Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Friday, May 11, 2007

Menulis Atau Tidak?

Perlu atau tidak aku menulis blog balik? Banyak kali dah aku pikir pasal benda ni. Dulu-dulu aku menulis sebab aku ada mission. Menulis blog ni umpama mencari jalan untuk menyampaikan mesej tetapi secara tidak direct, halus lagi bersahaja. Dengan harapan "target pembaca" aku tu paham dan mengerti isi hati aku selama ni.

Chewah. Jangan tak tahu aku ada pembaca sasaran! Hehe. Selepas satu jangka waktu aku macam penat nak teruskan. Sia-sia aku kata. Mungkin dah mati harapan time tu, so aku stopped. Sekali-sekala waktu stress aku datang, aku cipta la sajak (kunun). Klepek! aku paste dalam blog. Update la balik, kemudian bisu semula. Nak cipta sajak hari-hari tak dapat la, time tak stress jangan la cipta! Tak jadi ;D

After sometimes, melalui penulisan blog, aku akhirnya mendapat apa yang aku idamkan selama ini. Ketenangan. Kebenaran.
Ketulusan. Kepercayaan. Kesefahaman. Dan akhirnya, ya, kebahagiaan. Dengan tercapainya misi, muktamadlah keputusan aku untuk terus berhenti blogging aje. Blog dah banyak berjasa kepada aku. Dan aku patut meninggalkan blog (?)

Selama ni, aku memang tak cukup disiplin untuk meng-update jurnal. Dari dulu lagi camtu. Diary aku penuh bertulis dari Januari ke Mei, tapi muka-muka belakang semua kosong. Paling kurang pun aku conteng, tulis resepi, lukis fashion baju, tulis lagu, tulis resepi lagi, lagi dan resepi lagi (praktik memasak cuma 4 bulan sekali). Bagus kan? Hehe.

Tapi semenjak bulan Disember tahun lepas, aku rindu nak update blog balik. Banyak nak cerita, tapi tak tahu nak mula. Patut ke aku mula? Dilemma aku dalam membuat keputusan sebegini simple untuk isu sebegini kecil yang berlarutan berbulan-bulan akhirnya mencampakkan aku kembali ke blogspot. Dah macam orang gila talak pula aku ni. Haha.

Ok lah. Sudah. Jadi keputusannya, aku akan kembali menulis blog. Kalau aku mati akal nak mengisi blog ni, maybe aku perlakukan blog ni macam jurnal-jurnal aku juga, sebuah arkib resepi (bagi mereka yang pulun memasak demi mengambil hati yang tersayang), arkib fashion baju (bagi mereka yang agak futuristik dan esentrik) dan arkib lagu-lagu kejiwaan (bagi mereka yang berjiwa halus seperti aku). BWEK~ ;D

4 comments:

Hezrik said...

YEA!!!!!

Aku A-Z-Z-U said...

yes yes! ;)

Mz Choco Latte said...

Yes it's true... blogging is cathartic for me. If not for blogging, someone would have been chopped up in 18 pieces. Really miz u gurl!

Aziya said...

Azzu... kembali menulis on the date of my birthday.. it's that a coincidence ????