Gila lama tak update blog ni! Bukan sebab kemalasan yang menghalang, bukan juga kesempitan masa. In fact, aku di ofis cukup free untuk meng-update blog cuma masalahnya, banyak sangat mata-mata yang memandang. Aku tak sedap hati nak ber-blog dengan notebook aku terngadah mengadap orang-orang yang lalu-lalang di sebelah aku. Leceh betul la! Tapi disebabkan sekarang ni tengah waktu makan tengahari, dan orang pun semakin kurang, aku teruskan jugalah menulis, walaupun perut aku tengah gila lapar ni! ;(
Dua minggu lepas, aku pulang dari Melaka (cuti harijadi Yang Dipertuan Agong). Cuti-cuti bersama keluarga memang menyeronokkan. Sayang sekali sekejap sangat rasanya. Adik ipar aku, Puan Azury telahpun menulis tentang percutian kami di Melaka. Aku ingat nak tambah-tambah gambar sikit di sini :)
Sampai-sampai di Melaka, kami singgah makan di Indori (Indonesia Original). Gila sedap nasi padang kat sini!!! Ini kali ke-2 aku makan di Indori, sebelum tu pada tahun 2006 kalau tak silap aku. *adui..lapar tengok makanan*
Ini dish fave aku! Daging nipis berempah yang digoreng. Sedap dan krupkrapkrap macam keropok! ;P~~~
Maybe kau orang dah lihat condition rumah penginapan kami di page Azury. Memang seram dari luar! Hantu pun tak berani duduk! Keke. Tapi dalamannya agak OK *phew...*
Aku tak sangka Melaka cepat betul membangunnya. Last time tak ada Menara Taming Sari (lagi tinggi dari Eye Of Malaysia woo!) ni. Kesian mama aku tak dibenarkan naik menara tu oleh ayah. Ayah risau naik tinggi-tinggi, so, tak mau berenggang lansung dengan mama. Hoho ;P
Melaka sebelah malam penuh dengan warna. Jalanraya penuh sesak dengan manusia dan kenderaan. Tapi I really like the city, sebab everything is centralized. Nak makan senang, nak jalan-jalan senang, nak shopping senang! Hanya perlu santai berjalan kaki saja ;)
Sebelum kami menjejak bandar Melaka di sebelah malam tu, kami sekeluarga telah singgah makan seafood di persisiran Pantai Puteri. Enak-enak lauknya, dari jenahak masak stim, ikan bakar cecah asam, kailan ikan masin, tomyam campur dan telur dadar, kami makan menambah-nambah sampai aku terlupa nak tangkap gambar jenahak sikit punye besar ke tergolek dalam dulang stim tu, uhuhu.
OK, now aku sangat-sangat lapar!
p/s: teringin nak pergi Melaka lagi :)
6 comments:
1) ko bab makan laju je. sama seperti bertahun2 dahulu.
2) ko tak pergi jonker street ke? aku teringin okeh.
3) ko naik beca tak kat sana? gampang mahal okeh.
makan itu suatu nikmat hidup kiah, keke. sape2 yg tak suke makan mmg tak taw menikmati hidup! kan? kan? *kau pon bley tahan* ekeke ;P
aku xsempat pegi jonker street!! sedih juge la. mmg cadang nak pegi, tp tepakse balek awal, singgah umah atok aku kat N9.
aku xnaek. rm20 dowh. gile, baek aku naek menara taming sari tu je. tunjok mykad kene rm10 je!
Jenahak itu sungguh mengiurkan bunyinya...
Melaka mmg best!
akak, info la sket tmpt mkn tuu...nk try gakk...otel tu pun..apa nama...bape rege..next time bole saya plak pi situ...
adek x-kompurek..
to azury:
ye..jenahak itu mmg seksi! ekeke. adui lapa! *perot bunyi2*
to nurzi:
Indori tu kat area Bandar Hilir, kalau dr Dataran Pahlawan, jalan terus, jumpa bulatan kecil selepas Carrefour, ambil exit pukul 3. Jalan pelan2 terus ke depan, xjauh akan nampak kedai Indori sebelah kiri. Boleh nampak signboard dier, so jgn bawak laju2 sgt, ekeke.
Kalau nak stay, jgn la amek rumah penginapan kami tu. Buruk sgt rupenye dr luar, ekeke, walaupon satu malam cuma RM280 je. Kalau nak dok melaka, pilih yg dekat2 area Pantai Puteri sana. Lagi cantek. Kalau nak buat reservation, call Mr Pete (PAB Mgmt & Svc): 0126581259. This guy sgt friendly, and helpful :)
to nurzi:
egh silap2!, takde bulatan selepas carrefour, nampak cam bulatan, tp sebenarnye simpang. simpang tu nampak kompleks berpecah ke kiri dan kanan. amek yg sebelah kanan punye ye. pastu jalan trus je jumpe Indori belah kiri jugak.
Post a Comment