Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, November 06, 2007

Pengalaman Dengan Guru

(Rujuk Tajuk Post) Jangan pula nak marah-marah kalau kau sampai ke post ini kerana fikirkan post ini tentang "pengalaman seks dengan guru"! Haha. Ini bukan cerita erotis. Bukan cerita seru. Padan muka, google-lah pelik-pelik lagi! Aku walaupun kadang-kadang melayari kisah-kisah seumpamanya, tapi tak sanggup rasanya aku nak menulis cerita-cerita pembuang masa tentang pengalaman 'bersama' guru yang mana aku lansung tak ada pengalamannya dan lansung tak ada hati nak berkarya tentangnya! Kalau berminat, teruskan membaca... (sila sila)

Ini himpunan kisah-kisah yang mana ideanya aku pinjam dari Hazreen Sang Kura-Kura di blog beliau (TERIMA KASIH!!) Ini adalah kisah guru-guru paling berkarakter (tetapi bukan semua KEREK) yang aku pernah jumpa sepanjang zaman persekolahan aku dulu. Bacalah, dan kalau aku kata zaman persekolahan aku agak sucks, tak menggembirakan, kau orang tak boleh salahkan aku bukan?


Zaman Sekolah Rendah

Puan Razah:
Guru Geografi ni terkenal garangnya. Badannya gemok pendek. Dia Cina masuk Islam sebab bersuamikan orang Melayu. Aku diberitahu tentang dia masa hari pertama di sekolah. Aku baru berpindah sekolah. Dari Kluang ke Pulau Pinang keluarga aku berpindah sebab ayah aku posting (ayah aku RAMD). Pada hari ke-2, Puan Razah masuk ke kelas dan mengedarkan nota fotokopi penanaman sawit (ke nanas?) di Johor. Dia bawa nota cukup-cukup untuk murid kelas 5A (dengan bilangan kelas asal MINUS aku). So aku sebagai murid yang duduk paling hujung tak dapat nota. Aku bangun lantas berjalan ke arah Puan Razah untuk memberitahu yang aku tiada nota (pada waktu itu budak di sebelah seat aku berbisik: Mahzura JANGAN!). Aku terus melangkah ke meja guru.

Aku: Cikgu, saya tak dapat nota.

Apa yang terjadi selepas itu betul-betul membingungkan aku. Puan Razah bangun dari mejanya dan menampar muka aku dengan kuat! Itulah pengalaman pertama aku kena tampar. Even ibubapa aku pun tak pernah tampar muka aku. Satu kelas sunyi sepi...

Puan Razah: Saya dah bagi nota cukup-cukup!! Mana pula ada yang tak dapat!!

Aku: Tapi cikgu, saya memang tak dapat!

Budak Lain: Cikgu, dia budak baru!

Puan Razah: DIAM!! Jangan menyampuk!

Puan Razah: Ambil ni! (hulur salinan nota milik dia ke tangan saya) Saya minta maaf. Pergi duduk!!

Puan Razah, sekiranya kau masih hidup pada tahun 2007 ini, atau mungkin beberapa tahun lagi pada masa akan datang, aku harap kau sedar tentang betapa buruknya perilaku kau sebagai seorang guru bila anak-anak kau pula yang ditampar guru-guru mereka... (AMINN..) :P


Zaman Sekolah Menengah

Puan Napsiah:
Guru Bahasa Malaysia (BM - zaman aku bukan dipanggil Bahasa Melayu) happy-go-lucky yang membuat aku semangat nak belajar BM walaupun ianya subjek membosankan. Puan Napsiah kelakar, tapi tegas. Dia bersifat revolutionary dan berpendapat belajar sambil mulut mengunyah makanan akan menajamkan fikiran. Maka kami dibenarkan makan sewaktu matapelajaran BM. Sambil menulis di papan hitam, dia mengunyah karipap. Aku pernah makan nasi lemak bungkus sewaktu kelas tatabahasa. Best kan? Walaupun keputusan BM aku tak sehebat English, aku berterima kasih sebab tak dapat 'cangkul'. Terima kasih Puan Napsiah! Ai lap yuh!

