Monday, August 27, 2007

Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Kalau lihat topik kali ni macam bagus aje. Macam nak bersyarah panjang aje bunyinya. Haha ;D Aku tak akan menulis tentang sesuatu yang aku pun masih HIJAU untuk perkatakan, dan bukan juga nak kata yang post kali ini menunjukkan betapa bagusnya aku tentang apa yang ingin diperkatakan. Faham? Seingat aku, ini mungkin kali pertama aku mencurahkan perasaan tak puas hati aku dengan perangai sesetengah manusia yang suka ambil remeh tentang kepentingan "PENGETAHUAN", pertama kali aku menulis dengan nada merungut so to say.

Mari aku ceritakan sebuah senario di stesen LRT KLCC. Aku sedang berbaris menunggu tren pada pukul 6.30petang dan kerana sudah terbiasa berbaris panjang pada waktu tersebut, aku hanya bersandar malas di dinding sambil mendengar perbualan-perbualan di sekeliling secara acuh tak acuh. Entah kenapa hari tu aku malas melayan iPod. Tiba-tiba berbaris di belakang aku dua orang gadis yang cantik, seksi, bijak bergaya. Gadis-gadis idaman jejaka metroseksual. Gadis-gadis metropolitan. Aku namakan mereka si "A" dan "B". Mereka berbual rancak tentang hal-hal yang berlaku dalam pejabat dan tentang lelaki handsome yang ini dan lelaki handsome yang itu. Sebelum itu ingin aku tekankan di sini bahawa perbualan mereka berdua dilepaskan dalam suara yang lantang dan yakin.

A: "Kau tau tak, tadi aku dapat emel berantai! Apa tu orang putih kata?...Ah, Junk Email!"
(Aku yang terdengar, berkata dalam hati: "Junk email ke Chain Email?")

B: "Oh, pasal apa?"

A: "Ada la pasal sebuah lukisan Da Vinci ni...Lukisan gambar perempuan yang famous tu. Apa namanya..? Hah, Madonna!" <- dengan lantang dan yakin.
(Aku berkata dalam hati: "Isk...Monalisa la bangang! Dah la kau cakap kuat-kuat!")

B: "Ooo..tau tau"
(Aku nyaris tepuk dahi, sambil berkata dalam hati: "Kau tau ke buat-buat tau?!")

A: "Dalam lukisan tu ada diagram kecil kat bawah. Aku sekali tengok, aku dah pasti ni mesti emel nak berdakwah tentang Jesus Christ. Ini semua dakyah orang Jew! Kau tau orang Jew?...alaaa..apa namanya dalam Bahasa Melayu tu.."

(B terus memotong)
B: "Ju (Jew)? Juvana?"
(MasyaAllah! Nak terkentut aku tahan gelak masa tu. "Bodoh!!Yahudi la bodoh!" Aku cakap dalam hati)

A: "Bukan Juvana! (dengan nada sedikit marah). Hah, Jew tu orang Israel!"
("Bukan semua orang Israel tu Yahudi cik kak,
alahai...awat la hang bangang sangat" aku cakap dalam hati lagi)

(Selepas perbualan tu aku namakan A sebagai "Ju" dan B sebagai "Juvana")

Ju: "Emel tu mention, kalau tak forward nanti ditimpa bala! Macam Prime Minister Mexico tu, anak lelaki dia mati sebab PM ni tak forward emel berantai ni. Tapi tak kan la aku nak forward kalau terang-terang emel ni berdakwah pasal Christianity, kan? Lain la kalau pasal Islam, sure aku dah forward awal-awal"
("Tapi atas nawaitu apa kau nak forward emel tu cik kak? Atas dasar ikhlas nak sebarkan ke, atau sebab takut ditimpa bala?" aku membebel lagi dalam hati)

(Dengan tak semena-mena, si Juvana ubah topik)
Juvana: "Eh, nak tau tak? Tadi sebelum balik, ramai abang-abang PM aku kat YM tau? (dengan nada sedikit eksyen)"

Ju: "PM...????"

