Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Friday, July 04, 2008

Aku Simpati Kamu Oh Ibu (Pertiwi)!

Di suatu tempat dan di suatu masa, pada suatu ketika, tersebut lah kisah seorang anak bernama Rawna yang sangat kasihkan ibunya Mak Lisaya. Dijaga elok ibunya, dicurah cinta sepenuhnya dek kasihnya Rawna yang tak terperi. Rawna telah awal-awal lagi bersumpah kepada ibunya dan kepada Tuhan bahawa selagi dia masih bernyawa, ibunyalah yang didahulukan dalam setiap perkara. Arakian semua mata yang memandang habislah memuji si Rawna. Walhal segala baik pekerti terhadap ibunya tidaklah cukup menukar Rawna kepada malaikat, kerana asalnya manusia, maka tetap manusialah dia.

Hendak dijadikan cerita, terdengarlah desas-desus Rawna telah terlanjur berdosa dengan seorang laki-laki. Rawna hanya seperti makhluk Tuhan yang lain, tidak akan tidak, pasti lalai dengan pegangannya. Walau apa jua kebenarannya, dosa antara Rawna itu hanya Tuhan sahaja ketahui kerana fikiran-fikiran dari mata yang memandang tidak mampu menentu dan mengadili akan perkara yang kabur! Kerana itu, ibu Rawna, Mak Lisaya percaya yang langkah terbaik ialah untuk Rawna sendiri membuktikan kesucian dirinya. Berbanding pula dengan orang ramai, atas telahan, ta'akulan berserta tilikan, masing-masing ada yang habis percaya akan kesucian Rawna, dan kebiasaannya, sudah tentu ada yang lansung tidak percaya. Maka dari mereka-mereka yang berbeza pendapat itu, wujudlah akhirnya dua puak.

Rawna tatkala mula dihimpit tohmahan serta kata-kata nista telah berfikir keras untuk meloloskan dirinya dari permasalahan itu. Lantas keputusan mendesak dirinya menjadi pelarian dan berselindung di sebuah gua milik sahabat terdekatnya, seorang kaum Kuncitur. Lansung lupalah dia akan ibunya Mak Lisaya. Lupalah juga dia akan ajaran agamanya untuk menghadapi musibah dengan berani atas kebenaran, kerana lari dari medan peperangan dalam diri itu juga suatu dosa besar terhadap Tuhan dan dirinya sendiri.

Pada sahabatnya itu, Rawna berkeluh-kesah, dan demi menegakkan dirinya Rawna lantas bercerita segala ketidakpuasan hatinya terhadap hidupnya selama ini. Tentang sikap ibunya. Tentang hal isirumahnya. Tentang hal berkaitan puaknya. Tentang bagaimana itu semua menjadi sebab-musabab dia akhirnya difitnah. Dan kata sahabat kaum Kuncitur ini: "Kalau begitu sahabatku, mengapa tidak sahaja kamu ceritakan yang benar kepada mereka?". Atas pertimbangan yang berkali-kali, Rawna akhirnya keluar dari gua dan menghadapi puaknya. Arakian setelah keluarnya Rawna dari gua, sahabatnya menyebar luas kisah Rawna kepada kaum Kuncitur. Habis segala hal isirumah Rawna kini juga sebuah hal isirumah Kuncitur. Ada yang simpati. Tak kurang yang ketawa.

Rawna setelah keluar dari gua itu dan berasa sangat sukacita atas kepercayaan sahabatnya, mula mendapat buah fikiran untuk meraih kepercayaan orang ramai dari segenap bilang bangsa. Dengan lebih ramai yang menyokong, kesucian diri Rawna pasti dapat dipertahankan. Walau terpaksa membuka aib, membuka kelemahan, membuka kecacatan ibu dan puaknya, Rawna rasa tiada salahnya demi menundukkan sebuah fitnah besar terhadapnya selama ini. Inilah sebuah medan perjuangan yang mana perlu untuk Rawna tunjukkan 'kemaluan' ibu dan puaknya. Sebuah perjuangan paling ikhlas oleh Rawna, malahan lagi ikhlas dari kasih sayangnya terhadap Mak Lisaya selama ini....




;(

19 comments:

Rmywvs said...

rawna? sedapna nama.

Aku A-Z-Z-U said...

ade unsur2 islamic gitu, tp time tebalik la :|

tumpanglalu said...

aku berminat ingin tahu lebih lanjut akan kisah ini namun aku kurang paham akan pengisiannya. bole azzu critakan ia secara mudah?

Rmywvs said...

aku pun sama, sila perincikan isinya.

