Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers
Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Pregnant Kali Ke-2 :)

Selepas kelahiran Luna Seri Purnama, aku ada ambil pil perancang secara berjadual. Bila Luna dah masuk satu (1) tahun enam (6) bulan, aku stop. Tak pula aku sangka Allah nak bagi rezeki dua (2) bulan lepas tu. Alih-alih je test urine positive mengandung. Alhamdulillah... :)

Memandangkan aku kahwin lewat sebab lambat bertemu jodoh dengan Prince Charming aku yang seorang ni :D, jadi berita aku bakal mendapat anak kedua memang aku tak jangkakan lansung. Even waktu mengandungkan Luna dulu pun macam tak percaya je aku mengandung. Hehe..Dan disebabkan itu, untuk mengandung kali kedua ni aku kena take extra care tentang diri aku, especially bab-bab pemakanan.

Aku ni suka junk food. Kalau keropok tu, makan hari-hari pun tak apa. Penyedap tekak je, bukannya boleh kenyang pun kan? Supplement pula tak pernah ambil, lagi-lagi vitamin dalam bentuk pil. Anti betul aku bab nak telan-telan pil ni. So ni baru lah nak belajar makan-makan supplement nak paksa-paksa diri makan apa-apa pil yang patut.

Dok tak dok, dah 15 minggu aku pregnant. Ingat minggu depan nak buat proper checkup di Klinik Desa Hulu Kelang. Eventhough nanti mesti beratur panjang punya nak tunggu giliran, tapi aku puas hati dengan perkhidmatan Klinik Desa Kerajaan, especially yang Hulu Kelang ni sebab sangat efisyen, mesra dan menyeluruh. Sah-sah nanti kena ambil darah...aduiiii (takut jarum). Doakan segalanya OK untuk aku dan bakal baby! ;)



Friday, December 02, 2011

Hujung 2011

Dah tiba hujung tahun semua pakat nak habiskan cuti tahunan, termasuklah aku. Tapi rasanya cuti tahunan tahun ni akan dihabiskan untuk menyetel beberapa perkara yang berkaitan dengan keluarga dan masa depan yang lebih selesa dan cerah, chewah. Nanti bila semuanya selesai, aku ceritalah ya?

Hopefully semuanya berjalan lancar dan seperti yang di-plan..almaklumlah, kita hanya boleh merancang, Allah yang menentukan....


Permudahkanlah urusan-urusan kami nanti ya Allah! 
Amin..... 


Mood: GEMENTAR

Friday, April 29, 2011

Technology Is Killing Childhood

Artikel kali ni sebenarnya bukan berkisar sepenuhnya pada tajuk di atas, tapi tajuk di atas adalah rentetan dari perkara-perkara yang disebutkan di bawah. Isu kanak-kanak obes dan juga isu nasi lemak. To tell you the truth, aku bukan peminat nasi lemak kecualilah kalau Mama aku yang masak. Walaupun begitu, aku ingin mempertahankan nasi lemak dalam artikel kali ni (chewah yo, yo on je).

Sebelum aku bermula, aku senaraikan dulu 15 jenis makanan yang diharamkan dijual di kantin sekolah seperti di bawah (gila skema ayat macam dalam tender proposal):

1. Burger - Setuju
2. Hotdog - Setuju
3. Nuget - Setuju
4. Mi Segera - Setuju
5. Gula-gula / Coklat - Tak Setuju
6. Konfeksi Ais - Tak Setuju
7. Aiskrim - Tak Setuju
8. Makanan Berjeruk - Setuju
9. Makanan Ringan - Setuju
10. Minuman Berkarbonat - Setuju
11. Teh - Setuju
12. Kopi - Setuju
13. Makanan dengan Pewarna serta Perisa Tiruan - Setuju
14. Makanan dengan Hadiah Permainan - Setuju
15. Makanan dan Minuman yang Melepasi Tarikh Luput & yang Melanggar Akta Peraturan Makanan 1985 - Setuju

Dari nombor 1 hingga 4 tu aku setuju sebab kesemua tu adalah jenis makanan siap diproses. Daging burger lembu contohnya, bukan sekadar daging cincang, tapi juga terdiri daripada urat, lidah, ekor, kulit-kulit lebihan sembelihan...ok stop, meloya pula aku. In short, makanan siap diproses tak jauh bezanya dengan makanan ringan...Rasa sedap, zat-nya ZERO.

Aku tak setuju pula dengan 5 hingga 7. Sebab pada aku gula-gula dan coklat tu meningkatkan kepekaan. Kalau tak, kenapa kalau mengantuk kita kulum gula-gula kan? Nak sebut tentang gigi rosak toksah bohong lah. Gigi rosak bukan disebabkan gula-gula atau coklat, tapi sebab tabiat penjagaan gigi yang buruk (sila rujuk "Charlie and The Chocolate Factory"). Floss-Brush-Rinse, ingat tu :) Dan aku tak setuju konfeksi ais serta aiskrim dimasukkan dalam senarai ni. Kemon la,
konfeksi ais dan aiskrim merupakan sebahagian dari zaman kanak-kanak yang indah! Melarang konfeksi ais dan aiskrim pada kanak-kanak adalah umpama mengambil sebahagian dari zaman kanak-kanak mereka. Gila kejam! (Emo pula)

Kakak-kakak nasi lemak boleh menarik nafas lega sebab nasi lemak tiada dalam senarai. Masa isu nasi lemak dipersalahkan sebagai pemangkin kegemukkan, aku jadi tertanya-tanya...kenapa nasi lemak? Nasi lemak ni dari zaman tok, nenek, moyang kita dah lama wujud di sekolah-sekolah, tapi zaman tu tak ada pula masalah budak gemuk-gemuk sampai tak nampak leher. Nasi lemak dulu sama je dengan nasi lemak sekarang. Tak ada bezanya. Ada ke korang jumpa nasi lemak tabur cheese (for example) kat mana-mana?

Dan dengan pertanyaan itulah, kita berbalik semula ke tajuk artikel ni. Isu TEKNOLOGI. Senaman kanak-kanak zaman sekarang ialah kebanyakkannya mengangkat jari atau tangan untuk men-throttle sebuah kereta yang dicuri dalam Grand Theft Auto, atau memicit kekunci handphone dalam permainan Java games, atau menekan keyboard komputer sewaktu ber-Facebook, dan memicit remote control bertukar-tukar siaran di Astro (yang selalunya terhenti di MTV dengan paparan perempuan kulit hitam terkinja-kinja berjoget)...

Inilah masalah anak-anak zaman sekarang. Terperuk duduk di satu tempat, berjam-jam kat situ sampai naik leper bontot dek terpegunnya dengan teknologi zaman sekarang. Playstation, Wii, XBox, dan paling baru - iPad....Makin lama duduk, makin kurang gerak. Makannya sama banyak, tak lebih dari kanak-kanak lain, jadi tak hairanlah kalau kanak-kanak jenis ni yang mengalami obes dulu. No wonder kanak-kanak dari golongan miskin kurus-kurus, bukan sebab tak cukup makan, tapi sebab mak-ayahnya tak mampu beli Playstation...haih! Tak bestnya zaman kanak-kanak sekarang. So NOT adventurous!

Aku rindu zaman kanak-kanak aku dulu. Tangkap berudu dekat longkang, main kombet-kombet, main rounders, main teng-teng, main galah panjang, main turun bukit pakai kotak, main lompat getah, main hujan, main polis sentri, main batu seremban...Kalau bersembang dengan Erik pula memang tak habis cerita zaman kanak-kanak ni. Erik dengan kisah konda-kondi nya, main tangkap spider-nya, main sorok-sorok kat hutan belakang umah Tok Wan, main baling selipar, main bergusti bergumpal, main body slide atas padang rumput lepas hujan, naik basikal ramai-ramai curi-curi keluar sebab nak mandi sungai, hahaha...Seronok gila! Lansung tak ingat benda lain. Kalau boleh, tak mau melekat kat rumah, nak maiiiinnnn je sampai kulit muka terbakar bawah matahari. Budak-budak sekarang mana ada macam ni, semua pucat lesi macam Edward Pattinson sebab terlalu domestik. Lagi satu, Erik kata budak-budak sekarang kecil-kecil dah stress. Main video game, kalah - STRESS. Main internet, broadband lembab - STRESS. Haha, ada gak betulnya tu!

