Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Thursday, November 29, 2007

Yeayyy!!!

Sudah dua minggu aku tak update blog. Bukan aku malas, tapi selepas aku ditempatkan di sebuah site project yang mem-block banyak situs-situs favourite aku (termasuk Blogger), aku dah macam patah kaki. Atau aku rasa lebih tepat, patah hati. Aku patah hati sebab bukan selalu aku ada semangat nak menulis macam 2-3 minggu kebelakangan ni. Bila tiba satu fasa malas tu, aku malasssssssss nak mampus! Tapi bila tengah rajin, rajinnnnnnnnn gila babso! Contohnya, ada sekali tu aku tersangatlah rajin nak mengemas rumah. Aku punya mood mengemas tu, kalah mana-mana pembantu rumah. Dari pagi ke malam aku still tak selesai. Dan akhirnya aku stop bila aku rasa memberus bilik air sampai dekat nak dua jam is considered melampaui batas kewarasan manusia. Hehe :D

Alkisahnya...aku berdukacita selama dua minggu ni. Tiap-tiap hari ada saja benda nak tulis, tapi bila nak login saja ke Blogger...damn, proxy sini block! Macam-macam helah aku cuba. Aku cuba URL Redirection, guna website anonymizer, aku try anonymous surfing....hah! Baru boleh! Terima kasih KPROXY! Sekarang aku dah boleh update blog balik, yeayyyy!!!!!

...
...
...
...
......
.........
Mmmmm......

Nak tulis apa ya?
Uhuuuu ;'(


Wednesday, November 14, 2007

Hari Ini

Hari ni aku masuk blog Cik Heartbeat dan membaca post beliau tentang fobia. Bukan semua orang ada masalah fobia. Bukan semua orang faham bagaimana rasanya takut sampai jantung berdebar-debar dengan laju, tapak tangan berpeluh-peluh, kaki terketar-ketar, kepala pening, perut memulas-mulas, tekak jadi meloya, macam-macam lagi lah! Bagi orang yang tak faham, mereka akan kata orang fobia ni mengada-ngada, acting lebih, nak attention...Well, kepala otak kau orang! Sehingga kau orang sendiri tahu dan merasa apa itu acute fear, kau orang tak layak nak memperkecil-kecilkan ketakutan orang lain!

FYI, aku cukup takutkan CICAK...ya, cicak! Binatang dengan badan lembik-lembik, dengan jari kaki bulat-bulat..err....wuyekkkk!!!! Sambil menaip ni pun aku dah menggeletar, meremang-remang bulu roma aku teringatkan cicak! Binatang ni aku anggap paling najis antara najis! Ketakutan aku terhadap cicak bermula pada zaman kanak-kanak lagi, bila pada suatu hari seekor cicak telah terjatuh dari siling rumah dan masuk ke dalam kolar baju aku dan menguit-nguit dalam baju yang aku tuck-in ke dalam seluar pada waktu itu. Huiiii! Arghhh...(menggeletar lagi)

Mempersembahkan kepada aku seekor cicak sebagai hadiah main-main is a BIG NO-NO, dan sudah pasti diterajang hebat oleh aku seperti mana yang telah aku lakukan pada member sekelas waktu Darjah 6 dulu. Kau bagi cacing pada aku, aku boleh tarik-tarik lagi cacing tu macam getah, tapi kalau kau tunjuk gambar cicak saja pada aku, aku dah boleh nak terkencing kat situ. Aku, Mahzura, yang terkenal sebagai "Si Singa" kat sekolah, takutkan a harmless cicak. Kelakar lah sangat pada kau orang ya, sampai selalu aku jumpa cicak mati dalam meja sekolah aku. Fuck!

Aku fikir, semakin aku meningkat dewasa, fobia aku terhadap cicak akan lupus. Tak ada maknanya! Aku yang cool ni still terjerit-jerit separuh histeris kalau ternampak cicak (hilang cool), atau menggeletar tak henti-henti, atau melakukan sesuatu yang drastik yang aku sendiri tak sangka-sangka. Dan salah satu akibat dari perbuatan drastik ni, aku nyaris kemalangan. Kisahnya begini. Aku sedang memandu di sebuah lebuhraya yang agak sesak. Aku pemandu yang cekap OK? Kadang-kadang menggila lajunya aku tekan pedal minyak sampai ke lantai. Kadang-kadang aku memandu gila santai kalah orang bercinta. Tapi hari tu aku bawa biasa-biasa saja. Sedang mata aku terpaku melihat jalan di hadapan, tiba-tiba aku ternampak seekor anak cicak terkapai-kapai terlekat di wiper! Tanpa sempat berfikir, aku swerved kereta ke bahu jalan sambil menjerit AAAAAAAAAAHHHHH!!!!!!! Di belakang aku sebuah treler membunyikan hon dengan kuat dan panjang PPPOOOOOOOOOOONNNNNNN!!!!! (gila, siap sound effect ni)

Kalau bahu jalan tu tak cukup besar, dah lama aku terhumban masuk parit, atau dah lama treler tu "sidai" aku dari belakang. Kereta aku dah berhenti tepi jalan, tapi aku still melolong-lolong dalam kereta sebab anak cicak tu masih di wiper. Sikitpun aku tak cuak nak dilanggar treler! Aku lagi takutkan anak cicak jahanam tu! BABI PUNYA CICAK!! (cicak babi?) Aku gagahkan memasang wiper untuk menghumban anak cicak ke tanah. Tapi anak cicak jatuh ke atas cermin tingkap pula! Aku terkejut beruk, menjerit, dan secara automatik melompat ke seat belakang. Tak ubah macam anak cicak tu jugak! Lama aku duduk di seat belakang. Mata aku tak lepas dari anak cicak, takut kalau-kalau dia terjumpa jalan masuk ke dalam kereta. Nasib baik anak cicak tu turun ke tanah. Aku start kereta balik, menekan pedal dan berharap aku dah lenyek anak cicak tu lumat-lumat! Sambil tekan pedal tu aku terbayang anak cicak kena squashed macam tomato ice-blended. Aku menggigil-gigil balik. Wuyeekkk!!! Geli siot.

