Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers
Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Pregnant Kali Ke-2 :)

Selepas kelahiran Luna Seri Purnama, aku ada ambil pil perancang secara berjadual. Bila Luna dah masuk satu (1) tahun enam (6) bulan, aku stop. Tak pula aku sangka Allah nak bagi rezeki dua (2) bulan lepas tu. Alih-alih je test urine positive mengandung. Alhamdulillah... :)

Memandangkan aku kahwin lewat sebab lambat bertemu jodoh dengan Prince Charming aku yang seorang ni :D, jadi berita aku bakal mendapat anak kedua memang aku tak jangkakan lansung. Even waktu mengandungkan Luna dulu pun macam tak percaya je aku mengandung. Hehe..Dan disebabkan itu, untuk mengandung kali kedua ni aku kena take extra care tentang diri aku, especially bab-bab pemakanan.

Aku ni suka junk food. Kalau keropok tu, makan hari-hari pun tak apa. Penyedap tekak je, bukannya boleh kenyang pun kan? Supplement pula tak pernah ambil, lagi-lagi vitamin dalam bentuk pil. Anti betul aku bab nak telan-telan pil ni. So ni baru lah nak belajar makan-makan supplement nak paksa-paksa diri makan apa-apa pil yang patut.

Dok tak dok, dah 15 minggu aku pregnant. Ingat minggu depan nak buat proper checkup di Klinik Desa Hulu Kelang. Eventhough nanti mesti beratur panjang punya nak tunggu giliran, tapi aku puas hati dengan perkhidmatan Klinik Desa Kerajaan, especially yang Hulu Kelang ni sebab sangat efisyen, mesra dan menyeluruh. Sah-sah nanti kena ambil darah...aduiiii (takut jarum). Doakan segalanya OK untuk aku dan bakal baby! ;)



Tuesday, November 30, 2010

Kerjaya dan Rumahtangga

Beberapa hari ni terasa letih sangat-sangat. Dengan kerja dan commitment yang bertambah di pejabat dan juga di rumah. Aku bukan nak merungut, cuma ingin meluah rasa sebab kadang-kadang aku rasa macam dah habis daya nak bawa tanggungan ni. Terlalu banyak perkara perlu disiapkan this month, membuatkan aku rasa cukup lelah. Tak dinafikan dengan kemunculan cahaya mata, masa terasa cukup singkat. Tak sempat nak buat apa-apa.

Kadang-kadang mudah sangat orang lain nak judge, dan beritahu aku to quickly sort things out supaya aku dapat re-align balik my life. Tapi come on-lah...maybe ini sounds cliche to you, tapi aku ni masih orang PEREMPUAN. Walau seberapa penting pun aku di pejabat, di rumah aku masih nombor satu untuk menjaganya. Itu tanggungjawab aku yang paling utama, iaitu menjadi isteri dan juga ibu kepada anak aku. Bukan kerana aku perempuan aku menggunakan alasan ini, tapi kerana ini BENAR. Tanyalah mana-mana perempuan pun.

Dalam situasi aku dan suami, kami tak mampu cari bibik, atau cari pengasuh untuk ditugaskan hal-hal isirumah. Tapi kalau kami mampu pun, kami tak mahu orang lain mengasuh anak kami. Anak-anak bawah jagaan ibu-bapa adalah anak-anak yang dibesarkan dengan cukup kasih-sayang insyaAllah. Bukan nak kata anak-anak yang dijaga oleh pengasuh tak cukup kasih sayang pula ya? Do not twist my words. Biarlah tangan kami yang membesarkan anak-anak kami. Sekarang ni, kami juga tak mampu nak cari rumah sewa di kawasan apartment dengan kemudahan lif. Jadi setiap hari terpaksa turun-naik tangga lima (5) tingkat. Lima (5) tingkat tu. Kalau nak keluar jalan-jalan dengan nak kena bawa stroller anak, atau bawa bagasi banyak-banyak sebab nak balik kampung, Allah saja yang tahu penatnya.

Waktu pejabat, kalau aku terpaksa balik tengah hari sebab Cik Luna mengamuk dengan tak mahu minumnya dengan tak mahu tidurnya sepanjang aku ke pejabat, tak dapat nak cerita kelam-kabutnya jadual dan keringnya tenaga aku turun-naik tangga jahanam tu. Tiap-tiap working days, aku bangun tersangat pagi, persiapkan diri, mandikan anak, susukan anak, siap-siap tidurkan anak, bergerak ke pejabat and ends up still late disebabkan tersekat dalam kesesakan jalan raya. Aku benci jalanraya KL! Di pejabat, baru je duduk sekejap di bangku, dah kena perah susu untuk stok (ambil masa 20 minit ni). Dan tengok-tengok dah tengah hari, berkejar pulang rumah dengan bawa balik bungkusan makanan dan stok perahan susu. Sampai-sampai rumah menetekkan anak dulu, kemudian tidurkan anak, barulah dapat makan. Tengok jam dah pukul 2.00 petang. Makan laju-laju, tak dapat rasa lansung apa aku makan. Pernah sekali aku cakap pada suami: "Saya rasa dah macam binatang". Ayat ni buat suami aku sedih. Tapi honestly, memang aku rasa macam binatang. To be exact, macam KERBAU. Keluar pagi-pagi, bajak sawah, balik kandang makan rumput. Itulah yang aku rasa bila aku makan laju-laju sebab nak mengejar masa. Tak ada rasa, macam makan rumput.

