Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Monday, May 21, 2007

"Let Me Tell U..."

Jangan salah sangka, aku BUKAN mencuba untuk menulis dalam Bahasa Inggeris kembali dalam post kali ni. No, no....jangan tersilap :D Aku memang dah kurang minat berbahasa Inggeris, sebab aku rasa dengan berbahasa asing aku jadi kurang rapat dengan masyarakat. :|

Haha...Ok ok, ini excuse sambil lewa, memang tak boleh dimaafkan! Aku sebenarnya memang dah tak berminat. End of story. Tapi apa-apa pun, tujuan aku post kali ni memang ada kaitan dengan tajuknya - "Let Me Tell U"

Let Me Tell U beberapa perkara tentang diri aku...

  • "Aku ni kebiasaannya akan diserang migraine yang agak luarbiasa juga sakitnya setiap kali masuk jam 04.30 petang waktu bekerja"

  • "Aku akan selalunya pesan nasi tambah dan lauk lebih dari hari-hari biasa bila awalnya aku berazam cuma nak makan nasi separuh"

  • "Aku selalu teringatkan "Tentang Seseorang" yang dekat dihati aku tu dengan kekerapan setiap minit at least sekali"

  • And finally..."Aku ada mencipta sebuah lagu bertajuk "Let Me Tell U A Story" untuk diperdengarkan kepada kau orang semua"
Hehehe....cerita panjang-panjang sebenarnya nak beritahu yang itu aje, yang aku ade mencipta sebuah lagu kunun-kunun terinspirasikan dari Bjork. Huuheee ;"> Sila la dengar ya? Jangan kutuk suara aku yang penyek tu lebih-lebih. Komen la pedas-pedas kalau berani. Aku tumbok perut kang ;P



Vokal, Lagu dan Lirik: Azzu
Susunan Muzik: Erik

Terima kasih banyak-banyak untuk Erik ;D Kalau tak kerana dia yang rajin nak rekod tengah-tengah malam buta (kat studio ofis dia pula tu!), nak susun, nak edit semua ni tak tercapailah cita-cita aku nak merealisasikan lagu eksperimen main-main ni, hehe. Dengan aku kepenatan menunggu dia selesai nak susun dan edit tu semua, sampai aku tertidur-tidur atas lantai! Memang seronok ;D Tengs Sayang for all the effort ;* Mwa! Mwa!

Monday, May 14, 2007

Soal Duit Dan Segala Hal Mak-Nenek Dunia

Aku ada mimpi. Mimpi indah yang aku siap susun kemas-kemas. Kalau nak aku bentangkan boleh aje. Dah macam business proposal lengkap. Terus-terang aku nyatakan di sini yang kadang-kadang aku taksub benar dengan mimpi aku ni. Seolah-olah bukan mimpi. Memang mengasyikkan bermimpi di waktu aku mampu tetapi tidak layak bermimpi. Di waktu aku tidak dapat mengisi perut dengan makanan fast food cuma untuk sekali dalam sebulan. Di waktu aku tak keluar berfoya-foya sehingga lewat, juga cuma untuk sekali dalam sebulan. Di waktu aku tak berbelanja beli kasut serta baju dan seluar dalam, juga cuma untuk sekali dalam sebulan. Dalam erti kata lain; dalam waktu aku ketiadaan duit untuk menghadiahkan diri aku sendiri atas penat lelah bekerja hanya sekurang-kurangnya untuk sekali dalam sebulan. SEKALI, dalam sebulan.

Bermimpi umpama pintu exit buat aku. Pintu untuk aku escape dari realiti kehidupan yang amat susah dan payah di tengah bulan. Orang-orang tak nampak dan orang-orang tak tahu ini semua. Aku berpangkat manager di sebuah syarikat IT. Syarikat yang tak putus-putus masuk projek gomen. Gaji mesti riban-riban. Bontot korang la. *Sigh* Tapi aku bersyukur juga, sebab nasib aku masih dikira baik. Masih ada yang jauh lagi susah dari aku di luar sana (Ini ayat basi yang 100% benar).

