Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Monday, August 20, 2007

Cabaran Kurus!

Once upon a time, Mahzura Amri hanyalah seorang pelajar tingkatan 5 dengan ketinggian 5kaki 4inci dan berat 38kilogram. Bermacam-macam gelaran diberikan kepada dia, antaranya "Melengkung", "Plywood" a.k.a "Papan Lapis", "Manila Card" dan sebagainya. Sekiranya melihat dia dari jauh, memang tak kenal, al-maklumlah kerana terlalu kerempeng, dia kelihatan seperti kapas ditiup angin layaknya. Bila bergambar, yang kelihatan cuma sendi-sendi yang tajam, lansung TIADA curves yang diimpi-impikan oleh setiap remaja perempuan yang berakal sehat.

Masalahnya, dia merupakan seorang manusia normal dengan kuasa melahap yang amat dahsyat dan luarbiasa. Bayangkan, makan nasi tak pernah kurang dari 3kali tambah, dan paling banyak sehingga 6kali! Itu belum kira makanan kegemaran dia seperti laksa yang mana dia pernah sekali sapu dan rembat sehingga 8mangkuk tanpa menarik nafas sekalipun. Hebat bukan? Ini bukan dongeng saudara dan saudari. Ini kisah benar! Tapi, tetap juga dia kurus melengkung begitu.

Mama dengan ayahnya suspect yang dia mungkin bermetabolisma tinggi, sementara rakan-rakannya pula mengesyaki yang dia membela JIN yang hanya ingin dikenali sebagai "Orang Belakang". Dia menjadi terkenal sebagai si-kurus buruk lantak dan perkara ini berlanjutan sehinggalah dia memasuki USM. Di USM pun tak kurang hebatnya, dia mendapat gelaran-gelaran baru iaitu "Kondominium Bergerak" ditambah pula dengan "Tong Sampah Gred A", "Ikan Paus Atlantik" dan gelaran yang mungkin paling panjang dalam sejarah manusia iaitu "Perut Stokin Yang Mana Mulanya di Penang dan Berakhir di JB".

Disebabkan terlalu jijik dengan gelaran-gelaran tersebut, dia bertekad membuat perubahan. Lantas pada suatu petang jahanam, dia telah singgah di sebuah farmasi dan membeli "Susu Tepung Penambah Berat" (jenama sengaja dirahsiakan). Bermulalah sebuah rutin yang mana dia religiously akur dengan penuh ketaatan, mengambil sukatan di sebelah pagi dan petang tiap-tiap hari tanpa miss sekalipun sehinggalah
"Susu Tepung Penambah Berat" tersebut habis tanpa bersisa sedikitpun. Tapi, tetap juga dia kurus melengkung begitu.

Arakian kerana terlalu fed-up dengan situasi yang tidak menunjukkan sebarang perubahan (sebab dia ni jenis tak sabar atau pendek kata; gelojoh), dia terus melupakan hasratnya dan kembali mengamalkan corak pemakanan tidak sehatnya selama ini. Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan Berganti tahun. Surprise, surprise, dari berat asal 38kilogram perlahan-lahan mendaki ke 42kilogram. 45kilogram. 48kilogram (wuhuuu!). 50kilogram (36-24-36, macam biola babe!). 55kilogram (aik!). 58kilogram (STOP!). 60kilogram (STOP AKU KATA!!!). 62kilogram (
fed-up) dan terkini, 65kilogram saudara dan saudari. Tahniah!!

