Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Monday, August 27, 2007

Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Kalau lihat topik kali ni macam bagus aje. Macam nak bersyarah panjang aje bunyinya. Haha ;D Aku tak akan menulis tentang sesuatu yang aku pun masih HIJAU untuk perkatakan, dan bukan juga nak kata yang post kali ini menunjukkan betapa bagusnya aku tentang apa yang ingin diperkatakan. Faham? Seingat aku, ini mungkin kali pertama aku mencurahkan perasaan tak puas hati aku dengan perangai sesetengah manusia yang suka ambil remeh tentang kepentingan "PENGETAHUAN", pertama kali aku menulis dengan nada merungut so to say.

Mari aku ceritakan sebuah senario di stesen LRT KLCC. Aku sedang berbaris menunggu tren pada pukul 6.30petang dan kerana sudah terbiasa berbaris panjang pada waktu tersebut, aku hanya bersandar malas di dinding sambil mendengar perbualan-perbualan di sekeliling secara acuh tak acuh. Entah kenapa hari tu aku malas melayan iPod. Tiba-tiba berbaris di belakang aku dua orang gadis yang cantik, seksi, bijak bergaya. Gadis-gadis idaman jejaka metroseksual. Gadis-gadis metropolitan. Aku namakan mereka si "A" dan "B". Mereka berbual rancak tentang hal-hal yang berlaku dalam pejabat dan tentang lelaki handsome yang ini dan lelaki handsome yang itu. Sebelum itu ingin aku tekankan di sini bahawa perbualan mereka berdua dilepaskan dalam suara yang lantang dan yakin.

A: "Kau tau tak, tadi aku dapat emel berantai! Apa tu orang putih kata?...Ah, Junk Email!"
(Aku yang terdengar, berkata dalam hati: "Junk email ke Chain Email?")

B: "Oh, pasal apa?"

A: "Ada la pasal sebuah lukisan Da Vinci ni...Lukisan gambar perempuan yang famous tu. Apa namanya..? Hah, Madonna!" <- dengan lantang dan yakin.
(Aku berkata dalam hati: "Isk...Monalisa la bangang! Dah la kau cakap kuat-kuat!")

B: "Ooo..tau tau"
(Aku nyaris tepuk dahi, sambil berkata dalam hati: "Kau tau ke buat-buat tau?!")

A: "Dalam lukisan tu ada diagram kecil kat bawah. Aku sekali tengok, aku dah pasti ni mesti emel nak berdakwah tentang Jesus Christ. Ini semua dakyah orang Jew! Kau tau orang Jew?...alaaa..apa namanya dalam Bahasa Melayu tu.."

(B terus memotong)
B: "Ju (Jew)? Juvana?"
(MasyaAllah! Nak terkentut aku tahan gelak masa tu. "Bodoh!!Yahudi la bodoh!" Aku cakap dalam hati)

A: "Bukan Juvana! (dengan nada sedikit marah). Hah, Jew tu orang Israel!"
("Bukan semua orang Israel tu Yahudi cik kak,
alahai...awat la hang bangang sangat" aku cakap dalam hati lagi)

(Selepas perbualan tu aku namakan A sebagai "Ju" dan B sebagai "Juvana")

Ju: "Emel tu mention, kalau tak forward nanti ditimpa bala! Macam Prime Minister Mexico tu, anak lelaki dia mati sebab PM ni tak forward emel berantai ni. Tapi tak kan la aku nak forward kalau terang-terang emel ni berdakwah pasal Christianity, kan? Lain la kalau pasal Islam, sure aku dah forward awal-awal"
("Tapi atas nawaitu apa kau nak forward emel tu cik kak? Atas dasar ikhlas nak sebarkan ke, atau sebab takut ditimpa bala?" aku membebel lagi dalam hati)

(Dengan tak semena-mena, si Juvana ubah topik)
Juvana: "Eh, nak tau tak? Tadi sebelum balik, ramai abang-abang PM aku kat YM tau? (dengan nada sedikit eksyen)"

Ju: "PM...????"

Juvana: "Ha'ah, PM! Ala, apa tu? Personal Mail!!" <- dengan lantang dan yakin. ("Personal Mail kepala datok kau!Private Message la bengong!" Waktu tu, aku sudah tersangat rimas mendengar perbualan-perbualan mereka dan rasa mahu lari dari situ)

Dalam senario ini, apa yang aku ingin tekankan ialah sikap sesetengah orang yang tidak mahu melakukan research dan tidak mahu belajar! Learning is a LIFETIME process! Aku juga masih belajar dan belajar tentang perkara-perkara baru setiap hari. Setiap hari sekurang-kurangnya MESTI sekali Wikipedia aku buka dan explore bagi setiap category yang ada. Walaupun Wikipedia adalah sebuah sumber yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya, tapi begitu juga dengan buku-buku, akhbar-akhbar dan media massa yang lain. Bukan begitu? Kecualilah kalau kita merujuk pada Al-Quranul Karim.

