Apa jadi bila tikus membaiki labu? Labu jahanam. Apa pula jadi kalau tikus membaiki keju? Keju selamat. Selamat dalam perut (entah apa-apa, tak relevan lansung). Hehe :D Aku sebenarnya nak bercerita tentang salah satu perangai aku yang kadang-kadang tak ubah macam hobi sampingan. Aku suka membaiki barang. Memang dari aku budak-budak lagi. Terutamanya barang elektrik. Dulu-dulu kalau mama ayah aku tiada di rumah, tangan aku mulalah gatal nak buka-buka benda. Kadang-kadang habis aku togelkan radio poket. Aku buka bahagian pemain kaset. Aku jenguk-jenguk belakang TV. Aku memang suka menjahanamkan barang bak kata mama aku. Heee ;">
Ada sekali, mama ayah aku tiada di rumah. Aku pula sedang bercuti sekolah (masa tu darjah 6). Aku bosan. Nak keluar, aku bukan jenis suka keluar rumah. Memang macam tikus. Memerap je dalam bilik. Dara pingitan lah katakan (uwekkkkkkkkk!) :P Hehe. Tiba-tiba aku teringat. Hi-fi Panasonic ayah aku dah tak berbunyi. Hi-fi tu masa beli mahal wooo. Awal 80-an kalau beli hi-fi 2 ribu lebih kira memang sound paling mantap lah. Kalau tak silap aku PMPO dia 1500W je. Tapi time tu, kira paling bergema lah. Satu kampung boleh gegar, haha :D Siap dengan tuner, equalizer, pemain kaset dan turntable. Ya, turntable! Panasonic turntable memang terbaik lah! Olskul gila.
So, ceritanya, hi-fi ni terduduk lah dalam stor. Hidup tak hidup, mati tak mati. Nak hantar Panasonic Service Centre (di Ipoh) boleh dapat lagi seketul hi-fi baru kos pembaikannya. Dengan perjalanan dari Teluk Intan ke Ipoh yang di kira tersia-sia (sebab lastly tak jadi nak repair), maka di stor lah tempatnya hi-fi tu. Aku jenguk dalam stor. Aku seret kabinet hi-fi ke ruang tamu. Aku godeh-godeh, tak perasan dalam setengah jam kemudian mama ayah aku dah balik. Terus aku kena jerkah. "Apa lah suka sangat nak menjahanamkan barang ni?". "Tapi barang ni memang dah jahanam pun Ma!". "Kamu usik-usik tu lagilah jahanam! Kang nak hantar repair pun orang tak nak buat!".
Aku merajuk kena marah. Aku pasang balik parts hi-fi satu-satu. Kemudian aku tolak kabinet hi-fi dekat plak soket. Aku ON (sengaja nak test sebab tak puas hati). Haha! Menyanyi pulak hi-fi ni! Miraculously hi-fi tersebut baik. Semua boleh pakai. Tuner OK. Equalizer OK. Pemain kaset OK. Turntable OK. Yeay!! Semenjak dari hari tu aku makin suka menggodeh-godeh benda ni. Tak kira lah apa pun. TV aku buka. Peti ais aku buka. Mesin basuh aku buka. Pam jamban pun aku dah expert tau! ;) Even sewaktu menunggu keputusan SPM, aku bekerja part-time di kedai elektrik. Di situ aku belajar banyak parkara pasal barang-barang elektrik. Aku belajar pasal fius, pasal motor/engine, pasal basic wiring. Sampaikan taukeh kedai (Mr Ong) tu ambil aku jadi anak angkat dia! Sayang betul dia kat aku. Dia cakap kat ayah aku: "U punya anak pelempuan talented (sambil tunjuk thumbs up). Suma boleh bikin. Talak macam olang pelempuan. Kasi I manyak ong!"
Dan sewaktu lepasan matrik, aku berhajat besar nak dapat course Electrical Engineering. Tapi sedih sungguh! Aku tak dapat! Keputusan ujian Matematik aku baik. Keputusan ujian Fizik aku cemerlang. Tapi impian aku tersekat semata-mata pada zaman aku di Uni, kuota Electrical Engineering untuk pelajar perempuan adalah TERHAD :( Alasan paling tak munasabah aku pernah dengar. Dan akhirnya aku dapat pilihan kedua iaitu Sains Komputer. Jadilah. Sains Komputer best juga :D..Semasa di Uni, kawan-kawan memang dah arif dengan perangai aku. Ada juga yang suruh aku baiki itu ini.
Pada hari ni dan dengan keajaiban Internet, aku makin suka mencari maklumat-maklumat tentang "membaiki" ni. Dari maklumat tentang enjin kereta, CPU, seterika, cerek, dapur gas, lampu kalimantang, kotak suis, sehinggalah kepada sekecil-kecil benda seperti paip air tersumbat, singki bocor, tandas tak mau pam, hehe :D Dan dalam minggu ni tiba-tiba mesin basuh di rumah rosak pula. Bila isi air, asyik keluar saja. Lansung tak bertakung! Ini mesti hal kecil. So aku cari-cari di Internet. Aku google: "air mesin basuh tak henti mengalir keluar".
Kau orang tau apa yang aku jumpa? Satu situs pun tiada bercerita tentang mesin basuh! Yang aku banyak jumpa: "hanya air mata yang semakin lebat mengalir", "dia citer sampai mengalir air mata", "mengalir air jernih laksana sungai kasih".....haih, blog berbahasa melayu memang banyak yang mengecewakan! Kalau aku google: "washer keeps draining" banyak betul maklumat yang aku dapat. Terjawab semua pertanyaan aku. Tapi ada juga aku terjumpa situs bahasa melayu yang AGAK berkaitan tapi tiada penerangan. Ini header nya:
"MEMBAIKI PERALATAN ELEKTRONIK TV, MONITOR, KOMPUTER DAN MESIN MASUH"
Mesin MASUH?
Hahahahaha :D Apa-apa lah Labu!!