Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers
Showing posts with label hope. Show all posts
Showing posts with label hope. Show all posts

Friday, December 02, 2011

Hujung 2011

Dah tiba hujung tahun semua pakat nak habiskan cuti tahunan, termasuklah aku. Tapi rasanya cuti tahunan tahun ni akan dihabiskan untuk menyetel beberapa perkara yang berkaitan dengan keluarga dan masa depan yang lebih selesa dan cerah, chewah. Nanti bila semuanya selesai, aku ceritalah ya?

Hopefully semuanya berjalan lancar dan seperti yang di-plan..almaklumlah, kita hanya boleh merancang, Allah yang menentukan....


Permudahkanlah urusan-urusan kami nanti ya Allah! 
Amin..... 


Mood: GEMENTAR

Friday, April 29, 2011

Technology Is Killing Childhood

Artikel kali ni sebenarnya bukan berkisar sepenuhnya pada tajuk di atas, tapi tajuk di atas adalah rentetan dari perkara-perkara yang disebutkan di bawah. Isu kanak-kanak obes dan juga isu nasi lemak. To tell you the truth, aku bukan peminat nasi lemak kecualilah kalau Mama aku yang masak. Walaupun begitu, aku ingin mempertahankan nasi lemak dalam artikel kali ni (chewah yo, yo on je).

Sebelum aku bermula, aku senaraikan dulu 15 jenis makanan yang diharamkan dijual di kantin sekolah seperti di bawah (gila skema ayat macam dalam tender proposal):

1. Burger - Setuju
2. Hotdog - Setuju
3. Nuget - Setuju
4. Mi Segera - Setuju
5. Gula-gula / Coklat - Tak Setuju
6. Konfeksi Ais - Tak Setuju
7. Aiskrim - Tak Setuju
8. Makanan Berjeruk - Setuju
9. Makanan Ringan - Setuju
10. Minuman Berkarbonat - Setuju
11. Teh - Setuju
12. Kopi - Setuju
13. Makanan dengan Pewarna serta Perisa Tiruan - Setuju
14. Makanan dengan Hadiah Permainan - Setuju
15. Makanan dan Minuman yang Melepasi Tarikh Luput & yang Melanggar Akta Peraturan Makanan 1985 - Setuju

Dari nombor 1 hingga 4 tu aku setuju sebab kesemua tu adalah jenis makanan siap diproses. Daging burger lembu contohnya, bukan sekadar daging cincang, tapi juga terdiri daripada urat, lidah, ekor, kulit-kulit lebihan sembelihan...ok stop, meloya pula aku. In short, makanan siap diproses tak jauh bezanya dengan makanan ringan...Rasa sedap, zat-nya ZERO.

Aku tak setuju pula dengan 5 hingga 7. Sebab pada aku gula-gula dan coklat tu meningkatkan kepekaan. Kalau tak, kenapa kalau mengantuk kita kulum gula-gula kan? Nak sebut tentang gigi rosak toksah bohong lah. Gigi rosak bukan disebabkan gula-gula atau coklat, tapi sebab tabiat penjagaan gigi yang buruk (sila rujuk "Charlie and The Chocolate Factory"). Floss-Brush-Rinse, ingat tu :) Dan aku tak setuju konfeksi ais serta aiskrim dimasukkan dalam senarai ni. Kemon la,
konfeksi ais dan aiskrim merupakan sebahagian dari zaman kanak-kanak yang indah! Melarang konfeksi ais dan aiskrim pada kanak-kanak adalah umpama mengambil sebahagian dari zaman kanak-kanak mereka. Gila kejam! (Emo pula)

Kakak-kakak nasi lemak boleh menarik nafas lega sebab nasi lemak tiada dalam senarai. Masa isu nasi lemak dipersalahkan sebagai pemangkin kegemukkan, aku jadi tertanya-tanya...kenapa nasi lemak? Nasi lemak ni dari zaman tok, nenek, moyang kita dah lama wujud di sekolah-sekolah, tapi zaman tu tak ada pula masalah budak gemuk-gemuk sampai tak nampak leher. Nasi lemak dulu sama je dengan nasi lemak sekarang. Tak ada bezanya. Ada ke korang jumpa nasi lemak tabur cheese (for example) kat mana-mana?