Aku A-Z-Z-U said...

to tumpanglalu:
artikel ni hanya isi politik basa-basi. kes rawna (nota: sila terbalikkan nama ini), maklisaya (nota: ibu pertiwi) dan kuncitur (nota: bukan ayam belanda). kisah lanjutnya wallahualam. even kisah yg berlansung sekarang ini juga wallahualam...tapi kisah yg berlansung ini penuh tertera di dada2 akhbar online orang putih (baca: mostly yahudi, sudah pastinya org kafir).

saya letih dgn isu personal yg dipompang-pompangkan, sehingga ke pengetahuan orang putih. saya malu yg kita tak dapat selesaikan sesama sendiri dan tak henti caci maki, tuding jari. saya letih with all this bullshit. banyak lagi isu penting harus dicari jalan penyelesaian atau jalan alternatif.

- isu tenaga dan harga minyak
- isu kemiskinan & kaitannya dgn kadar jenayah
- isu makanan
- isu carbon footprint & pemanasan global

terlalu banyak.. :(

Aku A-Z-Z-U said...

cempaka ku sayang, baca ataih tu na.

tumpanglalu said...

wahh bgs skali ni azzu. olahan cerita di sebalik cerita. mendalam. aku xpaham awalnya tp sesudah dijelas td, baru paham sdikit. sdikit sbb ia cerita azzu so aku xkan phm sepenuhnya. namun sdikit sbyk aku paham tentang apa yg terjadi. spt ada yg memberi pndpt, mengapa dia tidak junjung Al-Quran ja memberi kenyataan. kan tampak lbih yakin dan dipercayai. rawna kata dia xmahu angkat sumpah kerna dinasihatkan oleh ulama dlm dan luar negara supaya tidak berbuat demikian. dia kata 10 thn lps masa dia didakwa ats tuduhan yg sama, dia telah bersumpah tp ttp dipukul terajang dipenjara juga. aku rasa (ulang suara, aku rasa ja) masa tu dia bersumpah dpn polis n dlm mahkamah ja, apa kata kali ni dia sumpah secara umum. buat 1 perjumpaan terbuka secara aman di mana2 lokasi di KL, kemudian dia bersumpah sambil menjunjung Al-Quran. biar ada liputan berita. biar ada henfon bercamera dan webcam rakam sumpahnya. biar tersebar dlm youtube dan tersebar dlm media perdana. baru rasanya (ulang suara lg, rasanya) semua akan percaya. org kita malahan sapa2 pun akan berckp2 belakang even ckp2 tu xbtul tp masih dickp2kan. sbbnya xda bukti kukuh. aku xkata dia salah dan aku xkata dia xsalah sbbnya blom termeterai janji dia salah. kelemahan manusia..
bg aku isu gaji para kenamaan (gomen dan swasta) ckup aku meluat. kalu ia rahsia xda sapa tau xpa ni x, dah tersebar. ada yg sampai tahap puluhan ribu,ratusan ribu malahan sejuta gajinya. lg berkira mahu dipotong gaji sdikit dan lg mahu dinaikkan gaji n bonus mereka. yg di bwh2 ni yg ssh2, merana..

Aku A-Z-Z-U said...

to tumpanglalu:
saya setuju juga dengan bersumpah atas nama Al-Quran ni (mubahalah) bak cadangan Mufti Perlis. saya bayangkan, sekiranya saya yg teraniaya sebegitu, dan saya tidak bersalah sama sekali, tanpa teragak2 saya akan mubahalah kerana saya percaya kuasa Allah akan melindungi saya. doa orang teraniaya sentiasa dimakbuli Allah. dgn mubahalah juga, perkara ini dpt diselesaikan dgn cepat, tp sekiranya nak menjalankan juga siasatan panjang, itu terpulang, tp jgn sehingga mengheret maruah negara ke mata dunia. negara tercemar, agama islam juga nanti tercemar. bak kata kamu, mubahalah umum mmg jalan terbaik. siarkan secara lansung, selepas itu, apa yang ada dalam kepala2 rakyat (salah atau betul) bukan lagi dtg dr teka-teki, syak dan ragu2 (bg mereka yg mempercayai hikmah mubahalah). unless, kedua2nya bersumpah atas nama Al-Quran. kalau begitu halnya, apalah daya manusia menghakimi? serah sahaja dgn yg Maha Kuasa. kalau tak didunia, diakhirat balasannya. hidup ni Allah tak pernah jadikan tak adil. ini kepercayaan saya.

hal gaji berjuta2 tu lg satu isu. ramai lagi yg makan kais pagi makan petang, kais petang makan esok, tp ada yg tak perlu kais dan buang2 makanan mereka. mereka ada duit, tp tak ada otak. kesian.

Rmywvs said...

saya rasa skang ni baca blog dan komen bersepah di friendster,facebook, myspace lagi bagus dari bace paper serta tengok berita.

i hate politits!