Separuh dari kebahagiaan menjadi kanak-kanak hilang begitu sahaja dengan kemunculan teknologi. Kesian budak-budak zaman sekarang...Aku dengan Erik dah berjanji yang kami akan cuba sebaik mungkin untuk tidak membiarkan anak / anak-anak kami hanyut dengan teknologi. Teknologi ni kita tak dapat nak tolak, sebab dah memang ada sekeliling kita, tapi at the same time, peranan ibubapa juga penting dalam membentuk keluarga yang sihat.

Sesekali pergi jogging bersama ke, berenang ke, berkelah ke, berbasikal ke, hiking ke...kan? Seronok sebenarnya kongsi aktiviti sekeluarga ni. Pada ibubapa, aku nasihatkan, mulalah dari sekarang. InsyaAllah anak sihat, kita sihat, ada masa berkualiti bersama-sama, ikatan kekeluargaan pun semakin rapat. Nak tunggu sekolah gubal ko-kurikulum baru atau tambah aktiviti berkaitan penjagaan kesihatan memang berjanggut la, jadi marilah kita mulakan bersama-sama! :) (Macam iklan pesanan khidmat Kerajaan je)


Nak letak gambar budak Malaysia, takut ada yang kecil hati. Jadi aku letak gambar budak ni. Nama Lu Hao, umur 3 tahun, berat 60kg :/ Berasal dari Dashan yang aku pasti tiada nasi lemak. Tapi mak ayah dia beri dia makan sehingga 4 mangkuk nasi atas alasan TAKUT kat budak ni bila dia mengamuk lapar.
BODOH ke BODOH?



SEKIAN.


Friday, October 08, 2010

Luna Seri Purnama

Bila difikir-fikir balik, aku sesungguhnya rasa amat bersyukur atas kesemua perkara yang pernah terjadi dalam hidup aku. Baik yang buruk ataupun yang baik. Kerana kesemua perkara yang lepas telah membawa aku ke sisi suami aku sekarang. Dan seterusnya membawa aku ke sebuah alam yang aku tak sangka akan aku jejaki. Dan alam ini adalah sebuah fasa yang paling indah dalam hidup aku, iaitu bergelar sebagai seorang IBU.

Aku rasa macam waktu berjalan pantas sangat bermula selepas melalui pengalaman melahirkan yang cukup mendebarkan (dan masih segar di ingatan), dan seterusnya menjalani sesi berpantang yang sangat-sangat meletihkan (dengan mandi air panas, dengan tak boleh makan ikut suka, dengan terjaga setiap satu (1) jam pada waktu malam sebab Luna menangis, dengan sakit luka koyak lambat baik, etcetera, etcetera), dan kemudiannya kembali bekerja di pejabat sehingga ke hari ini. Dan diam tak diam, Luna Seri Purnama sudahpun berusia tiga (3) bulan pada 04hb Oktober 2010 lalu.

Tak tahu macam mana nak gambarkan seronoknya menjadi seorang ibu, dan amat-amat bersyukur kerana suami sabar menggalas jawatan bapa dan babysitter sekaligus :) Walaupun kami berdua sering keletihan, kerana si Luna ni jenis attention-demand tapi tak ada sehari pun dalam hidup kami yang tak ceria gara-gara si kecil tu. Setiap pagi, awal-awal lagi Luna akan kejutkan kami dengan gelak mengekek dia, tak payah pakai alarm dah sekarang. Setiap pagi, sebaik sahaja terjaga dari tidur, aku dan suami akan berkumpul keliling Luna dan melayan dia berbual-bual. Dan setiap pagi, senyuman Luna adalah seperti matahari yang menerangi bilik, hati dan jiwa kami... :)

Kedua-dua gambar di atas diambil semasa Luna berusia dua (2) hari..She was so small and fragile :*

Nama Luna Seri Purnama adalah nama yang aku cipta lima (5) tahun sudah, sewaktu aku masih memendam perasaan terhadap Erik, suamiku. Bercinta pun belum lagi, tapi nama anak dah cipta siap-siap. ANGAU. In fact, aku dah cipta lima (5) nama untuk bakal anak-anak kami nanti, haha. Aku hanya berani tunjukkan nama-nama tersebut pada Erik selepas kami mula bercinta. Dan nasib baik dia suka :)

Nama untuk anak aku ini aku berikan kerana aku memang suka dengan nama Luna (yang bermaksud "Bulan"). Aku juga teramat suka dengan lagu Bella Luna nyanyian Jason Mraz :) Kereta Gen2 yang aku pakai ni pun aku namakan "Luna" sebelum Luna dilahirkan. Sekarang nama Gen2 bukan Luna lagi, tapi tak dapat diberitahu di sini atas sebab-sebab yang tertentu (yang sebetulnya takut kena gelak, haha) :"> Walaupun aku lebih suka memanggil cahaya mata kami ini dengan nama Luna, suami pula dah memanggil Luna dengan nama timangannya iaitu Kak Seri. Comel je ♥ ♥ ♥

Melalui nama penuhnya, maka lengkaplah maksud dan harapan serta doa kami kepada Luna / Kak Seri yang nak disampaikan iaitu: "LUNA SERI PURNAMA - Umpama Bulan Penuh yang Berseri dan Menyinari Malam yang Gelap Tak Bercahaya". We love you very much LSP! Heee~ :D

Luna dalam gambar-gambar di atas dah berusia dua (2) bulan lebih :)

Luna / Kak Seri,

Mama & Ayah harap perjalanan kamu di dunia ini senantiasa dipermudahkan Allah. Semoga kamu menjadi anak yang solehah. Semoga kamu tahu bersikap hormat ke atas makhluk Allah yang layak dihormati, juga tahu menghormati alam sekitar dan bumi. Semoga kamu mencintai ilmu dunia yang baik dan juga mempelajari ilmu-ilmu akhirat. Semoga kamu berpegang pada perkara yang benar. Semoga kamu membesar dengan sihat, dan sentiasa beringat akan orang lain yang sakit. Semoga kamu pandai menjaga maruah, nama dan air muka kamu sebagaimana kamu menjaga rupa-paras kamu yang cantik itu, InsyaAllah.

Mama & Ayah cuma menginginkan yang terbaik untuk kamu. Walaupun perjalanan kamu masih panjang di hadapan, Mama & Ayah berjanji untuk membimbing kamu sebaik mungkin agar kamu menjadi orang yang berjasa pada agama, keluarga dan bangsa. Beratnya tanggungjawab kami, berat lagi tanggungjawab kamu untuk menunaikan harapan kami, Luna / Kak Seri. Oleh itu tegurlah juga kami dengan baik sekiranya ada kesilapan kami dalam membimbing kamu, kerana Mama & Ayah kamu juga manusia biasa.

Salam sayang dari Mama & Ayah beserta doa yang tak putus-putus buat kamu...