Walaupun begitu, aku masih rasa pengetahuan ini tidak mencukupi. Minta di jauhkan lah dari berada dalam kelompok yang begitu yakin dan angkuh dan merasa seperti mereka sudah cukup pandai, cukup bijak, lantas menunjukkan kebodohan di khalayak ramai seperti si Ju dan Juvana. Sepasang couple Cina yang aku perhatikan sedang asyik berpelukan dari tadi juga turut terdengar perbualan si Ju dan Juvana kerana mereka kelihatan sedang merenung khusyuk muka-muka si Ju dan Juvana yang rancak berbual tak sedar keliling. Dan dari aksi "drop jaw" pasangan tersebut tahulah aku yang mereka juga merasa betapa absurd-nya perbualan si Ju dan Juvana. Beberapa minit kemudian mereka ketawa dan bercakap dalam bahasa Cantonese. Jelas sekali si Ju dan Juvana sedang ditertawakan.

So, apa yang aku nak sampaikan di sini ialah...jangan pernah berhenti dari mengejar ilmu. Sentiasa update dengan maklumat. Jangan malu bertanya kalau tak tahu. Jangan malas mencari kalau tak faham. Rasa kesal dengan sikap segelintir manusia yang sebeginilah yang buat aku malas untuk campur tangan dalam sesetengah perbualan. Nanti dikata "Cakap Nak Menang" (WTF? Ini pertandingan ke?), "Sentiasa Betul" (Kalau rasa salah, sila lah argue dengan penuh diplomasi), "Nak Tunjuk Pandai" (Salah ke aku nak berkongsi ilmu yang aku tau?)

Pernah tonton Talk Show? Oprah Winfrey...itu idola aku. Dia bijak, very diplomatic, sympathetic, philantropic, semua yang perlu ada dalam seorang pewawancara sebuah Talk Show.
Seperti Oprah, May Lee juga bijak. Lagi seorang individu yang aku amat kagum dengan pengetahuannya dan karismanya.Tapi seperti yang aku tekankan sekali lagi, BIJAK haruslah perkara yang paling utama. Kalau tak nanti, kita akan disajikan dengan program-program Talk Show bertaraf Kak Nita aje lah.

Intipati dialog-dialog Kak Nita (dalam suara sengau):
"Apa perasaan mak cik?"
"Mak cik sedih tak mak cik?"
"Mak cik dah berapa tahun macam ni?"
Soalan-soalan lazim untuk memancing airmata yang tak kesampaian keikhlasannya, kejujurannya, simpatinya, prihatinnya, dan hanya menambahkan sebal dan menyampah tahap Megatron kepada penonton seperti aku.

Bukan tujuan nak condemn siapa-siapa, tapi itulah...aku agak terkilan. Dari pertuturan seseorang dengan mudah kita mengetahui sejauh mana dia memandang berat tentang isu kepentingan ilmu pengetahuan, dan sekaligus menunjukkan secara jelas kepada orang ramai mentaliti dirinya sendiri. Learn! Learn! Learn! And be passionate about it, atas tujuan untuk menolong pada suatu masa nanti, atas tujuan untuk digunakan secara sihat, atas tujuan untuk menaikkan taraf bangsa...Dan yang penting, be humble, jangan berniat seperti gambar kartun di atas (lakaran Mark Stivers). Jangan sombong, bongkak dan angkuh dengan ilmu, kerana otak manusia, sama seperti anggota-anggota badan kita yang lainnya, cumalah SEMENTARA.

Monday, August 20, 2007

Cabaran Kurus!

Once upon a time, Mahzura Amri hanyalah seorang pelajar tingkatan 5 dengan ketinggian 5kaki 4inci dan berat 38kilogram. Bermacam-macam gelaran diberikan kepada dia, antaranya "Melengkung", "Plywood" a.k.a "Papan Lapis", "Manila Card" dan sebagainya. Sekiranya melihat dia dari jauh, memang tak kenal, al-maklumlah kerana terlalu kerempeng, dia kelihatan seperti kapas ditiup angin layaknya. Bila bergambar, yang kelihatan cuma sendi-sendi yang tajam, lansung TIADA curves yang diimpi-impikan oleh setiap remaja perempuan yang berakal sehat.

Masalahnya, dia merupakan seorang manusia normal dengan kuasa melahap yang amat dahsyat dan luarbiasa. Bayangkan, makan nasi tak pernah kurang dari 3kali tambah, dan paling banyak sehingga 6kali! Itu belum kira makanan kegemaran dia seperti laksa yang mana dia pernah sekali sapu dan rembat sehingga 8mangkuk tanpa menarik nafas sekalipun. Hebat bukan? Ini bukan dongeng saudara dan saudari. Ini kisah benar! Tapi, tetap juga dia kurus melengkung begitu.

