Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, June 06, 2007

Ayam BBQ Resepi Ayah

Kalau kau orang nak tahu, my father is a FABULOUS cook! Walaupun jarang memasak kecuali menolong-nolong atau mengusik-ngusik mama aku di dapur, tapi bila ayah aku terlebih rajin and nak memasak untuk kami...fuiyo tak pernah sekalipun tak sedap! Keistimewaan ayah aku ni, dia kuat berjenaka bila memasak. Kadang-kadang kuali diketuknya macam drum sambil menari-nari, sebab berusaha nak buat mama aku ketawa! Haha, kelakar betul! Ayah aku memang seorang yang amat sweet dan sangat special ;*

Ayah pernah salin resepi Ayam BBQ dari somebody, tapi resepi tak lengkap.
Aku dengan adik aku gelak terbahak-bahak bila baca resepi tu, sebab title-nya ayah aku sengaja tulis 'BABI-Q' nak kasi mudah. Dapat kau babi beratur, haha! ;D Nama bahannya ada, sukatannya tak ada. Tapi ayah yang bagi sukatan agak-agak dia. Menjadi! Sedap betul! ;D Setiap kali raya eve, mem-BBQ adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga. Pada malam raya eve, kami bentang tikar atas rumput carpet depan rumah, and then kami bakar ayam BBQ resepi ayah, sotong, udang, kerang, ketam bola (hehehe~) dan duduk makan atas tikar, borak-borak sampai larut pagi. Memang seronok! Sini aku sertakan resepi Ayam BBQ ayah, kalau-kalau la ada yang nak cuba tunjuk skil kat pakwe atau makwe masing-masing, hehe:

  1. AYAM - Of course lah! Kalau nak sedap beli bahagian paha atau kepak, sebab rasa bahan meresap sampai dalam
  2. BAWANG MERAH - Beli bawang merah India. Rasa dia lagi kick, and kalau banyak lagi sedap sebenarnya
  3. DAUN PUDINA + DAUN KETUMBAR - Mix dua-dua daun ni lagi sedap walaupun daun ketumbar je pon OK. Tapi jangan lebihkan daun pudina, kita tak mahu Ayam BBQ berperisa Colgate kan, kan?
  4. JUS LEMON - Kalau nak rasa ala-ala ayam Nando's, lebihkan lemon. Usually aku guna sebijik je
  5. REMPAH KETUMBAR + JINTAN MANIS + JINTAN PUTIH - Semuanya dalam sukatan yang sama, kalau ketumbar sesudu, yang lainpun sesudu juga
  6. SERBUK KARI - Kalau nak rasa kari, lebihkan serbuk karinya. Kalau nak add lada hitam pon boleh, tapi aku tak pernah letak lada hitam sebab tak mahu orang pikir aku masak Blackpepper Chicken. It's NOT occay? It's Chicken BBQ Asli punya, heee :D
  7. SERBUK CABAI - Kalau nak pedas-pedas letak la 20 paket, hahaha. Seeloknya buat mild jangan pedas sangat, sebab ni makanan omputih bukan makanan orang Asia ye tuan-tuan dan puan-puan
  8. BAWANG PUTIH - Letak lebih kurang 1/4 dari bilangan bawang merah. Jangan banyak-banyak, tak sedap and tak seswai
  9. SERBUK BUAH PALA - 1/2 sudu cukup
  10. MADU - Madu penyedap resepi ni sebenarnya. Kalau nak letak banyak, tak ada orang nak marah :P
  11. MINYAK ZAITUN - 1/2 cawan. Kalau madu lebih, kurangkan minyak. Lagi afdallllll...Minyak zaitun agak mahal, jadi kalau tengah sengkek, ganti dengan minyak bunga matahari atau minyak canola pun OK je
  12. GARAM + SERBUK PERASA - Letak ikut kau lah, labu!
Semua bahan kecuali ayam kau orang kisar hancur. Dah hancur, celup jari, JILAT. Hehe...Rasa pes perap ayam tu. Cukup tak manis, masam, masin, pedas semua? Kalau cukup baru la perap dengan ayam. Guna tangan yang bersih dan bergelumang la sebaik mungkin. Part yang ni memang fun nak mampus!! ;D Lagi lama perap lagi bagus! Setakat ni alhamdulillah, housemate aku kata sedap, yang tersayang pun memuji *eceh* :"> Hahaha, berbaloi aku bergelumang! Apa tunggu lagi, kamon la cuba!!

20 comments:

tumpanglalu said...

wow baca ingredient dia pun dah terasa keladzatannya hehe. rasa yg asli. masa stdy dlu bdk2 sumbat perap dgn sos tiram ja. tu pun dah puas hati. ni kan pulak ramuan mcm cik azzu. yg lain2 tu familiar tp serbuk buah pala tu utk apa? utk rasa/aroma yg cmna? cuma lazimnya batang serai (yg ditumbuk skali dua perdu dia agar pecah skit2) mnjd condiment bbq aku. xpasti gak utk rasa/aroma cmna serai ni. yg tau kalu buat bbq serai antara bahan kena beli =)

Aziya said...

hahaha... Babi-Q..... hadoi lawak giler...

resepi nie nampak sedap je... tapi kalo tak mau letak daun pudina boleh tak?.... tak suka arr daun pudina....

