Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Thursday, June 28, 2007

Sama Atau Sama? :P

Ini namanya membuang masa dengan cara menyeronokkan. Aku dah cuba banyak gambar, tapi percaya atau tidak yang celebrity look-alikes aku kebanyakkannya LELAKI! Muka habis jantan pulak tu! Macam Charles Bronson, Keanu Reeves, adoi adoi! Last-last gambar yang ni keluar result OK sikit. Mungkin muka aku dalam gambar ni more feminine kot? Hehe. MENGARUT.


Tapi apa-apa pun, aku rasa muka aku paling sama dengan Nanako <-- ini contoh ayat poyo tak boleh blah ;D hehe

Tuesday, June 19, 2007

Kau Dunia Aku!

Aku ada sebuah lagi lagu untuk aku perdengarkan kepada kau orang. Tajuk lagu ni "Kau Dunia Aku". Lagu yang ini sebenarnya tak betul-betul rekod lagi, tapi disebabkan tukang rekod a.k.a. Encik Erik pun sibuk, dan aku pun sama-sama sibuk, so aku letak dulu versi ni. Nanti kalau ada versi yang baru aku letak pula yang baru OK? ;)

As usual, Erik la tukang strum gitar merangkap tukang rekod, tukang edit, tukang susun dan segala jenis tukang. Sementara aku cuma berdiri, pejam mata (konon nak feel lebih), pegang mic stand (dan berangan-angan jadi Astrud Gilberto) dan nyanyi kuat-kuat. Itupun tak sedap juga! Tak boleh nak buat apa dah, haha ;P :">

Lagu ni aku cipta sebagai pendorong secara general. Kepada sesiapa aje yang rasa nak didorong atas sebab kekecewaan atau kejatuhan, silalah dengar lagu ini. Kalau "fungsi-mendorong" lagu ni tak kesampaian pada siapa-siapa, aku minta maaf la banyak-banyak, hehe ;D Secara ringkasnya mesej lagu ni ialah agar jangan mudah berputus asa dan ingatlah mereka yang tidak mau melihat kita berputus asa. Macam ala-ala lagu nasihat disamping berdakwah secara tersembunyi pun ada. Suka hati aku la!!



Vokal, Vokal Latar, Lagu dan Lirik: Azzu
Gitar dan Susunan Muzik: Erik

Adik aku (Lin) kata dia cukup suka dengar lagu ni waktu study. Dia rasa bersemangat semacam <-- Ini dia yang kata OK? Hehe. Tapi kemungkinan besar dia rasa macam tu sebab tukang melalak tu suara kakak dia. So aku tak salahkan dia kalau memang dia suka lagu ni sebab sayangkan aku (I love u too Kakcik!). Tapi persoalannya sekarang, kau orang pula bagaimana? <-- Ini pertanyaan memancing komen namanya ;P p/s: Lirik lagu ni ada dalam ruangan komen. Maaf la letak situ, panjang sangat liriknya.

Wednesday, June 06, 2007

Ayam BBQ Resepi Ayah

Kalau kau orang nak tahu, my father is a FABULOUS cook! Walaupun jarang memasak kecuali menolong-nolong atau mengusik-ngusik mama aku di dapur, tapi bila ayah aku terlebih rajin and nak memasak untuk kami...fuiyo tak pernah sekalipun tak sedap! Keistimewaan ayah aku ni, dia kuat berjenaka bila memasak. Kadang-kadang kuali diketuknya macam drum sambil menari-nari, sebab berusaha nak buat mama aku ketawa! Haha, kelakar betul! Ayah aku memang seorang yang amat sweet dan sangat special ;*

Ayah pernah salin resepi Ayam BBQ dari somebody, tapi resepi tak lengkap.
Aku dengan adik aku gelak terbahak-bahak bila baca resepi tu, sebab title-nya ayah aku sengaja tulis 'BABI-Q' nak kasi mudah. Dapat kau babi beratur, haha! ;D Nama bahannya ada, sukatannya tak ada. Tapi ayah yang bagi sukatan agak-agak dia. Menjadi! Sedap betul! ;D Setiap kali raya eve, mem-BBQ adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga. Pada malam raya eve, kami bentang tikar atas rumput carpet depan rumah, and then kami bakar ayam BBQ resepi ayah, sotong, udang, kerang, ketam bola (hehehe~) dan duduk makan atas tikar, borak-borak sampai larut pagi. Memang seronok! Sini aku sertakan resepi Ayam BBQ ayah, kalau-kalau la ada yang nak cuba tunjuk skil kat pakwe atau makwe masing-masing, hehe:

  1. AYAM - Of course lah! Kalau nak sedap beli bahagian paha atau kepak, sebab rasa bahan meresap sampai dalam
  2. BAWANG MERAH - Beli bawang merah India. Rasa dia lagi kick, and kalau banyak lagi sedap sebenarnya
  3. DAUN PUDINA + DAUN KETUMBAR - Mix dua-dua daun ni lagi sedap walaupun daun ketumbar je pon OK. Tapi jangan lebihkan daun pudina, kita tak mahu Ayam BBQ berperisa Colgate kan, kan?
  4. JUS LEMON - Kalau nak rasa ala-ala ayam Nando's, lebihkan lemon. Usually aku guna sebijik je
  5. REMPAH KETUMBAR + JINTAN MANIS + JINTAN PUTIH - Semuanya dalam sukatan yang sama, kalau ketumbar sesudu, yang lainpun sesudu juga
  6. SERBUK KARI - Kalau nak rasa kari, lebihkan serbuk karinya. Kalau nak add lada hitam pon boleh, tapi aku tak pernah letak lada hitam sebab tak mahu orang pikir aku masak Blackpepper Chicken. It's NOT occay? It's Chicken BBQ Asli punya, heee :D
  7. SERBUK CABAI - Kalau nak pedas-pedas letak la 20 paket, hahaha. Seeloknya buat mild jangan pedas sangat, sebab ni makanan omputih bukan makanan orang Asia ye tuan-tuan dan puan-puan
  8. BAWANG PUTIH - Letak lebih kurang 1/4 dari bilangan bawang merah. Jangan banyak-banyak, tak sedap and tak seswai
  9. SERBUK BUAH PALA - 1/2 sudu cukup
  10. MADU - Madu penyedap resepi ni sebenarnya. Kalau nak letak banyak, tak ada orang nak marah :P
  11. MINYAK ZAITUN - 1/2 cawan. Kalau madu lebih, kurangkan minyak. Lagi afdallllll...Minyak zaitun agak mahal, jadi kalau tengah sengkek, ganti dengan minyak bunga matahari atau minyak canola pun OK je
  12. GARAM + SERBUK PERASA - Letak ikut kau lah, labu!
Semua bahan kecuali ayam kau orang kisar hancur. Dah hancur, celup jari, JILAT. Hehe...Rasa pes perap ayam tu. Cukup tak manis, masam, masin, pedas semua? Kalau cukup baru la perap dengan ayam. Guna tangan yang bersih dan bergelumang la sebaik mungkin. Part yang ni memang fun nak mampus!! ;D Lagi lama perap lagi bagus! Setakat ni alhamdulillah, housemate aku kata sedap, yang tersayang pun memuji *eceh* :"> Hahaha, berbaloi aku bergelumang! Apa tunggu lagi, kamon la cuba!!