Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Thursday, November 05, 2009

Iceland! Oh! Iceland!...

Aku rasa tahap kegilaan aku terhadap sebuah negara yang dipanggil Iceland semakin menjadi-jadi dan tak terbendung lagi sejak awal tahun 2009 ni. Kalau sesetengah orang ada yang gilakan DSLR, tiap-tiap hari buka website tentang DSLR, baca review on model-model DSLR, cari tutorials, tips and tricks on using DSLR, macam-macam lagilah... Ada yang jenis sukakan perkara berkaitan hartanah, lepas tu tiap-tiap hari buka site jualan hartanah, websites pemaju hartanah (sebab nak tengok projek hartanah baru)...ermmm, actually aku rasa aku bercakap tentang diri sendiri sekarang ni, hahaha! ;P Apa-apa aja lah, tapi yang penting hari ni aku nak bercakap tentang Iceland. OHHHH!...


Tengok! Belum start cerita apa-apa lagi aku dah "OHHHH!". Melodramatik betul! ;D Sebenarnya kegilaan ni bermula dari video Sigur Ròs di atas, bertajuk Heima (yang bermaksud "Homeland"), yang disertakan bersama-sama album Hvarf/Heim (yang bermaksud "Hidden/Home") mereka. Bagi pencinta alam sekitar yang tidak mencintai Sigur Ròs, aku sarankan, tontonilah video ini. Dan kau orang akan dibawa terbang, terbang, terbang jauh dari Malaysia dan mendarat di sebuah syurga dunia bernama Iceland. Tak pasti bagaimana aku nak gambarkan keindahan Iceland dengan kata-kata, tapi cukuplah bila aku katakan yang kau orang akan terasa cukup dekat dengan Tuhan dengan melihat Iceland sahaja! Tengok sajalah gambar-gambar di bawah ni....*sighhhhhh...*

Sebuah flat mountain di kawasan Snæfellsnes (Utara Iceland)

Lonely Planet di puncak glasier Eyjafjallajökull (Selatan Iceland)

Keindahan cahaya Aurora kelihatan dari Reykjavík (Ibu negara Iceland)

Air terjun yang dikenali sebagai "Waterfall of the Gods" atau Goðafoss (Utara Iceland)

Pantai Austurfjörur dengan pasir basalt hitam di Stokksnes (Timur Iceland).
Di pantai ni banyak anjing laut! Best kan? ;)


Salah satu pantai terpencil berdekatan bandar perikanan Grindavík (Selatan Semenanjung Reykjanes, Iceland)

Kawasan lembah fjord yang indah, Veiðileysa. Ia tidak berpenghuni dan khabarnya akibat sumpahan "Kraka The Witch" (Westfjord, Iceland)

Sebuah penempatan yang kelihatan tenang dan aman di pulau Flatey (Barat, Iceland)

*** Photo credit to Enginn Engill for all the beautiful pictures!


Bermula dengan imej-imej bergerak dari sekeping CD bernama Heima, aku sekarang sejujurnya mengaku yang aku tak pernah henti-henti mencari maklumat tentang Iceland sejak dari itu. Kalau tak jenguk sehari di website, maknanya aku mungkin dah hilang ingatan hari tu. Siap makan tak lalu, tidur tak lena dibuatnya! Even kalau aku busy dengan tender sekalipun, mesti ada gak sekali (sekurang-kurangnya) aku tengok gambar Iceland ke, baca maklumat Wiki tentang Iceland ke, cari pakej pelancongan ke Iceland ke, salin resepi masakan tempatan orang-orang Iceland ke, belajar satu-dua bahasa Iceland ke....memang ada sajalah aktiviti berkaitan Iceland dalam rutin harian aku ni!

Inilah outline Iceland di atas muka dunia ;)

Tapi salah satu sebab yang buat aku SUMPAH sayang dengan Iceland ni ialah kerana birthmark suamiku yang tercinta (a.k.a Hezrik) sebiji-sebulat saling tak tumpah dengan outline Iceland kat atas ni! The birthmark is clearly visible on the middle of his chest, right on top of his beating heart....awwww...patutlah I'm like SO GAGA about Iceland! Kan? ;D Iceland rupanya represents my LIFE. And that is YOU, my dear Sayang ;*

8 comments:

Aziya said...

Ala.. mana nak cari Video tue??... aku pun dah addicted dgn. Sigur Ros.. please update me kat FB

Sekarang Aziya dah puas dgr. album Hvarf/Heim , (), Med Sud I Eyrum Vid Spilum Endalaust,Ágætis Byrjun...

nak cari full album utk Svefn-G-Englar, Takk... and Hoppipolla... any hint ?? hiks!!

Azzu dah dengar lagu Njósnavélin (The Nothing Song)?? Terkejut sangat diorang buat lagu tue utk. filem Vanilla Sky(time Tom Cruise terjun bangunan)... emmm lagu tue mmg sesuai dengan cerita psychedelic macam tue haha...

Anonymous said...

Awwwww. Suwetttttttttttt :) Birthmark rupanyaaa...

glownana said...

letak target 10 years anniversary honeymoon will be in iceland. aaawwww sure romantic habis. :)

Aku A-Z-Z-U said...

to aziya:
aku berbangga sbb dr blog ni aku berjaye membuat seseorang jatuh cinta dgn Sigur Ros seperti aku juge ;) tp nampaknye kau lagi hebat, sbb aku tak tahupun ttg OST Vanilla Sky tu. maybe sbb aku tak minat the film, atau tak minat tom cruise, ngahaha :P thank aziya, aku nak dengar The Nothing Song pasni. btw, lagu "hoppipolla" ade sekali dlm album "takk", dan nak cari album dorang mmg susah nye nak jumpe. tp aku rase torrent mesti ade. video tu pun hubby aku yg jumpe di torrent, dan skang dah letak dlm henset. rase rindu2 iceland, aku pasti bukak dan berkhayal2 ;D

to dizzyfly:
yup, birthmark yg unik. lepas ni saya nak tanda ibu negaranya dengan marker pen ;P

to glownana:
hopefully taklah selepas 10 tahun. that's too long! dlm 5 tahun target aku, nak kompol duit kuat2! keke

bali said...

Kitaorang dah sampai sana dah! (dalam mimpi..)

Aziya said...

kalau ikutkan album (),Njósnavélin diertikan sebagai "The spy Machine".. oh so jeepers !!!

Bagi aku album () paling best... I'm not a Tom Cruise fan cuma... bila aku tau macamana Tom Cruise yg sanggup "mati" dan "dihidupkan" semula secara cryogenics supaya jadi handsome balik.. itu yg buat aku rasa shivers bila download lagu tue.. uhhh!!!

p/s: Congrats dah pregnant.. syukur alhamdulliah rezeki you murah

Nurul said...

hai..
Alaska pun best kan?
I dah baca entri you yang lepas2...and i think you mmg interesting orangnye..
..bertuah Hezrik!
..Selamat Pengantin Baru!
..i akan bookmark blog ni..
bye..

Aku A-Z-Z-U said...

bali: kitorang pun dah jenuh pergi sane dlm mimpi, kekeke..bila la nak gi betul2 ni, huhu

aziya: thanks byk2..rezki murah ni atas hasil doa ibubapa, keluarga dan rakan2 gak..so, timekasey jugalah kat kau :D heee

nurul: er...timekaseh! haha..tak tau nak reply camne :"> i rase i yg bertuah sbb bersuamikan Hezrik, not the other way around, ekek..timekaseh byk ye Nurul ;)