Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Monday, November 05, 2007

Pesta Rumah Terbuka

Di mana ada semut, di situ ada gula. Haha. So faham-faham je la bila aku sebut tentang rumah terbuka ni kan? Makan free beb, siapa tak mau? Jadi, pada hari Sabtu lepas bersamaan 22 Syawal 1428 Hijrah (eceh, bulan Islam lagi - note: bulan ISLAM, bukan bulan MELAYU <-- orang-orang tua suka cakap gaya ni), aku dan tiga orang adik-adik aku bertandang ke rumah pakcik kami di Gombak selepas Zohor. Pakcik aku buat open house yang agak tertutup dengan mengkhaskannya kepada sanak-saudara saja. Datang open house dengan melihat muka-muka familiar memang menenangkan sebab aku ni seorang yang agak gementar. Bagi yang rasa agak-agak habis kenal aku tu, jangan lah tak percaya yang aku ni amat-amat pemalu alias penyegan orangnya (kalau orang utara, 'penyegan' ni sama erti dengan 'pemalas' atau lebih kasar 'baloq liat', tapi setahu aku, aku bukanlah orang utara :P). Lumrah orang senang gementar ni dua saja. Kalau tak terlebih mulut (sebab nak bagi hilang cuak) mesti tak ada mulut lansung!

Di rumah saudara, aku normal sikit. Tak lah tersipu-sipu sangat macam kambing. Aku dengan sabar bersalam-salaman sedangkan mata aku dah memandang ke meja. Nasi dagang, nasi impit, sate, kuah kacang, sambal ikan bilis, buah-buahan, nyam nyam! Dan tabiat aku yang agak tak senonoh tapi maybe kelakar (bagi sesetengah orang) ialah, sambil menjamu makanan mata aku masih memandang ke meja. Dalam hati aku berkira-kira, NEXT nak makan apa? Aku sedar dalam kepala-kepala kamu sekarang ada yang berkata: "Tak boleh buat menantu ni!". Well, aku tak kisah sebab masih ada yang sayang :| Haha *bangang*

Aku tak dapat singgah lama-lama, aku beritahu makcik aku. Aku dah janji nak ke open house kawan di Serdang. Dan sekejap kemudian bergerak lah kami ke Serdang pula. Jalan jam teruk di Lebuhraya Sungai Besi. Gila lah! Semua orang keluar nak pergi open house ke apa ni? Keluar dari Gombak pukul 3.30 petang, sampai rumah "Surie Serdang" pukul 6.15! Memang SADIS. Kematu bontot aku dibuatnya. Sampai-sampai, nasib baik makanan banyak lagi. Bwahahaha! Ada laksa, ada rojak pasembor, ada nasik lemak, ada mee kuah, oh, indahnya dunia aku rasa! Dan hati aku pun terubat. (melodramatik)

Di rumah Surie gementar aku datang balik. Surie perkenalkan geng-geng Persetankan, encik Ikmal dan Takki. Jadi aku mencecer non-stop macam murai tercabut bulu layaknya nak mengelak rasa awkward dan malu aku tu. Gementar-gementar pun jangan ingat aku melupakan nafsu serakah aku dalam bab makan-makan ni. Steady je aku tibai laksa, nasi lemak dan mee kuah. Sedap pulak mak you masak Surie!!

Esoknya, open house di rumah si dia pula. Dalam 9.00 malam aku dan adik-adik sampai ke umah si dia. Mak si dia menjemput aku masuk. Aku salam cium tangan, ambil berkat dari bakal ibuku (insyaAllah, aminn..) huhu ;"> Sejuk tangan mak si dia, sebagaimana sejuk hati aku melihat si dia berdiri depan pintu tersengih-sengih menyambut kami. Seorang-seorang adik si dia bersalaman dengan kami, dan entah kenapa pada waktu itu lansung tiada noise dalam kepala aku. Aku tenang seperti berada bersama mak ayah di kampung. Aku rasa gembira. Aku rasa ...BELONGED... *senyum* Dan tanpa segan-silu aku bedal sate dalam 10 cucuk (aku biasanya makan sate tak pernah lebih dari 5 sebab tak berapa gemar) dan aku makan soto 2 mangkuk sebumbung penuh. Aku terpaksa duduk tegak lepas tu untuk menyembunyikan lipatan perut. Hodoh bebenor wei!

Syawal tinggal dalam 4 hari lagi. So, siapa-siapa yang ada rasa nak buat open house tu, jangan la segan-segan nak jemput aku, sebab aku tak pulak segan nak datang!!

6 comments:

Anonymous said...

isk2...sate2 tu sebenarnyer saje nak test...makan 10 cucuk mak kate potong 5 markah! heheheh

Aku A-Z-Z-U said...

kalau makan 8 cucuk, berapa markah plak mak potong? hehe

Aziya said...

kah...kah..kah... bertambahlah lipatan comel di perutmu Azzu....

Aku A-Z-Z-U said...

aziya, lipatan tu tak comel lansung ok? :D

tumpanglalu said...

yeahh posting ni antara yg berkaliber pengisiannya sbbnya penggunaan perkataan, gaya bahasa dan lenggok susunan cerita yg menarik. aku bkn stakat senyum, gelak pun dah ni hehee!!

Aku A-Z-Z-U said...

to tumpanglalu:
kau tau, bila aku baca balik post ni, dan-dan aku lapar balik. aku berkate dalam hati: "alangkah beshtnye kalau perut aku dapat menyimpan makanan selama seminggu". post ni buat aku sedih sebnarnye, huhu ;P