Bukan...bukan, aku bukan nak menulis tentang agama, tentang "ingat lima perkara, sebelum lima perkara..." tu (rujuk tajuk post). Hehe. Honestly, aku tak cukup arif untuk sentuh bab-bab agama ni. Yang sebetulnya, aku mahu menulis tentang "Lima Perkara Yang Menggembirakan Aku". Yup, aku telah di-teg lagi. Kali ini oleh Hazreen. Thanks banyak-banyak, sebab aku memang suka di-teg! ;D
OK lah, inilah senarai tentang "Lima Perkara Yang Menggembirakan Aku"!
1) Cinta Hati:
Hezrik! Itulah cinta hati aku. Dah banyak kali sangat sebelum ni aku bercinta tapi kesemuanya gagal. Mungkin sebab belum berjumpa soulmate aku lagi, sehinggalah sekarang. Sehinggalah aku bertemu Hezrik...Aku sebenarnya agak malu nak tulis perasaan aku tentang dia di sini, di mana beribu-ribu mata boleh membaca jiwa aku. Aku rasa sangat-sangat vulnerable ;"> Cukuplah kalau aku katakan, dia lah sahabat, dia lah teman, dia lah kekasih, dia lah penasihat...dia lah nyawa aku. Aku sangat-sangat bertuah memiliki dia, dan aku harap dia juga rasa bertuah memiliki aku. Love you Sayang ;*
2) Keluarga:
Mak, ayah dan adik-adik...Aku ada keluarga yang penuh dengan kasih sayang, saling memahami, bertolak-ansur dan fun! Mak ayah aku still very lovey-dovey. Adik-adik aku best sangat, dari yang dah kahwin ada anak sehinggalah yang bujang-bujang dan masih belajar tu, semuanya tak pernah berubah pun perangai diorang dari kecil. Kalau semua pakat balik kampung, riuh-rendah rumah kami, dengan perangai diorang yang gila-gila, campur dengan anak-anak saudara aku yang comel-comel tu...Ahhh, inilah kebahagian!
3) Makanan:
Tak kisah lah perut aku kosong, atau kenyang, aku mesti makan walaupun sedikit. Aku hanya tak makan bila tiada duit atau bila perut aku tak selesa. Aku gila makan! Pernah sekali aku dengan bekas rakan-rakan sekerja dibelanja makan oleh salah seorang Pengarah syarikat kami. Waktu tu, semua orang dah berhenti makan. Kecuali aku. Aku masih menyuap nasi, menyenduk lauk, sangat-sangat oblivious dengan orang lain yang tersenyum-senyum tengok aku melantak. Sehinggalah aku ditegur isteri Pengarah tu (yang agak berumur): "Makan nak, makan. Suka makcik tengok. Orang yang tak malu dengan rezeki, rezeki pun tak akan malu dengan dia!". Itulah kata-kata peransang paling bernas aku pernah dengar, and of course, aku teruskan menyuap :P
4) Muzik:
Ini makanan bagi halwa telinga aku. Aku tak dapat hidup dengan muzik. Aku akan berasa tenang, santai, cukup-cukup bahagia serta lupa dengan bau peluh seakan-akan bangkai dalam LRT yang penuh sesak, lupa dengan kaki aku yang sakit sebab berjalan ke/dari pejabat aku yang agak jauh dari/ke stesen LRT, lupa dengan bahu yang lenguh membawa bag laptop aku yang berat macam gerobok dapur, lupa dengan sakit pinggang akibat menstrual. Orang akan nampak aku yang tersenyum, aku yang sesekali pandang ke langit seolah-olah berkata: "Oh, such glorious day!". Melodramatik sungguh! Tapi memang itulah kesan muzik terhadap aku. Kecualilah kalau aku sedang mendengar muzik sakit (contoh: Gloomy Sunday - Billie Holiday, bukan Björk ), yang membuatkan aku kelihatan sad and sombre, tapi still amat-amat bahagia menikmatinya (faham?)
5) Main Air:
Aku suka main air. Haha :D Jangan fikir melencong plak! Aku ni sebenarnya kadang-kadang kalah budak-budak kalau jumpa laut, atau jeram, atau sungai, atau kolam renang, atau bilik air sekalipun! Berjam-jam aku berendam main air. Lantak la kulit terbakar ke, menggigil sejuk ke, kulit sampai wrinkled sebab berendam lama sangat ke, aku tak peduli lansung. Mak aku sampai fed-up mengajak aku yang tengah mandi laut suruh naik ke darat. Aku naik pun sebab nak makan je. Haha, wajib lah pun kan? Makanan tu kan point nombor 3? :P Kalau hari pertama menjejak kaki ke hotel, semua nak bantai tidur, tapi aku berendam dalam bathtub. Tertidur dalam bathtub pon pernah! Gila best, OK? Main air ialah sejenis terapi bagi aku. Rasa sungguh tenang dan bahagia bila bermain air... :)
Apa pula lima perkara yang membahagiakan kau orang? Aku teg kau, kau dan kau yang telah membaca post ni. Silakan!
3 comments:
aisey... i love u too!
heheh
love you! ;')
*hugs*
Post a Comment