Kisah aku dengan cicak masih sama sampai sekarang. Cuma aku perasan aku dah kurang takut berbanding dulu-dulu. Aku masih terjerit-jerit lagi (i can't help it), tapi at least aku tak buat perbuatan-perbuatan drastik lagi. Habis-habispun aku menjerit dari dalam toilet, berlari keluar macam pelesit sampai aku berdiri depan pintu masuk rumah aku dengan
keadaan sudah bertuala, sebab aku dah boleh kawal takut dan harus bertuala dulu sebelum keluar! HARUS!! Housemate aku tanya: "Cicak ya Zu?" (dah arif sangat dengan perangai aku). Aku angguk, aku cakap: "Ha'ah. Tolong aku Jue. Tolong halaukan". Dan Jue pon gelak sakan ketawakan aku. Seronok kau ya?

Semalam

Semalam ada senario menarik berlaku di sebuah kedai makan di Wisma Cosway. Aku selalu singgah di sana beli breakfast. Makanan sedap, harga pun murah! Jadi semalam seperti biasa aku singgah di kafe tersebut, aku cadang-cadang nak tapau kueytiaw goreng dengan sambal kering ikan bilis. Masa aku di kafe tu, aku ternampak 2 orang minah omputih ni. Seorang tinggi, seorang lagi gemuk ketot. Kedua-duanya dalam lingkungan umur lewat 30-an. Aku terdengar percakapan mereka...

Minah Omputih Tinggi: "Saya mahu kueytiaw ya? Makan sini!"

(Pergh...cakap melayu tu! Fluent lagi!)

Kakak Kafe di Rak Makanan: ..... (Terkebil-kebil sekejap)
Kakak Kafe di Rak Makanan: "Errr...kueytiaw ya? Banyak ni cukup?" (Sambil tunjuk pinggan)
Minah Omputih Tinggi: "Tambah lagi sikit!"
Kakak Kafe di Rak Makanan: "Ayam mahu tak?"
Minah Omputih Tinggi: "Mahu mahu, saya mahu ayam"
Kakak Kafe di Rak Makanan: "Telur?"
Minah Omputih Tinggi: "Telur pun mahu, kak!"

(Ecey..siap bahasakan 'kak' pula tu)

Kakak tu pun pergi ke dulang telur goreng mata. Sempat pula kakak tu berbisik pada aku yang berdiri di situ: "Pandai omputih ni cakap melayu, hik hik hik!" <-- Dengan muka excited. Aku sengih saja macam kerang.

Kakak Kafe di Rak Makanan: "Cili nak tak?"
Minah Omputih Tinggi: "Mahu cili juga, mahu"

(Suka benar minah omputih tu sebut "mahu" banyak-banyak kali, hehe)

Minah Omputih Tinggi Sambung Bercakap: "OK, cukup cukup"

Kemudian minah omputih ni bawa pinggan dia ke kaunter pembayaran. Yang si gemuk ketot ikut belakang dengan setianya. Di kaunter, makcik kaunter bertanya: "Nak minum apa?"

Minah Omputih Tinggi: "BEER?"

Dan aku bantai gelak tenguk air muka makcik kaunter yang priceless.

Tuesday, November 13, 2007

Senarai Yang Tak Akan Dilupakan

...iPod Shuffle, Gen2 Luna, Herman Saga, Dunhill Lite 14, Gerai Markas, Restoran Cabanna, Jazz Bass, NZ Curry House, Restoran Kunang-kunang, Carrot Susu, Air Tembikai, Nokia, Fender Telecaster, Laptop, eBook, Last-FM, Myspace, Blogspot, One Utama, Teh O Suam Nipis, Kasut Converse All-Stars, Restoran Mydina, Wangsa Maju, Uptown Danau Kota, Kopitiam White Coffee Ampang, Putra LRT, MRR2, The Curve, Yahoo Messenger, Rambut Panjang, Cie Mie Bie (CIMB) Bank, The Chenta's, Baju Belang B&W, Kelana Jaya, Cendol Wahab, Kg Baru, Bonuslink, Real Rewards, Hard Disk, Port Kubur, Kasut Vans, Sonar Cakewalk, Mozilla Firefox, Premelodic, Petronas Wangsa Melawati, Bundle Chowkit, Sogo, Redbox, Carl's Jr, Taman Melawati, Danga Bay, Wisma Genting, KLCC, P-Bass Squire, Kg Bahagia, Teluk Intan, Lrg Masjid, Segamat, Jementah, Titiwangsa, Eyes Of Malaysia, Tosei, Limau Ais, Sammy Markas, Apek Pandai Cakap Tamil Markas, Epal Asam Boi, Port Dickson, Tasik Metropolitan, Radio 1 Malar Segar, Red 104, KLIA, Genting Highland, Bukit Bintang, Cineleisure, Midvalley, Malam, Winamp, iTunes, Jaya Jusco Alpha Angle, Starbuck Menara Great Eastern, Roti Nan Ampang, Tesco Ampang, SCS Studio Pandan Indah, Nasi Lemak Pasar Datuk Keramat, Shah Alam, SACC Mall, Plaza Alam Sentral (PAS), Rumah Api Kota Melawati Selangor, Kuala Selangor, Jambu Air, Lekir, Manjung, BBQ, Steambot, Raya 2007, Masjid Sg Tunku, Ijok, MRAB, Kota Damansara, Pasar Malam Melawati, Zoo Negara, Taman Tasik Perdana, Layang-layang, Hujan, Senja, Keropok Lekor, Kepong, Dunkin' Donut, Lecka Lecka, Laundry Bar, Nescafe Tin, Maybank, Shell Wangsa Maju, Artport Shah Alam, Paul's Place, Putrajaya, Olympus E500, Apam Balik, Restoran Selero Nogori, Masak Lemak Daging, Friendster, Facebook, Laksa, Alor Star, Melaka, Indori, Bukit Permai, Ampang Point, Abang Polis, Cakoi Pasar Malam Simpang Chikus, Brisbane, Empangan Batu, Fete de la Musique, Little Havana, KL Plaza, Pavillion, Sungei Wang, Mapley Bukit Bintang, F.O.S KL Plaza, Yamaha KL Plaza, Jalan Lok Yew, Mark & Spencer, Gong Ci Fa Choi 2007, Bodyshop, Nivea For Men, DKNY Delicious, Three-Aganet, Seri Maya, Desa Putra, Cisco, Retro, Lomo, Folio, Nikon Coolpix, Toyota Alphard, Bentley Music, Kedai Woh Fat, Petaling Street, Hush Puppies, Topshop, Restoran Uncle Lim, Karipap IKEA, Pizza Hut, Wi-Fi, Mashed Potato, Sandwich Sardin....