With so much love from,

Mama & Ayah

Wednesday, July 07, 2010

Pengalaman Melahirkan Cahaya Mata

THIS is it! Kedatangan yang dinanti telahpun tiba...dalam bentuk a bundle of joy, dengan wajah campuran separuh mama dan ayahnya, anak pertama aku dan suami. Ingin aku kongsikan detik-detik kelahiran cinta kami di sini. Manalah tahu kot-kot ada yang boleh dijadikan panduan bagi expecting mum di luar sana :)

4 Julai 2010 - 5.20 AM:
Aku terkebil-kebil memandang siling bilik tidur. Entah kenapa aku rasa pagi itu sangat pelik berbanding biasa. Perut aku kerap memulas. Mengiring salah, menelentang salah. Dalam hati terlintas: "Aku dah nak beranak ke?". Dan tiba-tiba aku naik kecut. Takut amat sangat. Rasa hati macam nak ke toilet melihat kalau-kalau ada tanda, tapi aku teragak-agak (mungkin sebab kurang bersedia menerima kenyataan yang aku dah nak bersalin). Dalam 5.44 AM, aku akhirnya bangun dari katil dan ke toilet. OK, DARAH DAH TURUN. Sah aku dah nak beranak! Aku pun terus membangunkan suami, dan kami bersiap-siap untuk bertolak ke Hospital Ampang dalam keadaan seperti berada di awang-awangan...

4 Julai 2010 - 6.30 AM:
Sejam telah berlalu. Setakat waktu ini, aku telah mendaftar masuk di Jabatan O&G di tingkat empat (4) dan sedang diperiksa oleh Dr. Zulaikha (kalau tak silap namanya). Aku diminta bertukar pakaian untuk diperiksa, dan menurut Dr. Zulaikha bukaan aku baru sahaja 2.5sm dan aku ada pilihan sama ada ingin terus menunggu di hospital sehingga bukaan menjadi 4.0sm (di mana aku akan dibenarkan masuk ke Wad Bersalin) atau pulang dahulu ke rumah. Aku memilih untuk terus saja menunggu kerana pada aku, pulang ke rumah adalah seperti berpaling dari realiti yang sedang menunggu aku dihadapan, huhu :/ Dan dari saat itulah contraction nightmares aku bermula...

4 Julai 2010 - 12.30 PM:
Memandangkan ini ialah anak pertama, jadi tak salah kalau aku kata yang aku agak jahil tentang sakit dan tempoh masa berkaitan contraction ni. Dari bukaan 2.5sm nak ke 4.0sm bunyi macam dekat right? I mean, bezanya cuma 1.5sm sahaja. Apalah sangat 1.5sm tu, lubang hidung aku pun lebih luas dari tu, haha...But man, aku dah silap besar! Dan sehingga ke pukul 12.30 PM ni, sakit contractions tu apalah sangat...Aku pernah kena gastrik, dan gastrik jauhhhhh lagi sakit. Sekali lagi, aku dah silap besar!

Beberapa minit selepas 12.30 PM, aku merasakan gelombang contractions yang tak pernah aku rasakan sebelum ni. Tiba-tiba aku sedar, apalah sangat gastrik tu bila dibandingkan dengan sakit yang aku rasakan sekarang! Suami yang memegang tangan aku dari tadi tak putus-putus membacakan doa Nabi Yunus sambil mengusap-ngusap kepala aku yang berpeluh. Aku tekan butang emergency yang berada disebelah katil wad menunggu dan meminta nurse untuk melihat bukaan terbaru aku. Pada 12.40 PM, bukaan aku baru sahaja 3.0sm! Aku diminta menunggu sehingga 4.00 PM untuk pemeriksaan bukaan seterusnya. 4.00 PM!! Macam nak pengsan aku mendengarnya! Aku dipapah suami keluar dari bilik pemeriksaan ke katil semula. Contractions berlaku selang tiga (3) minit. Aku ketap gigi menahan sakit dan senyum ke arah suami untuk mengurangkan gundah di hatinya...

4 Julai 2010 - 4.00 PM:
12.30 PM ke 4.00 PM adalah suatu tempoh masa yang panjang. Ditambah pula dengan sakit yang teramat sangat, aku rasakan seperti jam berhenti bergerak. Waktu melawat yang bermula dari 12.30 PM berakhir pada 2.00 PM. Suami cukup berat hati untuk meninggalkan aku yang kesakitan terlantar keseorangan di katil menunggu, sehingga dia banyak kali memujuk makcik guard untuk membenarkan dirinya menunggu di sisi aku sehingga 4.00 PM. Walaupun suami terpaksa keluar, banyak kali juga dia curi-curi masuk menjenguk aku, untuk memberikan aku semangat dan membacakan doa-doa agar aku lebih tenang (I love you Sayang!). Tepat pukul 4.00 PM yang juga merupakan waktu lawatan petang, suami masuk semula dan memapah aku ke bilik pemeriksaan untuk menyemak bukaan.

AKHIRNYA...Pada 4 Julai 2010, 4.00 PM, bukaan semasa aku ialah 4.0sm.

Inilah dia! Aku seram-sejuk dalam sakit. Aku dinaikkan ke atas kerusi roda dan ditolak masuk ke Wad Bersalin sambil suami mengekor cemas dari belakang...

4 Julai 2010 - 4.15 PM: WAD BERSALIN
Sejurus baring di katil bersalin, tekanan darah aku serta degup jantung bayi diambil untuk sepanjang tempoh bersalin. Suami aku diminta keluar semula kerana mentuban aku akan dipecahkan. Dua kali aku di prod and poke, barulah aku rasakan air mentuban hangat keluar. Doktor (tak ingat nama) berkata: "Nanti you akan rasa contractions yang lagi sakit dari tadi. Bila sakit, you sedut gas ni", sambil menghulurkan aku gas mask untuk disedut. Aku angguk kepala lemah (lagi sakit dari tadi???). Suami dipanggil semula masuk, dan dia lekas-lekas ke sebelah aku bila tiba-tiba aku mengelinjang kesakitan sambil menyedut gas dengan mata separa terpejam...

Sewaktu membuka mata dan melihat muka suami yang pucat memandang ke arahku, sambil tangannya tak lepas-lepas menggenggam jariku dan mulutnya tak henti-henti membacakan doa, aku sedih ya amat. Kemudian suami berkata: "Awak janji dengan saya ya? Awak mesti pulang ke rumah kita lepas semua ni selesai". Aku menangis semahu-mahunya bila aku faham ketakutan apakah yang tersirat di hati dia pada waktu itu. Aku juga tak bersedia untuk itu. Jadi dengan menguatkan semangat aku berkata: "Mestilah! Saya akan balik dengan anak kita". Doa suamiku diperkenankan Allah, kerana tak sampai beberapa minit selepas itu, aku terasa seperti baby menolak dirinya keluar. Suamiku cepat-cepat keluar memanggil doktor. Alhamdulillah...selepas meneran kali ketiga sahaja, baby selamat keluar dan seketika kemudian aku terdengar esak tangisnya. Dalam keadaan yang lemah dan masih mamai aku berulang-ulang kali berkata: "Terima kasih banyak. Terima kasih semua! Terima kasih.." :D

Selepas dibersihkan, baby diletakkan atas dada aku. Dia seorang baby girl yang comel yang berhenti menangis serta-merta tatkala mendengar suara ayahnya mengalunkan qamat. Aku tersenyum tak henti-henti, walaupun dengan kaki menggeletar menahan sakit ketika doktor menjahit luka koyak yang sampai ke buntut sebab baby push keluar sewaktu bukaan baru hanya 9.0sm dan bukan 10.0sm. Aku melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 2.85kg pada 5.20 PM, hanya sejam lebih sedikit dari saat aku dimasukkan ke Wad Bersalin. Alhamdulillah...