Juvana: "Ha'ah, PM! Ala, apa tu? Personal Mail!!" <- dengan lantang dan yakin. ("Personal Mail kepala datok kau!Private Message la bengong!" Waktu tu, aku sudah tersangat rimas mendengar perbualan-perbualan mereka dan rasa mahu lari dari situ)

Dalam senario ini, apa yang aku ingin tekankan ialah sikap sesetengah orang yang tidak mahu melakukan research dan tidak mahu belajar! Learning is a LIFETIME process! Aku juga masih belajar dan belajar tentang perkara-perkara baru setiap hari. Setiap hari sekurang-kurangnya MESTI sekali Wikipedia aku buka dan explore bagi setiap category yang ada. Walaupun Wikipedia adalah sebuah sumber yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya, tapi begitu juga dengan buku-buku, akhbar-akhbar dan media massa yang lain. Bukan begitu? Kecualilah kalau kita merujuk pada Al-Quranul Karim.

Walaupun begitu, aku masih rasa pengetahuan ini tidak mencukupi. Minta di jauhkan lah dari berada dalam kelompok yang begitu yakin dan angkuh dan merasa seperti mereka sudah cukup pandai, cukup bijak, lantas menunjukkan kebodohan di khalayak ramai seperti si Ju dan Juvana. Sepasang couple Cina yang aku perhatikan sedang asyik berpelukan dari tadi juga turut terdengar perbualan si Ju dan Juvana kerana mereka kelihatan sedang merenung khusyuk muka-muka si Ju dan Juvana yang rancak berbual tak sedar keliling. Dan dari aksi "drop jaw" pasangan tersebut tahulah aku yang mereka juga merasa betapa absurd-nya perbualan si Ju dan Juvana. Beberapa minit kemudian mereka ketawa dan bercakap dalam bahasa Cantonese. Jelas sekali si Ju dan Juvana sedang ditertawakan.

So, apa yang aku nak sampaikan di sini ialah...jangan pernah berhenti dari mengejar ilmu. Sentiasa update dengan maklumat. Jangan malu bertanya kalau tak tahu. Jangan malas mencari kalau tak faham. Rasa kesal dengan sikap segelintir manusia yang sebeginilah yang buat aku malas untuk campur tangan dalam sesetengah perbualan. Nanti dikata "Cakap Nak Menang" (WTF? Ini pertandingan ke?), "Sentiasa Betul" (Kalau rasa salah, sila lah argue dengan penuh diplomasi), "Nak Tunjuk Pandai" (Salah ke aku nak berkongsi ilmu yang aku tau?)

Pernah tonton Talk Show? Oprah Winfrey...itu idola aku. Dia bijak, very diplomatic, sympathetic, philantropic, semua yang perlu ada dalam seorang pewawancara sebuah Talk Show.
Seperti Oprah, May Lee juga bijak. Lagi seorang individu yang aku amat kagum dengan pengetahuannya dan karismanya.Tapi seperti yang aku tekankan sekali lagi, BIJAK haruslah perkara yang paling utama. Kalau tak nanti, kita akan disajikan dengan program-program Talk Show bertaraf Kak Nita aje lah.

Intipati dialog-dialog Kak Nita (dalam suara sengau):
"Apa perasaan mak cik?"
"Mak cik sedih tak mak cik?"
"Mak cik dah berapa tahun macam ni?"
Soalan-soalan lazim untuk memancing airmata yang tak kesampaian keikhlasannya, kejujurannya, simpatinya, prihatinnya, dan hanya menambahkan sebal dan menyampah tahap Megatron kepada penonton seperti aku.

Bukan tujuan nak condemn siapa-siapa, tapi itulah...aku agak terkilan. Dari pertuturan seseorang dengan mudah kita mengetahui sejauh mana dia memandang berat tentang isu kepentingan ilmu pengetahuan, dan sekaligus menunjukkan secara jelas kepada orang ramai mentaliti dirinya sendiri. Learn! Learn! Learn! And be passionate about it, atas tujuan untuk menolong pada suatu masa nanti, atas tujuan untuk digunakan secara sihat, atas tujuan untuk menaikkan taraf bangsa...Dan yang penting, be humble, jangan berniat seperti gambar kartun di atas (lakaran Mark Stivers). Jangan sombong, bongkak dan angkuh dengan ilmu, kerana otak manusia, sama seperti anggota-anggota badan kita yang lainnya, cumalah SEMENTARA.

14 comments:

Anonymous said...

hi, bleh lalu?
bleh tak nk komen?..
saje2 browse and i jumpe blog you.
ok srsly, geram dgn ju and juvana..
kalau i dkt situ sure i gelak!!!

Azzu said...

hai ;) sila lah komen,
sini terbuka utk saper2 aje,
i xgeram, memuler i igt nak tegor,
i nak cakap: "akak rase namenye monalisa la dik"
tp kang bile cakap kang takot plak kene: "ade ke sy tanye akak?"
hoho, malas la nak mengajar, kang di-cop penyibuk ;P

aziya said...

