Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Thursday, December 06, 2007

Malam Terpejam Mata Merajuk...

Malam tadi aku tak dapat tidur. Meggelisai serba tak kena. Yang betulnya aku kurang sehat. Kepala pening melayang-layang. Tekak pedih macam terluka. Aku dah tutup lampu. Aku terkebil-kebil pandang gelap. Dalam hitam pekat tu, aku nampak tuala yang tersidai tepi almari dah macam makhluk tinggi berjubah panjang. Entah kenapa aku asyik seram sejuk dua tiga minggu ni dengan bayang-bayang dalam bilik aku. Ingat nak tidur buka lampu, tapi pagi esok mesti aku sakit-sakit badan dan keletihan. Aku pejam mata rapat-rapat. Haih....Tak ada mood lansung nak lelap! Aku tengok keliling bilik lagi. Di luar angin bertiup agak kencang, bersiul kuat luar jendela. Bulu tengkok aku meremang tiba-tiba. AH SUDAH! Kenapa macam ni? Dulu-dulu aku lah paling berani. Pengalaman berjumpa makhluk halus bukan sekali dua. Kenapa ni? Kenapa aku takut?

Menghilangkan takut aku menyanyi-nyanyi kecil. Bodoh betul, bukannya nak baca-baca ayat time tu, heheh :"> Aku nyanyi lagu Carpenter. Aku nyanyi lagu Feist. Aku nyanyi lagu Knives Out - Radiohead. Kenapalah aku pilih Knives Out? Aku jadi makin seram sejuk. Kepala aku masih pusing. Tekak aku masih pedih. Aku rasa dah macam orang stone. Tiba-tiba rasa nak karang sajak, nanti nak SMS kepada Si Dia ;) Jadi akupun mengarang......

bila mata merajuk tak terpejam,
hati berkata jiwa bersuara,
rindu menggempur cinta menggoncang,
diaduk terpa amukan rasa.....

wahai sang malam permaidani langit!
hampar laluan ke sisi cinta,
tabur cempaka purnama seri,
mewangi gaul nikmat bersua,
menyisip episod di kalbu mimpi.....

pejamlah lekas terbang semangat,
suntuk mendekat jenguk di ceruk,
bantal dan tilam berkongsi tidak,
mabuk bercumbu di alam lena.....

...dan aku tidak lagi takut selesai aku SMS sajak tu, tidak lagi terkebil-kebil kerana mata aku sudah cukup-cukup berat, dan aku terlena selang beberapa minit... (-_-)ZzZzZz....


p/s: aku akan tomoi siapa-siapa yang kata aku jiwang :|

16 comments:

hafez said...

uihh.. tomoiii..

Aziya said...

Alah.. ngaku jelah Mahzura. Anda memang jiwang... orang jiwang nie penuh ekspresi kesenian... bukan macam aku... tak suka buat "bunga-bunga" lebih dalam sentence....

Nanti ko dah kahwin... takde masanye nak berjiwang-jiwang... terus "romen". Muhahahahha.....

tumpanglalu said...

dia x jiwang la sbb dia tau tomoi. tomoi versi foreplay kot haha then lajak truih romen mcm aziya kata hahaaaa

WNRD said...

jiwang itu bagus untuk kesihatan!

bali said...

woh2 jiwang giler ko ni.

the artist and i said...

hahahaah.

tomoi jgn tak tomoi

Ikmal Ibrahim said...

ko jiwang...silekan menomoi aku...hahaha...gelak kuat-kuat!!!

Aku A-Z-Z-U said...

to hafez:
amacam? ada brani? :P

to aziya:
romen2 itu sebagian dr kejiwangan juge, hak hak :D
kalau tak caya, kau try test tgk, pastu bitaw aku egh? gagaga :P
and ya, mungkin aku jiwang, tapi jiwang aku artistik *puji diri sendri, memang sah tak malu*
haha :P

to tumpanglalu:
tomoi jiwang tu panjang mukadimahnye encik tumpanglalu :|
hehe

to wani ardy:
ya! tp jgn overdose! kang leleh je kejenye :D

to bali:
eleh, jgn byk cakap. jiwang2 aku tak dapat menandingi jiwang kau tu bali. bwekk :P

to cik heartbeat:
esok2 la tomoi dorang ni. arini kejang otot paha, teehee :">

to ikmal:
cis! jangan nanti kau menyesal jebat!

Anonymous said...

jiwang itu adalah sebahagian dari kebahagian hidup... ;)

Aku A-Z-Z-U said...

to erik:
ye.. ;)
kite bahagie sbb kite jiwang (dalaman) kan? mwa :*
hehe

Aziya said...

Masalahnye.. aku tak jiwang Che' Mahzura... tiada pulak pasangan sejiwa.. chewah !

Anda kan jiwang.. sudah berpunya plak tue... Anda pegi test power lah dengan sie Dia ... muahahahahahaha !!!!

Aku A-Z-Z-U said...

to aziya:
bley tahan nakal kau ni!

*tepok ponggong aziya kwat2*

Jsmn said...

lu jiwang.

hahhhahahhahahaha

Aku A-Z-Z-U said...

to jasmine:
oke la, oke la, aku ngaku aku jiwang!
hakhak :D dengan min ni aku xdpt nak menang, sbb min bukan gadis jiwang. die sunggoh brutal dan aku tak berani! :P

Ikmal Ibrahim said...

azzu, aku nak amik sajak ko wat lagu bleh?? blehla...bleh ek??

Aku A-Z-Z-U said...

to ikmal:
maaf ikmal! xdapek nak kasik, sebabnye, aku mmg dah buat lagu dr sajak ni. lagipon sajak ni agak personal, it's special dan ade nilai2 sentimental utk aku huhu ;">

tp kalau kau nak aku buatkan lirik utk lagu kau, kau cakap je. aku on ;)