4 Julai 2010 - 6.15 PM: WAD 4C
Tepat 5.50 PM, luka aku selesai dijahit. Aku dibangunkan dan dipapah ke kerusi roda. Baby pula diletakkan atas pangkuanku dan kami disorong ke Wad 4C. Dan bermula dari situ, semuanya berjalan begitu cepat! ;D Sewaktu bersalin, rasa seperti cukuplah aku beranak seorang tu saja. JERAN sungguh bila mengingatkan sakitnya. Tapi sekarang aku tak kisah untuk tambah 2-3 orang lagi (dengan izin suami sebab katanya dia tak sanggup melihat aku sakit) kalau semua anak aku kiut-miut camni! Tak salahkan puji anak sendiri? ;P Hahah

Monday, May 03, 2010

Anak Gadis Kami

Kalau lihat pada ticker baby-gaga kat atas tu, dok tak dok dah nak masuk 30 minggu aku pregnant. Sekejap je rasanya...pejam celik, pejam celik dah 30 minggu! Rasa macam semalam je tahu yang aku ni pregnant, hehe...Alhamdulillah, sepanjang tempoh mengandung ni, segalanya dipermudahkan. Aku tak ada morning sickness macam setengah-setengah mom-to-be, aku tak ada mengidam-mengidam apatah lagi nak minta benda-benda pelik (ada kes yang aku dengar siap mintak rantai emas pun ada!) dan aku juga tak ada mood swing (ini yang paling aku risau kalau ada). Bergembira je sepanjang tempoh mengandung ni. Suami kata semenjak mengandung ni aku suka melawak, suka buat tarian-tarian goofy dan suka buat aksi-aksi sengal, huhu ;P

Aku perasan, dalam tempoh satu hari, baby aku ni paling aktif pada waktu aku sedang bekerja (especially pagi) dan juga pada waktu malam (especially time aku dah nak tidur). Disebabkan aku ni jenis tidur mengiring, terpaksa la perut alas bantal, kalau tak meloyooootttt je rasanya (walhal aku memang suka tidur berbantal banyak - 'terpaksa' konon). Teringat aku waktu pergi scanning 3D & 4D haritu, dalam imej scanning tu mula-mula agak jelas wajah baby ni sebab dia berada dalam kedudukan sebenar. Lepas tu, mungkin sebab terganggu dengan ultrasound, dia berganjak kedudukan pula...kemain lagi dia bersandar kat tepi dinding uri tu, siap kaki angkat letak kat dinding uri (sebijik macam perangai ayah dia, suka tidur sandar kaki kat dinding bilik) haha ;D

Anak Gadis Kami ;D

Lastly, tahu juga kami yang baby ni baby GIRL. But you know, kadang-kadang mesin pun boleh buat silap, kan? Laki atau perempuan, tak kisahlah...Harapan aku dan suami agar baby ni selamat dilahirkan dan sihat tubuh-badan pun dah syukur banyak-banyak. Lepas-lepas dah agak yakin dengan jantina baby, kami pun ber-shopping sakan masa Pureen Warehouse Sales on the 25th April hari tu. Dalam iklan kata, jualan bermula pada pukul 10 pagi, tapi masa kami sampai 9.25 pagi, kami tengok orang dah berpusu-pusu membeli-belah dah kat situ. Haih, tak aci betul! Tapi memang seronok juga la, sebab to tell you the truth, aku tak pernah membeli-belah sewaktu warehouse atau stock clearance sales...Aku juga jenis yang jarang membeli-belah (sebab aku MEGA-kedekut), dan bila aku membeli, aku tak pula tawar-menawar (sebab aku tak pandai negotiate <-- aku cepat kesian peniaga, hehe ;P).

Masa sales Pureen hari tu, macam terkedu juga lah tengok harga barang. Baju baby RM5, bib RM2, booties RM2, sarung tangan RM2, topi RM2...macam-macam lagi lah, hampir meroyan aku dibuatnya. Murah nak mamp OK? Keke...Jadi aku dengan Erik pun main angkat je. Angkat, masuk bakul! Angkat, masuk bakul! Angkat, masuk bakul! Memang berpesta angkat-mengangkat barang lah! Keke...Sekali, hah amek kau, last-last dekat 4 bakul penuh dengan barang. Konon nak berjimat, tapi TERbelanja lebih sikit dari setengah ribu, ngahaha..Adeh ;P Tapi bila dah sampai rumah, dah lipat-lipat, dah susun-susun barang baby, baru aku perasan, semuanya dah ada! LENGKAP! Yeay!...

Cuma maybe nak tambah cloth diapers, car seat, some maternity pads, besen mandi baby, set jamu lepas bersalin, ermmm... aaaaahhh... ermmmm... aaaahh...maybe some more of those cute Busha leggings, dan some rompers or onesies from Threadless and Urban Baby Runaway (The Ramones! *drooling) and.....



* tiba-tiba je senarai jadi panjang :/

Monday, April 05, 2010

Perempuan? Oooh!

Minggu akhir bulan Mac haritu, aku ada pergi scan perut sekali lagi. Hopefully by that time, jantina bayi dah dapat diketahui. Kali ini aku bertukar tempat pula, aku tak mahu scan dah kat Klinik Alam Medic kat Wangsa Maju sebab doktor tu tekan roller scanner kuat sangat sampai terseliuh urat kaki aku dibuatnya. Aku pergi ke Klinik Kita pula. Masaalahnya....SAMA je! Punyalah kuat doktor tu tekan, pastu siap nak nasihat-nasihat aku cakap: "Jangan lawan, jangan keraskan perut!". Sakit tau tak? Apa kau ingat perut aku tepung roti canai ke? Isk, isk...Doktor kat Klinik Kerajaan haritu buat elok je, tak tekan lansung, cuma glide je atas perut tau!

Tapi yang paling buat aku jengkel, sambil doktor (Klinik Kita) tu scan, mulut dia tak henti-henti bercerita tentang betapa canggihnya mesin scan dorang yg baru dibeli tu. Aku tak berminatlah dengan teknologi mesin scan tu wahai doktor. Aku cuma nak tahu baby aku sihat tak? Apa jantinanya? Kedudukannya normal ke tak? Banyak jugalah aku potong cakap dia sementara dia bukan main ghairah lagi bercerita tentang mesin scan dia tu (agaknya tu sebab dia tekan perut aku kuat-kuat kot?) Adeh....

Doktor tu scan dari hujung kaki sampai hujung kepala baby. Tapi setiap kali dia scan ke area kemaluan je, dia kata: "Haa..yang tu kaki dia" atau "Haa..yang panjang tu betis dia" atau "Haaa..nampak tak yang bulat tu? Itu punggung dia". YA RABBI, doktor...kau nak main seprais-seprais pulak ke dengan aku? Sebab tak sabar punya pasal, terus je aku potong dan bertanya: "Laki ke perempuan?". Pastu doktor kata, kalau laki-laki sepatutnya sekali scan terus je nampak "anu"nya, tapi sebab tak nampak "anu"nya itu, terus disimpulkan yang baby aku tu baby PEREMPUAN. Mak aih, main kesimpulan-kesimpulan pulak ye? Kata mesin canggih! C-H-E-T!

Sebelum ni ramai sangat yang tegur perut aku kecik..anak LAKI-LAKI kata dorang. Nurse Klinik Kerajaan kata gitu, rakan-rakan sepejabat kata gitu, orang-orang yang lebih tua dan arif pun kata gitu...tapi mesin scan doktor yang baru, canggih-manggih dan masih berbau kedai tu kata baby PEREMPUAN. Haih...:/ Takpelah...sementara ni aku iyakan ajalah yang baby ni baby girl ye? Yang penting, dia sihat, berada dalam posisi normal, cukup sifat dan yang penting --> AKTIF!
.
.
*tendang*
.
.
.
*tendang*
*tendang*
*tendang*
*tendang*
*tendang*
.
.
*tumbok*
*tumbok*
.
.
.
.
*tumbok*
*tendang*
*tumbok*
*tendang*
*tumbok*
*tendang*
*tendang*
*tumbok*
*tendang*
.
.

Adui...janganlah tendang mama kuat sangat baby, huhu :/

Wednesday, March 10, 2010

Panggilan Pulau

Aku rasa lah kan, aku ni memang ada masalah dalam berjanji. Bukan berjanji dengan orang, tapi berjanji dengan diri sendiri. Sejak balik dari percutian sekeluarga ke Penang sewaktu Chinese New Year haritu, beria-ia lah aku nak meng-update blog (konon)...Last-last korang tengoklah date hari ni, dah berapa hari bulan? Dasar PEMALAS kan?