Friday, November 09, 2007

Satu Kisah Dalam Dua Lagu

Tajuk post kali ni berkaitan dengan salah satu band kesukaan aku, Sigur Rós. Dan ini bukanlah post pertama yang memperkatakan tentang mereka. Kalau nak lihat post pertama klik sini. Sigur Rós mula diperkenalkan kepada aku oleh si dia (thanks Sayang ;*). Aku yang pada waktu itu tidak mengenali dan tidak pernah mendengar alunan muzik post-rock, ambient dan Icelandic (walau pada aku muzik Sigur Rós tidak cocok diklasifikasikan dengan apa-apa genre tertentu), telah diangkat, dihumban, dilayangkan ke langit, terbang tinggi dan tinggi, lalu mendarat perlahan-lahan jatuh ke bumi oleh muzik mereka. Sebuah orgasme muzik yang seringkali didatangi perasaan hiba yang menekan sanubari aku dengan kuat. Aku kaget dan macam orang bodoh untuk beberapa jam...

Ya, Sigur
Rós memberi definisi lain untuk cinta dalam bentuk muzik. Aku telah tergoda dengan Takk (2005). Aku rasa kesal sebab rasa macam terlewat mengenali mereka. Mulai dari situ aku mulai mendengar album-album mereka yang lain. Dari ulasan-ulasan yang aku baca, Sigur Rós mendapat tempat di hati pendengar hanya bermula album ke-2 mereka Ágætis Byrjun (1999) dan bukan pada album pertama iaitu Von (1997) yang khabarnya hanya terjual sebanyak 313 copy saja di Ireland. Tetapi, berbanding ramai orang, aku paling sukakan album Von. Album Von UNIK. Album Von INTENSE emosinya. Dan dari album tersebut, aku sukakan lagu "Sigur Rós" (Victory Rose) dan Dögun (Dawn) yang pada telinga dan imajinasi aku ini, menceritakan sebuah kisah yang telah digarap dalam dua buah lagu tersebut. Dan disini ingin aku larakan kisahnya......


(Alunan lagu
"Sigur Rós" berkumandang...)

"Malam yang sejuk, dan sepi...penuh dengan sejuta misteri. Langit gelap dan bulan penuh tergantung di langit jadi saksi. Pohon-pohon hijau tinggi-tinggi seperti makhluk jahat menyeliputi bumi. Mereka seakan-akan memandang dia dari atas, bersedia untuk menggenggam dia dan mencerai-ceraikan anggota badannya. Dia gadis manis yang kusut waktu itu. Dia berlari di celah pohon-pohon tinggi tersebut. Berlari bagai nak mati. Kakinya berdarah, terluka, terkoyak, tersiat...dia tak peduli! Nafasnya tersekat, terhenti-henti, tersedu-sedu. Airmatanya mengalir menahan sakit dan tangis takut dalam hati. Baju panjang labuh ungunya tercarik dari paha ke kaki. "Dia hampir! Dia SEMAKIN hampir! Lekas kaki bawa aku jauh!! Bawa aku pergi!", sebuah teriakan yang menggila di dalam benaknya. Jalan cuma diterangi cahaya bulan, cahaya yang pudar seperti perasaannya yang berkocak. "Tak jauh di depan aku selamat, tak jauh lagi! CEPAT!" dia berkira-kira dalam hati. Dan celaka pula atas langkahnya yang khianat, dia jatuh tersembam mencium tanah. Kepalanya terhantuk sudur pepohon. Merah darah deras membasahi ubun-ubun. "Aku akan mati! Ya, MATI!" dia histeris dan sangat pasti. Dan saat diangkatkan kepalanya, dia lihat LELAKI ITU di situ. Lelaki yang kotor umpama pengemis, dengan senyuman jahat di bibirnya dan gigi yang kekuningan. Lelaki itu menerkamnya, menarik rambutnya, menampar pipinya tanpa henti sehingga dia pening dan hampir pengsan. Menumbuknya, mencekiknya, mengoyakkan kain bajunya dan memasukkan perca-perca kain ke dalam mulutnya. Lelaki itu merogolnya...merogolnya dan merogolnya sambil terus mencekiknya. Terus-terus mencekiknya....Gelap malam saksi itu semua. Pohon-pohon saksi itu semua. Seluruh isi belukar sepi seketika melihat perilaku manusia yang buas dari mereka. Dia sudah tak bermaya. Tidak melawan, habis tenaga. Luka di seluruh tubuhnya menyatu dalam satu rasa azab dan siksa yang teramat di "bawah sana". Dia dibunuh dari "bawah sana". Dia hanya mampu menjerit tanpa suara di dalam hatinya, mulutnya penuh perca. Perca yang mengusap tenggoroknya. Pedih, sakit, azab, siksa, lemas, dia dilepaskan semula...Dia yang sudah terkujur bagai patung mengikut lelaki itu dengan renungannya. Renungan yang penuh rasa BENCI, BENCI, BENCI. Dan lelaki itu mengambil sebuah batang pohon besar di tepinya lalu menghentak muka gadis itu dengannya, menghentak perutnya, menghempas berkecai batang pohon tersebut ke pundaknya dengan sekuat hati dan tenaga jantannya. Dan menamatkan renungan yang menghantuinya. Gadis manis kini seperti getah lembik tanpa rupa.
Tubuhnya diheret ke tepi sungai kecil. Dibaringkan seperti orang yang sedang tidur, disilangkan tangan ke dadanya. Sebuah jasad tanpa nyawa......"


