Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers
Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Wednesday, April 29, 2009

Goblok di Blogosfera

OK, aku dah lag 20 hari daripada post yang sebelumnya dan melihat kepada tajuk post kali ini mesti kau orang fikir yang ini bukan cara yang baik untuk aku mula kembali. Untuk pengetahuan kau orang, bulan April 2009 ni merupakan bulan yang paling sibuk dalam sejarah hidup aku memandangkan inilah bulannya di mana aku dan Erik bertungkus-lumus membuat persediaan untuk berkahwin pada 27hb Jun 2009 nanti. Dengan nak dapatkan ujian HIV-nya, kebenaran berkahwinnya, persediaan hantarannya, persediaan kad kahwin personalized-nya, tempahan bajunya, tempahan pelaminnya, pemilihan temanya, pemilihan pengapitnya, persiapan bunga telurnya, aduh banyak lagi tak buat! *risau* Dan of course, duit keluar mencurah-curah time ni.

Jangan ingat aku bercerita ni sebab nak merungut pasal keluar duit, sebab aku memang tak kisah bab ni kerana semua yang kami buat aku memang puas hati. Tapi aku sangat-sangat terkilan kerana tak dapat duit! Dapat duit dari siapa? Dari Advertlets bongok tu! Ya, Advertlets, bapak segala scam dalam blogosfera Malaysia sekarang ni! *benci!* Banyak cerita dah aku baca tentang kes Advertlets yang tak mampu nak membayar bloggers. Ada juga kes di mana Advertlets menghantar emel kepada bloggers untuk menjawab beberapa soalan sebelum bayaran diberikan. Wah, wah, wah...berjanji bukan main lagi ya, bila nak bayar banyak pula alasan kau! It's either between want to pay or not to pay! Susah sangat ke? Kalau tak dapat bayar just say so, tak adalah aku nak letak banner Advertlets kat blog aku buat semak aje!

Emel aku dah hantar berkali-kali kat Advertlets tu, tak perlu sebut lah, dengan call Josh Lim directly lagi. Siap Josh janji nak expedite my payment bagai! Janji je pandai! B-u-l-l-s-h-i-t.... Dan masalahnya dengan aku ialah aku ni sabar sangat. Tunggu juga, macam tunggu buah tak jatuh. Tunggu...tunggu...tunggu...sampai nak cecah RM800 dah, dan aku terfikir: "Alangkah best-nya jika aku dapat guna RM800 tu untuk beli-beli barang kahwin". Arghhh! Apa yang aku tunggu lagi ni? Aku goblok ke Advertlets yang goblok? Say NO to Advertlets!!! *sambil remove semua banner Advertlets*



p/s: cuba nasib dengan Nuffnang dan Admax pula.

Monday, May 14, 2007

Soal Duit Dan Segala Hal Mak-Nenek Dunia

Aku ada mimpi. Mimpi indah yang aku siap susun kemas-kemas. Kalau nak aku bentangkan boleh aje. Dah macam business proposal lengkap. Terus-terang aku nyatakan di sini yang kadang-kadang aku taksub benar dengan mimpi aku ni. Seolah-olah bukan mimpi. Memang mengasyikkan bermimpi di waktu aku mampu tetapi tidak layak bermimpi. Di waktu aku tidak dapat mengisi perut dengan makanan fast food cuma untuk sekali dalam sebulan. Di waktu aku tak keluar berfoya-foya sehingga lewat, juga cuma untuk sekali dalam sebulan. Di waktu aku tak berbelanja beli kasut serta baju dan seluar dalam, juga cuma untuk sekali dalam sebulan. Dalam erti kata lain; dalam waktu aku ketiadaan duit untuk menghadiahkan diri aku sendiri atas penat lelah bekerja hanya sekurang-kurangnya untuk sekali dalam sebulan. SEKALI, dalam sebulan.

Bermimpi umpama pintu exit buat aku. Pintu untuk aku escape dari realiti kehidupan yang amat susah dan payah di tengah bulan. Orang-orang tak nampak dan orang-orang tak tahu ini semua. Aku berpangkat manager di sebuah syarikat IT. Syarikat yang tak putus-putus masuk projek gomen. Gaji mesti riban-riban. Bontot korang la. *Sigh* Tapi aku bersyukur juga, sebab nasib aku masih dikira baik. Masih ada yang jauh lagi susah dari aku di luar sana (Ini ayat basi yang 100% benar).

Duit, duit, duit. Punca segala syaitan yang keluar dalam diri orang-orang yang asalnya cuma manusia seperti aku dan kau. Duit yang mampu menyelamat dan juga mampu membinasa. Macam lah semuanya salah duit. Jangan silap sangka, aku tak
menulis dengan marah hari ini, tapi sebaliknya. Aku menulis dengan penuh cinta. Dua tiga hari ni jenuh aku menangis, semua gara-gara duit. Selalunya selepas puas menangis aku akan bermimpi. Cepat-cepat aku akan berlari menuju ke pintu exit, reaksi normal sepertimana seorang perokok dengan sahabat baiknya.

Aku mimpikan hidup mewah, memberikan persekolahan dan pelajaran yang paling baik untuk adik-adik aku, menghulurkan wang belanja yang lebih dari mencukupi untuk kedua ayah dan mama aku untuk berhenti bekerja, berehat dan bercuti keliling Malaysia every month, membangunkan dana untuk ibu-ibu tunggal serta anak-anak mangsa dera yang tak pernah menerima kasih sayang dari ibubapa sebagaimana yang aku terima sepanjang 33 tahun, 3 bulan dan 9 hari aku bernyawa di dunia ini, membangunkan empayar rangkaian fast food aku sendiri, dan akhirnya mempunyai label pakaian yang cukup tersohor di pentas-pentas peragaan Paris, Italy dan New York. Mimpi-mimpi dunia yang indah...

Semua mimpi ini tercetus hanya dari seorang manusia. Seorang manusia yang paling dekat dengan hati aku. Idola aku. Hero aku. AYAH. Ayah, Azzu tak sanggup tengok ayah susah! ;'( Aku berlari balik ke pintu exit, kali ini dengan tambahan sebuah lagi mimpi iaitu agar semua mimpi yang aku impikan sebelumnya akan jadi kenyataan suatu hari nanti. InsyaAllah...