Thursday, July 31, 2008

Musim Demam & Batuk Kot?

Banyak perkara berlaku sepanjang aku tak menulis ni. Aku demam seminggu. Siap terlantar atas tilam dengan tengkuk berbalut kain basah. Batuk-batuk pula dah dua (2) minggu. Inipun ada lagi saki-baki batuk, tapi tak lah teruk macam mula-mula dulu. Aku batuk, batuk dan batuk sampai orang lain takut tengok aku batuk. Keluar-keluar air mata, tangan tekan dada. Siapa tengok tapi tak simpati tu memang tak ada perikemanusiaan lah jawabnya, hehe :D

Alhamdulillah, semua sekarang sudah OK. Walaupun didesak oleh boss aku untuk x-ray my lungs kot-kot ada infection, aku tak pergi. Sebab pertama, boss aku recommend doktor pakar dari Hospital Pakar Damansara (gila, pasti mahal!) dan sebab kedua, aku mungkin jadi begini sebab dulu aku perokok tegar. Kepada siapa-siapa yang masih merokok tu, slow-slow la berhenti ya? Sebab bila sakit-sakit begini, memang terasa betul pukulan setiap sedutan dulu *sobsob - kesat air hidung*

Suara aku serak-serak basah sekarang ni. Kalau nyanyi jazz kalah Ella Fitzgerald, Billie Holiday dan Nancy Wilson, haha. Aku suka suara aku begini. Sayangnya sebab suara ni temporary dan kalau dah baik batuk karang, tak serak-serak lagi dah, huhu. Lepas tu, kena nyanyi lagu Min Malik je lah di bilik mandi, kohkohkoh :P

Baru-baru ni tengok soccer match Chelsea versus Malaysia. Walaupun duduk tak lah dekat dengan padang, tapi seronoknya tak tahu lah nak gambarkan! Aku ni bukannya a soccer person pun, tapi once aku caught up with the game, aku punya menjerit...fuh, menggila!! Orang tanya aku sokong pasukan mana? Aku cakap, aku cuma sokong permainan yang bagus je! Hehe. So bila Chelsea serang, aku jerit. Malaysia naik, aku jerit. Boleh tak kau orang bayangkan continuity jeritan aku yang bukan calang-calang jerit tu? Aku jerit kalah orang-orang laki kat area seat aku tu tau. M-E-N-Y-E-T-A-N (equals to monyet setan).


Ini gambar aku dengan adik-adik Erik tengah buat "ombak". Ombak kami tak jahat mana pun ;P

Tapi surprisingly, makin baik pula batuk aku ni keesokkan harinya. Mungkin jerit-jerit tu sedikit sebanyak overhaul lorong pernafasan aku ni. Kasi clear macam enjin kereta baru lepas buang karbon, keke. OK lah, sudah lah dulu. Aku ni sebenarnya tak tahu nak menulis tentang apa. Tapi kalau dah start, mula la keluar semua cerita mak nenek bagai. Hujung minggu ni aku balik kampung. Mama aku cakap rambutan tengah masak. Huiiii, mahunya batuk balik aku ni karang!!

14 comments:

Azury said...

Rambutans itu kami bawak balik sekotak besar, 4 hari habis licin... nafis makan paling banyak. Kitorg pun batuk jugak, tapi makin byk makan rambutan, makin sihat plak rasa. So apa lagi kak azu, bedal aje la!

Azzu said...

haha :D ini yg buat makin teringin nak makan rambutan ni! kazu ni batuk makan rambutan tu bukan sebab ape azury. rambutan tu lekang, tp xkunyah betul. habes la tekak kene sagat dgn kulit biji rambutan tu. rakus, xdpt nak buat ape dah :P

heartbeat said...

pergh! gila lama tak dengar perkataan 'min malik'!:)

tumpanglalu said...

kopek siap2 kulit rambutan tu then himpun byk2 isi dia boh dlm bekas next simpan sat dlm peti aih at least sejam. lepas tu baru makan. ble tahan lazat dr trus mkn cmtu ja tp batuk tu pun tau2 ja la mau serang sama hehe

jasmin said...

yupe, betol ckp tumpanglalu. hahah seadaapppp~~

cempaka said...

sepsi btul.

Azzu said...

to heartbeat:
tu la, kekeke. norsheila amin tau? sinonim la diorang berdua tu ;P

to tumpanglalu:
ha'ah sedap macam laici! dapat plak rambutan rumah mak aku semua jenis rambutan laici :D

to min:
kalau dah kopek2 tu, lagi laju je habisnye kan min? cer kalau berkulit2 lagi, kdg2 smpi hitam kulit rambutan tu simpan lame sgt. keke :D

to cempaka:
ape yg sepsi? perut aku ke? b-o-r-o-i la cempaka ;'(

Gaban Lazzara said...

gua demam ni. dah 18x pegi jumpe dukun tapi masih tak kebah.

beb, gua teringin nak mkn ciken chop. meh dtg antar..

Azzu said...

to gaban,
ala, kesian. kau xnak cek doktor betol2 ke? kau jgn, skang ni tgh demam chikungunya tau! yg aku pasti, demam ni xsesedap ciku, so baek la kau gi cek.

bab blanja cikencop tu aku xkesah lagi, tp bab nak antar pegi umah kau sane tuh buat aku panas je la dgn permintaan kau ni!

tumpanglalu said...

wei lagu mana rupa dia rambutan laici ni? curious aku!

Azzu said...

to tumpanglalu:
rambutan laici tu rupa dia lagu tu gak, tak dak beza aih dengan rambutan biasa. cuma rasa dia tu ada rasa kelaici2an sikit, tu yg depa pakat taruk nama rambutan laici tu :D

tumpanglalu said...

depa rendam semalaman benih rambutan tu dlm syrup laici kot sbelum tanam hehe

Azzu said...

to tumpanglalu:
hehe, mungkin jugak! tapi rasa2nya depa kawenkan anak dara makcik rambutan dengan anak teruna pakcik laici. tapi mas kawen depa tu cek tak taw plak berapa. hehe

tumpanglalu said...

haha bijaaak2 ;)