Thursday, September 20, 2007

Aku Tak Percaya

Panggil aku degil, paranoid, apa saja. Lantak kau orang. Aku terima. Tapi kalau kau orang mahu sumbatkan kepada aku berita bahawa gadis kecil yang dijumpai dalam beg itu ialah adik Nurin; mahu aku mengiyakan apa yang kau orang iyakan....Aku minta maaf. I WILL NOT accept that! Mungkin sampai bila-bila. Pendek kata, sampai Nurin dijumpai kembali.

Bagi seseorang yang semakin mempercayai kebesaran dan kekuasaan Allah melalui banyak penemuan sains, aku tidak menidakkan ketepatan ujian DNA. Tidak sama sekali. Ujian mungkin tepat, tapi kita harus ingat, laporan ujian mungkin TIDAK. Jangan salah faham. Aku bukan menuduh bahawa pakar-pakar ujian DNA dan bukan juga menghentam pihak berkuasa Malaysia menyeleweng. Ada kemungkinan besar it's human error. Tapi....itulah. Anything's possible! Untuk kes ini, terlalu banyak perkara yang menjadi tanda tanya pada aku. Terlalu banyak persoalannya...

Dalam hati aku berfikir, takkan lah mak ayah tak kenal anak sendiri? Selama 8 tahun mereka membesarkan Nurin, takkan lah dengan secara magisnya mereka terlupa muka Nurin sewaktu pengecaman mayat. That's bullshit! Aku bertanya kepada diri aku sendiri samaada mak dan ayah aku mungkinkah tidak dapat mengenali muka aku jika aku ditempat Nurin. Jawapannya: TIDAK MUNGKIN. Unless kalau muka aku telah dirosakkan secara semulajadi (pereputan) atau perbuatan (dibakar atau dibelah sebagai contohnya). Tapi dalam kes ini, TIADA, dan mayat tersebut mati hanya dalam masa lebih kurang 6jam.

Ada seorang teman berkata: "Kadang-kadang perkara macam ni boleh jadi bila mak ayah dia tak mahu terima hakikat. So secara tak lansung mereka kata itu bukan anak mereka". Ya, ada juga betulnya tu, tapi agak aneh bukan kalau kedua-duanya menipu diri sendiri dan pihak berkuasa pada masa yang sama? Pengecaman mayat dilakukan oleh mereka secara bersama. Sekiranya ayah nya yang buat pengecaman, kemudian giliran mak nya pula, ada kemungkinan kata-kata teman aku itu benar. Tapi dalam kes ini tidak mungkin. Dan mereka keluar dari bilik mayat dengan perasaan yang amat-amat bersyukur dan berdoa. Takkan itu lakonan juga? Fikirkan.

Tiada tanda BCG? Kenapa fakta ini diketepikan? Bolehkah mayat yang telah dibiarkan selama lebih 6jam tiba-tiba "hilang" tanda BCG nya? Is it possible? Very unlikely. Tapi kalau ada siapa-siapa yang arif tentang ini, silalah kongsi maklumat bersama-sama. Bagaimana pula dengan susunan gigi? Susunan gigi mayat tidak pula diuji, sedangkan kajian dental features adalah salah satu bahagian dalam sains forensik! Sungguh PELIK. Ayah Nurin sendiri berkata bahawa susunan gigi mayat secara jelas memang tidak menepati Nurin.

And then we got the DNA test, wham! bham!
Mari kita tutup kes cepat-cepat!! Maknanya, sekarang ni kita tutup kes pencarian Nurin dan cari pembunuh "Nurin" yang "dijumpai" tersebut? Begitu? Aku sangat-sangat tidak puas hati. Aku berharap ujian DNA dilakukan sekali lagi oleh pihak yang berlainan pula. Bukan membuat sebarang pertuduhan di sini. Jangan cepat melatah. Manusia tidak ada yang sempurna. Period.

Dengar berita hari ini, katanya pengesahan DNA dan siasatan suntikan BCG akan disiasat selanjutnya untuk mengesahkan lagi bahawa mayat itu mayat adik Nurin, tapi sementara belum benar-benar sah dan selesai ni, pihak-pihak akhbar dan penyiaran boleh lah mewar-warkan berita ini dengan penuh sensasi. Dan aku cukup-cukup sedih dengan keadaan mak ayah Nurin sekarang menerima berita-berita yang belum disahkan dan disiasat secara habis-habisan. Masing-masing mahu menyiarkan berita paling terkini, masing-masing mahu paling update. Ketepikan sahaja perasaan mak ayah Nurin!! Media massa, kadang-kadang kau orang memang BANGSAT.

9 comments:

tumpanglalu said...

Siti Syazwani, 9 ditemui mati 100 meter dari rumahnya - dirogol dan dibunuh oleh seorang pekerja asing Indonesia. Mayatnya di temui mati dalam parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung, tersembam ke dalam parit sedalam 2 meter.

Nurul Huda Abd Ghani, murid Tahun 4 yang dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelaki di Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004.