Mama dengan ayahnya suspect yang dia mungkin bermetabolisma tinggi, sementara rakan-rakannya pula mengesyaki yang dia membela JIN yang hanya ingin dikenali sebagai "Orang Belakang". Dia menjadi terkenal sebagai si-kurus buruk lantak dan perkara ini berlanjutan sehinggalah dia memasuki USM. Di USM pun tak kurang hebatnya, dia mendapat gelaran-gelaran baru iaitu "Kondominium Bergerak" ditambah pula dengan "Tong Sampah Gred A", "Ikan Paus Atlantik" dan gelaran yang mungkin paling panjang dalam sejarah manusia iaitu "Perut Stokin Yang Mana Mulanya di Penang dan Berakhir di JB".

Disebabkan terlalu jijik dengan gelaran-gelaran tersebut, dia bertekad membuat perubahan. Lantas pada suatu petang jahanam, dia telah singgah di sebuah farmasi dan membeli "Susu Tepung Penambah Berat" (jenama sengaja dirahsiakan). Bermulalah sebuah rutin yang mana dia religiously akur dengan penuh ketaatan, mengambil sukatan di sebelah pagi dan petang tiap-tiap hari tanpa miss sekalipun sehinggalah
"Susu Tepung Penambah Berat" tersebut habis tanpa bersisa sedikitpun. Tapi, tetap juga dia kurus melengkung begitu.

Arakian kerana terlalu fed-up dengan situasi yang tidak menunjukkan sebarang perubahan (sebab dia ni jenis tak sabar atau pendek kata; gelojoh), dia terus melupakan hasratnya dan kembali mengamalkan corak pemakanan tidak sehatnya selama ini. Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan Berganti tahun. Surprise, surprise, dari berat asal 38kilogram perlahan-lahan mendaki ke 42kilogram. 45kilogram. 48kilogram (wuhuuu!). 50kilogram (36-24-36, macam biola babe!). 55kilogram (aik!). 58kilogram (STOP!). 60kilogram (STOP AKU KATA!!!). 62kilogram (
fed-up) dan terkini, 65kilogram saudara dan saudari. Tahniah!!

Pagi tadi dia berdiri di depan cermin sambil menepuk-nepuk punggungnya yang kalah Beyoncé. Sesekali dia picit perutnya yang tak lagi tegang macam dulu-dulu, cuma empuk dan terlebih gebu. Dia berdiri atas penimbang sekali lagi. Dia geleng-geleng kepala, betul-betul tak percaya!...."Celaka punya Susu Tepung **********!!!!" dia jerit kuat-kuat dalam hati (sekali lagi jenama sengaja dirahsiakan). Bermula pagi tadi, dia bertekad nak mengambil nasi cuma sekali dalam dua minggu dan mengelak sebarang late night dinner atau supper yang enak-enak seperti yang dia ambil sebelum ni, sebagai contoh: Nasi Goreng Belacan Daging, Wan Tan Mee, Roti Sardin, Kuey Tiaw Kung Fu, Nasi Lemak Ayam Rempah, Ayam Goreng McD, French Chicken Burger King........(dan ketika senarai ni goes on and on, perut dia dah lapar kembali).

Thursday, August 09, 2007

Blue Lagoon, PD

Sabtu lepas (4hb Ogos), aku bersiar-siar ke Blue Lagoon PD dengan Erik seperti yang telah dirancang-rancangkan sebelum ini. Malam sebelum tu, aku bersiap-siap membuat sardine sandwich, sotong goreng tepung dengan mashed potato. Erik pon ada tolong-tolong potong timun dengan potong kentang. Heee....sangat helpful! Thanks Sayang!! Excited gila, tak sabar nak ke PD! (Macam la pergi Bali) ;P

Esok harinya, dari KL kami bertolak naik Luna dalam pukul 1.00petang. Belum sampai destinasi, kami dah makan sandwich dengan mashed potato dalam kereta sebab lapar sangat. Sampai Blue La
goon dalam pukul 3.00, kami bersiar-siar dulu keliling pantai. Tangkap gambar puas-puas, gambar pantai, gambar langit, gambar aku, gambar Erik, gambar aku, gambar aku lagi, gambar aku lagi satu. Haih! Asyik gambar aku aje! ;D



Pantai Blue Lagoon cantik, landai, dan banyak bertebing pasir. Dah berjalan sampai ke tengah laut pun masih jumpa tebing pasir di tengah-tengah. Anak-anak ketam lari-lari bawah kaki. Takut juga kalau-kalau terpijak, tapi rasanya impossible sebab ketam kecil ni lagi pantas masuk lubang pasir. Lepas pusing-pusing baru perasan perut dah lapar balik, kami pun bentang tikar bawah pokok rhu yang cantik sangat (gambar di bawah) hehe ;D


Kami tunggu sampai senja sikit baru balik. Tapi sebelum tu kami minum-minum di gerai ABC tepi pantai tu. Rasa macam tak mahu balik rumah bila tenguk senja, bila dengar bunyi ombak, khayal sungguh! I just love beaches!! ;) Bila la agaknya nak bercuti lagi...Tapi kami dah buat keputusan untuk bercuti sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan lepas ni! Yeayyy..Tak sabar nak tunggu September, harap-harap tiada aral sebelum puasa bermula ;D