(...diikuti alunan Dögun...)

"Dia roh gadis yang terniaya, berdiri di situ menangisi dirinya. Melihat tubuhnya bermandi darah begitu memang cukup memilukan. Satu tubuh tanpa identiti yang mungkin tidak ingin diingati juga mungkin akan terus dilupai. Dia memandang dengan perasaan sedih dan hiba. "Siapa akan membela nasibku? Seorang wanita malang yang mati dihutan, dirogol, dibunuh tanpa belas kasihan oleh lelaki yang aku panggil bapa.....

Dan pada esok harinya hujan lebat, seakan menangisi pemergian gadis itu. Di tebing sungai penuh polis dan wartawan. Ketua Inspektor mengambil kenyataan. Di pekan kecil, kematian begini memang mengejutkan. Apatah lagi bila melihatkan dia di tepi sungai itu. Terbaring kaku, tangan ke dada, yang kelihatan seperti segumpalan objek merah, ungu dan biru saja...Hujan turun tanpa henti dari malam sehingga pagi. Hujan yang membasuhi gadis itu, umpama membasuhi segala kekotoran yang terjadi ke atas gadis itu. Mungkin kamu sahaja pembela dia wahai hujan!! Dan dari gerombolan manusia-manusia yang sibuk ingin tahu, lelaki itu ada berdiri di sana. Dia menyalakan api rokoknya dan terus berlalu...."


- Tamat Interpretasi -

Jadi sekarang aku rasa kau orang faham kan kenapa aku suka kedua-dua lagu tersebut? Lagu-lagu itu bercerita kepada aku. Dengan hanya memejamkan mata, aku nampak scenes di atas dan aku rasa dread with terror. Takut sehingga dada aku sakit. Hebat sungguh kesannya terhadap aku. Si dia sendiri hairan mengapa aku boleh menyukai album Von. Pada si dia, album Von bukanlah menampilkan Sigur
Rós yang sebenar. Sambil melawak si dia berkata: "Hanya orang gila je boleh dengar Von"



Tepat sekali Sayang. Hehe ;*

Wednesday, November 07, 2007

Teg-lah Aku!

Ini lah pertama kali aku di-teg oleh seseorang sepanjang aku ber-blog. Teg ni datang dari Cik Aziya Marcee ;) Terima kasih sebab ingat kat aku. Aku ingat aku ni tak meninggalkan sebarang kesan dan jejak dalam dunia "pem-blog-an" (ada ke perkataan ni?) ;P

Teg ni tentang "Apakah Screenshot Desktop PC Anda?", hehe. Dan inilah rupa desktop notebook aku. Dengan latar-belakang hitam (sebab hitam ni senang nak masuk dengan apa-apa wallpaper), di tengah-tengah ada collage gambar-gambar yang memenuhi memori aku dengan kegembiraan, kebahagiaan dan ketenangan, huhu

Bila aku kusut, kerja banyak, buntu, risau, marah, penat, haus, lapar, pening, sakit, sedih, aku cuma perlu klik butang Show Desktop dan tengok collage tu saja. CINTA. Itulah ubat segala ubat untuk aku.. :)

And owh ya, berbanding Cik Aziya, aku suka ikon selagi jumlah kesemuanya GENAP dan BOLEH DIBAHAGI kepada 2 BAHAGIAN, tanpa menempel di atas gambar wallpaper aku. Ikon-ikon ini pula MESTI disusun dalam posisi cermin, dengan seimbang tengah, tepi, kiri dan kanannya untuk mewujudkan perasaan aman dalam diri aku (freak!) haha.

Dan seterusnya aku teg siapa-siapa yang dah membaca post aku ni.
Silakan!



Tak mau sudah.

