Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Friday, February 22, 2008

Terima Kasih Cinta!

Dah lama juga aku tak update blog ni. Sibuk sangat. Lagipun di site projek ni susah betul nak pass through proksi. Blogger.Com pun kena block. Post aku kali ni hanyalah nak memberi khabar tentang perkara yang sudahpun berlaku hampir dua minggu lepas. Itulah, dah sibuk sangat sampai nak cerita pun kena tunggu dua minggu. Bulan Februari 2008 memang bulan paling padat dengan jadual, dan juga bulan yang paling bermakna dan bahagia di sepanjang hidup aku. Pada 9 Februari 2008, pukul 12.30 tengah hari, aku selamat bertunang dengan cinta hati aku, Mohd Hezrik Bin Ismail a.k.a Encik Erik, hehe. Majlis pertunangan kami berlansung khas untuk saudara-mara terdekat sahaja. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar sekali. Pihak lelaki datang dengan 7 dulang hantaran, sementara pihak perempuan membalas dengan 13 (7 dengan 13 ni dua-dua nombor favourite aku) :D

Majlis bermula dengan merisik, kemudian diteruskan kepada bertunang. Sewaktu bakal ibu mertua aku, Puan Hamidah menyarungkan cincin ke jari manis, aku ada rasa tersebak juga. Tapi aku tak mahu menangis, sebab kalau aku mula menangis aku susah nak berhenti, keke ;P Dan kalau aku mula menangis, mak Erik pun mesti menangis punya. Puan Hamidah ni sentimental sikit orangnya, keke. I love U Mak! (amboi!) ;P Selepas tu aku bersalam-salaman dengan saudara-mara Erik. Nenek dan datuk Erik pun ada. Tok Wan, Tok Ki, terima kasih sebab dap
at datang ya? Jauh Jementah tu, terima kasih banyak-banyak! I love u both ;) Gambar sebelum dan sepanjang majlis telah ditangkap oleh sahabat kami, Lieyha a.k.a Orang Kontan (FLICKR / FOTOPAGES). Terima kasih Lieyha sebab dapat juga datang dengan Khairy sedangkan kau orang baru saja balik dari Temerloh. ;)

Untuk majlis makan selepas bertunang tu, mama aku sediakan udang galah sungai masak sambal lada, urap (kerabu orang Jawa), masak lemak rebung dengan ayam dan daging masak kicap lada hitam. Aku suruh panggil catering saja, tapi Mama aku kata catering tak sedap dan Mama aku memang bercadang nak masak ala kampung. Terima kasih mama sebab berhempas-pulas di dapur memasak untuk lebih kurang 80 orang hari tu. And of course terima kasih untuk ayah yang nampak cool je hari tu tapi sebenarnya sibuk menguruskan majlis agar berjalan lancar. Sayang ma dengan ayah sangat-sangat! ;* Terima kasih juga untuk saudara-mara aku yang menolong mama aku di dapur dan juga jiran-jiran yang menyediakan 'urap-sedap-gila' tu. Terhutang budi aku dengan bantuan kamu semua. Terima kasih banyak-banyak!! ;')

Untuk tunangku Mohd Hezrik...Terima kasih di atas semua ini. Aku adalah manusia yang paling bertuah di dunia kerana dicintai oleh kamu. Siapa sangka persahabatan kita selama ini bertukar cerita. Kamu ialah kekasihku, sahabatku, soulmate-ku, band-mate-ku (hehe) dan juga penasihatku. SEMUA dalam satu. Dan oleh itu, aku dengan ini berjanji untuk memberikan segala yang terbaik dari aku buat kamu! Terima kasih Cinta!!

