Dah lama juga aku tak update blog ni. Sibuk sangat. Lagipun di site projek ni susah betul nak pass through proksi. Blogger.Com pun kena block. Post aku kali ni hanyalah nak memberi khabar tentang perkara yang sudahpun berlaku hampir dua minggu lepas. Itulah, dah sibuk sangat sampai nak cerita pun kena tunggu dua minggu. Bulan Februari 2008 memang bulan paling padat dengan jadual, dan juga bulan yang paling bermakna dan bahagia di sepanjang hidup aku. Pada 9 Februari 2008, pukul 12.30 tengah hari, aku selamat bertunang dengan cinta hati aku, Mohd Hezrik Bin Ismail a.k.a Encik Erik, hehe. Majlis pertunangan kami berlansung khas untuk saudara-mara terdekat sahaja. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar sekali. Pihak lelaki datang dengan 7 dulang hantaran, sementara pihak perempuan membalas dengan 13 (7 dengan 13 ni dua-dua nombor favourite aku) :D
Majlis bermula dengan merisik, kemudian diteruskan kepada bertunang. Sewaktu bakal ibu mertua aku, Puan Hamidah menyarungkan cincin ke jari manis, aku ada rasa tersebak juga. Tapi aku tak mahu menangis, sebab kalau aku mula menangis aku susah nak berhenti, keke ;P Dan kalau aku mula menangis, mak Erik pun mesti menangis punya. Puan Hamidah ni sentimental sikit orangnya, keke. I love U Mak! (amboi!) ;P Selepas tu aku bersalam-salaman dengan saudara-mara Erik. Nenek dan datuk Erik pun ada. Tok Wan, Tok Ki, terima kasih sebab dapat datang ya? Jauh Jementah tu, terima kasih banyak-banyak! I love u both ;) Gambar sebelum dan sepanjang majlis telah ditangkap oleh sahabat kami, Lieyha a.k.a Orang Kontan (FLICKR / FOTOPAGES). Terima kasih Lieyha sebab dapat juga datang dengan Khairy sedangkan kau orang baru saja balik dari Temerloh. ;)
Untuk majlis makan selepas bertunang tu, mama aku sediakan udang galah sungai masak sambal lada, urap (kerabu orang Jawa), masak lemak rebung dengan ayam dan daging masak kicap lada hitam. Aku suruh panggil catering saja, tapi Mama aku kata catering tak sedap dan Mama aku memang bercadang nak masak ala kampung. Terima kasih mama sebab berhempas-pulas di dapur memasak untuk lebih kurang 80 orang hari tu. And of course terima kasih untuk ayah yang nampak cool je hari tu tapi sebenarnya sibuk menguruskan majlis agar berjalan lancar. Sayang ma dengan ayah sangat-sangat! ;* Terima kasih juga untuk saudara-mara aku yang menolong mama aku di dapur dan juga jiran-jiran yang menyediakan 'urap-sedap-gila' tu. Terhutang budi aku dengan bantuan kamu semua. Terima kasih banyak-banyak!! ;')
Untuk tunangku Mohd Hezrik...Terima kasih di atas semua ini. Aku adalah manusia yang paling bertuah di dunia kerana dicintai oleh kamu. Siapa sangka persahabatan kita selama ini bertukar cerita. Kamu ialah kekasihku, sahabatku, soulmate-ku, band-mate-ku (hehe) dan juga penasihatku. SEMUA dalam satu. Dan oleh itu, aku dengan ini berjanji untuk memberikan segala yang terbaik dari aku buat kamu! Terima kasih Cinta!!