Tuesday, November 06, 2007

Pengalaman Dengan Guru

(Rujuk Tajuk Post) Jangan pula nak marah-marah kalau kau sampai ke post ini kerana fikirkan post ini tentang "pengalaman seks dengan guru"! Haha. Ini bukan cerita erotis. Bukan cerita seru. Padan muka, google-lah pelik-pelik lagi! Aku walaupun kadang-kadang melayari kisah-kisah seumpamanya, tapi tak sanggup rasanya aku nak menulis cerita-cerita pembuang masa tentang pengalaman 'bersama' guru yang mana aku lansung tak ada pengalamannya dan lansung tak ada hati nak berkarya tentangnya! Kalau berminat, teruskan membaca... (sila sila)

Ini himpunan kisah-kisah yang mana ideanya aku pinjam dari Hazreen Sang Kura-Kura di blog beliau (TERIMA KASIH!!) Ini adalah kisah guru-guru paling berkarakter (tetapi bukan semua KEREK) yang aku pernah jumpa sepanjang zaman persekolahan aku dulu. Bacalah, dan kalau aku kata zaman persekolahan aku agak sucks, tak menggembirakan, kau orang tak boleh salahkan aku bukan?


Zaman Sekolah Rendah

Puan Razah:
Guru Geografi ni terkenal garangnya. Badannya gemok pendek. Dia Cina masuk Islam sebab bersuamikan orang Melayu. Aku diberitahu tentang dia masa hari pertama di sekolah. Aku baru berpindah sekolah. Dari Kluang ke Pulau Pinang keluarga aku berpindah sebab ayah aku posting (ayah aku RAMD). Pada hari ke-2, Puan Razah masuk ke kelas dan mengedarkan nota fotokopi penanaman sawit (ke nanas?) di Johor. Dia bawa nota cukup-cukup untuk murid kelas 5A (dengan bilangan kelas asal MINUS aku). So aku sebagai murid yang duduk paling hujung tak dapat nota. Aku bangun lantas berjalan ke arah Puan Razah untuk memberitahu yang aku tiada nota (pada waktu itu budak di sebelah seat aku berbisik: Mahzura JANGAN!). Aku terus melangkah ke meja guru.

Aku: Cikgu, saya tak dapat nota.

Apa yang terjadi selepas itu betul-betul membingungkan aku. Puan Razah bangun dari mejanya dan menampar muka aku dengan kuat! Itulah pengalaman pertama aku kena tampar. Even ibubapa aku pun tak pernah tampar muka aku. Satu kelas sunyi sepi...

Puan Razah: Saya dah bagi nota cukup-cukup!! Mana pula ada yang tak dapat!!

Aku: Tapi cikgu, saya memang tak dapat!

Budak Lain: Cikgu, dia budak baru!

Puan Razah: DIAM!! Jangan menyampuk!

Puan Razah: Ambil ni! (hulur salinan nota milik dia ke tangan saya) Saya minta maaf. Pergi duduk!!

Puan Razah, sekiranya kau masih hidup pada tahun 2007 ini, atau mungkin beberapa tahun lagi pada masa akan datang, aku harap kau sedar tentang betapa buruknya perilaku kau sebagai seorang guru bila anak-anak kau pula yang ditampar guru-guru mereka... (AMINN..) :P


Zaman Sekolah Menengah

Puan Napsiah:
Guru Bahasa Malaysia (BM - zaman aku bukan dipanggil Bahasa Melayu) happy-go-lucky yang membuat aku semangat nak belajar BM walaupun ianya subjek membosankan. Puan Napsiah kelakar, tapi tegas. Dia bersifat revolutionary dan berpendapat belajar sambil mulut mengunyah makanan akan menajamkan fikiran. Maka kami dibenarkan makan sewaktu matapelajaran BM. Sambil menulis di papan hitam, dia mengunyah karipap. Aku pernah makan nasi lemak bungkus sewaktu kelas tatabahasa. Best kan? Walaupun keputusan BM aku tak sehebat English, aku berterima kasih sebab tak dapat 'cangkul'. Terima kasih Puan Napsiah! Ai lap yuh!

Puan Ng:
Puan Ng guru Lukisan & Pendidikan Seni. Sewaktu Tingkatan 3, subjek Agama Islam ni optional. Aku ambil Lukisan & Pendidikan Seni instead untuk SRP (Sijil Rendah Pelajaran. Sekarang ni PMR). Ramai pelajar-pelajar Cina di Kelas 3A1 cemburu dengan aku, sebab Puan Ng sayangkan aku. Dia kata lukisan aku unik, stroke dan idea aku original. Aku kreatif katanya. Ada sekali sewaktu ujian, Puan Ng datang dan berdiri di belakang aku yang sedang asyik melukis gambar fantasi. Tanpa aku duga, dia tarik rambut aku perlahan-lahan dan mengikatnya. Ya, cikgu aku mengikat rambut aku! "Mahzura, rambut panjang kena ikat. Nanti kena lukisan, comot". Aku memang berambut panjang (lepas bahu), tapi tak pernah mengikat rambut ke sekolah (dan dah banyak kali kena sound dengan pengawas). Lukisan fantasi aku dapat mata tertinggi, aku puas hati. Budak-budak Cina menyungut depan Puan Ng. "Lukisan childish begini dapat mata tinggi? Macam mana Puan Ng bagi mata?". Tapi Puan Ng defend aku, dia kata lukisan aku original dan dia suka. Sejurus Puan Ng keluar kelas, tiga orang rakan sekelas aku datang ke meja dan mengoyakkan lukisan tersebut. B-I-T-C-H!

