Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Thursday, January 14, 2010

Kedatangan Yang Dinanti

Pada Ahad 15 Nov tahun lepas, aku buat ujian kehamilan di rumah. Aku seperti sudah agak result-nya...YES! Aku mengandung! Aku tenung dua (2) garis melintang warna pink yang jelas bertanda sambil tersengih sorang-sorang. Sebelum kahwin dulu, aku selalunya cukup gabra kalau lambat datang bulan, sebab menstrual aku memang teratur dan terkawal. Bermakna, kalau lambat mesti ada penyakit nak datang sebab ada sekali dulu waktu bersekolah menengah, tiga (3) bulan aku clear, tapi masuk bulan ke-empat (ke-4) sakit ya amat masa datang bulan!

Sekarang ni, bak kata orang Utara..."dok tak dok" dah masuk lima belas (15) minggu aku pregnant. Dan alhamdulillah juga walaupun 1st Trimester haritu aku kena morning sickness, tapi sekali-sekala sahaja yang teruknya. Nasib baik, kalau tak kesian plak kat suami aku tu kang ;) Tiga (3) bulan pertama lepas, aku punya selera makan agak berkurangan, walaupun kehendak tu sama saja macam waktu tak mengandung tapi aku dah tak dapat makan banyak. Nasi separuh pun kadang-kadang tak habis. Nasib baik juga aku tak ada keinginan pelik-pelik, mintak dijauhkanlah, nanti risau menyusahkan suami nak mencarinya je, hehe... ;D....("Sayang, carikan saya sup ekor badak air") uyekk!

Setiap pagi bila bangun tidur, suami mesti bertanya: "Baby, baby...baby apa khabar?" Dan mula-mula dulu aku jawab: "Khabar baik Sayang"...buat malu je tau, rupa-rupanya suami tanya pada baby dalam perut ni. Jadi sekarang aku jawab: "Baby sehat. Dia kem salam" ekekeke...Masa kali pertama scan perut pula, kemain kecut aku dibuatnya. Tapi as usual aku berlakon cool lah depan suami aku tu. Dia banyak kali tanya: "Cuak tak? Gementar tak?", tapi aku asyik deny je. Aku kata apa pula nak cuak, bukannya nak kena injection pun *punya lah berlagak*. Sedangkan macam la suami aku tu tak kenal aku...Aku ni first time nak naik Komuter pun bukan main gementar lagi, kalah nak buat audition Malaysian Idol, huhu *entah apa-apa kan?*

Masa scan tu tak dapat nak digambarkan perasaan aku ni. Gembira ada, tak percaya ada, nak menangis ada...ya lah, bercampur-baur tak tahu nak kata bila tengok satu kelibat nyawa yang lain ada dalam perut ni. Muka suami pun takyah cakap lah, SEMACAM kelu-nya, ekeke ;D Sambil terpaku menatap monitor, sekejap-sekejap terdengar suara suami aku: "Doktor yg besar tu kepala dia ke?", "Sayang! Dia bergerak-geraklah!", "Tengok jari-jari dia tu Sayang!", "Sayang! Tu, tu, anak kita". Sambil berkata-kata semua ini dia tak lepas-lepas pegang kaki aku yang tengah berbaring tu *sigh* Bahagia sungguh rasanya melihat senario ni, ekeke :">


Baby,

Mama dan Ayah sedang menanti kedatangan kamu dengan penuh debaran. Kami tak sabar-sabar nak berjumpa kamu. Tiap-tiap hari pun mimpikan kamu :) Jaga diri baik-baik dalam perut Mama ni ya? Mama janji akan minum susu Materna perisa coklat yang tak sedap tu sampai habis demi kamu. Mama janji akan makan semua ubat pahit-pahit yang doktor bagi tu demi kesihatan kamu, walaupun kadang-kadang lepas telan Mama rasa macam nak luah balik! Pahit tau!