Aku bukannya tak suka menulis...SUKA. Suka sangat-sangat. Tapi ada masanya kadang-kadang aku ni terlampau ikut mood. Kalau mood tak best, lansung tak bukak internet satu hari pun ada. Kalau mood sedang "santai-habis" di hujung minggu, tak mau keluar rumah dibuatnya. Berkepittttttt je dengan Hezrik kat sofa sambil layan movie, haha...Kesian suami aku ;P Tapi yang sebenarnya, kesibukan aku dengan kerja sejak Februari lagi memang potong habis masa peribadi aku untuk berfoya-foya di internet, huhu...kerja, kerja, kerja...*sigh*

Tapi ni lah, nak cerita...sewaktu CNY haritu, kami sekeluarga bercuti ke Pulau Pinang. Nostalgik habis balik Penang ni wei, almaklumlah...aku dah menetap kat sana hampir lapan (8) tahun semenjak habis belajar uni dulu. Teringatlah dulu-dulu aku menghirup kuah laksa penuh khusyuk dekat sebuah gerai kaki lima ni, sambil "sempoi dok ada" bertenggek kat tepi longkang...Teringat jugak time meroyan mencari majalah Playboy edisi lama kat toko-toko buku terpakai kat atas Bazaar Chowrasta, huahuahua ;P...Tapi yang paling besar meninggalkan kesan di hati aku ialah MAKANAN-MAKANAN sedap di Penang ni...Huiihhh, meleleh ayaq lioq aku habaq hang!

BTW, adik laki aku si A.D. dah siap-siap sewa apartment untuk kami di Tanjung Tokong, betul-betul di belakang Island Plaza. Mula-mula sampai Penang, of course lah kena pekena nasi kandar dulu. Tapi sayang, sebab kami datang siang, Nasi Kandar Beratur tak buka lagi...jadilah merasa Kayu Nasi Kandar kat area Bukit Jambul tu je yang entah apa pasal tak cukup kick macam dulu-dulu *sigh*. Satu perkara yang obvious sangat tentang perubahan di Penang ialah..jalannya yang semakin JAM! Arghhh! Panas hati aku dibuatnya dengan jam kat Penang ni, lagi teruk dari KL, terkemut-kemut bergeraknya! Jadi disebabkan itu juga, kami jadi JERAN nak berjalan jauh dari lokasi penginapan, risau tersangkut dalam jam tak keluar-keluar..almaklumlah, CNY kat Penang memang happening habis.

Kesimpulannya, dalam masa tiga (3) hari dua (2) malam di sana, kami tak sempat untuk merasai Penang yang sebenar-benarnya. Tak sempat merasa Pasemboq Padang Kota, Mee Udang Salwa, Nasi Kandar Beratur, Laksa Balik Pulau, ABC & Cucoq Udang Jalan Swatow...Tapi, nasib baik kami sempat ke Rope Walk, terubat juga lah hati bila tengok barang-barang mengarut kat sana, hehe...Selain dari tu, kami juga sempat berjalan-jalan di Street Market sepanjang jalan depan The Ship kat Batu Ferringhi. Mama siap belikan sundress yang cantik
sebagai hadiah, which is sangat sesuai dengan wanita mengandung yang hot seperti aku ni, tihihi ;P Kami juga sempat ber-BBQ tepi pantai; main masak-masak ayam, udang dan sotong ball. Si suami teringin sangat nak naik parachute yang ditarik bot tu, tapi caj-nya...mak aih RM120! CEKIK DARAH!! Kesian suami aku. Takpe ya Sayang, suatu hari nanti saya belikan awak parachute dengan bot-bot nya sekali ;*

Gambar SIL aku dengan anaknya Sofia yang tersangatlah comellll! :*

Thursday, January 14, 2010

Kedatangan Yang Dinanti

Pada Ahad 15 Nov tahun lepas, aku buat ujian kehamilan di rumah. Aku seperti sudah agak result-nya...YES! Aku mengandung! Aku tenung dua (2) garis melintang warna pink yang jelas bertanda sambil tersengih sorang-sorang. Sebelum kahwin dulu, aku selalunya cukup gabra kalau lambat datang bulan, sebab menstrual aku memang teratur dan terkawal. Bermakna, kalau lambat mesti ada penyakit nak datang sebab ada sekali dulu waktu bersekolah menengah, tiga (3) bulan aku clear, tapi masuk bulan ke-empat (ke-4) sakit ya amat masa datang bulan!

Sekarang ni, bak kata orang Utara..."dok tak dok" dah masuk lima belas (15) minggu aku pregnant. Dan alhamdulillah juga walaupun 1st Trimester haritu aku kena morning sickness, tapi sekali-sekala sahaja yang teruknya. Nasib baik, kalau tak kesian plak kat suami aku tu kang ;) Tiga (3) bulan pertama lepas, aku punya selera makan agak berkurangan, walaupun kehendak tu sama saja macam waktu tak mengandung tapi aku dah tak dapat makan banyak. Nasi separuh pun kadang-kadang tak habis. Nasib baik juga aku tak ada keinginan pelik-pelik, mintak dijauhkanlah, nanti risau menyusahkan suami nak mencarinya je, hehe... ;D....("Sayang, carikan saya sup ekor badak air") uyekk!

Setiap pagi bila bangun tidur, suami mesti bertanya: "Baby, baby...baby apa khabar?" Dan mula-mula dulu aku jawab: "Khabar baik Sayang"...buat malu je tau, rupa-rupanya suami tanya pada baby dalam perut ni. Jadi sekarang aku jawab: "Baby sehat. Dia kem salam" ekekeke...Masa kali pertama scan perut pula, kemain kecut aku dibuatnya. Tapi as usual aku berlakon cool lah depan suami aku tu. Dia banyak kali tanya: "Cuak tak? Gementar tak?", tapi aku asyik deny je. Aku kata apa pula nak cuak, bukannya nak kena injection pun *punya lah berlagak*. Sedangkan macam la suami aku tu tak kenal aku...Aku ni first time nak naik Komuter pun bukan main gementar lagi, kalah nak buat audition Malaysian Idol, huhu *entah apa-apa kan?*

Masa scan tu tak dapat nak digambarkan perasaan aku ni. Gembira ada, tak percaya ada, nak menangis ada...ya lah, bercampur-baur tak tahu nak kata bila tengok satu kelibat nyawa yang lain ada dalam perut ni. Muka suami pun takyah cakap lah, SEMACAM kelu-nya, ekeke ;D Sambil terpaku menatap monitor, sekejap-sekejap terdengar suara suami aku: "Doktor yg besar tu kepala dia ke?", "Sayang! Dia bergerak-geraklah!", "Tengok jari-jari dia tu Sayang!", "Sayang! Tu, tu, anak kita". Sambil berkata-kata semua ini dia tak lepas-lepas pegang kaki aku yang tengah berbaring tu *sigh* Bahagia sungguh rasanya melihat senario ni, ekeke :">


Baby,

Mama dan Ayah sedang menanti kedatangan kamu dengan penuh debaran. Kami tak sabar-sabar nak berjumpa kamu. Tiap-tiap hari pun mimpikan kamu :) Jaga diri baik-baik dalam perut Mama ni ya? Mama janji akan minum susu Materna perisa coklat yang tak sedap tu sampai habis demi kamu. Mama janji akan makan semua ubat pahit-pahit yang doktor bagi tu demi kesihatan kamu, walaupun kadang-kadang lepas telan Mama rasa macam nak luah balik! Pahit tau!