Aku A-Z-Z-U said...

to incek tumpang lalu:

letak serai boleh juge, tp namenya kene tuka jadi ayam percik, bukan ayam bbq ;) ayam percik ni cam ayam bakar melayu style la gitu, ade serbuk kunyit bagai.

kalau tak silap serbok pala ni sbb nak mengharumkan bau bbq tu nnt. bab rase serbok pala plak xde yg spesel pon, sbb mase bwat bbq memuler dlu ade saye rase sket serbuk pala. macam sebok kayu sket, gege ;p

Aku A-Z-Z-U said...

to aziya:

takyah boh langsung daun pudina tu pon takpe. gune daun ketumbar je pon boleh ;D

adek azzu pon benci daun pudina, so kalau bwat utk dorang kdg2 letak skettt je, kdg2 tak letak lansung.

tumpanglalu said...

ooo btui2 hehe. ayam bbq mcm kata azzu makanan omputih manakala ayam percik aku dah firasatkan makanan tempatan. paling senang nak dpt masa pasar tani bulan ramadan =)

Anonymous said...

lapar plak aku nie...huuhuuuhuu

Aku A-Z-Z-U said...

to tumpanglalu:

uih, jgn cakap pasal pasar ramadhan!
macam xsabo nak tunggu bulan puasa ni, heaven gile bab makan2 ;P~~~~

Aku A-Z-Z-U said...

to hezrik:

nanti aku bwat lagi egh? ;D

Suri said...

beh.. nnt bulan pose kite det kt umah yu plak k? ;*
yu bwat mende alah neh skalik.. hehe

Aku A-Z-Z-U said...

to cik surie beh:

tak dapat la nak det umah ai beh. umah ai berantakan, heheh

tp kalau bwat umah yu nanti ai buleh bwk sket as buah tangan ;D

The Siakap Stims said...

SALAM..AKU TENGAH CARIK RESIPI PERAP AYAM SO TERJUMPA LAK BLOG NIE..BOLEH LAH AKU CURIK SIKIT IDEA LEPAS TU COMBINE DENGAN RESIPI AKU SENDIRI THEN JADIKLAH RESIPI RAHSIA AKU..MINTAK IZIN NAK CURIK RAHSIA NI..HEHEH..AKU MEMANG SUKA PANGGANG MEMANGGANG NI..KALO TGK AFC CHANNEL MEMANG LAYAN LICENCE TO GRILL AJER.OK THANX TO THE BLOG OWNER.CIAO.

Aku A-Z-Z-U said...

Hi, Siakap Stims, ekeke :) I love steamed siakap, tp aku lagi suka jenahak stim, lagi manis, wehu!

Ya, sila2 amik resepi ni, try-lah resepi yg ori dlu, kemudian baru la experiment sket. Rugi tak cuba taw :D

thanks for dropping by.

The Siakap Stims said...

Jenahak stims aku tak pernah try lagik..Jenahak kari pernah ler..Cik Azzu cuba try ikan tebal pipi masak stims..terduduk beb!!!Layan dengan cili padi jeruk pulak tue..perghhhh!!!! Syurga Dunia!!

Nur -al- Ain said...

kite ambik resepiiiii.. cm best je! tp nk tnye tu untuk bp ekor aym?

Aku A-Z-Z-U said...

nur-al-ain: sila2 amek :D disebabkan ni resepi agak2, so ayamnye pun agak2 je la, ekekeek...kalau pakai drumstik atau kepak je, rasenye boleh la banyak sket, tp kalau sekor ayam tak pasti pulak den! hehe

Nur -al- Ain said...

the recipe are AWESOMEEEEE!

sedap hingga semua puas hati, semua yang dicintai menjilat jari..

thanks bangat!

eheeeee ;)

tapi ain ade campur sos tiram sikit.

tu je ;p

zillion of thankss ;))

Aku A-Z-Z-U said...

nur-al-ain: thanks kerana mencuba!!! (^_^) resepi yg sedap sememangnye elok dikongsi bersame ;P hehe..xape campur sos tiram sket, sbb kasi rasa ada masin2 tiram tu sedap juge!

Norlaili Lott said...

tengah cari resepi BBQ Chicken yg best, tetiba jumpa blog ni... hehe. thanks ya. salam kenalan.

Lavender Rhea Hana said...

dh wat..sedap sgt2..pasni xyh g nandos dah ;) xde daun ketumbar tuh sy ganti ngan daun saderi cz bau cm sama sket..p sedap je :)tenkiu2

Aku A-Z-Z-U said...

miss.leli.lott: timekasey singgah sini :) da try?

cik lavender: thanks for mencubaaa!! ni yg best ni, kasi resepi, ramai yg cube \(^_^) daun ketumbar tu bau lebih kurang cam daun sederi pun, tapi rase dia totally different. daun sup pun xdapat challenge rase daun ketumbar ni, ade kick sket :D hee~