Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Monday, January 12, 2009

Parut Sebuah Luka...

Eceh, tajuk entri macam nak syahdu je... Bagi orang-orang yang tahu aku berstatus 'tunangan orang' mesti ada yang melatah ni. Hah? Gaduh ke kau orang ni? Ada masalah ke Zu? (*nama separa feminin). Sebenarnya tak ada kaitan dengan jiwa luka pun. Kalau dalam ranking 1-10 orang paling bahagia di dunia sekarang ni, aku rasa aku nombor 1 lah. Confident babe :D keke. (I love U Cinta!)

By the way, sebenarnya aku nak cerita pasal sebuah parut lama di muka aku. To be exact, di bahagian atas dahi aku. Pagi tadi sebelum masuk tidur (sebab aku baru lepas buat tender di ofis, dan habis pukul 6.30 pagi) aku sikat-sikat lah rambut dulu. Aku ni memang suka melawa kalau nak masuk tidur! Tak tahu kenapa, dah macam habit. Tapi alhamdulillah lah sebab setakat ni tak ada pulak aku bermekap-mekap nak ke jamban. (*pftt wateva)

Nak dijadikan cerita, masa aku sibak-sibak rambut aku, aku terperasankan parut panjang di bahagian dahi atas yang ditutupi anak rambut. Kalau kau orang nak tahu, bentuk dia sebiji macam kilat. Huiyo..adakah aku jelmaan Harry Potter dalam bentuk wanita? Keke. Aku teringat lagi macam mana aku dapat parut ni di dahi....pling pling pling...(*bunyi efek flashback)

Ni semua gara-gara berebut tong Glucose kosong dengan anak jiran. Tong tu aku jumpa depan rumah, aku ingat nak guna untuk lilit benang layang-layang. Sekali si budak gangster sebelah rumah ni pun terpa nak ambil tong tu juga. Main tarik-tarik tong la kami. Dia yang lastly dapat, tapi agaknya sebab geram berebut-berebut lama dengan aku diketuknya dahi aku sekuat-kuat hati dengan tong tu.

...dan darah pun turun mencurah-curah. Mak aku kata keadaan aku pada waktu itu sungguh gore sekali. Aku kena tujuh (7) jahitan (lucky number ni, keke). Mak aku kata, masa doktor nak jahit luka aku tu, dua kali muka beliau kena terajang dengan aku. Dan mak aku bilang lagi, ada empat (4) orang dewasa memegang aku. Time tu umur aku lima (5) tahun. Bila diingatkan kembali, aku rasa scene rasuk dalam cerita The Exorcist mungkin mendapat insiprasi dari aku la kot.

Dan sekarang bila tengok parut luka tu, aku mesti rasa bangga semacam sebab aku berjaya menerajang seorang doktor lelaki dewasa. Heeee :D



Kau orang pernah ke? (*eksyen pulak)

10 comments:

Hezrik said...

sy plak ade parut ditangan, mcm mane sy dpt parut nie, sy pun xingat, tp sure gaduh punye kot, yg sy ingat, parut nie adalah hasil tikaman dgn menggunakan pensel dan org yg melakukannya adalah bernama Tambi Raj, dey tambeeeiii...i miss u...ehehe

the artist and i said...

hello!

lama jugak menyepi!

yada said...

hi azzu.. :)

sempoi gile parut u..

hehe

Aziya said...

aku ada parut 14 jahitan di tangan dan dua "point" bekas skru.. akibat jatuh bukit ketika main beskal BMX umur 6 tahun. Tepat pada hari jari aku.. Tinggal di hospital 2 bulan.. sekarang nie pun tgn. aku masih bengkok.. kalau ikutkan doktor diorang nak potong tgn. aku pasal paksi tulang siku tak boleh sambung... bila hantar hospital lain.. siku aku di skru untuk memperbetulkan paksi siku tersebut.

p/s: Skema ayat ;p

Aku A-Z-Z-U said...

to hezrik:
sy suke parut di tangan itu, sesukenye sy pada tuan punya parut ;*

to miss weed:
sibuk gile miss weed, dgn bersedia nak kawen lagi, hehe. psst, kawen mesti best kan? ;)

to nurulhuda:
nurul, addlah daku utk mengakses blogmu. chewah :D

to aziya:
mak ai..certain doctors ni kan, melampau. mudah2 aje buat keputusan nak potong tangan anak org. isk isk isk. aziya, ngeri aku baca kisah kau.

jazrul said...

saya kudung jari sebab kamalangan

web design

Aku A-Z-Z-U said...

to jazrul:
adui..sebbaik tak potong tangan trus. kemalangan jalanraya ke, kemalangan sewaktu bertugas tu agaknye ye..huhu

jazrul said...

kemalangan jalan raya
malaysia web design

abg said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

langkah keselamatan perlu di ambil kira lebih teperinci

pinjaman wang,pinjaman segera,pinjaman cepat