Pagi tadi dia berdiri di depan cermin sambil menepuk-nepuk punggungnya yang kalah Beyoncé. Sesekali dia picit perutnya yang tak lagi tegang macam dulu-dulu, cuma empuk dan terlebih gebu. Dia berdiri atas penimbang sekali lagi. Dia geleng-geleng kepala, betul-betul tak percaya!...."Celaka punya Susu Tepung **********!!!!" dia jerit kuat-kuat dalam hati (sekali lagi jenama sengaja dirahsiakan). Bermula pagi tadi, dia bertekad nak mengambil nasi cuma sekali dalam dua minggu dan mengelak sebarang late night dinner atau supper yang enak-enak seperti yang dia ambil sebelum ni, sebagai contoh: Nasi Goreng Belacan Daging, Wan Tan Mee, Roti Sardin, Kuey Tiaw Kung Fu, Nasi Lemak Ayam Rempah, Ayam Goreng McD, French Chicken Burger King........(dan ketika senarai ni goes on and on, perut dia dah lapar kembali).

14 comments:

tumpanglalu said...

aku respek kamu :)

Aku A-Z-Z-U said...

respek sbb ape? sbb boleh makan laksa 8 mangkok ke? huhuhu *sigh* aku ni manjakan sgt tembolok. very bad. very, very bad.

Aziya said...

azzu.. ambik green tea lar... itu membantu tingkatkan metabolisme....

Aku A-Z-Z-U said...

ah ha..satu petua dr cik aziya. bagos2! ;D nanti azzu cuba, sape2 ade petua meh la pass sinik ye. jgn kedekot, kang gemok! ;P

Anonymous said...

azzu: makan green apple. :P

especially for lunch. then body sure cun macam i. :P

Aku A-Z-Z-U said...

ahahah ;D
i penah try makan green apple,
adoi, saket prot!

maybe sbb ade minor gastrik,
so macam xtahan dgn green apple ni.
tp great advice,
sbb ramai cakap green apple mmg terbukti berkesan! ;D
thanksssss~

Anonymous said...

chaiyo!
selamat menurunkan berat bdan ye?

p/s : damn ayat yang ko guna nie buat aku gelak sorang sorang depan pc siot.

Aku A-Z-Z-U said...

egege, thanx kiah!
kau takmau ikot aku skali ke dlm misi menurubkan berat badan ni? ;P

Aku A-Z-Z-U said...

*menurunkan

eja pon sampai silap2 sbb eksaited sgt nampak komen kiah, hehe ;D

Aziya said...

green apple sesuai utk org yg kena batu karang.... tapi tak begitu sesuai utk dieting...

aziya sekarang tgh amal minum eucommia tea... kualiti lebih baik dari green tea...

azzu.. doktor pernah cakap kat aziya... kalau byk kafein dlm badan.. makin beratlah perut kita...

sekarang aziya tak sentuh pun kopi atau teh biasa.. just keep ambil tea eucommia dan air bertapis (ceramic filter)

dan.. jangan malam lepas jam 8... kalo lapar... buat satu cawan milo... atau segelas susu suam....

Aku A-Z-Z-U said...

alamak, btol ke efek kafein camtu? azzu ni masalahnye penggila kopi, buhuhu ;'(

azzu mmg dah kurang makan malam dah skang ni, tp tu lah, lepas ni nak kurangkan intake kafein plak. suke sgt kopi. sket2 kopi, sket2 kopi

thanx ye aziya! nak carik eucommia tea plak lepas ni ;) thanx! thanx! thanx!

azim and his melancholic dream said...

manarik.saya jua kononnya start bulan puasa ni nak start diet.

Anonymous said...

salam... saje nak crite.. dulu aku gumuk bangat... sampai ade y pgil aku 'ratu si bontot beso'.. (biadap tol budak tu)... tak muleh lupe ayat tu sampai bebile... aku jadikan bende tu cabaran... sekarang alhamdulillah dah bleh menten dgn diet biasa... pagi- jog. petang - aerobik.. sarapan - lantak ape aje, thari- 0, mlm salad.. air suam..

Aku A-Z-Z-U said...

to anony:
huiyo..ratu bontot besar, haha :D, mmg biadap! tp rajin kau ye, siap jogg pagi2, petang plak aerobik..patot la bleh kurus. aku rase, aku kene cabar minda aku utk rajin dlu, baru aku bleh kurus!

anyway, thanks for the info! insyaAllah aku cube try tgk camne :D hee~