Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Friday, May 23, 2008

Aku Tak Lagi Panas Baran (Satu Kenyataan)

Aku ni dah lama tak marah-marah. Bukannya aku teringin nak marah, cuma agaknya sebab dah lama sangat tak betul-betul naik angin, bila aku naik angin semalam, aku rasa macam nak meletup dada aku, sampai panas rasa belakang mata aku, sampai perit rasa tekak aku. Rasa macam nak menjerit, nak mencarut, tapi aku tahan-tahankan. Makin sakit rasanya. Inilah namanya penyakit STRESS, penyakit abad millennia ni.

Alkisahnya mood aku sangat OK semalam. Aku happy. Demo tentang sistem pengurusan aset berjalan lancar di pejabat. Tengaharinya aku makan lauk sedap. Pulang ke rumah dijemput tersayang. Singgah makan Soto dan Nasi Beriyani Gam Daging di Kafe Mak Tim. Selepas mengambil Luna (Gen2 aku) di rumah Si Dia, aku terus memandu pulang ke Seksyen 2.

Sewaktu memasuki simpang Seksyen 2, dengan tak semena-mena, kereta Kancil toek di belakang memotong dan menghimpit aku. WTF, jahanam sungguh. Sudahlah di kiri-kanan penuh dengan kereta orang-orang yang berhenti makan di gerai-gerai, nak tak nak aku terpaksa membunyikan hon (hakikatnya aku benci membunyikan hon). Terus dia potong tajam masuk depan aku, hampir smooth macam Moonwalking Micheal Jackson, tapi tak cukup smooth sebab aku nyaris melanggar bumper Kancil tu.

"BARUA!!!!!!" Aku jerit sekuat hati dalam kereta sambil tunjuk fuck-fuck-fuck kat pemandu Kancil bodoh tu. Aku rasa meremang bulu roma, berderau darah panas aku. Aku rasa tak ubah macam Mel Gibson dalam Braveheart, siap siaga nak berperang. Aku mengucap panjang, aku baca doa Nabi Yunus banyak-banyak. Ketika memperlahankan Luna berhampiran lampu trafik, Kancil bangang tersebut masih di depan aku. Aku cuba nak tenangkan hati, tapi dada aku makin sakit bagai dicucuk-cucuk sampai aku terpaksa tekan kuat-kuat tulang dada aku nak menahan sakitnya. Tangan aku masih terangkat mengacung jari tengah. "Mati kau lahanat! Mati kau!"

Stranger-Yang-Celaka, kau bernasib baik tak mengenali aku beberapa tahun dahulu. Aku tak akan teragak-agak untuk melanggar kereta kau dari belakang, keluar dari kenderaan aku, dan mengajak kau untuk fight dengan aku. Kau jangan berani mempersendakan aku kalau aku betul-betul buat macam tu, sebab bukannya aku tak pernah buat dulu....Cuma sekarang aku ingin jadi orang yang berbeza, yang lebih kuat! Aku tak mahu menjadi seorang yang lemah, yang lemas dengan amarah dan tak dapat mengawal diri sendiri! So, "Fuck of! Semoga kereta kau terbalik esok"

11 comments:

sisterofheaven said...

woah.. i would never try to kacau u :)

but yeah, those kinda ppl do piss others..

sabar ye :)
its a good thing u tahan urself there *hug*

Aku A-Z-Z-U said...

haha. jgn takut. i'm very good in anger management nowadays (i guess) ;P

tengs darling!~

Anonymous said...

woh sabar wei. dah macam incredible hulk plak ko ni.

Aku A-Z-Z-U said...

dulu2 mmg incredible hulk, tp bertukar kaler biru, bukan hijau.

skang aku budak baik bali. nape, xcaya? ekeke

Suri said...

kalo yu kan beh.. ai tak tekejut yu nak bwat camtu, haha! coz i know yu and u're capable enough to do tht.. kalo ai la kan yg bwat cmtu, mau sume org tekejut beruk beh oii.. ekekeke

nway, kalo sehari aku tak maki hamun time tgh driving,mmg tak sah beh.. seb baek aku bawak kelisa yg comel tu je, kalo tak dah lama aku pecut tinggal kete2 yg blagak mcm bagos tu.. sila ciom bau asap kete wa jegh la jwb nye.. haha *berangan*

Aziya said...

Bayangkan aku melaluinya hampir setiap hari.... tapi yg terbalik nye, kereta besar yg himpit kete aku (kancil)bukan itu je.. lori sampah pun nak tunjuk handal... boleh bau "najis" kete aku!!! aku memang tak kasi can..

tak perlu tunjuk jari tengah itu dan tak perlu sumpah seranah.. aku kejar dia sampai puas (diorang bodoh tak reti short-cut jalan .. hahah)... dan selalunya mereka akan malu sampai tak mau pandang ngan aku (terus bawak slow macam kura-kura).. bila aku berjaya "moonwalk" mereka.. huhuhuhu

p/s: Patutla minyak selalu cepat kering.. hahahahha

Anonymous said...

waa.. ganasnya kak zu. Biasa la tu sy pun kdg2 mudah terasa naik angin biler bwk keter kena mcm tu. Paling tensen org belakang bukak lampu tinggi. Pergh... angin je.

Anonymous said...

kalau aku,aku akan himpit dia pulak sambil amik langkah berjaga-jaga, takut calar kete aku.


hahahha

Aku A-Z-Z-U said...

to surie:
i xmao buat gitu dah. lepas dulu i dengar berite org mati kene bunoh sbb bergaduh pasal memandu, trus tobat i xnak marah2 sgt dah, huuu

to aziya:
ha'ah, kenderaan besor pon same. kdg2 trelar himpit tu! tu yg xleh blah tu, dgn ekor dier kalau 'sidai' kite mau terpelanting, haiya. sumer org nak cepat sgt skang ni. cepat2 sgt pon, nak gi mana je, kan?

to azril:
ha'ah, sebbaik aku ni mata tahan silau. angkat la tinggi mane pun lampu tu. tp mmg kurang hajar la, kalau jd bende xelok dan disabitkan kesalahan, boleh kite kata itu 'membunuh tanpa niat'?

to kiah:
aku xmao risk kiah. sbb nnt hati aku tercalar lagi trok. xde ubatnye kang, kekek

Anonymous said...

Luna? best nama tu.i masih tcari cari nama utk getz i yg dah stahun lebih umornya dan br je disondol blkgnya oleh seorang bapok 2 mgu lepas. kesian tgk kecacatan beliau yg cuma dipanggil getz olehku n tunangku. kesah panas baran ni ada kena sikit kat i sbb i dulu sememangnya pemanas baran.skg tak lagi setelah di coolkan oleh yg tersayang. kesimpulannya, kita blh berubah bila2 masa je.tinggal lg cepat n lambat je.skali dah berubah kearah kebaikan, jgn patah blk kearah yg tak baik tu. adios!

Anonymous said...

hahaha berair mata aku baca entry ko ni. adess.. bukan ko je yang pernah rasa bende ni. dah tgh syok2 drive tetiba ade org buat hal. babi anjing pakiu kompem kuar dari mulut. hahaha