Kazu.. kalau aku jadi ko... dah lama aku tepuk dahi depan2 diorang.... Bodoh giler... bende senang macam tue pun tak tau... kes...kes... the girls nowdays getting more bimbo and bimboer.... ewww...

itulah the bad side of e-mail... chain mail/letter, spam, junk mail... entah apa.. kadang2 sanggup mempertaruhkan nama tuhan utk menakutkan org. Kadang2 org Islam terutama Melayu kita sendiri suka hantar junk mail macam tue... sengaja nak menguji nawaitu kita...

Ada pulak yg mengugut kalo kita tak hantar e-mail.. kita nie kawan setan.... ish, ish, ish,

The real beauty lies within us... Oprah Winfrey tidak lah jelita.. zaman remajanya pun telah dimusnahkan oleh pakciknya... but now she's the most influence people di dunia....

yeah i sokong you Oprah patut dijadikan idola....

Azzu said...

haha :D btol tu aziya, aku tgk pompan skang makin cantek, muke dah macam pan-asian, xmacam melayu, cakap pun ade pelat2, cam minah salleh, tapi bile bukak mulut bercakap, mak hai, runtuh semua kecantikan yg aku tgk. apegune ade paras rupe tapi kosong macam angin. rugi btol dorang ni, dah ade kelebihan tp byk disia2kan...

hal chain mail yg mengugut2 ni kdg2 bwat aku surprised sbb kdg2 aku terima dr member2 yg aku x suspect lansung dier boleh percaye dgn bende2 karot camtu. hoho, maybe aku dah silap baca die ;)

oprah mmg layak menjadi epitome wanita yg strong, independent & original. she's really something...

tumpanglalu said...

itu semua adalah 'pengalaman'..

Azzu said...

ye betol tu tumpanglalu...kalau ape yg awak katakan 'pengalaman' tu merujuk kepada proses pembelajaran dan making mistakes along the way (spt contoh ju dan juvana), sy setuju. itu mmg normal dan hanya normal jika si ju dan juvana adalah gadis2 yg masih bersekolah dan bukan wanita berkerjaya dalam sektor corporate, di mana dlm situasi ini, pada hakikinya YA! mereka memang wanita berkerjaya yang matang, mempunyai akses internet dan bekerja dengan organisasi bertaraf antarabangsa (spt yg tertera pd lanyard yg mereka pakai).

for goodness sake! adek bongsu sy pon tahu it's monalisa and not madonna! isk isk..

_s.u.e.r.i.e said...

adeh deh.. seyes lawak beh!! gelak guling2 ai bace mende alah neh.. adoihh(hanya sekadar xpression.. hehe)

kalo jew tuh dier salah tafsir as Israel ok lg tu beh.. tp yg lawak part MADONNA n PM tuh.. kondifen jegh menjwb, yg sorg tu plak dok mengiyer kn aje ape yg kwn dier ckp.. haa elok la tu, haih.. patot nye yu gi dpn muker diorg pstu ckp STFU.. sure diorg tnye balek.. err per tu???? agagaga...

nway beh, lenkali yu jgn tulis WTF/WTH.. nnt ade org salah bg definisi plak kang.. huhuhu

Azzu said...

egegegege, ha'ah percaye ai! sbb aritu ade skali mase ai tgh marah, ai antar SMS kat seseorang ni, pastu dier reply: "WTF tu ape?" hohohohoh

kang ade plak nanti org tafsir WTF = "Wife That Flirts", atau lebih terok, "World Tomoi Federation" gagagag :P

ape2 pon ai takmau la tuka, biar. bukannye takleh carik dlm tenet kan? kalau dah smpi terbace blog yg xbrape popular ni, takkan la xdpt carik makne WTF atau STFU skalipon, kan? kan?

johnhafiz said...

bagus that you spotted them...dunia sangat memerlukan aku, seorang yang sempurna.

Azzu said...

ahahahha :D
john, kalau kau terlalu sempurna, aku pula pamela anderson. percayalah.

johnhafiz said...

aku tiga kali ganda tommy lee's.dia phyton, aku dinosaur berleher panjang.

Azzu said...

now i know why heather locklear and pamela anderson run to u john, haha :D

nuar said...

mungkin ddiorang maksudkan ini kot.

http://en.wikipedia.org/wiki/Virgin_of_the_Rocks

Mohainy said...

hey nice post u gt there. yea and the pic too hha ^^