyinggung hati siapa-siapa. Bukan tujuan nak mengata, tapi cuma bercerita tentang apa yang aku rasa. Look on the positive side, anggaplah post aku ni kelakar. BOLEH? BAIK! Mari kita mulakan! (Kenyit mata, buat muka kawaii)

...........

Saleem...dah lama lama aku tak dengar lagu Saleem. Eh, aku pernah layan Saleem ke selama ni? Terdengar saja, layan tak taw! Kau orang minat Saleem? Aku tak. Kadang-kadang eja nama Saleem pun silap. Sekejap Salim, kadang Saliem, pernah juga Saleim, tapi tak pernah lagi Saleym, haha (Apa aku mengarut ni?). Ejaan "Saleem" ni pun aku copy-paste dari Wikipedia. Tak percaya sudah, nama kau Bedah, (tut tut) kau sebelah! (Sengaja aku type "tut tut", sebab aku baru je sebut dalam post sebelum ni. Kang orang ingat aku suka tetek pulak. Eh, aku sebut lagi. Oh well, phbbtt.)

Ok, Ok, berbalik kepada Saleem. Aku tak minat Saleem sebab....
  • Tak hemsem. Muka Bangla (Bukan racist, cuma bukan taste aku)
  • Nyanyi tak sedap, serak-sengau (Dari telinga aku. Orang lain mungkin suka)
  • Aku tak gemar dengar lagu tangkap leleh yang dikategorikan rock (Wuyyek!)
  • Masalah disiplin (Tak perlu aku bentangkan)
Dari telinga yang dah lama tak dengar suara tu, malam tadi lagu-lagu beliau telah berkumandang, di mana? You guess it right, Pizza Hut cawangan Wangsa Maju. Aku yang bergandingan tangan dengan yang tersayang malam tu rasa best sebab nak dibelanja makan pizza. Muka aku tersengih habis cun, seronok lah katakan. Langkah-langkah je masuk Pizza Hut............

"..lambaian tanganmu...masih ku ingat selalu..." <-- copy-paste juga ni :|

Hok alah! Pasaraya The Store ke apa ni? Cari-cari tempat duduk, kami duduk, order makanan. Apa bang? Tak berapa faham! Abang Pizza Hut cakap melayu dengan pelat Terengganu pekak (baca: pekat). Selepas abang tu blah dari meja, aku berbisik pada tersayang:

Aku: "Sayang, tadi tu mesti abang yang pasang lagu ni, kan?"
Sayang: "Maybe kot. Hai..sia-sia Pizza Hut bayar MACP dengan PRISM"
Aku: "Entahnya. Lagu yang dipasang kadang-kadang boleh buat orang tak mau masuk sini taw Sayang. I'm not entertained at all"
Sayang: "Memang. Tengok je NZ tu, kalau dah lewat-lewat, tapi still ramai orang, apa dia orang buat B nak taw? Tutup ASTRO, pasang radio. Cara menghalau orang paling berkesan. Siapa nak lepak lama-lama? Sangap! Hehe"

Makanan sampai ke meja. Kami nak tambah order. Aku rasalah kan...abang yang ambil order ni pun kemungkinan besar sekampung dengan abang tadi. Yang ni even worst, dia cakap laju! Aku tak paham, tapi aku tak mahu kecilkan hati orang, aku sengih angguk-angguk. Nasib baik betul apa yang aku anggukkan.

(Lagu Saleem dah habis...suasana sunyi sekejap..)
Kami makan dengan tenang sambil berbual.

Kemudian....
(Ulangan lagu Saleem lagi)
Aku rasalah kan, dia orang ni pasang kaset lah. Aku pandang muka tersayang. Dia pandang muka aku.

Aku: "Ni bukan lagu mula-mula dengar tadi ke? Ni macam cue nak halau je ni"
Sayang: "Ha'ah la B, dia orang ulang ni. Bodoh lah"

Abang Pizza Hut datang hantar bil tanpa diminta ke meja kami. Sah kena halau. Sejurus keluar dari situ aku berkata dalam hati: "Selamak tingga Piza Hak, selamat datang Wangsa Maju". Dan sekelip mata seperti kebolehan Hiro Nakamura kami sampai ke Wangsa Maju dengan selamat!

8 comments:

Ares Bahar said...

heh, barulah Glokal.hehehe.

Mujur Pizza Hut setiawan mainkan lagu Dewa.Kalau lagu New Boyz rasanya banjir piza dengan air mata hahaha.

Aku A-Z-Z-U said...

glokal la sangat pasang saleem tu ye? pasang "lela" la kalau diorang berani. haha

Anonymous said...

tp kfc kat sebelah pasang peterpan...ade wifi free lagi,bukak 24jam, pizza haaak hotspot jer,tutup kol 11 kan, pasang lagu iklim plak, haiya...bile la nak lepak makan sambel layan nina simone ke, elliot smith ke, architecture in helsinki ke, paling busuk pun magyar posse, hahahaa...mustahil la kan...

Aku A-Z-Z-U said...

kena tunggu awak jadi dj diorang la. mao ke jadi dj pizza hut? sekali sekala merangkap tukang cuci tandas sekaligus, haha

xyah la..tunggu awak jadi tokey restoran sendiri. nanti sy lepak restoran awak tiap2 hari! ok? ;)

glownana said...

saya pon br mkn pizza hut smlm. tp kat bb. very peaceful piza hut sane. kerosi pn sedap dudok. hehe.

Aku A-Z-Z-U said...

owh...xpenah try la cawangan bb :)
there's nothing wrong with the kerosi at PIZA HAK tu, tp telinga saya geli2 (bukan geli2 best) dengar saleem. haha ;D

Aziya said...

*suka baca comment arez. hahahah banjir Pizza Hut

hoh.. boleh hilang selera aku makan kalo pasanag lagu Saleem, New Boys dan kawan2 yg sewaktu dengannya....

Nasib aku belum terkena Azzu oii.... kalo ada... gerenti aku blacklist Pzza Hak kat situ.

Aku A-Z-Z-U said...

aku ni mmg jenis gila makan aziya. pada aku musik ni makanan juga. makanan dan halwa telinga. kalau yang masuk telinga tu cam apentah, yang masuk mulut pon tetibe rase pasir ;P

aku da bleklist piza hak tu. tunggu dowang tuka management atau tuka staff baru aku jejak balek kot, hehe