Wednesday, December 12, 2007

Alkisahnya Kompas Emas

Siapa dah tonton filem The Golden Compass (satu bahagian dari trilogi Philip Pullman: His Dark Materials) angkat tangan! Heheh. So apa pendapat kau orang tentang cerita tu? Menarik? Sangap? Slow? Seksi? :D Aku ni memang penggila filem-filem fantasi. Lagi-lagi kalau filem fantasi yang ada kisah perang-perang, ada unicorn, ada gergasi-gergasi, ada puteri-puteri, ada putera-putera, ada ahli sihir! Uuuuuu best nya! Kalau ada yang rasa-rasa terserempak aku di panggung wayang, di kerusi baris tiga atau empat dari hadapan (aku memang suka tengok dekat-dekat, baru rasa kesan khas filem), dengan muka penuh asyik, mata bulat melihat skrin, tangan memegang tengkuk/telinga/dada (tanda-tanda aku cemas)...SILA JANGAN GANGGU AKU ya? :D Walaupun begitu, MEMBACA kisah-kisah fantasi bukanlah kegemaran aku. Aku cepat bosan. Kalau bab membaca ni, aku lebih suka kisah bunuh-bunuh (whodunnit punya style), kisah hantu/seram/ganas, kisah pengembaraan....Memang taste kanak-kanak betullah aku ni, haha :">

[Lari Tajuk Sekejap...]
Main game pun begitu, aku kurang suka game sci-fi, fantasi...(actually aku pun bukan jenis main game sangat), tapi di bawah ni ada beberapa games yang meninggalkan nostalgia pada aku:

  • Hugo 1-3 (DOS game pertama aku)
  • The Neverhood (game animasi tanah liat, gila stylo)
  • Monkey Island Series (game ni best nak mampus OK!)
  • Full Throttle (game pengembaraan seorang biker yang cool)
  • The Day of The Tentacle (OK, yang ni agak kanak-kanak, tapi aku suka) :">
Boleh kata kebanyakkan game dari LucasArt. Kenapa lah game macam ni dah tak banyak sekarang.. *sigh* ;'(
[/Lari Tajuk Sekejap...]

Hehe (entah apa-apa) :P OK, berbalik kepada filem The Goldan Compass ni, aku bukannya nak review filem macam post aku sebelum-sebelum-sebelum ni. Cuma bagi yang dah menyaksikan filem tersebut, mesti kau orang sedar tentang kewujudan "Dæmon" yang merupakan representasi personaliti individu dalam bentuk haiwan/binatang. Soalan aku di sini cuma...kalau kau orang ada "Dæmon" ni, apakah "Dæmon" kau orang?

Aku rasa aku singa! Singa jantan! Sebab singa ni agak pemalas, suka tidur sampai tengahari, kuat makan, suka berfoya-foya, tapi berani! Haha :D macam nak sesuai je dengan aku kan? :P Kau orang pula apa...?

p/s: ini soalan main-main saja, jangan fikir aku dah lari aqidah. sekian, terima kasih.

5 comments:

hei sunday said...

Dæmon sy adalah seekor pepatung berwarna ungu campuran hitam, tetapi boleh bertukar menjadi seekor naga besar yg buas dan ganas diwaktu kecemasan...

xpun... babi terbang... haiwan mitos sy. ;)

*heartbeat* said...

babi terbang?

hahahhaha

Wani Ardy said...

cik azzu takde lagu baru ke? entry dulu-dulu kadang-kadang ada lagu buatan sendiri. hehehe saya suka dengar ;D

emphbone said...

bukan boleh check ke daemon kita kat website Golden compass? saya golden monkey..

Azzu said...

to hei sunday:
pepatung i loike. ade sumting mistikal abt pepatung ;)

to heartbeat:
bayangkan macam mana kita nak mengelak dr seekor babi terbang...nightmare!

to wani ardy:
lagu2 ade..tp sayangnye, masa nak merekodnye takde :( insyaAllah kalau ade sy uploadkan. timekasey budak cantek! hehe

to emphbone:
sy xdpt nak check sbb berada "dibelakang" proxy...tp sy pasti sy singa! :D golden monkey macam nicole kidman la egh, fuyo, hehe