Bulan yang sama, Haserawati Saridi, 10 - dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Menggatal, Sabah.

6 November 2002 Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2 - diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel pada jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

Dua remaja berusia 19 tahun pula telah merogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga terkeluar usus ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Maluri, Kepong 13 Ogos 2001.

23 Oktober 2000, Nur Shuhada, 6 ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman 3 tingkat jenis town house di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.



ini antara kes2 lepas. sumber yg aku kutip dr blog faizal tehrani. masa memula aku dgr crita nurin diculik, aku sedih. aku antara jutaan penduduk malaysia yg sedih akan situasi tersebut. tempoh nurin hilang agak lama maka pelbagai berita sensasi terpapar di media. akhirnya berita nurin ditemui, tidak bernyawa dlm keadaan yg ckup terseksa menambah lg sedih.

dlm masa yg sama media mula menyampaikan kronologi kes2 kanak2 diculik, dirogol, didera, dibunuh dan sbgnya di malaysia. aku terus terkedu. iya aku sedar akan kes2 ni. aku ada membacanya lama dlu. aku ckup sedih tp apa aku bole buat, cuma bersimpati dan berdoa kehadrat Ilahi. namun aku mula berfikir sdikit dalam..

mengapa kes nurin menjadi isu yg sgt besar tatkala ini sedangkn kes2 yg hampir sama melibatkan kanak2 sedikit masa dulu berlalu begitu saja yg mana umum sedih, umum marah tp, setakat tu saja! tp dlm kes nurin, smpikan PM benar2 beri kenyataan dlm media yg dia sedih dan marah serta mahu polis lipat gandakan usaha tangkap penjenayah terbabit. smpikan polis benar2 kritis dlm berbincang samada mahu menyaman keluarga nurin sekiranya terdpt unsur2 kecuaian. smpikan seluruh malaysia gempa sedih dan marah dgn kes nurin. kenapa? ya kenapa smpi mcm ni skali? kenapa kes2 dahulu tidak mendpt perhatian sehebat spt kes nurin? apa bezanya kes nurin dgn kes2 yg lepas?

aku kedu. aku keliru. aku mula sedih lain dr kebiasaan memikirkan kes2 yg lepas tersebut dan juga kaitannya dgn kes nurin..

kenapa ya azzu? kenapa byk persoalan timbul?

bkn aku pro sesapa juga bkn aku anti sesapa. jgn salah phm ya. aku cuma memikirkan permasalahan epidemik umum di malaysia skang yg mana aku sendri tidak terkecuali di dlmnya. lanjutan azzu dah buat posting ni, aku lebarkan lg..

tumpanglalu said...

owh aku soal diri ni. ya aku sendri tidak terkecuali di dlmnya..

aziya said...

Nurin sebenarnya berpenyakit kronik... Kebarangkalian anak kecil itu meninggal sebelum ditemui adalah tinggi. Mungkin disebabkan penyakitnya. Tentunya media terus mendapatkan apa sahaja berita terbaru ttg kehingan Nurin masa itu.

Menyiarkan kronologi pemerkosaan dan pembunuhan mmg sudah biasa.. Bukan setakat di malaysia sahaja. namun dalam kes Nurin nie aku rasa tidak adil jika keluarga Nurin disaman. Sudah jatuh ditimpa tangga. Bagi aku semua manusia cuai, tiada yg akan sempurna. Cuma it's unfortunate Nurin diculik ketika dia berkunjung ke pasar.

Ada pengajaran juga mereka buat begitu.. ia mengingatkan kita bahawa ada dikalangan umat manusia ini sudah kembali ke zaman jahiliyah. Kerana zaman itu penuh dgn. penindasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Astagfirullah...

Azzu said...

to tumpanglalu:

itulah...nurin bukan kes pertama. dah banyak kes. ramai juge yg tanye azzu benda ni, kenape kes nurin kali ni bukan main besar lagi perhatiannya, sedangkan kes2 dulu xpula macam ni?

pade pendapat azzu (ini hanya pendapat), perkara ni jadi mungkin kerana masyarakat kite sudah rasa kadar jenayah melibatkan kanak2 terlalu membimbangkan, makanya untuk kes kali ini semua pihak yang terlibat maupun tidak terlibat turut campurtangan membantu mencari nurin, dr pihak polis ke RHB.

alangkah bagusnye kalau dr dulu kite dah mula pupuk masyarakat penyayang macam ni (kempen dah lame mula dah). mungkin sesetengah pihak (azzu juga tak terkecuali) baru sedar ttg betapa kroniknya tahap kadar jenayah melibatkan kanak2 dinegara sekangkang kera seperti malaysia ni. tapi azzu percaye, seperti kes2 lainnya, perhatian terhadap satu2 kes adalah cuma satu fasa.