Ms Sheila:
Ms Sheila aku rasa mungkin satu-satunya guru disiplin di Malaysia ni dengan masalah disiplinnya sendiri. Ms Sheila minum pada waktu rehat. Aku tahu, aku pernah nampak dia membawa botol arak keluar dari begnya, dan minum sorang-sorang di bilik guru. Cikgu disiplin yang alkoholik...how sad. Ms Sheila pernah kemalangan kerana DUI. Sewaktu sudah keluar hospital, Ms Sheila datang ke sekolah dengan leher berbalut neck support. Dengan neck support, dia tak mampu bercakap dengan betul. Perkataannya semua berbunyi penyek, tersekat, sengau. Dia menengking aku depan satu kelas sebab aku berkain baju kurung singkat dan berkasut Aliph ke sekolah (kamon la....aku ROCK ok?). Dia kata aku nampak macam budak duduk bawah jambatan. Hati aku panas dan tak mau kalah, aku mempersendakan dia dengan mengajuk suara dia yang penyek, tersekat, sengau tu. Aku expect kelas akan bingit dengan pecah derai tawa, tapi sebaliknya. Senyap macam bilik mayat. The next assembly aku kena public canning. #!%$@$#!@#*&@#!!#@ punya Ms Sheila!!

Ms Naidu:
Aku cintakan Matematik tetapi bukan gurunya. Ms Naidu cikgu Add Math yang bagus. Kalau mengajar memang tangkap ke otak. Ada metode yang tersendiri untuk buat anak murid dia faham. Tapi masyaAllah, kerja rumah macam babi banyaknya! Selalunya kalau ikut buku teks yang secara purata ada 7-8 soalan dalam 1 mukasurat, Ms Naidu akan menyuruh kami menyelesaikan 5 mukasurat penuh soalan untuk dihantar keesokkan harinya. Memang dia gila! Aku memang cintakan Matematik, tapi aku tak mau sampai ke jamban pun aku terpaksa bawa buku latihan! Dah lah aku ni terkenal dengan angin satu badan kalau tak dapat selesaikan soalan. Aku pernah tendang kipas meja disebabkan PENGKAMIRAN, huhu. Ada sekali aku tak dapat siapkan kesemua soalan yang diminta. The next day, bila melihat buku latihan aku separuh siap, Ms Naidu layangkan buku latihan aku keluar dari tingkat dua jatuh atas padang sekolah. Dia ingat buku aku boomerang?
Jahanam betullah.

PENGETUA:
Pengetua perempuan memang garang. Kau orang tengok saja lah kat mana-mana sekolah pun. Puan Hamidah (pengetua) adalah seorang lagi guru yang menyebabkan aku kena public canning waktu assembly. Tapi memang salah aku pun sebab aku ugut budak-budak Tingkatan 2 untuk duit sekolah (aku memang jahat macam setan sikit waktu Tingkatan 5, huhu). Puan Hamidah pernah menahan aku di koridor dan bertanya kenapa aku tak membutangkan baju kurung aku. Aku beritahu dia yang aku suka begitu, lagipun pengawas tak tegur pula. Kau orang boleh bayangkan muka dia waktu tu? Hitam macam siamang, terkejut sebab aku melawan dan menahan amarah sekali gamaknya. Hal kecik pun nak kecoh ar!! Akhir tahun dia tahan keputusan SPM aku sebab dia nak bersemuka. Dituduhnya aku curi buku library pula tu! Bila aku nak bayar duit ganti, baru lah dia lepaskan sijil keputusan SPM aku tu. Dia melihat keputusan aku sambil berkata: "Eh..bagus juga keputusan SPM kamu ni. Saya ingatkan kamu LINGKUP!". Huh! Anak kau yang lingkup SPM wahai Puan Pengetua! <-- dalam hati.

Itulah sedikit sebanyak memori zaman persekolahan aku dengan guru-guru istimewa ni. Kalau nak kira, actually banyak lagi...mostly melibatkan kes disiplin, haha ;"> Budak-budak zaman sekarang jauh lagi berani. Ugut-ugut guru, pecahkan cermin kereta guru, macam-macam lagi lah! Pesan akak (AKAK!!! *gasp*) pada adik-adik, jangan lah buat sesuatu yang bakal dikesali, sebab penyesalan is a waste of time. Walau guru kamu garang macam singa Afrika sekalipun, rileks saja, sebab "fasa persekolahan" tu sekejap. Pejam celik pejam celik, selesai. Tapi kalau guru kamu JAHAT, jangan teragak-agak untuk laporkan kepada pihak polis. ;)



Monday, November 05, 2007

Pesta Rumah Terbuka

Di mana ada semut, di situ ada gula. Haha. So faham-faham je la bila aku sebut tentang rumah terbuka ni kan? Makan free beb, siapa tak mau? Jadi, pada hari Sabtu lepas bersamaan 22 Syawal 1428 Hijrah (eceh, bulan Islam lagi - note: bulan ISLAM, bukan bulan MELAYU <-- orang-orang tua suka cakap gaya ni), aku dan tiga orang adik-adik aku bertandang ke rumah pakcik kami di Gombak selepas Zohor. Pakcik aku buat open house yang agak tertutup dengan mengkhaskannya kepada sanak-saudara saja. Datang open house dengan melihat muka-muka familiar memang menenangkan sebab aku ni seorang yang agak gementar. Bagi yang rasa agak-agak habis kenal aku tu, jangan lah tak percaya yang aku ni amat-amat pemalu alias penyegan orangnya (kalau orang utara, 'penyegan' ni sama erti dengan 'pemalas' atau lebih kasar 'baloq liat', tapi setahu aku, aku bukanlah orang utara :P). Lumrah orang senang gementar ni dua saja. Kalau tak terlebih mulut (sebab nak bagi hilang cuak) mesti tak ada mulut lansung!