Dan dengan pertanyaan itulah, kita berbalik semula ke tajuk artikel ni. Isu TEKNOLOGI. Senaman kanak-kanak zaman sekarang ialah kebanyakkannya mengangkat jari atau tangan untuk men-throttle sebuah kereta yang dicuri dalam Grand Theft Auto, atau memicit kekunci handphone dalam permainan Java games, atau menekan keyboard komputer sewaktu ber-Facebook, dan memicit remote control bertukar-tukar siaran di Astro (yang selalunya terhenti di MTV dengan paparan perempuan kulit hitam terkinja-kinja berjoget)...

Inilah masalah anak-anak zaman sekarang. Terperuk duduk di satu tempat, berjam-jam kat situ sampai naik leper bontot dek terpegunnya dengan teknologi zaman sekarang. Playstation, Wii, XBox, dan paling baru - iPad....Makin lama duduk, makin kurang gerak. Makannya sama banyak, tak lebih dari kanak-kanak lain, jadi tak hairanlah kalau kanak-kanak jenis ni yang mengalami obes dulu. No wonder kanak-kanak dari golongan miskin kurus-kurus, bukan sebab tak cukup makan, tapi sebab mak-ayahnya tak mampu beli Playstation...haih! Tak bestnya zaman kanak-kanak sekarang. So NOT adventurous!

Aku rindu zaman kanak-kanak aku dulu. Tangkap berudu dekat longkang, main kombet-kombet, main rounders, main teng-teng, main galah panjang, main turun bukit pakai kotak, main lompat getah, main hujan, main polis sentri, main batu seremban...Kalau bersembang dengan Erik pula memang tak habis cerita zaman kanak-kanak ni. Erik dengan kisah konda-kondi nya, main tangkap spider-nya, main sorok-sorok kat hutan belakang umah Tok Wan, main baling selipar, main bergusti bergumpal, main body slide atas padang rumput lepas hujan, naik basikal ramai-ramai curi-curi keluar sebab nak mandi sungai, hahaha...Seronok gila! Lansung tak ingat benda lain. Kalau boleh, tak mau melekat kat rumah, nak maiiiinnnn je sampai kulit muka terbakar bawah matahari. Budak-budak sekarang mana ada macam ni, semua pucat lesi macam Edward Pattinson sebab terlalu domestik. Lagi satu, Erik kata budak-budak sekarang kecil-kecil dah stress. Main video game, kalah - STRESS. Main internet, broadband lembab - STRESS. Haha, ada gak betulnya tu!

Separuh dari kebahagiaan menjadi kanak-kanak hilang begitu sahaja dengan kemunculan teknologi. Kesian budak-budak zaman sekarang...Aku dengan Erik dah berjanji yang kami akan cuba sebaik mungkin untuk tidak membiarkan anak / anak-anak kami hanyut dengan teknologi. Teknologi ni kita tak dapat nak tolak, sebab dah memang ada sekeliling kita, tapi at the same time, peranan ibubapa juga penting dalam membentuk keluarga yang sihat.

Sesekali pergi jogging bersama ke, berenang ke, berkelah ke, berbasikal ke, hiking ke...kan? Seronok sebenarnya kongsi aktiviti sekeluarga ni. Pada ibubapa, aku nasihatkan, mulalah dari sekarang. InsyaAllah anak sihat, kita sihat, ada masa berkualiti bersama-sama, ikatan kekeluargaan pun semakin rapat. Nak tunggu sekolah gubal ko-kurikulum baru atau tambah aktiviti berkaitan penjagaan kesihatan memang berjanggut la, jadi marilah kita mulakan bersama-sama! :) (Macam iklan pesanan khidmat Kerajaan je)


Nak letak gambar budak Malaysia, takut ada yang kecil hati. Jadi aku letak gambar budak ni. Nama Lu Hao, umur 3 tahun, berat 60kg :/ Berasal dari Dashan yang aku pasti tiada nasi lemak. Tapi mak ayah dia beri dia makan sehingga 4 mangkuk nasi atas alasan TAKUT kat budak ni bila dia mengamuk lapar.
BODOH ke BODOH?



SEKIAN.