meaning: lepas bbrp minggu, maybe bulan, maybe tahun...name nurin hanya kita ingati dan sebut bile terjadi lagi kes baru (nau'zubillah), dan pada waktu tu, perhatian pada nurin tiada bezanya dengan nama siti syazwani, nurul huda, haserawati, siti nurliyana dan nama2 lain yg tidak tersebut pun selama ni...jadi apelah gunenya stakat perhatian semata2 kalau kite tak do something abt it.

kita harus belajar, ambil iktibar dr kes2 lepas. ibubapa nak tak nak harus lebih peka, agar perkara macam ni xjadi kat anak2 mereka (tp kdg2 anak dlm rumah pon org boleh kidnap, kan?). dan lagi satu, undang2. undang2 berkaitan pesalah jenayah terhadap kanak2 harus digubal kembali.

azzu cadangkan pesalah jenayah terhadap kanak2 ni harus dipenjara seumur hidup (sbb tiada yg lebih mental dr binatang2 seperti mereka) dan sepanjang dipenjara mereka harus dihukum sebat 2 kali dalam sebulan bagi tiap2 bulan (sehingga akhir nyawa) mereka dipenjara. biarkan samaada mereka mati tua di penjara atau mati kerana seksa sebat. jgn dihukun gantung, that's too easy for them. benar, semua org deserves peluang kedua. tp, persoalannya adakah kita sanggup membenarkan mereka membuat kesalahan utk kali kedua? pada azzu: TIDAK.

Azzu said...

to aziya:

penyakit kronik nurin...ya. satu lagi fakta yg azzu terlupe sebot bhw kanak2 yg dijumpai itu bukan nurin. autopsi samaada mayat yg dijumpai mempunyai sakit buah pinggang juga tidak dilakukan...pelik btol..

anyway dah memang dasar pihak media, they're having a field day dgn kes adek nurin. sold out! sold out! fuck them. slama ni azzu slalu cakap: "yg paling menyedihkan ttg kematian, bukanlah ttg mereka yg 'pergi', tp mereka yg 'tinggal'". dlm kes ni, yg 'tinggal' mula dipersoalkan atas kecuaian. ade kas nak saman plak. wtf?! azzu stuju dgn aziya bhw menyaman keluarga nurin adalah tidak adil, tidak bertimbang rasa, dan tidak akan mengurangkan kadar ibubapa yg so-called "cuai".

apa yg terjadi pd mereka xkan mungkin kita dpt rasai. apalagi bagi kita yg xpernah jadi ibubapa. "kalau nak anak2 selamat, jgn benarkan mereka keluar malam, jgn keluar sorang2". itu easier said than done. tanya diri kite sendri yg pernah jadi kanak2 dulu. brapa kali kite ingkar kata2 ibubapa kite? jangan keluar! tp malam baru kite balek..."mak nak gi umah halim jap! (anak jiran seblah)", tp kite pegi maen kombat2 kat padang sekolah. takkan mungkin ibubapa kite dpt mengawasi kite slame 24jam.

spt ramai ibubapa lain, mak ayah azzu percaye bahawa dgn membesarkan anak2 utk kadangkala bebas bermain, bercampur dgn kanak2 lain, adalah sesuatu yg healthy. dlm proses membesar anak2, to let them socialize (in a healthy way) is to stimulate their minds, rather than mengawal mereka dirumah, maen games atau internet (yg lebih byk sumber2 xsehat: porn, violance dsb nya).

pd pendapat azzu, tanggungjawab ibubapa selain dr menyekolah dan memberi anak2 makan minum selagi belum mampu mencari rezki sendri is to allow anak2 mereka untuk dgn sendirinye membentuk personaliti diri dr apa yg dipelajari dr sekeliling mereka, dan pada masa yg same membantu dan berkongsi masalah anak2. maka, cukup lengkaplah ape yg diberikan kepada nurin selama ini oleh kedua ibubapanya, dan sekali lagi azzu mmg cukup xstuju kalau mereka akan disaman atas sebab membesarkan anak2 secara sihat. absurd!

apa yg penting ialah kita tgk dlm diri kite sendri. apa yg patut kite lakukan? yang pasti: "tangkap the beast", and sudah semestinya BUKAN berkata "you deserves it" kepada ibubapa nurin! that's so, so INHUMAN.

p/s: thanx aziya for the insight!~ komen azzu dah macam post baru plak :P

Azzu said...

btw, kat komen kepada tumpanglalu tu azzu ade sebot ibubapa harus jadi lebih peka. peka, ya, tp bukan dengan cara mengawal ketat anak2. ada banyak cara utk menyampaikan apa yg kita "fear" kepada anak2 kita. tell them. inform them. explain to them. educate them. itu peka.

Anonymous said...

amboi buke pose kat ner tu cam best je tmpat tuh kat ner tu azzu?

http://kontan.fotopages.com

Nazrina Ahmad said...

azzu! thenkiyu. hehe. nana selalu bace blog azzu ni. tp malu laa nk komen2. rasa mcm azzu tak ingat nana dh! haha.
!

ananimos said...

akak bile nak update blog nie? sangap la camnie...