Di rumah saudara, aku normal sikit. Tak lah tersipu-sipu sangat macam kambing. Aku dengan sabar bersalam-salaman sedangkan mata aku dah memandang ke meja. Nasi dagang, nasi impit, sate, kuah kacang, sambal ikan bilis, buah-buahan, nyam nyam! Dan tabiat aku yang agak tak senonoh tapi maybe kelakar (bagi sesetengah orang) ialah, sambil menjamu makanan mata aku masih memandang ke meja. Dalam hati aku berkira-kira, NEXT nak makan apa? Aku sedar dalam kepala-kepala kamu sekarang ada yang berkata: "Tak boleh buat menantu ni!". Well, aku tak kisah sebab masih ada yang sayang :| Haha *bangang*

Aku tak dapat singgah lama-lama, aku beritahu makcik aku. Aku dah janji nak ke open house kawan di Serdang. Dan sekejap kemudian bergerak lah kami ke Serdang pula. Jalan jam teruk di Lebuhraya Sungai Besi. Gila lah! Semua orang keluar nak pergi open house ke apa ni? Keluar dari Gombak pukul 3.30 petang, sampai rumah "Surie Serdang" pukul 6.15! Memang SADIS. Kematu bontot aku dibuatnya. Sampai-sampai, nasib baik makanan banyak lagi. Bwahahaha! Ada laksa, ada rojak pasembor, ada nasik lemak, ada mee kuah, oh, indahnya dunia aku rasa! Dan hati aku pun terubat. (melodramatik)

Di rumah Surie gementar aku datang balik. Surie perkenalkan geng-geng Persetankan, encik Ikmal dan Takki. Jadi aku mencecer non-stop macam murai tercabut bulu layaknya nak mengelak rasa awkward dan malu aku tu. Gementar-gementar pun jangan ingat aku melupakan nafsu serakah aku dalam bab makan-makan ni. Steady je aku tibai laksa, nasi lemak dan mee kuah. Sedap pulak mak you masak Surie!!

Esoknya, open house di rumah si dia pula. Dalam 9.00 malam aku dan adik-adik sampai ke umah si dia. Mak si dia menjemput aku masuk. Aku salam cium tangan, ambil berkat dari bakal ibuku (insyaAllah, aminn..) huhu ;"> Sejuk tangan mak si dia, sebagaimana sejuk hati aku melihat si dia berdiri depan pintu tersengih-sengih menyambut kami. Seorang-seorang adik si dia bersalaman dengan kami, dan entah kenapa pada waktu itu lansung tiada noise dalam kepala aku. Aku tenang seperti berada bersama mak ayah di kampung. Aku rasa gembira. Aku rasa ...BELONGED... *senyum* Dan tanpa segan-silu aku bedal sate dalam 10 cucuk (aku biasanya makan sate tak pernah lebih dari 5 sebab tak berapa gemar) dan aku makan soto 2 mangkuk sebumbung penuh. Aku terpaksa duduk tegak lepas tu untuk menyembunyikan lipatan perut. Hodoh bebenor wei!

Syawal tinggal dalam 4 hari lagi. So, siapa-siapa yang ada rasa nak buat open house tu, jangan la segan-segan nak jemput aku, sebab aku tak pulak segan nak datang!!

Friday, November 02, 2007

Trend Bercinta Paling Hangat! (NOT)

Haha, tajuk post ni tak boleh blah betul lah! Tapi aku peduli apa! Aku rasa mesti ramai yang dah perasan tentang trend ni. Sungguh Hairan Bin Haron trend-nya...Bermula kisah membuka tentang trend ni berlaku dalam beberapa minggu akhir bulan puasa (aku tahu, macam dah terlambat nak bercerita, orang dah nak krismas pun, haha). BTW, ini kisahnya.....

(Di suatu petang di OU)

OU as usual pada hujung minggu memang ramai orang. Lagi-lagi time nak berbuka dalam 2 jam lagi. OU yang sebegitu besar pun kadang-kadang boleh sesak dengan manusia. Orang bandar memang suka ke gedung-gedung agaknya. Aku walaupun tak berapa gemar pergi ke tempat-tempat sesak, tapi kalau bersama kekasih ke mana pun AMAN bagi aku! Pasar ikan pun ON je! Haha! Ada berani? (Siku-siku lutut si dia) :D

Apa-apa pun, pada waktu itu, aku dan si dia sudah siap duduk di sebuah meja di Burger King. Lagi 20 minit nak berbuka. Kami berbual-bual pasal music mostly, sambil tu mata kami melilau-lilau melihat gelagat orang lalu-lalang di hadapan Burger King. Amoi-amoi kurus cantik berseluar legging ber-blouse ketat, anak-anak kecil bermain polis sentri di tengah-tengah kesesakan dengan ibu mereka terpekik-pekik "JANGAN LARI!" (aku rasa dalam permainan tu, kanak-kanak tersebut membayangkan ibu mereka sebagai polis dan mereka sebagai pencuri, haha), couples jalan bergandingan, abang-abang berbual dengan tangan dalam poket....Lari cerita sikit: Mengikut psikologi, orang yang menyeluk poketnya ketika berbual tidak boleh dipercayai kerana mereka bersifat perahsia. Tapi pernahkah kita terfikir, apakah yang actually mereka lakukan dengan tangan di dalam poket tersebut? :P

OK, masuk cerita balik. Alkisahnya, sewaktu sedang mencuci mata aku bertanya kepada si dia..