Mama dengan Ayah dah bersedia dengan nama-nama yang baik sebagai doa untuk diberikan kepada kamu bila kamu lahir nanti. Doa Mama dan Ayah, agar kamu jadi orang yang bijak-pandai, orang yang berguna, orang yang baik, orang yang sedap dipandang mata dan orang yang akan sentiasa dipelihara oleh-Nya! Ayah pun sekarang tengah sibuk bersiap-sedia mencipta lagu untuk kamu, almaklumlah Ayah kamu baru je sambar gitar akustik sebiji minggu lepas, sampai Mama lalu depan Ayah pakai baju sexy pun Ayah tak perasan dah, ekekeke ;) Begitulah khusyuknya Ayah kamu mencipta lagu untuk kamu Baby ;*

Mama dengan Ayah berjanji yang kami akan cuba menjadi ibubapa yang sebaik mungkin untuk kamu kelak! Kami menunggu kamu!!!


With So Much Love,
Mama & Ayah


16 comments:

hezrik said...

hehehe. Sup badak air haram sayang. Binatang 2 alam. Air badak bole laaa. 'Badak haus' plak buat sedut air dan kulapuk.

Dah 2 kali mimpi baby boy. hehe

Aku A-Z-Z-U said...

ekekek, air badak pun cimi tak bape suke, lagi nak mintak sup ekor badak air ;P

tu lah, jap, kita tunggu smpi bulan 5, baru scan again, tgk betol ke salah baby boy tu, hehe ;)

Wuhuu Mommy said...

Alalal tomeii :)

Anonymous said...

*kesat air mata pakai hujung lengan baju*

Nak jadi makbapak org dah ye.

Edward said...

kamu suami isteri sangat comel.. tengok Erik pimpin tangan kamu yang tengah bawak perut lintas jalan aritu membawak satu macam feeling yang takleh digambarkan :) tahniah dari kami :)

Aku A-Z-Z-U said...

mommy delta: korang berdua lagilah tomei, pakai kasut pun jenis yg sama, ekeke ;D

rotidua: :"> eheee..sy menulis pun sy sendri sebak. harap2 anak tak la se-cengeng mamanya ;P

edward: ed, erik mmg suka berpegangan tangan, i'm so lucky, ehehe..nnt dah kawin rajin2 bermanja dgn isteri tau. makin bermanja makin sayang rasenye ;)

D.O.U.B.L.E...S said...

alahai..bestnya mama ayah nie lomantik sgt kannnnnnnnn

the artist and i said...

tahniah
:)

Anonymous said...

kak congrats..eheh tingat masa mula2 scan tgk kaki bb eh..eh..KAKI! saya jerit.muke en.somi plak dah merah2 padam.ahaha...mmg speechless la..kagum nye dengan kebesaran tuhan time tu

Azury said...

mak ngah ni pun tak sabar2 nak tunggu kedatangan baby. nanti dia boleh main dgn kak dania, abang nafis & kak sofea :)

u r going to b a great mommy kak azu. enjoy your pregnancy!

tumpanglalu said...

tahniah :)

Aku A-Z-Z-U said...

siti: kami mmg lomentik, huehue

cik weed: timekasey :)

nana: hahaha, macam erik la, tibe2 bertanye doktor dgn suara kuat "doktor yg besar tu kepala dia ke?" terkejut jugak kazu dibuatnye time tu, almaklumla time tu klinik sunyi sepi ;D

azury: baby mesti happy punye dpt kawan dgn kak dania, abang nafis & kak sofea ;D thanks Azury! *hugs*

tumpanglalu: timekasey byk :">

the artist and i said...

tahniah.

awat semua pakat2 nak memboyot nih?

:)

Aku A-Z-Z-U said...

kami pakat2 memboyot sbb takut terlepaih bas! haha ;P

NaniRostam said...

Ala senang je...nak tahu boy ke girl..suruh hasben tu tengok body kita dari belakang....nampak macam perempuan mengandung tak bila berjalan. ...kalau tak nampak macam perempuan mengandung...sahlah tengah ngandung anak lelaki. Begitulah sebaliknya untuk anak perempuan....

Aku A-Z-Z-U said...

cik nani, kalau ditengok dr belakang mmg tak nampak besor, menten je..tp bila berjalan trus nampak gaya terkengkang2 bawak perot tu, haha ;D nampak gayenye maybe lelaki, tp takpe ah..minggu ni pun nak gi scan, nnt bolehlah taw jantina babynye, weee!~