Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Friday, June 18, 2010

Semakin Dekat...

Wow....dah 36 minggu plus plus rupanya aku mengandung. Dah tak lama lagi dah! Perasaan aku ni excited ada, gerun ada, resah-gelisah ada, happy sampai rasa nak berjoget-joget pun ada. Bercampur-baur semuanya. Kalau dilihat pada ticker baby-gaga dan daisypath tu, penanda kedua-duanya sama je. Kat HUJUNG. Seelok sahaja aku dan suami menyambut Ulangtahun Perkahwinan kami yang pertama, dalam seminggu lepas tu, aku insyaAllah...BERANAK.

Pandai suami aku bajet ;P



Wednesday, June 02, 2010

Bunyi Dalam Sunyi

Aku sebenarnya sangat sibuk hari ni. Macam-macam nak kena buat. Tapi satu sikap aku, bila dah terlalu banyak kerja, aku tak nak hadap sangat...sebab nanti aku panik, atau mungkin juga aku jadi kurang minat nak buat. So, selalunya bila aku tengok kerja menimbun, benda pertama aku buat ialah aku berfoya-foya dulu di internet. Aku buka Lelong.Com.My lah, aku belek-belek Mudah.Com lah, aku update Facebook status lah, aku browse hartanah dekat iProperty.Com.My lah, dan sekarang ni, nah...aku tengah update blog pula. Hehehe...Ini dah memang tabiat aku dari dulu untuk de-stressing myself. Yang penting, aku tak pernah tak siapkan kerja aku.

Baby-Gaga ticker kat atas tu tunjuk yang aku dah dekat-dekat peringkat akhir mengandung.
Cepat betul masa berlalu...Rasa macam semalam je aku baru tahu yang aku ni mengandung. Ulangtahun perkahwinan yang pertama pun dah hampir, lagi dua (2) minggu je lagi. Biar BETUL! Bukan tiga (3) bulan lepas ke aku kahwin? Kekeke..Haih, nak jadi emak dah aku ni ;">

Orang kata, makin dekat dengan waktu bersalin, makin banyak perkara-perkara aneh yang berlaku pada Sang Ibu, contohnya mimpi pelik-pelik, minta benda pelik-pelik, cakap pelik-pelik...Setakat ni, mimpi pelik-pelik tu aku memang dah terbiasa, even time-time bujang dulu lagi. Kadang-kadang naik letih melayan mimpi ni. Minta benda pelik-pelik? Alhamdulillah...tak ada lah pulak, cuma semalam aku minta nak makan durian (AGAIN) pada Sang Suami (dan selepas tu kecewa sebab abang yang jual tu kata durian dia manis-manis, tapi turn out semuanya TAWARRRR - Ni lah last aku beli kat kau ya?). Cakap pelik-pelik pula bukan perangai aku. Aku tak suka cakap benda mengarut sebab aku percaya bahawa kata-kata itu DOA. Jadi memang aku mengelak lah dari bercakap hal-hal buruk sebab aku takut akan jadi realiti suatu hari nanti...

Tapi, ada satu benda paling pelik terjadi sewaktu aku mengandung ni. Benda ni terjadi di suatu malam, dalam pukul tiga (3) pagi, sewaktu aku dengan suami sedang nyenyak tidur. Aku ni jenis tidur macam balak hanyut, kalau dah tidur memang susah nak terjaga. Tapi entah kenapa, di malam itu, aku terjaga. Selepas terjaga aku terasa aneh dan bertanya-tanya kepada diri aku: "Eh...kenapa aku terjaga?" <-- Walhal aku baru je tertidur beberapa jam sebelum tu. Aku pegang perut boyot aku yang berlapikkan bantal. Baby pun tengah tidur. Maknanya bukan dia yang buat aku terjaga. Kenapa aku terjaga??????
.
.
.
.
.
Selang beberapa minit selepas itu, aku terdengar bunyi halus. Bunyi orang menangis. Lebih tepat lagi, bunyi BAYI menangis. BUKAN dari luar, tapi dari DALAM bilik aku. Betul-betul di cuping telinga aku.

Lekas-lekas aku tutup mata.
Lekas-lekas aku memaksa diri tidur semula.
Dan aku berharap siang lekas-lekas menjelma.