Aku: Sayang, tengok couple tu (sambil curi-curi tunjuk dekat sepasang couple)
Si Dia: Hah. Kenapa dengan dia orang?
Aku: Dari haritu lagi B perasan and I don't understand. Kenapa perempuan suruh bf dia bawakan handbag? Ingat elok ke? Bf dia nampak stupid and hedious dengan handbag tersangkut kat bahu camtu! The gf is so MEAN to do that to their bf you know?!
Si Dia: Ha'ah lah B. Kat Curve haritu lagi ramai. Trend kot? (tergelak-gelak)
Aku: Sampailah hati gf dia suruh bf dia bawakan handbag camtu...Dah jadi macam badut bf dia tu. Bukannya berat pun handbag tu. Yang gf tu pun bukannya takde tangan! Ngengader! Macam memperlekeh-lekehkan bf dia je! Bangga lah tu ada bf yang sanggup pegang handbag dia orang!
Si Dia: Entahlah B...Nasib baik B tak suruh pegangkan handbag! (buat muka cheeky)
Aku: Isk. Takkan lah! Kalau beg yang rugged sikit, kalau nak suruh Sayang pegangkan sekejap tak apa la. Ini handbag metalik, bling-bling dengan batu-batu bagai! Ada keychain comel-comel lagi! Haish...

(Pada waktu itu lalu lagi 2-3 pasang couples dengan bfs with handbags)

Aku geleng kepala.

Nasihat aku untuk wanita-wanita, gadis-gadis, ibu-ibu, kakak-kakak dan adik-adik di luar sana..Sila HORMATI pasangan kamu!
Jangan manja tak bertempat! Ngengader! Naik lemak! Jangan sampai handbag pun nak suruh dipegangkan. Men look very very stupid with handbags, ENOUGH SAID.




p/s: Aku tak pernah tengok ayah aku membawa handbag mama aku even dia orang still berjalan pegang tangan sampai sekarang.

Thursday, November 01, 2007

Pizza Hut ke Piza Hak?

Pertama sekali, maaf jika post aku kali ni ada menyinggung hati siapa-siapa. Bukan tujuan nak mengata, tapi cuma bercerita tentang apa yang aku rasa. Look on the positive side, anggaplah post aku ni kelakar. BOLEH? BAIK! Mari kita mulakan! (Kenyit mata, buat muka kawaii)

...........

Saleem...dah lama lama aku tak dengar lagu Saleem. Eh, aku pernah layan Saleem ke selama ni? Terdengar saja, layan tak taw! Kau orang minat Saleem? Aku tak. Kadang-kadang eja nama Saleem pun silap. Sekejap Salim, kadang Saliem, pernah juga Saleim, tapi tak pernah lagi Saleym, haha (Apa aku mengarut ni?). Ejaan "Saleem" ni pun aku copy-paste dari Wikipedia. Tak percaya sudah, nama kau Bedah, (tut tut) kau sebelah! (Sengaja aku type "tut tut", sebab aku baru je sebut dalam post sebelum ni. Kang orang ingat aku suka tetek pulak. Eh, aku sebut lagi. Oh well, phbbtt.)

Ok, Ok, berbalik kepada Saleem. Aku tak minat Saleem sebab....
  • Tak hemsem. Muka Bangla (Bukan racist, cuma bukan taste aku)
  • Nyanyi tak sedap, serak-sengau (Dari telinga aku. Orang lain mungkin suka)
  • Aku tak gemar dengar lagu tangkap leleh yang dikategorikan rock (Wuyyek!)
  • Masalah disiplin (Tak perlu aku bentangkan)
Dari telinga yang dah lama tak dengar suara tu, malam tadi lagu-lagu beliau telah berkumandang, di mana? You guess it right, Pizza Hut cawangan Wangsa Maju. Aku yang bergandingan tangan dengan yang tersayang malam tu rasa best sebab nak dibelanja makan pizza. Muka aku tersengih habis cun, seronok lah katakan. Langkah-langkah je masuk Pizza Hut............

"..lambaian tanganmu...masih ku ingat selalu..." <-- copy-paste juga ni :|

Hok alah! Pasaraya The Store ke apa ni? Cari-cari tempat duduk, kami duduk, order makanan. Apa bang? Tak berapa faham! Abang Pizza Hut cakap melayu dengan pelat Terengganu pekak (baca: pekat). Selepas abang tu blah dari meja, aku berbisik pada tersayang:

Aku: "Sayang, tadi tu mesti abang yang pasang lagu ni, kan?"
Sayang: "Maybe kot. Hai..sia-sia Pizza Hut bayar MACP dengan PRISM"
Aku: "Entahnya. Lagu yang dipasang kadang-kadang boleh buat orang tak mau masuk sini taw Sayang. I'm not entertained at all"
Sayang: "Memang. Tengok je NZ tu, kalau dah lewat-lewat, tapi still ramai orang, apa dia orang buat B nak taw? Tutup ASTRO, pasang radio. Cara menghalau orang paling berkesan. Siapa nak lepak lama-lama? Sangap! Hehe"

Makanan sampai ke meja. Kami nak tambah order. Aku rasalah kan...abang yang ambil order ni pun kemungkinan besar sekampung dengan abang tadi. Yang ni even worst, dia cakap laju! Aku tak paham, tapi aku tak mahu kecilkan hati orang, aku sengih angguk-angguk. Nasib baik betul apa yang aku anggukkan.

(Lagu Saleem dah habis...suasana sunyi sekejap..)
Kami makan dengan tenang sambil berbual.

Kemudian....
(Ulangan lagu Saleem lagi)
Aku rasalah kan, dia orang ni pasang kaset lah. Aku pandang muka tersayang. Dia pandang muka aku.

Aku: "Ni bukan lagu mula-mula dengar tadi ke? Ni macam cue nak halau je ni"
Sayang: "Ha'ah la B, dia orang ulang ni. Bodoh lah"

Abang Pizza Hut datang hantar bil tanpa diminta ke meja kami. Sah kena halau. Sejurus keluar dari situ aku berkata dalam hati: "Selamak tingga Piza Hak, selamat datang Wangsa Maju". Dan sekelip mata seperti kebolehan Hiro Nakamura kami sampai ke Wangsa Maju dengan selamat!