Hari ini sebuah berita pemergian disampaikan. 'Ibu Yusni Jaafar' telah selamat mengadap Illahi. Al-Fatihah dan ucapan takziah untuk keluarga besar 'Ibu Yusni'. Berita ini menjadi lebih terkesan disebabkan kesilapan Kak Ogy menampilkan Yusni Hamid sebagai Yusni Jaafar sewaktu siaran lansung Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini. Bagai diseru-seru pula. Dan tanpa lansung meminta maaf atas ralat yang terjadi, persembahan malam itu diteruskan. Tak professional lah kau ni Kak Ogy.
Apa-apa pun, post aku kali ini sebenarnya ingin berkisar tentang sebuah peristiwa pemergian yang lebih dekat...
Lebih kurang pukul 4 pagi pada 30 April 2008, aku dikejutkan dengan ketukan halus di pintu bilik. Pintu aku buka dan aku lihat Jaja, teman serumah aku, tercegat di muka pintu. "Ada apa Ja?" aku bertanya dengan suara serak bangun tidur. "Zu, mak Jue (juga teman serumah) baru meninggal" kata Jaja. Dan dalam keadaan separuh mamai dan terkejut aku berkata "La ila ha illa anta subhanaka inni kuntumminaz zalimin". YA, aku membaca doa Nabi Yunus yang mana sepatutnya pada waktu itu aku berkata "Innalillahiwainnalillahiraji'un". Maafkan aku Jue. Aku lansung tak menyedari kesilapan aku sehinggalah pada waktu aku meletakkan kembali kepala aku ke bantal. Dengan rasa kesal dan bersalah aku ulang sebut "Innalillahiwainnalillahiraji'un" sehingga aku tertidur .
Jue,
Al-Fatihah dan ucapan takziah untuk kau dan seluruh keluarga atas pemergian ibu pada pagi itu. Aku doakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aku harap kau bersabar dengan dugaan Allah, walaupun aku tahu kata-kata ini lebih mudah dituturkan berbanding hari-hari yang akan kau tempuhi selepas ini. Bagi seseorang yang tak pernah mengalami sebuah 'kehilangan', aku rasa aku tidak mampu dan tidak layak memberikan kata-kata semangat dan peransang untuk kau. Tapi apa-apa pun aku tahu kau OK. Sebab kau ada satu sikap yang turun dari arwah ibu kau.
Kau CEKAL.
Al-Fatihah...
2 comments:
akak...saya tau ini cite sedey.....tp saya nak gelak gakkk.......hahahahahahaahh
adek kompurek...eh..x-kompurek
eh, org sedey2 die gelak plak..
pukol kang, huhu
Post a Comment