Mama dengan Ayah dah bersedia dengan nama-nama yang baik sebagai doa untuk diberikan kepada kamu bila kamu lahir nanti. Doa Mama dan Ayah, agar kamu jadi orang yang bijak-pandai, orang yang berguna, orang yang baik, orang yang sedap dipandang mata dan orang yang akan sentiasa dipelihara oleh-Nya! Ayah pun sekarang tengah sibuk bersiap-sedia mencipta lagu untuk kamu, almaklumlah Ayah kamu baru je sambar gitar akustik sebiji minggu lepas, sampai Mama lalu depan Ayah pakai baju sexy pun Ayah tak perasan dah, ekekeke ;) Begitulah khusyuknya Ayah kamu mencipta lagu untuk kamu Baby ;*

Mama dengan Ayah berjanji yang kami akan cuba menjadi ibubapa yang sebaik mungkin untuk kamu kelak! Kami menunggu kamu!!!


With So Much Love,
Mama & Ayah


Friday, July 03, 2009

Alhamdulillah...

Kredit Foto: Puan Renee Marina

Kredit Foto: Nazar Ibrahim

Pada 26 Jun 2009 selamatlah aku diijabkabulkan dengan suamiku, Mohd Hezrik Ismail. Rasa antara percaya dengan tidak saja waktu melihat ayah tenang menggenggam erat tangan Erik sambil mengucap akad, dan alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja akad disambut, aku akhirnya bergelar seorang isteri. Rasa gembira, terharu, lega, bercampur-baur dalam hati aku waktu itu Allah saja yang tahu.

Enam (6) tahun sebelum semua ini terjadi, aku kenali Erik sebagai rakan sekerja. Kami bekerja dengan sebuah syarikat IT di Wangsa Maju. Erik kelakar orangnya, jarang bercakap tapi bila berkata-kata cukup untuk buat semua orang tertawa. Aku mengajar dia tentang Network Topology dan Internet Protocol, dan dia mengajar aku tentang "Sense of Humour" ;) Ada masa aku tumpangkan dia balik kerja...siapalah sangka, itu rupanya bakal suami aku!

Kami terpisah dalam setahun lepas tu sebab masing-masing membawa diri. Dan kalau tak kerana YM mungkin aku tak dapat berhubung lagi dengan Erik. Kami bertemu sekali lagi selepas setuju nak lepak-lepak kedai mamak. Erik muncul dengan rambut panjang dan berkumis, dan untuk pertama kalinya aku melihat dia seperti orang yang berbeza. Adalah dalam beberapa kali kami berjumpa dan entah kenapa kami tak pernah bosan dalam bab bersembang-sembang ni.

Sedar tak sedar, aku merasakan sesuatu yang aneh dalam diri aku. Setiap kali bertemu Erik, aku merasa sangat teruja, berdebar-debar seperti terkena panahan cinta pertama sewaktu zaman persekolahan. Hahaha! Sumpah! The feeling was very weird and I was scared shit! Hinggalah tiba suatu waktu di mana aku dan dia menonton konsert Cokelat di Bukit Jalil, dan melihat dia bersandar di tepi tembok sambil menyalakan api rokok, aku berkata dalam hati: "Oh no, I think I'm in love with you!"

Sepanjang perasaan tu berada dalam hati, aku tetap menghormati dan sentiasa menjadi sahabat Erik yang setia. Berpegang kepada kata-kata "mencintai tak bermakna memiliki", aku sentiasa mendoakan agar dia bahagia dengan sesiapa saja pilihan hatinya. Aku juga percaya dengan keikhlasan perasaan aku, dan mengenali siapa diri Erik, aku pasti dia juga akan menyedari cinta aku ini suatu hari nanti. Dan atas kepercayaan itulah, aku bergelar Puan Mahzura sekarang... ;)

Mohd Hezrik, my wonderful hubby, my love, my life, my BFF, my soulmate..., I will always love you. I PROMISE!

Thursday, April 30, 2009

Girangnya Aku! :D

Hari ni aku seronok! Kad kahwin dah siap! Bagusnya! :D Menjadi seperti yang diharapkan pula tu! Aku puas hati sangat-sangat. Lepas balik kerja pula nak balik kampung Teluk Intan sambil diikuti oleh Encik Erik. Nak cari barang-barang kahwin dan tempah pelamin. Yeay! Aku nak kahwin! Wow...tak sangkanya... :"> kekeke...
OK berangkat dulu! :*

Monday, January 12, 2009

Parut Sebuah Luka...

Eceh, tajuk entri macam nak syahdu je... Bagi orang-orang yang tahu aku berstatus 'tunangan orang' mesti ada yang melatah ni. Hah? Gaduh ke kau orang ni? Ada masalah ke Zu? (*nama separa feminin). Sebenarnya tak ada kaitan dengan jiwa luka pun. Kalau dalam ranking 1-10 orang paling bahagia di dunia sekarang ni, aku rasa aku nombor 1 lah. Confident babe :D keke. (I love U Cinta!)

By the way, sebenarnya aku nak cerita pasal sebuah parut lama di muka aku. To be exact, di bahagian atas dahi aku. Pagi tadi sebelum masuk tidur (sebab aku baru lepas buat tender di ofis, dan habis pukul 6.30 pagi) aku sikat-sikat lah rambut dulu. Aku ni memang suka melawa kalau nak masuk tidur! Tak tahu kenapa, dah macam habit. Tapi alhamdulillah lah sebab setakat ni tak ada pulak aku bermekap-mekap nak ke jamban. (*pftt wateva)

Nak dijadikan cerita, masa aku sibak-sibak rambut aku, aku terperasankan parut panjang di bahagian dahi atas yang ditutupi anak rambut. Kalau kau orang nak tahu, bentuk dia sebiji macam kilat. Huiyo..adakah aku jelmaan Harry Potter dalam bentuk wanita? Keke. Aku teringat lagi macam mana aku dapat parut ni di dahi....pling pling pling...(*bunyi efek flashback)

Ni semua gara-gara berebut tong Glucose kosong dengan anak jiran. Tong tu aku jumpa depan rumah, aku ingat nak guna untuk lilit benang layang-layang. Sekali si budak gangster sebelah rumah ni pun terpa nak ambil tong tu juga. Main tarik-tarik tong la kami. Dia yang lastly dapat, tapi agaknya sebab geram berebut-berebut lama dengan aku diketuknya dahi aku sekuat-kuat hati dengan tong tu.

...dan darah pun turun mencurah-curah. Mak aku kata keadaan aku pada waktu itu sungguh gore sekali. Aku kena tujuh (7) jahitan (lucky number ni, keke). Mak aku kata, masa doktor nak jahit luka aku tu, dua kali muka beliau kena terajang dengan aku. Dan mak aku bilang lagi, ada empat (4) orang dewasa memegang aku. Time tu umur aku lima (5) tahun. Bila diingatkan kembali, aku rasa scene rasuk dalam cerita The Exorcist mungkin mendapat insiprasi dari aku la kot.

Dan sekarang bila tengok parut luka tu, aku mesti rasa bangga semacam sebab aku berjaya menerajang seorang doktor lelaki dewasa. Heeee :D



Kau orang pernah ke? (*eksyen pulak)

Tuesday, September 16, 2008

Hibernasi & Selamat Hari Jadi

Sudah beberapa minggu aku tak dapat meng-update blog sebab ditugaskan ke AMBank atas urusan kerja. Internet di Beta Room, bilik khas untuk vendor di AMBank diterhadkan capaian Internetnya. Sungguh boring. Semua capaian terpaksa merintangi proksi yang garang dan jahat. Aku pasrah. Tapi kini aku kembali di ofis. Weehuu untuk aku!

BTW, harini (16 September 2008) harijadi ayah aku.... :)


Ayah ada magic touch dan memang pandai ambil hati budak-budak :)

Encik Amri Bin A'ala, selamat harijadi yang ke-59. Azzu sayang ayah! Semoga ayah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin... *pelok* Azzu tak mahu tengok ayah susah-susah lagi. Berhentilah kerja ya? Teman mama kat rumah. Pergilah bercuti mana-mana dengan mama. Honeymoon balik ke? ;D

Monday, August 25, 2008

Cerita Dari Kampung Lagi...