Puan Ng:
Puan Ng guru Lukisan & Pendidikan Seni. Sewaktu Tingkatan 3, subjek Agama Islam ni optional. Aku ambil Lukisan & Pendidikan Seni instead untuk SRP (Sijil Rendah Pelajaran. Sekarang ni PMR). Ramai pelajar-pelajar Cina di Kelas 3A1 cemburu dengan aku, sebab Puan Ng sayangkan aku. Dia kata lukisan aku unik, stroke dan idea aku original. Aku kreatif katanya. Ada sekali sewaktu ujian, Puan Ng datang dan berdiri di belakang aku yang sedang asyik melukis gambar fantasi. Tanpa aku duga, dia tarik rambut aku perlahan-lahan dan mengikatnya. Ya, cikgu aku mengikat rambut aku! "Mahzura, rambut panjang kena ikat. Nanti kena lukisan, comot". Aku memang berambut panjang (lepas bahu), tapi tak pernah mengikat rambut ke sekolah (dan dah banyak kali kena sound dengan pengawas). Lukisan fantasi aku dapat mata tertinggi, aku puas hati. Budak-budak Cina menyungut depan Puan Ng. "Lukisan childish begini dapat mata tinggi? Macam mana Puan Ng bagi mata?". Tapi Puan Ng defend aku, dia kata lukisan aku original dan dia suka. Sejurus Puan Ng keluar kelas, tiga orang rakan sekelas aku datang ke meja dan mengoyakkan lukisan tersebut. B-I-T-C-H!

Ms Sheila:
Ms Sheila aku rasa mungkin satu-satunya guru disiplin di Malaysia ni dengan masalah disiplinnya sendiri. Ms Sheila minum pada waktu rehat. Aku tahu, aku pernah nampak dia membawa botol arak keluar dari begnya, dan minum sorang-sorang di bilik guru. Cikgu disiplin yang alkoholik...how sad. Ms Sheila pernah kemalangan kerana DUI. Sewaktu sudah keluar hospital, Ms Sheila datang ke sekolah dengan leher berbalut neck support. Dengan neck support, dia tak mampu bercakap dengan betul. Perkataannya semua berbunyi penyek, tersekat, sengau. Dia menengking aku depan satu kelas sebab aku berkain baju kurung singkat dan berkasut Aliph ke sekolah (kamon la....aku ROCK ok?). Dia kata aku nampak macam budak duduk bawah jambatan. Hati aku panas dan tak mau kalah, aku mempersendakan dia dengan mengajuk suara dia yang penyek, tersekat, sengau tu. Aku expect kelas akan bingit dengan pecah derai tawa, tapi sebaliknya. Senyap macam bilik mayat. The next assembly aku kena public canning. #!%$@$#!@#*&@#!!#@ punya Ms Sheila!!

Ms Naidu:
Aku cintakan Matematik tetapi bukan gurunya. Ms Naidu cikgu Add Math yang bagus. Kalau mengajar memang tangkap ke otak. Ada metode yang tersendiri untuk buat anak murid dia faham. Tapi masyaAllah, kerja rumah macam babi banyaknya! Selalunya kalau ikut buku teks yang secara purata ada 7-8 soalan dalam 1 mukasurat, Ms Naidu akan menyuruh kami menyelesaikan 5 mukasurat penuh soalan untuk dihantar keesokkan harinya. Memang dia gila! Aku memang cintakan Matematik, tapi aku tak mau sampai ke jamban pun aku terpaksa bawa buku latihan! Dah lah aku ni terkenal dengan angin satu badan kalau tak dapat selesaikan soalan. Aku pernah tendang kipas meja disebabkan PENGKAMIRAN, huhu. Ada sekali aku tak dapat siapkan kesemua soalan yang diminta. The next day, bila melihat buku latihan aku separuh siap, Ms Naidu layangkan buku latihan aku keluar dari tingkat dua jatuh atas padang sekolah. Dia ingat buku aku boomerang?
Jahanam betullah.