Thursday, November 05, 2009

Iceland! Oh! Iceland!...

Aku rasa tahap kegilaan aku terhadap sebuah negara yang dipanggil Iceland semakin menjadi-jadi dan tak terbendung lagi sejak awal tahun 2009 ni. Kalau sesetengah orang ada yang gilakan DSLR, tiap-tiap hari buka website tentang DSLR, baca review on model-model DSLR, cari tutorials, tips and tricks on using DSLR, macam-macam lagilah... Ada yang jenis sukakan perkara berkaitan hartanah, lepas tu tiap-tiap hari buka site jualan hartanah, websites pemaju hartanah (sebab nak tengok projek hartanah baru)...ermmm, actually aku rasa aku bercakap tentang diri sendiri sekarang ni, hahaha! ;P Apa-apa aja lah, tapi yang penting hari ni aku nak bercakap tentang Iceland. OHHHH!...


Tengok! Belum start cerita apa-apa lagi aku dah "OHHHH!". Melodramatik betul! ;D Sebenarnya kegilaan ni bermula dari video Sigur Ròs di atas, bertajuk Heima (yang bermaksud "Homeland"), yang disertakan bersama-sama album Hvarf/Heim (yang bermaksud "Hidden/Home") mereka. Bagi pencinta alam sekitar yang tidak mencintai Sigur Ròs, aku sarankan, tontonilah video ini. Dan kau orang akan dibawa terbang, terbang, terbang jauh dari Malaysia dan mendarat di sebuah syurga dunia bernama Iceland. Tak pasti bagaimana aku nak gambarkan keindahan Iceland dengan kata-kata, tapi cukuplah bila aku katakan yang kau orang akan terasa cukup dekat dengan Tuhan dengan melihat Iceland sahaja! Tengok sajalah gambar-gambar di bawah ni....*sighhhhhh...*

Sebuah flat mountain di kawasan Snæfellsnes (Utara Iceland)

Lonely Planet di puncak glasier Eyjafjallajökull (Selatan Iceland)

Keindahan cahaya Aurora kelihatan dari Reykjavík (Ibu negara Iceland)

Air terjun yang dikenali sebagai "Waterfall of the Gods" atau Goðafoss (Utara Iceland)

Pantai Austurfjörur dengan pasir basalt hitam di Stokksnes (Timur Iceland).
Di pantai ni banyak anjing laut! Best kan? ;)


Salah satu pantai terpencil berdekatan bandar perikanan Grindavík (Selatan Semenanjung Reykjanes, Iceland)

Kawasan lembah fjord yang indah, Veiðileysa. Ia tidak berpenghuni dan khabarnya akibat sumpahan "Kraka The Witch" (Westfjord, Iceland)

Sebuah penempatan yang kelihatan tenang dan aman di pulau Flatey (Barat, Iceland)

*** Photo credit to Enginn Engill for all the beautiful pictures!


Bermula dengan imej-imej bergerak dari sekeping CD bernama Heima, aku sekarang sejujurnya mengaku yang aku tak pernah henti-henti mencari maklumat tentang Iceland sejak dari itu. Kalau tak jenguk sehari di website, maknanya aku mungkin dah hilang ingatan hari tu. Siap makan tak lalu, tidur tak lena dibuatnya! Even kalau aku busy dengan tender sekalipun, mesti ada gak sekali (sekurang-kurangnya) aku tengok gambar Iceland ke, baca maklumat Wiki tentang Iceland ke, cari pakej pelancongan ke Iceland ke, salin resepi masakan tempatan orang-orang Iceland ke, belajar satu-dua bahasa Iceland ke....memang ada sajalah aktiviti berkaitan Iceland dalam rutin harian aku ni!

Inilah outline Iceland di atas muka dunia ;)

Tapi salah satu sebab yang buat aku SUMPAH sayang dengan Iceland ni ialah kerana birthmark suamiku yang tercinta (a.k.a Hezrik) sebiji-sebulat saling tak tumpah dengan outline Iceland kat atas ni! The birthmark is clearly visible on the middle of his chest, right on top of his beating heart....awwww...patutlah I'm like SO GAGA about Iceland! Kan? ;D Iceland rupanya represents my LIFE. And that is YOU, my dear Sayang ;*