Sebetulnya aku ada pulang ke kampung kira-kira dua minggu yang lepas, dan sekarang baru aku nak update blog dengan kisah ni. Bak kata Dian Sastro dalam AADC: "Udah BASI!!". Tapi pengalaman balik kampung tak pernah basi dalam ingatan aku. Rasa macam semalam saja aku balik ke kampung Tok Wan & Tok Ki tunang aku, Hezrik, di Jementah, Johor. Masuk minggu itu, sudah tiga kali aku balik ke sana. Jementah sebuah pekan kecil, dikelilingi ladang-ladang getah melepasi kaki Gunung Ledang. Kampung Tok Wan & Tok Ki terletak di Kampung Paya Jakas Jementah, sebuah tempat yang begitu aman dan tenang membuatkan orang seperti aku terlupa akan kewujudan Kuala Lumpur buat seketika.


Ladang getah dan kebun disekitar rumah Tok Wan & Tok Ki

Tujuan aku dan Hezrik pulang ialah untuk menghadiri kenduri kesyukuran di kampung. Dengan dijanjikan sajian Nasi Ambang "Original" Tok Wan & Tok Ki, aku pantas saja mahu pulang ke Jementah. Almaklumlah, aku tak pernah tahu dan merasa apa itu Nasi Ambang, apatah lagi yang "Original". Mengikut rancangan asalnya, aku, Hezrik dan dua orang adiknya Syafiq dan Haziq akan bertolak dari Wangsa Maju pada Jumaat malam sebaik sahaja pulang dari kerja, mandi dan terus bersiap-siap untuk bergerak. Tapi entah kenapa, aku cukup hairan dengan warga kota yang selalu membuatkan jalan sesak teruk (di mana-mana) pada setiap petang Jumaat, membuatkan rancangan kami yang ingin bertolak pada pukul 8.00 malam tertunda ke pukul 10.30 malam. Dan kami sampai ke Jementah tepat pukul 2.00 pagi, too tired to strike a conversation dengan Tok Wan & Tok Ki (macam orang mamai), dan terus masuk tidur macam balak hanyut sampai ke pagi Sabtu. Kesian Tok Wan & Tok Ki yang terjaga tidur sebab menyambut kami (ampun!).

Bangun-bangun paginya, aku panik sekejap. Aku terlupa aku di mana. Aku ingatkan aku kena culik, haha. Mungkin sebab sampai-sampai semalam otak aku tak sempat nak register yang aku waktu itu telah berada di Jementah. Aku kemas-kemaskan rambut panjang aku yang mencecah punggung, kusut, bergulung-gulung. Aku perbetulkan t-shirt Interpol (pemberian Hezrik) dan perketatkan ikatan kain batik di pinggang (ya, kain batik...jangan pandai nak komen lebih-lebih). Kemudian aku bergegas ke dapur. Aiseh...sarapan dah ada. Aku baru ingat nak tolong-tolong buat sarapan, tapi bila tengok jam di dinding rupanya dah pukul 8.30 pagi sendiri mahu ingatlah kan? Tak lama kemudian, ahli-ahli keluarga Hezrik yang lain sampai dari KL. Aku cakap pada Hezrik: "Tak ada beza kita bertolak awal semalam sedangkan dia orang semua sampai pagi macam ni di Jementah". Tapi Hezrik kata, bila dah bermalam satu malam di kampung, rasa bercuti tu macam lama sikit. Betul juga tu ;)

Dah sampai Jementah ni, aku mengambil kesempatan lah nak membeli kain-kain baju raya di pekan berhampiran iaitu pekan Tangkak. Khabarnya Tangkak ni macam syurga kain! Petang itu, aku dan Hezrik ke Tangkak. Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk. Aku ni kurang berpengalaman membeli kain, sebab baju kurung aku semua aku rembat dari mama. Hoho ;P Aku ni hanya pandai cari kasut dan baju dan jaket dan muffler dan lingerie dan tas tangan dan apa-apa lagilah selain kain ela. So mostly kain-kain semua Hezrik yang pilih. Yang mana nak beri pada mama, yang mana nak beri pada Lin, yang mana nak beri pada Anna, yang mana nak beri pada Azury, kain pelekat apa yang cantik untuk ayah...terima kasih ya Cinta :) Kalau ikut aku, sampai 4-5 kali akak kedai tu menurun-naikkan kain yang tergantung tinggi-tinggi, sebab aku sekejap-sekejap tukar fikiran. Aku rasalah kan, dalam hati akak tu mesti ada perasaan macam nak kait aku dan gantung aku bersama-sama kain ela banyak-banyak tu ;P

Pekan Tangkak sungguh old-school dan cool!


Terlalu banyak kedai kain, terlalu singkatnya masa.


Aku terjumpa kucing ni di celah-celah kedai usang. Rasa macam nak bela dan bawa balik KL saja, tapi diri sendiri pun jenuh nak jaga *haih*

Sabtu berjalan pantas, sekejap saja dah Ahad. Kali ni aku dah bangun pagi-pagi untuk turut serta "merewang" (bahasa jawa: gotong-royong memasak ramai-ramai). Ramai yang dah potong, cincang, gaul, blender bahan-bahan kat dapur. Semuanya bertutur "orong ereng orong ereng" (baca: berbual dalam bahasa jawa) satu patah haram aku tak faham! Nasib baik Hezrik pun tak faham juga. Nasib lagi baik sebab bakal mak mertua aku pun tak pandai cakap jawa juga. Haha :D ;P Aku diberitahu Nasi Ambang sebenarnya nasi yang dimakan dengan campuran mee goreng, berlaukkan ayam masak kicap, sayur campur goreng (yang ada suun, tempe, kacang panjang tu...apa namanya entah, aku lupa) dengan kelapa parut berperisa (yang ini pun aku tak tahu apa dia...pertama kali jumpa). Sekali tengok, makanan ni nampak macam campuran pelbagai masakan dalam satu pinggan. Macam isi pinggan orang lain tertumpah dalam pinggan kau, haha, sumpah aku terkedu tengok masakan ni. Tapi bila dah makan...wah! Not bad! Not bad at all! Haha.

Inilah "merewang". Kalau ikut bahasa keluarga aku di Teluk Intan, "merewang" tu sama dengan "berpeleseran". Hehe


Upacara memasukkan taugeh oleh Mak Ita dalam kawah mee goreng untuk juadah Nasi Ambang.

Rupanya kenduri telah di postpone pada waktu malam, dan disebabkan pagi esoknya aku ada system presentation awal pagi di pejabat, aku terpaksa meminta izin dari Tok Wan & Tok Ki untuk pulang ke KL lebih awal. Aku frust tak dapat hadiri kenduri tu, tapi ada rasa puas hati juga sebab at least aku ada menyumbang tenaga sedikit-sebanyak dalam mempersiapkan Nasi Ambang untuk kenduri tu.
.
.
.
.
.
Tok Wan, Tok Ki,

InsyaAllah kalau ada rezeki Azzu akan balik ke kampung lagi dengan Hezrik. Terima kasih banyak-banyak atas layanan baik Tok Wan & Tok Ki, Azzu rasa macam pulang ke kampung sendiri saja. Terima kasih juga atas bungkusan Nasi Ambang tu. Azzu dah habiskan dalam masa satu hari je! Sedap! InsyaAllah, kalau berkesempatan, raya nanti Azzu datang lagi kot :D

Tok Wan dikelilingi cucu-cucu yang juga peminat beliau. Tengok betapa eksyennya muka Tok Wan (kekeke).

Wednesday, August 06, 2008

Cerita Dari Kampung...

