Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, June 25, 2008

Pijak Kami Lumat-Lumat

Hati aku pedih. Hati aku sakit. Rasa nak menangis, siapa yang dengar? Tiada siapa yang dengar rintihan hati orang-orang seperti aku. Orang-orang biasa dari kalangan pelbagai rakyat majmuk Malaysia. Dah lama aku tak menulis dengan emosi apatah lagi emosi berkaitan isu-isu semasa, berkaitan politik. Adakah nasib rakyat Malaysia seperti aku dan engkau, engkau, engkau yang sedang membaca post ini akan doomed? Yang hidup sederhana menjadi susah, dan yang hidup susah semakin susah?

Mata aku berair membaca tentang keputusan PDAM (Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia) yang telah membatalkan semua urusan pembelian minyak melalui kad kredit. Kata mereka jualan minyak melalui transaksi kad kredit tak menguntungkan. Kata mereka bank mengenakan caj yang mahal terhadap pengusaha minyak. Kalau tak untung, kalau caj mahal, apakah makna memperkenalkan kad-kad kredit Shell dan Petronas baru-baru ini oleh sesetengah bank? Apakah makna disebalik anjuran peraduan-peraduan dengan kad kredit stesen minyak oleh sesetengah stesen minyak? Kalau tak untung, takkanlah hadiahnya sebiji kereta secara bulanan.

Jangan diberi alasan harga minyak baru memotong sebahagian besar keuntungan PDAM, kerana kalau sebahagian besar yang dipotong, masih ada sebahagian kecil lagi keuntungannya bukan? Untung tetap untung, cuma banyak atau sikit sahaja! Kalau tak untung lansung, dah lama stesen minyak B-U-N-G-K-U-S. Sementara kami, apa yang kami dapat? Yang paling teruk dibebani harga minyak baru ialah kami! Kami, orang-orang yang lansung tiada mendapat keuntungan dari harga minyak baru, kami, orang-orang yang selama ini sebenarnya MENYARA pembangunan PDAM itu sendiri, atau apa PDAM lupa?

Cukup-cukup lah memberi idea-idea bodoh PDAM. Dulu kata nak pendekkan waktu operasi stesen minyak, tak boleh berlanjutan sampai malam. Siap nak minta kesemua stesen minyak di lebuhraya berbuat perkara yang sama! Ceteknya pemikiran ahli-ahli PDAM ni. Cetek, cetek, cetek! Dan nah sekarang, menghentikan penggunaan kad kredit pula. Terlampau cetek! Bukan semua mampu bayar cash untuk setangki penuh. Setangki penuh kereta aku sekarang berkos RM100 dan hanya tahan untuk seminggu. Dan kesimpulannya RM400 sebulan... *sigh

Buat waktu ini, aku tiada wang, gaji belum masuk, dan kad kredit pula nampaknya tidak diterima di stesen minyak. Adakah patut aku bercuti dari bekerja? Kalau tak kerja potong gaji, kalau potong gaji, bulan depan aku akan bercuti dalam jumlah hari 2 kali ganda pula berbanding bulan ini, tak begitu? Ini semua pentaakulan logik berdasarkan kitaran bulanan dengan kadar eksponensyel yang menurun dan menurun. Senarionya di sini, sedang ekonomi negara menghampiri inflasi, bank mengenakan caj pada PDAM. Bila PDAM tertekan dengan keuntungan yang sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya, mereka menekan pengguna. Dan kita ini yang sendirinya merupakan jalan mati bagi pihak-pihak terlibat di atas (PDAM dan bank) hanya mampu diam bila ditekan lagi dan lagi sehingga mungkin suatu hari nanti kita akan break kerana tak mampu melentur lagi. Tiada lagi cara hidup kita yang dapat kita ubah. Kita hanya crushed maggots underneath their feet.

Kerajaan, do something! Kami tak mahu lagi bekerja bersama Kamu (Kerajaan) pada waktu ini. Slogan tu TAK BOLEH PAKAI. Sudah tiba masanya Kamu bekerja demi kami. Kami yang menggerakkan ekonomi Malaysia ini. Kami yang merupakan objektif Kamu sehingga Kamu berada di mana Kamu berada sekarang.

6 comments:

Rmywvs said...

kata mama semalam boleh aje isi pakai c.card sebab kerajaan dah naikkan komisen kan?

Aku A-Z-Z-U said...

ha'ah! yeaaaa!!!
xsampai sehari berkuatkuasa,
kerajaan tak tahan, sbb dowang lg ramai pakai kedit kad beli minyak, kekek

tumpanglalu said...

400 sebulan tu kan best kalu ble dpt dibelanjakan utk perut dan kepuasan diri mkn segala jnis aneka makanan kan!

Aku A-Z-Z-U said...

tumpanglalu, dgn 400 sebulan, aku mampu menyewa sebijik condo sederhana mewah di puchong, atau membeli kasut converse dan adidas sepasang satu, atau membelanja family aku makan sedap2 di restoran coca steambot, atau aku mampu bayar utk kelas aerobik di gym true fitness...haih!

Azury said...

same goes to me.. minyak RM100 tahan seminggu je, tension. memang rasa sangat2 tertindas. kerja macam nak mampos tapi makin lama makin miskin. orang2 di atas sana jugak yang makin kaya!

Aku A-Z-Z-U said...

to azury:
tu la.. :( kalau kat negara lain, minyak naik, at least gaji dorang besor. gaji minimum pon lagi tinggi dr gaji manager2 kat malaysia ni. haih. kazu pun dah tak taw camne lagi nak ubah cara idup ni :(