Duit, duit, duit. Punca segala syaitan yang keluar dalam diri orang-orang yang asalnya cuma manusia seperti aku dan kau. Duit yang mampu menyelamat dan juga mampu membinasa. Macam lah semuanya salah duit. Jangan silap sangka, aku tak
menulis dengan marah hari ini, tapi sebaliknya. Aku menulis dengan penuh cinta. Dua tiga hari ni jenuh aku menangis, semua gara-gara duit. Selalunya selepas puas menangis aku akan bermimpi. Cepat-cepat aku akan berlari menuju ke pintu exit, reaksi normal sepertimana seorang perokok dengan sahabat baiknya.

Aku mimpikan hidup mewah, memberikan persekolahan dan pelajaran yang paling baik untuk adik-adik aku, menghulurkan wang belanja yang lebih dari mencukupi untuk kedua ayah dan mama aku untuk berhenti bekerja, berehat dan bercuti keliling Malaysia every month, membangunkan dana untuk ibu-ibu tunggal serta anak-anak mangsa dera yang tak pernah menerima kasih sayang dari ibubapa sebagaimana yang aku terima sepanjang 33 tahun, 3 bulan dan 9 hari aku bernyawa di dunia ini, membangunkan empayar rangkaian fast food aku sendiri, dan akhirnya mempunyai label pakaian yang cukup tersohor di pentas-pentas peragaan Paris, Italy dan New York. Mimpi-mimpi dunia yang indah...

Semua mimpi ini tercetus hanya dari seorang manusia. Seorang manusia yang paling dekat dengan hati aku. Idola aku. Hero aku. AYAH. Ayah, Azzu tak sanggup tengok ayah susah! ;'( Aku berlari balik ke pintu exit, kali ini dengan tambahan sebuah lagi mimpi iaitu agar semua mimpi yang aku impikan sebelumnya akan jadi kenyataan suatu hari nanti. InsyaAllah...

Friday, May 11, 2007

Menulis Atau Tidak?

Perlu atau tidak aku menulis blog balik? Banyak kali dah aku pikir pasal benda ni. Dulu-dulu aku menulis sebab aku ada mission. Menulis blog ni umpama mencari jalan untuk menyampaikan mesej tetapi secara tidak direct, halus lagi bersahaja. Dengan harapan "target pembaca" aku tu paham dan mengerti isi hati aku selama ni.

Chewah. Jangan tak tahu aku ada pembaca sasaran! Hehe. Selepas satu jangka waktu aku macam penat nak teruskan. Sia-sia aku kata. Mungkin dah mati harapan time tu, so aku stopped. Sekali-sekala waktu stress aku datang, aku cipta la sajak (kunun). Klepek! aku paste dalam blog. Update la balik, kemudian bisu semula. Nak cipta sajak hari-hari tak dapat la, time tak stress jangan la cipta! Tak jadi ;D

After sometimes, melalui penulisan blog, aku akhirnya mendapat apa yang aku idamkan selama ini. Ketenangan. Kebenaran.
Ketulusan. Kepercayaan. Kesefahaman. Dan akhirnya, ya, kebahagiaan. Dengan tercapainya misi, muktamadlah keputusan aku untuk terus berhenti blogging aje. Blog dah banyak berjasa kepada aku. Dan aku patut meninggalkan blog (?)

Selama ni, aku memang tak cukup disiplin untuk meng-update jurnal. Dari dulu lagi camtu. Diary aku penuh bertulis dari Januari ke Mei, tapi muka-muka belakang semua kosong. Paling kurang pun aku conteng, tulis resepi, lukis fashion baju, tulis lagu, tulis resepi lagi, lagi dan resepi lagi (praktik memasak cuma 4 bulan sekali). Bagus kan? Hehe.

Tapi semenjak bulan Disember tahun lepas, aku rindu nak update blog balik. Banyak nak cerita, tapi tak tahu nak mula. Patut ke aku mula? Dilemma aku dalam membuat keputusan sebegini simple untuk isu sebegini kecil yang berlarutan berbulan-bulan akhirnya mencampakkan aku kembali ke blogspot. Dah macam orang gila talak pula aku ni. Haha.

Ok lah. Sudah. Jadi keputusannya, aku akan kembali menulis blog. Kalau aku mati akal nak mengisi blog ni, maybe aku perlakukan blog ni macam jurnal-jurnal aku juga, sebuah arkib resepi (bagi mereka yang pulun memasak demi mengambil hati yang tersayang), arkib fashion baju (bagi mereka yang agak futuristik dan esentrik) dan arkib lagu-lagu kejiwaan (bagi mereka yang berjiwa halus seperti aku). BWEK~ ;D