Kalau kau seorang lelaki, dan kau tak pernah angkat sejari pun nak buat kerja rumah, dan kau tak pernah berpeluh menjaga anak, lagi-lagilah kalau rumah kau ada bibik, tak perlu lah kau beritahu aku to sort things out. Kau tak tahu pun apa yang aku dan suami aku lalui. It's easy for you to say. Dan aku tahu, bukan kami yang paling susah, ada orang lain yang lagi susah dari kami, jadi aku pun tak mahu mudah-mudah judge macam mana orang lain run their life. Di pejabat tu pun, cuma aku seorang sahaja perempuan yang dah berumahtangga dan ada anak kecil yang masih stay up dan stay back lewat-lewat demi tugasan kot. Jadi tolonglah, aku tak minta banyak, cuma please show some support and understanding. Itu saja.

Monday, January 12, 2009

Siang Mengantuk Malam Berjaga

It's 6.20 AM, and I'm still in the office....Kerja di tempat baru memang cukup mencabar. Tetapi teringat juga masa aku dulu-dulu di tempat kerja lama. Aku pernah mandi di pejabat dan tidur di surau pejabat. Kalau aku lelaki mungkin masih tak mengapa, tapi mungkin juga sebab aku perempuan yang masih single, hal aku stayback masih dikira tak mengapa...(*ingat aku tak kisah ke?)

Nasib aku baik sebab aku jarang kepenatan. Seletih-letih aku mempersiapkan tender dari pukul 2.30 petang semalam, aku masih cergas pada waktu ini. Aku lihat ramai rakan sepejabat aku dah tersengguk-sengguk di meja mereka. Tapi nasib aku dikira tidak baik pula setibanya sampai di rumah nanti, sebab aku macam sure saja yang aku pasti masih kekal cergas sampai tak boleh lelapkan mata. Begitulah selalunya keadaan aku.

Pernah suatu masa dulu sewaktu zaman belajar di uni, aku mengidap insomnia. Selalu berlaku keadaan di mana tiga hari berturut-turut aku tak dapat tidur, ubat tidur tak mendatangkan kesan lansung. Dalam waktu sunyi-sepi sesekali kedengaran dengkuran halus budak-budak sebilik, aku masih tergolek-golek tak dapat tidur. Lastly, untuk mengelakkan keresahan aku cuci toilet malam-malam.


Dengan berus gigi.


Friday, May 23, 2008

Seven (7) Reasons Why You Would Not Want Me As Your Girlfriend!

Aku telah di-tag dengan liciknya oleh Cik Surie! Dan dengan meletakkan link ke blog Cik Surie tersebut, aku dengan sengaja telah membuatkan kau orang semua masuk ke perangkap Cik Surie seperti aku, haha :D Kalau tengok dari tajuk tag ni, macam tak sesuai je aku nak jawab, sebabnya aku telahpun selamat bertunang. Tapi sedikit sebanyak, kau orang akan nampak betapa CEKALnya Si Dia menerima segala kelemahan-kelemahan aku tu dengan seadanya, haha ;P

OK, here are the reasons:

1) I'm super CEREWET sehingga merimaskan other people.
I do everything with the utmost attention and care. That's why I'm good in writing proposals :D Just look at this post title for example: I wrote "Seven" followed by "(7)" just so that this post will never start with a number (standardization, that's the game) :D Now, can someone tell me, who would want a girlfriend who say things like: "I think your notebook is not properly aligned to your workspace table" ?

2) I always wash my hands TWICE. Sometimes more than that.
It seems to annoy some people, but I just want my hands to be REALLY clean, OK? I know that many out there prefer not to seek for f-r-e-a-k-s, but at least my hands are cleaner than yours *nya nya nya*

3) I am very, very stubborn and I love to argue!
Thick-headed and mulish and always ready to disagree. Hehe :D Why not? It's stimulating! The debates are always friendly, BUT not for the soft-hearted. Sorry!

4) I speak my mind too honestly. You asked for opinion? Well, YOU asked for it!
Don't ever asked me questions like "How do I look?" or "What do you think about my new song?" when you are not accustomed to my guileless remarks. If I don't like it, I'll tell you straight to your face and you wish I'd be more merciful like Simon Cowell.

5) I'm very indipendent and physically strong :D
There's no need to pamper me like a princess. I can walk for miles if you left me behind. I'll pick a fight with you and beat you in arm wrestling. I'd applied for store worker job as part time before, and during that time I'd loaded and unloaded boxes into trucks! No kidding. No guy wants a girlfriend that's tougher than him. Enough said.

6) I'm too unique for your liking.
Ruffle shirts with an unbecoming skirt matched with a pair of ballet pumps. That's me, a mismatch of everything that's simply horrendous (according to my friends). What is fashion? Though sometimes I look a tad frumpish, I prefer to be unique and not to follow any trend, because I believe that I'm not the type of mass produce individual :P I'm ORIGINAL. Yup, I'm THAT crazy.

7) I think I cook better than your momma :P
This is an opinion coming from a person who have all those qualities above. You decide!

Teruk kan perangai aku? Hehe :P Mungkin disebabkan perkara-perkara di ataslah aku tidak berjumpa dengan The Man/Mr Right/Soulmate sebelum ini. Tapi kerana aku percaya setiap manusia berubah dengan kemahuan, aku akhirnya tunduk dengan seorang laki-laki yang sememangnya layak mengubah aku. Si Dia telah mengajar aku erti sabar, erti dengar, erti buka mata, erti buka hati, lansung mengubah aku menjadi seseorang yang kurang ekstrim, kurang unyielding.

Dan untuk sebab tambahan mengapa kau orang tak akan mahu mengambil aku sebagai awek ialah kerana aku kini tunangan orang. Yeayyy for that! :">