PENGETUA:
Pengetua perempuan memang garang. Kau orang tengok saja lah kat mana-mana sekolah pun. Puan Hamidah (pengetua) adalah seorang lagi guru yang menyebabkan aku kena public canning waktu assembly. Tapi memang salah aku pun sebab aku ugut budak-budak Tingkatan 2 untuk duit sekolah (aku memang jahat macam setan sikit waktu Tingkatan 5, huhu). Puan Hamidah pernah menahan aku di koridor dan bertanya kenapa aku tak membutangkan baju kurung aku. Aku beritahu dia yang aku suka begitu, lagipun pengawas tak tegur pula. Kau orang boleh bayangkan muka dia waktu tu? Hitam macam siamang, terkejut sebab aku melawan dan menahan amarah sekali gamaknya. Hal kecik pun nak kecoh ar!! Akhir tahun dia tahan keputusan SPM aku sebab dia nak bersemuka. Dituduhnya aku curi buku library pula tu! Bila aku nak bayar duit ganti, baru lah dia lepaskan sijil keputusan SPM aku tu. Dia melihat keputusan aku sambil berkata: "Eh..bagus juga keputusan SPM kamu ni. Saya ingatkan kamu LINGKUP!". Huh! Anak kau yang lingkup SPM wahai Puan Pengetua! <-- dalam hati.

Itulah sedikit sebanyak memori zaman persekolahan aku dengan guru-guru istimewa ni. Kalau nak kira, actually banyak lagi...mostly melibatkan kes disiplin, haha ;"> Budak-budak zaman sekarang jauh lagi berani. Ugut-ugut guru, pecahkan cermin kereta guru, macam-macam lagi lah! Pesan akak (AKAK!!! *gasp*) pada adik-adik, jangan lah buat sesuatu yang bakal dikesali, sebab penyesalan is a waste of time. Walau guru kamu garang macam singa Afrika sekalipun, rileks saja, sebab "fasa persekolahan" tu sekejap. Pejam celik pejam celik, selesai. Tapi kalau guru kamu JAHAT, jangan teragak-agak untuk laporkan kepada pihak polis. ;)



11 comments:

Ares Bahar said...

hehe.Zaman sekolah dulu memang nostalgik.
Kena penampar tanpa sebab memang sesuatu yang tak boleh dilupakan sampai mati.

Aku A-Z-Z-U said...

kalau penampar bersebab pun mesti ingat sampai mati juga, hehe

Mohd Hazreen Rashid said...

wahh, saya tak salahkan cikgu2 itu...
awak memang nakal...huhuhu...

tumpanglalu said...

wahh si puan razah mmg (sori to say) kurang ajar! ia adalah suatu tindakan yg tersgtlah tidak wajar. ya cikgu2 lain pun byk gak buat pekara yg tidak wajar ttp tindakan dia tu ckup tut! nway azzu ckup cool hadapi kes tu. bagus sgt :)

Anonymous said...

pnh belajar dgn guru matematik yang xleh sebut 'Protractor'??


*sayang die sengau..*

*kami pakat nk tukar nama aritu sebagai Protractor*

Aku A-Z-Z-U said...

to hazreen:
hehe, nakal sikit je. berani lebih. :P

to tumpanglalu:
ya, puan razah mmg kurang ajar. aku cuma budak darjah lima yang katik pada masa tu. masa dia tampar, telinga aku berdesing. aku terkebil2 pandang dia. aku cakap dalam ati: "apa dosa aku?" ;'(

to manusia ganjil ikan yu:
tak pernah pula jumpe cikgu yang xdapat sebut perkataan2 ni, hehe. tp yang sengau ramai! kalau pakat tuka nama jadi Protractor, korang kene bawak MATH rock la jawabnye, hehe

Anonymous said...

sebut protractor dlm sengau

*dem..kene isi word verification lagi*

Anonymous said...

ala, jgn la jd malas sgt, taip word verification jer, bkan susah sgt pun...

Aziya said...

soo... tell me honestly... Azzu dah baca le kisah Cikgu Suraya tue ??? huhuhuhu

Aku A-Z-Z-U said...

to aziya:
honestly sebelum ni NO! huhu (rase mcm ketinggalan plak) :">. after u mentioned her name, i googled her. NOW i know! ;P

Lucy said...

cikgu main dengan pengetua