Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Thursday, September 06, 2007

Mencari Yang Tidak Dijumpai

Aku harap belum terlewat. Aku doa masih ada harapan. Aku terlihat poster kehilangan Nurin Jazlin Jazimin sewaktu membeli kueytiaw tomyam di Gerai Rambo Seksyen 2. Aku tenung poster lama-lama. Aku kesal. Kesal sebab kes kehilangan kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Kesal sebab manusia-manusia semakin jahat. Aku terbayang wajah adik-adik aku, adik-adik kepada sahabat-sahabat aku, anak-anak jiran aku. Aku takut! Minta dijauhkan dari sebarang kecelakaan ya Allah!

Pada mulanya aku percaya yang adik Nurin akan dijumpai dalam waktu terdekat. Kini dah masuk 16 hari. Aku susah hati, keluarga dia apatah lagi. Kesian ibubapa dia. Tak dapat aku bayangkan sengsara mereka menerima dugaan Allah. Kepada Encik Jazimin sekeluarga, diharap bersabar dan redha yang semuanya ini terjadi dan akan berakhir dengan izin Allah...Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik.

Walaupun ini bukan ruang blog pertama yang menguar-uarkan tentang kehilangan adik Nurin, tapi aku berharap sedikit sebanyak memberi exposure kepada kes tersebut. Banyak maklumat selanjutnya boleh didapati di sini. Kepada sesiapa yang berkemungkinan terlihat adik Nurin, bolehlah menghubungi: 019 - 366 7067 (JAZIMIN) / 013 – 248 6651 (YAN).


Doa Dikurniakan Rahmat & Petunjuk Allah:

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau gelincirkan hati-hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah bagi kami rahmat daripada-Mu, Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan!" Amin....

4 comments:

tumpanglalu said...

kehilangan kanak-kanak yakni nurin adalah amat menyedihkan. mcm azzu kata, diri sendri terasa susah hati, apatah lagi keluarganya. namun lebih memilukan bg aku adalah nurin menanggung sakit buah pinggang dan darah tinggi. hmm kita sama2 doakan nurin bejaya ditemui dan selamat tanpa sebarang kecederaan fizikal mahupun mental..

Aku A-Z-Z-U said...

betol tu tumpanglalu. maknanya sudah 16hari nurin x mengambil sebarang medication. lebih sedih ada yg sms parents dia: "anak awak dah mati".

kenapa la sampai macam tu sekali org tu nak menambahkan derita org lain. x paham betol manusia macam ni...

MamaFaMi said...

Mama pun sedih je baca tentang adik Nurin ni. Harap dia ditemui dalam jangka masa terdekat. Dan harap keluarganya tetap bersabar dengan kerenah manusia-manusia yang tidak bersimpati ini. Tak semua manusia perfect, ada yang membuat kesilapan, tapi janganlah dihukum tatkala hati mereka sedang gundah gulana dek kehilangan anak tersayang. Tambahan pula, anak itu tidak sihat. Sungguh menyedihkan!
p/s : Mama amat berbesar hati kiranya Azzu sudi berkongsi resipi dengan kami dan terima kasih kerana sudi ke fotopage mama itu ye...

Aku A-Z-Z-U said...

thanx mama. nanti senang2 azzu passkan :) thanx berkunjung ke blog azzu *hugs*