24 comments:

Anonymous said...

oh dah tunang ke. congrats!

tumpanglalu said...

tahniah!! :)

Suri said...

yeay.. finally dpt gak tinguk gamba yu beh!!!! eeee.. suke tinguk gamba yu ngn erik tersengih tunjuk gigi deduer.. haha, ade iras la plak biler tinguk anda berduer neh.. happy nye muker sekor2 opss.. :D tak tak, sorang2...

ntah kali ke berape ntah ai ckp neh tp nak ckp jugak.. im really willy twilly happy for both of ya, just another step further pastu selamat!! amin... insyaAllah

Aku A-Z-Z-U said...

to bali & tumpanglalu:
terimkasih, heee :">

to surie beh:
kami duer mmg suke menyengih, egege. ha'ah nak taw, adik laki ai yg kat penang tu pon kate muke kami cam adek badek la, hehe. bagus la, org tua2 kate pjg jodoh, ecewah :P

thanks byk2 ye beh. ai juge mendoakan semoga yu beroleh kebahgiaan..*hugs*

Anonymous said...

waaa....da masuk phase 2 nampaknyer...kakzue...saya dah kepohkan kat org kompurek..hehhehe

tahniah...gambar akak ngan erik...la...sejibik gilerr... ok..tahniah..

p/s: phase 3 kawin
phase 4 dpt anak..
phase 5 dpat anak
phase 6 anak lg
phase 7...anak lg
waaa....slamat la yekkk...heheheh

adek kompurek...tahniah...from me & hubby...akceli..hubby yg bg tau akak da tunang....heheheh

glownana said...

congrats azzu! :)

Aku A-Z-Z-U said...

to nurzi, adek kompurek:
kepoh jgn xkepoh, keke ;P btol ke sebijik muke kami? elok la tu, harap2 ramai la lg yg cakap muke kami seiras hehe.

tunggu phase 3 pon dah berdebor2 ni plak nak phase 4, 5, 6, 7, 8, dan sterusnye, kekeke

timekaseh atas ucapan tahniah, cakap kat hubby kau thanks la ye, sbb dier rajin bukak blog aku ni :D

to glownana:
timekasey nana. lepas ni awak plak :D heeee

Jsmn said...

hati aku terasa. something.

tahniah babe. kali ke brapa ntah. tapi masih tahniah.

Aku A-Z-Z-U said...

to min:
kenapa aku rasa sedih baca komen kau ni min?

apa2 pun, terima kasih banyak2..aku percaya semua yang terjadi ni pun atas doa kawan2 yg nak tgk kawan2 happy. jadi, terima kasih lg dr aku ;) *hugs*

Anonymous said...

congrat
utk ke2-2
kawen jemput

WNRD said...

TAHNIAH AZZU. sangat terharu. :)

Aku A-Z-Z-U said...

to manusia ganjil ikan yu:
timekaseh!! \(^_^)/
mesti la jemput,
jgn xdatang!!keke

to wani ardy:
terimakasih banyak2 wani!
azzu pon terharu juge... ;')

Anonymous said...

terima kasih juge tunangku Mahzura Amri!! *terharu.... ;*

Aku A-Z-Z-U said...

to erik:
*hugs*

Anonymous said...

huhu nak tunang gak ah

Aku A-Z-Z-U said...

to bali:
hah, bagus bali!
aku sokong :D
calon ade dah tu, keke

Aziya said...

Alhamdulillah .. senyap-senyap dah bina surau kamu ya... jangan lupa jemput aku bila nak kahwin....

hugs,
Aziya

Aku A-Z-Z-U said...

to aziya:
thanks aziya! *peluk2*
of course mesti la jemput ;)
jangan x datang plak! ekeke

Anonymous said...

tahniah! wah meriah je macam. mesti ader pesta lari dlm bakul. ker bermain sepak takraw sambil melipat baju dalam. bes la kau, jap lagi dah nak kawin patu dpt anak pastu anak kau kawin plak patu anak kau dapat anak pastu anak anak kau dapat anak dia kawin pas kawin dia dapat anak anak anak anak etc etc...

Aku A-Z-Z-U said...

to pek:
terima kasih pek! tak meriah mane pun, setakat ada pertandingan memancing pakai gigi, dengan kuiz mengeja sambil menari makyong je. kalau aku dapat anak pompan kau sudi ke berbesan dengan aku? (tetibe je)

Doyok said...

wah dh tunam? bile nak tujuh?

Aku A-Z-Z-U said...

to encik khal:
tunggu je la. tp insyaallah, TIDAK dalam musim tengkujuh. huhu

Postnatalcareset said...

selamat petang, cik azzu, tahniah ya. lama tak jengok. moga berbahagia selalu. have a nice day, everyday.

kirim salam tunang. yeah.

Aku A-Z-Z-U said...

terimakasih erin!
ehehe. nnt sy sampaikan :)