Tuesday, May 15, 2012

Pregnant Kali Ke-2 :)

Selepas kelahiran Luna Seri Purnama, aku ada ambil pil perancang secara berjadual. Bila Luna dah masuk satu (1) tahun enam (6) bulan, aku stop. Tak pula aku sangka Allah nak bagi rezeki dua (2) bulan lepas tu. Alih-alih je test urine positive mengandung. Alhamdulillah... :)

Memandangkan aku kahwin lewat sebab lambat bertemu jodoh dengan Prince Charming aku yang seorang ni :D, jadi berita aku bakal mendapat anak kedua memang aku tak jangkakan lansung. Even waktu mengandungkan Luna dulu pun macam tak percaya je aku mengandung. Hehe..Dan disebabkan itu, untuk mengandung kali kedua ni aku kena take extra care tentang diri aku, especially bab-bab pemakanan.

Aku ni suka junk food. Kalau keropok tu, makan hari-hari pun tak apa. Penyedap tekak je, bukannya boleh kenyang pun kan? Supplement pula tak pernah ambil, lagi-lagi vitamin dalam bentuk pil. Anti betul aku bab nak telan-telan pil ni. So ni baru lah nak belajar makan-makan supplement nak paksa-paksa diri makan apa-apa pil yang patut.

Dok tak dok, dah 15 minggu aku pregnant. Ingat minggu depan nak buat proper checkup di Klinik Desa Hulu Kelang. Eventhough nanti mesti beratur panjang punya nak tunggu giliran, tapi aku puas hati dengan perkhidmatan Klinik Desa Kerajaan, especially yang Hulu Kelang ni sebab sangat efisyen, mesra dan menyeluruh. Sah-sah nanti kena ambil darah...aduiiii (takut jarum). Doakan segalanya OK untuk aku dan bakal baby! ;)



8 comments:

downrage said...

uihhh nak masuk nombor 2 dah. congrats babe!

Yumiko Yasuo said...

congrats kak jeyt !

Aku A-Z-Z-U said...

Min: tu la, dahhh nak masuk nombor dua :) macam tak percaya je lagi ni.

Ira: tenkiu! lepas ni turn Ira plak! hehe

Fadilah R. said...

jaga diri beb. =)

Aku A-Z-Z-U said...

thanks Fad :) u too <3

Aziya said...

congrats dear!!!

Hazairin said...

wowow.. hellow azzu,

tahniah eh untuk bakal anak kedua. hehe.. lambat baca post kali ni. dan nak komen. gak selalu baca je. ahah..

semoga sentiasa dalam lindungan Allah korang sekeluarga ya.

:)

-erin

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)