Orang utara kata: "Baloq Liat". Itulah aku. Ni baru nak update blog. Cerita hari apa punya? Hari Sabtu lepas. Baloq tak baloq? Sabtu lepas aku pulang ke kampung halaman, Teluk Intan. Dah lama tak balik, rindu sangat rasanya dekat mama dan ayah aku. Dahlah adik aku cerita yang ayah aku jatuh tangga gara-gara nak mengecat bilik baru renovate kat rumah kampung tu, lagilah buat aku tak sedap hati nak jumpa dia orang cepat-cepat. Aku balik naik bas saja sebab faham-faham je lah harga minyak sekarang dah macam haram. Aku memang dah lama tak naik bas ekspres, so bila melihat susun atur tempat duduk dalam bas Transnasional tu, aku jadi macam jakun lah sikit. Terus aku tangkap gambar (bawah), hoho.

Kakak tudung biru sempat memberikan pose manja dengan menggigit jari dan menyentuh hidungnya.

Sesampainya aku di stesen bas Teluk Intan, aku dijemput oleh adik bongsu aku (Anna) yang kebetulan pulang juga ke kampung dari UiTM Sri Iskandar. Pandai dah si kenit tu pandu kereta :D Lega hati aku bila tahu yang ayah aku tak apa-apa, cuma lebam sikit di pinggul. Aku ingat nak desak ayah pergi berurut ke apa, tapi aku kenal sangat ayah aku tu. DEGIL. Macam aku juga! ;) Bila sampai rumah, aku terus salin baju pakai baju kurung (mama aku punya) sebab terpaksa menghadiri kenduri kahwin anak jiran gara-gara mama aku tak memasak tengahari tu. Setiap kali, bila aku balik kampung, tengok rumah saja mesti dah sejuk hati aku. Tenang semacam. Aku cintakan rumah ni. Walaupun aku seorang anak bekas askar yang banyak menghabiskan masa-masa membesar di merata lokasi (dari Pengkalan Chepa, Miri, Kluang, Sungai Ara dan akhirnya Teluk Intan), tapi tiada tempat yang sehebat rumah ini. Inilah tempat yang aku panggil "kampungku" walaupun belakang rumah aku sekarang ialah sebuah kawasan perumahan (masa awal-awal dulu ladang getah tu).

Ini bilik baru renovate yang ayah aku kemalangan kecil ketika mengecat tu. Very Paris Hilton kan colour dia? (I loike!)


Luar rumah penuh pokok bunga dah macam hutan kecil. Paling best ada tempat lepak yang sejuk dan nyaman di hujung barisan pokok-pokok ni.

Petangnya aku keluar ke pekan, temani Anna menghantar laptop-nya yang tengah biul dengan bad sectors ke kedai komputer. Sempat pula aku beli kasut dua (2) pasang dengan clutch seketul, warna fave aku (evil purple). Hehe :D Malamnya aku belanja keluarga makan di Wani's Cafe berdekatan Rumah Rehat Teluk Intan. Sedap betul masakan di sini walaupun menunya biasa-biasa saja.

Ayah pesan Nasi Paprik ;P~~


Mama nak makan Nasi Goreng USA (aduh lapar tengok gambar ni...)


Ini Kuewtiaw Kungfu Anna. Rupa - Biasa. Rasa - Fuh...luar biasa!


Kuewtiaw Kantonis aku. Aku makan sampai licin. Kruk kruk kruk bunyi sudu aku mengeruk pinggan :D


Sayangnya minggu ni tak ramai adik-adik aku yang pulang ke kampung sebab dia orang baru je balik minggu lepas. Kalau semua sekali ada ni, mesti riuh. Dalam keluarga aku ni ramai sangat Pak Lawaknya, keke ;D *sigh* I miss them. Tak sabar nak tunggu raya! (Puasa pun belum lepas!) huhu. Dalam perjalanan balik ke rumah, kami lalu di sebuah kawasan funfair. Dah lama tak masuk funfair, so aku minta mama aku berhenti sekejap tepi jalan sementara aku dan Anna mengambil-ambil gambar di funfair. Mama dengan ayah aku pula ber-dating dalam kereta sementara menunggu kami. Keke :D




The next day dah kena balik KL. Sekejap sangat bercuti, tak hilang lagi rasa rindu ni. Haih... Kalau aku balik lama sikit, mesti mama dah masakkan laksa, atau soto, atau laksam, macam-macam lagi lah :) Mama memang pandai manjakan anak-anak dengan masakan fabulous beliau. Sempat juga aku ke pasar minggu Teluk Intan sebelum aku berangkat ke KL. Ada seorang pakcik yang menjual segala mak nenek senjata besi (rasanya hampir kesemua koleksi dia ada contohnya di SINI) telah
perasan tentang aku yang asyik mengambil gambar. Lalu dimintanya aku untuk bergaya memegang sebilah keris jualannya dan menyuruh Anna untuk mengambil gambar aku. Hehe. Tapi aku jawab: "Tak apa la Pakcik. Saya takut!" ;D

Haih....nak balik kampung lagi rasanya!





p/s: rasa macam nak aktifkan flickr dengan gambar-gambar yang aku tangkap. Tapi aku pakai camera phone je *sob sob*


Thursday, June 19, 2008

Melaka Oh Melaka!

Gila lama tak update blog ni! Bukan sebab kemalasan yang menghalang, bukan juga kesempitan masa. In fact, aku di ofis cukup free untuk meng-update blog cuma masalahnya, banyak sangat mata-mata yang memandang. Aku tak sedap hati nak ber-blog dengan notebook aku terngadah mengadap orang-orang yang lalu-lalang di sebelah aku. Leceh betul la! Tapi disebabkan sekarang ni tengah waktu makan tengahari, dan orang pun semakin kurang, aku teruskan jugalah menulis, walaupun perut aku tengah gila lapar ni! ;(

Dua minggu lepas, aku pulang dari Melaka (cuti harijadi Yang Dipertuan Agong). Cuti-cuti bersama keluarga memang menyeronokkan. Sayang sekali sekejap sangat rasanya. Adik ipar aku, Puan Azury telahpun menulis tentang percutian kami di Melaka. Aku ingat nak tambah-tambah gambar sikit di sini :)

Sampai-sampai di Melaka, kami singgah makan di Indori (Indonesia Original). Gila sedap nasi padang kat sini!!! Ini kali ke-2 aku makan di Indori, sebelum tu pada tahun 2006 kalau tak silap aku. *adui..lapar tengok makanan*

Ini dish fave aku! Daging nipis berempah yang digoreng. Sedap dan krupkrapkrap macam keropok! ;P~~~

Maybe kau orang dah lihat condition rumah penginapan kami di page Azury. Memang seram dari luar! Hantu pun tak berani duduk! Keke. Tapi dalamannya agak OK *phew...*

Aku tak sangka Melaka cepat betul membangunnya. Last time tak ada Menara Taming Sari (lagi tinggi dari Eye Of Malaysia woo!) ni. Kesian mama aku tak dibenarkan naik menara tu oleh ayah. Ayah risau naik tinggi-tinggi, so, tak mau berenggang lansung dengan mama. Hoho ;P




Melaka sebelah malam penuh dengan warna. Jalanraya penuh sesak dengan manusia dan kenderaan. Tapi I really like the city, sebab everything is centralized. Nak makan senang, nak jalan-jalan senang, nak shopping senang! Hanya perlu santai berjalan kaki saja ;)

Sebelum kami menjejak bandar Melaka di sebelah malam tu, kami sekeluarga telah singgah makan seafood di persisiran Pantai Puteri. Enak-enak lauknya, dari jenahak masak stim, ikan bakar cecah asam, kailan ikan masin, tomyam campur dan telur dadar, kami makan menambah-nambah sampai aku terlupa nak tangkap gambar jenahak sikit punye besar ke tergolek dalam dulang stim tu, uhuhu.

OK, now aku sangat-sangat lapar!



p/s: teringin nak pergi Melaka lagi :)