Doyok said...

klasik sunggo ayat ko neh cik puan azzu. ingat zaman spm dulu :)) walaupon aku malas nak ambik tau psl politik sumer nih tapi kene hadap gak. dah tu hakikat yg berlaku skrg. bila la nak abes! muak aku muak! uwekkkk *muntah ijo*

Aku A-Z-Z-U said...

to cempaka:
akhbar hanya pengampu orang kaya.
drama politik malaysia skang ni tak ubah macam berita sensasi majalah mangga atau segmen terjah dalam melodi. *sigh

to khalx:
aku juga benci politik. aku malas nak amek pot, benci nak peduli. tp kalau sampai ibu pertiwi aku ni dikenali diserata dunia, ditertawakan sbb politik yg lintangpukang, sbb kes2 sodom, letup orang, serious aku malu. aku peduli. lagi2 sebab yg terjebak, yg terbabit tu juge dr bangsa aku, org islam. ah...mana masa depan bangsa kita? :(

tumpanglalu said...

lani apa kata xyah spesific akuan bersumpah ni pd si rawna (pemangsa) ja tp tumpukan juga akuan bersumpah ni pd si lufias (mangsa). biar both of them didesak bersumpah. biar kita dpt maklumat dr kedua2 individu ni. baru adil kot (kot ja)..

Aku A-Z-Z-U said...

to tumpanglalu:
owh itu sudah semestinya :) saya sudah sebut pd komen di atas: "kedua2nya bersumpah atas nama Al-Quran". baek lufias, baek rawna. no exception. baru adil.

haniazrina83 said...

sorry sebab tak tau post mana utk polyvore azzu.

hi azzu, nak polyvore azzu boleh? mine is http://www.polyvore.com/cgi/profile?.mid=badgeadd&id=276117

Aziya said...

itulah political munafiqin.... aku kira rawnia / lufias telah diturunkan ujian @ bala (kalau dia berdosa)... manakan pisang berbuah dua kali

Al-Quran itukan kitab yg suci... kenapa nak takut bersumpah padanya.

Tapi disebalik kejadian itu... mata kita telah terbuka dengan menyaksikan kepincangan dan cowardlisme of Rawnia.. betulkan ??

the artist and i said...

sapa tipu bersumpah sure kena makan dek sumpah.

Aku A-Z-Z-U said...

to haniazrina83:
saya dah add awak! ;)

to aziya:
ya, sikap berdalih2 itu yg buat aku tak berapa faham. kenapa mesti tanya pendapat2 ulama lain samaada perlu atau tidak utk bersumpah atas nama Al-Quran? apa ruginya melakukan angkat sumpah tersebut sekiranya benar, ye tak? hanya semata2 sepuluh tahun lepas rawna pernah bersumpah, tp tetap dipukul polis, makanya kepercayaan dia terhadap kebenaran mubahalah sudah pudar? gitu? oleh sebab angkat sumpah menjunjung Al-Quran bukan perkara main2, jadi janganlah dipermainkan dengan sikap berdolak-dalik :|

to heartbeat:
ya cik weed. siapa tipu pasti kena. tak sekarang, esok. tak esok, esok-esok. tak esok-esok, esok-esok-esok. tak ada yang tak kena.

Suri said...

correct me if im wrong, from wht i know.. both party masing-masing blom brani nak angkat sumpah lakhnat (lakhnatullah) tu, so mana pihak yg benar or mana pihak yg salah susah juger nak dilihat. politikus neh mmg berbelit2 beh, whether kes rawna ni fitnah semata2 or benar as yg diclaimed, susah nak ckp juger. Sebab masing-masing punya agenda tersendiri, dek tamakkan kuasa.. jangan sampai one day rakyat merana, negara tergadai.

Yg aku setuju ngn kata2 ko is, mmg skang isu fitnah memfitnah maken menjadik2. Naik muak aku tinguk tv, pegi tahlil pn hal politik dibahaskan.. adoi hai. Ape la nak jadi dgn dunia politik msia, maken tak sehat nampak gayanya..

(aku dah bckp mcm org tua.. :| )

Aku A-Z-Z-U said...

to surie beh:
as of today, si lufias telah menyatakan yg dia bersedia, seperti yg diwar-warkan dlm akhbar the star online dan disebut dalam blog beliau:

http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/

cuma si rawna masih dlm proses utk make up his mind whether dia perlu buat sama, ataupun tidak.

apa2pun aku masih membuka hati aku dan kalau boleh xmau meletak salah diantara those two. tapi ye lah, kita tunggu dan lihat aje.

aku pernah cakap dlu, takda politik yg bersih sbb yg menerajuinya manusia. tp with all these dramas and so much sensation, it's sickening!