Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, July 19, 2006

Balik Ke Teluk Intan...

Sengaja aku menulis dalam Bahasa Melayu untuk post yg ini...Mana tau kot-kot Mama aku buka blog aku pada suatu hari nanti dan baca post aku yang ini :) Hehe. Baru-baru ni aku balik kampung aku di Teluk Intan. Pekan yang kecil tapi 'hidup'. Walau berapa banyak kota dan pantai yang aku jejak selama ni, hati aku tetap di Teluk Intan, mungkin sebab di situ ada manusia-manusia yang aku cinta separuh nyawa. Di situ ada kenangan-kenangan indah yang aku mau lalui secara berulang-ulang andai aku mampu membelinya dengan wang ringgit ;)

Tujuan aku balik kampung ialah kerana nak menyambut hari ulangtahun Mama aku yang ke-54 pada 16 Julai. Aku bertolak dalam 11pagi dari KL (15 Julai 2006) bersama-sama Husnie yang kebetulan nak berjumpa dengan kawannya di Teluk Intan. Sampai di rumah, aku bersalam, peluk dan cium kedua-dua orang tua aku. Rindunya! Nak balik selalu, kerja menimbun di pejabat. Bila ada masa dan wang, barulah merasa nak balik kampung walaupun Teluk Intan bukannya jauh dari KL...cuma 2 jam sahaja *kalau aku tekan minyak* hehe.

Mama dah tau aku nak balik, so dia masak Laksa, sebab dia tau aku ni Hantu Laksa! Terimakasih Mama! ;* Ulangtahun Mama aku tahun ni tak dapat aku nak berikan apa-apa sebab kewangan tak mengizinkan, tapi Mama aku tak kisah. Mama aku kata, dah balik tunjuk muka pun dia dah cukup happy...*sob sob* Azzu janji nanti kalau dapat duit bonus Azzu bawa Mama dengan Ayah jalan-jalan naik Cruise Putrajaya OK? *peluk peluk*

Untuk Puan Hasmah Bt Abdul Aziz: Azzu nak ucapkan selamat ulangtahun yang ke-54, moga Allah sihatkan tubuh badan Mama, kabulkan permintaan-permintaan dan doa-doa Mama, dan semoga Mama sentiasa happy dan ceria dengan Ayah...ehem ehem ;p

U're the BESTEST Mama a daughter can have!! Love U Mucho!

2 comments:

Postnatalcareset said...

yeah.. aku juga rindu keluarga aku. hehe. seperti masakan mak aku yg marbeles. whahah.

Aku A-Z-Z-U said...

yer, masakan mak mana yg tak sedap lam dunie ni kan? ;)